Sunday, July 14, 2013

5 Ramadhan

Assalammualaikum.

Alhamdulillah sekarang dah 5hari aku berpuasa tanpa keluarga. Minggu depan baru balik Melaka. Selasa ni aku dah exam utk CompTIA A+. Harap semuanya berjalan dengan lancar.


Pengalaman berpuasa tanpa keluarga ni seronok lah juga. Aku pun boleh mendisplinkan diri bangun pukul 4am nak masak. Nasi dah masak tengah malam sebelum aku tidur. So far, tu lah rutin aku sepanjang bulan puasa. Kalau masak pula,bergilir-gilir dengan roommate. Tapi kebiasaannya aku tak paksa siapa-siapa utk volunteer memasak. Kalau aku mampu masak,aku buat. 


Lagipun,masa utk sahur aku buat simple je. Kadang-kadang buat nasi goreng. Orang kata makan lauk sardin tu makanan orang bujang. HAHAHA. yela,betul tu. Aku tak makan sgt ikan sardin sebab aku mual. Tapi roommate lain,depa makanlah. Herherher!


Inilah masakan orang bujang serba SIMPLE. Aku je makan dalam pinggan, depa makan dalam tupperware. Hahaha. 


Kalau untuk berbuka,aku prefer beli je senang sebab dah petang-petang balik kelas penat malas nk masak. Kalau rasa larat,aku masak la sikit utk juadah berbuka. Beli makanan kt bazaar je mahal. Bagi aku kalau bulan puasa,macam semua benda mahal. 


Berbuka pun ala kadar je. Makan malam tak makan dah sebab lepas terawih aku rasa kenyang lagi. Tapi pelik aku dengan diri aku,kalau kt rumah makan malam aku makan. Tiba kat sini, aku makan time sahur dan berbuka je. Bagusnya. Haha. Ada peluang nak mengurangkan selera makan. Insyallah. 


Bagi aku, duduk jauh dengan family ni boleh mengajar aku erti berdikari dan berdisplin. Bila aku dah masuk alam pekerjaan nanti,aku rasa aku takde masalah bab berdikari memasak nanti. well, sambil belajar ambil CompTIA A+..aku belajar mematangkan diri. 


p/s : mood study sampai lebam.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan.

Assalammualaikum..

Alhamdulillah dah masuk hari kedua aku puasa. Tapi tahun ni,aku puasa dengan kawan-kawan sebab aku ada program kat kampus. So untuk beberapa aku puasa kat sini la. Minggu depan Jumaat,aku balik Melaka dah. 


Semalam nak berbuka,aku tak tahu nak beli apa? Sebab 1st time puasa kt sini rasa macam kekok sikit la. Kalau kat rumah,semua masak je takde nak beli pun. Semalam aku beli nasi lemak RM4.50. Mahal la bagi aku. Tapi terpaksa beli. Kat bazaar tu tak banyak gerai, beli pun tak tahu nak pilih apa?


Macam takde benda je pun ada. Semalam dalam kelas,aku rasa mengantuk teramat sangat. Kalau boleh nak je bentang toto, tidur. Apa Sir ajar,aku loading. Dugaan puasa tanpa family, semua benda aku kekok sikit semalam. Selalunya tak mengantuk sangat.


p/s : cepatlah Jumaat depan. 

Tuesday, July 2, 2013

Semuanya berjalan dengan lancar.

Assalammualaikum wbt.

Aku dah habis diploma 18/6/2013. Tapi sekarang aku sedang mengikuti satu program yang memberi manfaat pada aku. Benda ni berkaitan dengan kos aku. Pendek kata,if aku lulus exam aku dapat certificate yang diiktiraf oleh satu badan ni. Aku nak cerita lebih pun tak berapa reti lah !. Hahaha. Program 3P = Program Pertaulihan Professional. 


So far, baru dua hari aku ikut kelas dia dari 9am hingga 5pm memang mengantuk weh tapi bila dah lama-lama best pula. Trainer pun best,berpengalaman dan professional. Dah lah program ni FREE kerajaan sponsor, dapat buku rujukan tebal gila pula tu dan dapat perkakas lengkap untuk godek-godek PC. Hahaha. 


Sangat seronok sebab dapat ilmu macam-macam mengenai PC. PC tu dari A sampai Z aku belajar. Pada mulanya,aku rasa macam errr jee program ni. Bila kita minat,letakkan diri kita dalam benda tu insyaallah minat mula timbul. 


Seriusly,aku ni memang tak tahu satu benda pun pasal Computer. Since dah ambil kos komputer, bolehlah sikit-sikit aku belajar. Minat aku ni datang dari Along, dia macam orang yang memberi motivate kat aku bahawa komputer ni best kalau kita belajar dan faham. Since dia tolong aku dulu masa buat assignment,aku rasa minat aku terhadap komputer semakin mendalam. 


Bila nak sambung ijazah akan datang,aku tanya pendapat along kos apa yang sesuai? Semuanya kena ada minat. Kalau minat takde, tak boleh pergi juga. So konklusinya, Along lah sumber inspirasi aku. 




dapat benda ni masa kelas petang tadi. Syukur.


p/s : kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya menjadi. Maka,buatlah Plan B.