Monday, October 28, 2013

Bil telefon punya hal.


Assalammualaikum.

Tadi aku pergi bayar bil telefon abah kt Mydin. Aku malas nak pergi pejabat pos or bank mana-mana. Malas nak beratur je. Hahaha.

Bila bayar kat Mydin, ada kaunter kecil macam booth la. Masuk ni dah kali kedua aku bayar. Kali ni aku nak bayar cas yg tertunggak. Hari tu bayar tak cukup duit. Cas tertunggak RM10.18 je. Hahaha. Abah bagi duit genap-genap RM150 je. Kena bayar RM160. 

Sampai je kaunter, aku cakap lah tujuan aku nak servis apa? Masa tu org tu tengah kemas duit. Aku pula tak sabar cakap laju. Orang tu cakap tunggu kejap.

Aku        : Saya nak bayar bil tertunggak bulan lepas RM10.16.
The man : Atas nama siapa?
Aku        : Encik A** Bin ******n
The man : Kena bayar RM10.16,saya kena genapkan RM11.00 (waktu ni aku tak dengar dia cakap)
Aku        : Apa tak dengar la. (aku cakap nada sopan lagi waktu tu okay).
The man : *buat muka mengeluh. Ulang dan terangkan balik apa dia cuba sampaikan. Saya kira RM11.00 je bolehkan? Baki selebihnya saya bawa bulan ke depan. *lepas tu buat muka tak puas hati dengan aku.
Aku        : Oh boleh.
Bila dah serahkan duit, aku cakap terima kasih.

Nak tahu kenapa aku tak dengar apa dia cakap sebab dekat kaunter dia tu dia pasang lagu so setiap kali dia cakap aku memang tak dengar. Aku macam benganglah dia pasang lagu tu kuat. Dahlah Mydin tu besar, aku cakap perlahan pun orang tak dengar. Masa awal-awal aku cakap dengan dia,dia pun tak dengar apa aku cakap.

dah tu, nak marah aku tak dengar apa dia cakap? Hmm..tak faham aku dengan kerenah manusia tak friendly macam tu. Aku malas nak cakap banyak,aku still cakap terima kasih dekat dia. 

p/s : baru kedai kecik buat perangai macam tu. Hmm.. lumrah kehidupan.

Tuesday, October 22, 2013

Ujian itu manis.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah aku masih ingat blog aku yg dah tua ni, yela sejak zaman sekolah aku buat. Dulu pernahlah terfikir nak delete account blog ni tapi rasa sayang la pula. Even nama link address aku macam kebudak-budakan *eh iyela masa aku create blog waktu zaman hingusan tapi aku tulis fikiran org dewasa okay?

Okaylah straight to the point, hari ni aku rasa penat gila sebab malam je kena basuh baju pakai tangan. Disebabkan mesin basuh kat kedai,maka aku ambil turn basuh baju waktu malam. Waktu siang neneklah basuh sebab aku pergi kerja waktu tu. 

Bila aku kerja ni (praktikal je pun) aku rasa makin penat dan letih. Barulah aku faham kenapa abah selalu cakap "Nanti kau dah kerja,kau rasalah penat dia macam mana?". Dan sekarang aku mengerti maksud abah tu.

Setiap pagi, aku mengambil masa 45minit drive pergi kerja even aku dah bawa laju pun still 40minit paling awal sebab jemm pagi-pagi. Balik pun sama, situasi same je sebab orang pun balik kerja. Sampai rumah aku penat, aku stress dan aku suka tengok kucing-kucing aku datang kat aku tunggu sampai aku keluar dari kereta. terharu. Kucing pun boleh faham tuan dia dah balik. Hahaha.

Dan malam pula,aku basuh baju. Tapi tadi aku basuh lambat sikit sebab aku godek laptop aku kena virus. Tambah lagi kemanisan dalam ujian aku. Adoi. Sedih betul la, laptop aku belum sampai setahun..kalau kena format sayang la semua installer aku dah install. Hmm.

Aku cuba buat sendiri cari jalan penyelesaian sebab malas nak minta tolong orang lain sebab orang lain pun ada komitmen. Fine, aku cuba search youtube bagai, google cari cari and of courselah bukan senang nak dapat.

