Friday, September 30, 2016

Busy semester

Assalammualaikum..

Bermula sem ni, aku makin busy dengan laporan + projek Projek Sarjana Muda 1. Sekejap je masa berlalu dah tahun akhir. Alhamdulillah. Walaupun Ahad cuti awal muharram. Aku tak balik kampung sebab busy nak settlekan kerja sini. Kalau aku balik kampung nanti aku tak boleh buat kerja. Ada je dugaan kat rumah. Nak layan kucing la, nak kemas bilik la itu la ini la. Hmmmm..


So far sejak dah start sem, masa tidur aku tak menentu. Biasalah studentlah katakan? Ada satu hari, aku tidur pukul 4am. Bangun pkul 7am sebab ada kelas pkul 9am. Masa kat kelas, nasib baiklah aku tak sakit kepala ke mengantuk masa tu. Aku pun teringat sepanjang malam tu aku berjaga, aku banyak minum air kosong. Maybe itu yang buatkan aku ada tenaga.


Kadang-kadang bila dah busy sangat nak call family pun takde masa. Sampailah aku terasa macam stress , call nenek. Lepas tu , call mak pula. Bila dengar suara orang yang kita sayang, stress hilang ! Rupanya aku ni lupa terlalu sibuk dengan kerja, sampaikan takde masa untuk family. Pernah nenek perli dah lama tak call dia "Eh ingatkan tak ingat kat aku?". Haha itu lah nenek. Sejak dia dah ada handphone senang sikit nak call dia. 


Kalau bab duit belanja. Aku minta abah. Yela sebab PTPTN aku dapat sikit, lepas bayar yuran je. Kadang-kadang hati ni nak jugalah merasa makan benda best-best. Aku selalu fikir kalau terboros belanja nanti susah pula. Kesian abah penat cari duit untuk sara anak-anak. Aku bersenang lenang habiskan duit dia. Tapi alhamdulillah paling senang kalau teringin nak makan kt kedai, aku order Nasi Bujang je. Haha jimat sikit bajet duit belanja.


Aku bukan datang dari golongan keluarga yang senang. Adik-beradik ramai, semua masih bawah tanggungan mak abah. Walaupun aku pakai kereta Mak pergi balik kelas. Itu satu kemudahan untuk aku sebabnya aku dah duduk rumah sewa. Kolej kediaman tu untuk pelajar baru je. Setahun dua duduk kolej, then kena keluar duduk rumah sewa. Aku belajar kt Johor, kampung kt Melaka. Dulu diploma kat Pahang, aku dah belajar berdikari tanpa kenderaan kalau nak pergi mana-mana. Yela Pahang jauh sangat dari Melaka, memang abah tak bagi kereta masa tu. Aku akur. 


Dulu adalah sedara mara bercakap pasal adik beradik aku. Seolah macam abah layan anak-anak dengan kesenangan ada di depan mata. Bagi aku lah, itu ikut cara parents masing-masing nak layan anak diorg macam mana. Ada rezeki banyak, kongsi sama-sama dengan anak-anak. Kalau dah benda tu jadi keperluan untuk anak sambung belajar ,tak salah kalau parents permudahkan dengan menyediakan keperluan tersebut. Bukan minta kat orang lain sponser pun. Susah betul bila ada sedara mara macam tu. Takpe rezeki Allah swt kan luas. 


p/s : kita manusia fikir masa depan kita. jangan sibuk nak mencorak