Aku ni pula jenis yg a bit slow. Aku rasa lebih mudah faham dengan youtube. Percubaan kali pertama tadi, GAGAL. Virus still ada bila aku cucuk pendrive. Aku dah delete virus yg ada dalam System32. Oh tidak, aku rasa tak boleh nak teruskan malam ni sebab mata gua dah mengantuk. 

p/s : malam ni aku dapat berita kawan Ayah aku dah meninggal, al fatihah kepada kawan aku. Semoga beliau tabah menghadapinya. Allah menyayangi Ayahmu.

Thursday, October 17, 2013

Ditipu oleh peniaga online.


Assalammualaikum.

Hari gua eksaited balik rumah tengok atas meja ada bungkusan POS. Herherher! Barang gua order dah sampai finally babeh ! Tak sabar nak guna. Tapikan ada sedih sikit aaa dengan servis peniaga online ni.

Aku dah lama dok (tukar bahasa AKU pula, haha! ) barang kecantikan ni. Memang dah dok berkenan kat mata nak boli dari dulu,tp akibat dulu takde duit. Sekarang ada duit lebih sikit, aku belilah. Usha-usha sambil tengok testimoni dari pelanggan lain yg dah try guna produk tu berkesan. okaylah,aku yakin nak beli.

Aku pun dengan berani order minggu lepas start hari Jumaat. Mula-mula aku tanya soalan, bila dah yakin aku order keesokan harinya. Kira Sabtu petang, aku bank in duit. Owner tu balas chat aku je, dia nyatakan setiap produk berapa ringgit dan harga postage. Dan benda yg aku order tu,dia tak tulis TOTAL kena bank in berapa? Aku dah pelik kat situ.

Aku kira-kira TOTAL kena bayar dalam RM55.00 sahaja, tapi disebabkan mesin CDM kt Maybank boleh telan RM10 dan RM50. Setahu aku la kan, duit RM5 tak boleh telan tapi tak tahu la mesin ATM lain boleh pula dok?

Aku bank in kan RM60, RM10-sekeping dan RM50-sekeping. Malam tu,aku snap picture resit bank in nak kasi owner tu percaya kat aku nanti la kan? Dan dia reply keesokan harinya. Dia balas seperti dibawah ni:



Aku print screen half je. Bila dah terima bayaran aku,dia tak cakap pun KAMI AKAN PROSES ORDER ke? senyap gitu je. Aku pula terpinga-pinga aku ni kena tipu ke apa?

Tahulah masa tu raya haji,mungkin busy tapi servis dia kurang baik la. Aku risau je kena tipu masa tu, aku pun tanya STATUS aku. Baru dia balas. Bila aku cakap barang dah sampai, dia takde pun tanya pasal BAKI aku macam mana nak pulangkan ke? 

Allah, patutlah dia tak nyatakan TOTAL kena bayar. Ada muslihat di situ. Aku pun malas nak minta sebab benda gini melecehkan aku sebab dulu pun aku kena tipu duit baki aku RM15.00 lesap gitu. Banyak kali reply email tanya baki duit tu, owner cakap akan proses HINGGALAH sekarang senyap. 

So aku kena berhati-hati nak beli barang online ni, kalau boleh bank in duit genap-genap je. Aku ni student lagi weii, bukan anak DATO ke TAN SRI? Kalau rasa nak untung sangat makan duit customer,ambillah. Silakan, semoga perniagaan anda terus maju lepas ni.


p/s : penat jadi org bawahan. rasa dihina.

Wednesday, October 16, 2013

Wednesday

Assalammualaikum.

Hari ni dah start kerja setelah sekian lama cuti. Padahal 5hari je cuti. Semalam raya haji TAPI aku rasa macam raya Aidilfitri je. Yela ada rendang ayam, kuah kacang, kuah lontong. Belah petang mak buat mee sup. Mana aku tak banyak kali makan semalam? Lauk sedap-sedap belaka.

Tahun ni raya haji aku dapat makan puas kalau sebelum ni,aku balik cuti sem je. Bila dah habis belajar, rasa kenikmatan tu seronok sikit aaa. Takperlu risau nak ngidam makan apa dah. Semua ada depan mata je sekarang.


Al kisah cerita lawak kat rumah,memandang start semalam mesin basuh rumah aku dah rosak maka mesin tertutup "Out of services". So semalam aku basuh pakai tangan baju utk 8orang pakai. Banyak oo. Lenguh juga la tangan aku tapi sabau jela.

Dan malam pula kebiasaannya mesin kat rumah berfungsi utk basuh baju utk malam hari, tapi malam tadi semua dah pakat basuh baju sendiri termasuk mak. Yg aku kelakarnya, mak aku la. Selalunya kemudahan dah ada,tapi bila benda tu rosak. Kenalah guna tangan sendiri basuh.

Mesin basuh sangat penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Nak pula keluarga besar macam aku. Lepas ni,mesin bercuti utk diservis. Kesian mesin setelah berapa tahun kau berkhidmat,masuk hospital juga akhirnya.

Dulu mak beli mesin manual je,yang masuk air sendiri. Kemudian kali pertamanya,mak beli yang auto dalam tak sampai 10kg DAN rosak juga. Second choice,mak beli mesin auto 13kg dan mesin ni yg rosak sekarang. Mak beli 13kg utk family kami yg besar. Kalau adik-beradik semua complete ada kt rumah,siaplah sorg punya baju satu hari nak dekat 5helai je!

Semalam saja tanya mak berapa harga mesin 13kg ni,mak jawab dalam RM1700. Ibarat laptop sebijik kau harga dia. fuhh!!



p/s: aku curi-curi update kat office atas guna PC besau ni haa..

Thursday, October 10, 2013

Isi minyak.

Assalammualaikum.

Pagi tadi, aku singgah Shell isi minyak. Minyak pun tinggal satu bar so isi lah dulu, kang ada dalam perjalanan minyak habis pula. 

Aku isi pun penuh RM60. Kalau isi penuh,confirmlah lama kan? Masa aku tengah isi, ada satu kereta Persona rasanya, pakcik yg bawa. Agak dah lama dia menunggu, dia tekan minyak kereta macam tunjuk tanda protes kat aku. Aku dah agak mesti pakcik tu marah. Tapi aku buat dek je.

Isi minyak tak sampai Rm60, baru RM58. Aku tekan sikit-sikit,last-last minyak dah penuh sampai tumpah. Aku angkat nozzle letak tempatnya kembali. Tutup penutup tangki minyak dan jirus air. Dulu aku serius tak tahu kenapa org jirus air kalau minyak tumpah. Adik bongsu aku cakap , "nanti kereta kau terbakarlah !!". Aku gelak dalam hati,sengal juga aku ni. Benda macam tu pun,aku boleh tak tahu.

Selesai jirus,sempat aku toleh pakcik tu pandang dia dengan muka serius aku. Aku geram dengan sikap pakcik tu, dia tak boleh nak sabar. Aku pandang dan jeling. Dulu aku selalu kena dengan sikap pakcik macam tu. Kalau yg dulu, Encik tu hon kereta kat aku sebab marah aku isi minyak lama.

Kadang-kadang manusia ni dah tahu orang isi lama, pergilah kat pam lain. Bukan kehendak aku nk isi penuh-penuh. Kalau rasa tak boleh nak sabar, buat pam minyak sendiri. Kan senang? Tak sakitkan hati orang lain.

Sekarang kalau isi minyak RM60,tak macam dulu. cepat je minyak habis. Kadang-kadang aku fikir, macam manalah kalau orang yang hidup susah nak isi minyak motor dia kan? Aku ni kira beruntung lagi sebab ada parents yang bekerja.

Kesimpulannya, orang Malaysia tak boleh nak bersabar kalau tunggu giliran nak isi minyak. Kalau dah tahu nak cepat, carilah pam kosong. Kan senang? Cubalah bersabar sikit. 


p/s: feeling bored

YAHOO.

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Hari ni,tetiba mood nak cek email yahoo. Login la tadi. Tetiba loading gile weh. Nak katakan internet slow, aku sorang je dalam ofis ni. 
Tekan button REFRESH ! 



Keluar interface baru cenggini 


Okay lawa. Siap boleh tukar template kaler apa? Design macam mana apa semua. Oh best! Aku tak bosan le. Haha.

p/s : wuaaa...Tonton tengah maintenance so tak boleh tengok cerita gua.

Monday, October 7, 2013

MC demam

Assalammualaikum.

Hari ni, badan rasa tak sedap. Buat keputusan nak ambil MC. Kalau pergi kerja pun, bukan ada kerja aku menghabiskan masa dengan layan tonton cerita CINTA JANNAH. Aku suka tengok episod tengah-tengah. Kahkah! Sebab time cerita tu berlangsung, aku takde masa nak tengok TV.


Pagi hantar adik pergi sekolah. Balik rumah rehat kejap, nak gerak gi Melaka hantar mak pergi kursus. Perjalanan mengambil masa dalam sejam. Adeii.. Settle hantar mak, aku singgah klinik nak cek doctor dan minta MC sekali tapi syggg orang ramai..aku malas nak tunggu.


Lepas tu pergi pasar ambil ikan. Sampai rumah tolong nenek sikit dan rehat. Sampai tengah hari ,kepala dah mula sakit. Adui. Nak tunggu petang lambat beno aku rasa sebab boleh ambil adik aku kt sekolah terus nanti. 


Bila dah petang, baru aku gi klinik dengan nenek. Nenek pula tak berapa sihat sangat. Alhamdulillah petang klinik tak ramai org. Tapi aku tengok muka doctor kesian, macam penat je muka dia. Mungkin doctor tu ramai pesakit yg dtg hari ni.


Entahlah,aku rasa MC aku ni kena kerja kat rumah. Pergi sana sini. Malam aku tidur kejap sebab penat gila aku rasa even aktiviti aku hanya drive saja hari ni. Rasa bosan drive selalu gini, menghabiskan minyak. 


p/s: semoga hari esok lebih baik dari hari ni.

Friday, October 4, 2013

Pengalaman bekerja dengan staff.

Assalammualaikum.

Nak masuk 2minggu aku duduk ofis sini,mula-mula kekok kt sini sebab tak biasa dengan dorg. Dah lama-lama okay.

Dua hari lepas, ada pekerja baru masuk bahagian pentadbiran ADMIN. Mula-mula aku ingat ADMIN tu yg control website ke jaga server ke? Yela,bahasa komputer ADMIN tu lain. Tapi akak sini cakap ADMIN tu bahagian pentadbiran. 

Pekerja tu perempuan nama dia Su. Dah kawen dah pun. Semalam masa rehat, dorg lepak ofis sini. aku pun buat hal aku tengok LOVE YOU MR ARROGANT. Akibat bosan terlampau, aku layanlah tonton. Hahaha.

Masa tengah khusyuk aku tengok tonton, akak Wati (dah kawen ada anak sorg) & kak Su (anak 2org) bercakap pasal bersalin. Aku ni pasang telinga jela sebab hal perempuan, tak salah kalau aku dengarkan? cuma aku belum kawen je. Herherher.

Masa dorg cerita, kak Wati cakap masa dia nak bersalin masuk wad pkul 7pm tapi bersalin pukul 11pm. Memang sakit gile la,rasa nak tendang je Nurse tu. Pasal bius pula, kalau tak ambil bius,kena tahan sakit 18jam. Gile wooo nak tahan sakit lama macam tu. Lemah otot aku dengar semalam.

Kak Su pula cakap masa time dia dulu, bila dah jahit..agak-agak berapa jam lepas tu Doctor dtg cek rahim dia kot-kot ada darah beku. Kaedah yg doctor tu gunakan mmg ngeri aku dengar. Kalau ibu yg dah ada pengalaman bersalin tahu. aku dengar semalam, aduii nak pengsan gua. 

Tapi bila aku fikirkan balik, Allah swt ciptakan kaum Hawa cukup sempurna. Hanya kaum Hawa saja yg boleh melahirkan anak. Sakit nak bersalin hanya kaum Hawa yg tanggung. Hebat sungguh perancangan Allah swt. 

Inilah padahnya aku bersepejabat dengan staff yg dah kawen. Bila dah dengar rasa takut pula. Bukan senang aku dapat dengar cerita free macam ni kan? Masa aku praktikal je aku dapat belajar macam-mcam. Nanti kalau dah smbung degree, hadap buku jela aku. 

p/s: boreddd.. :'(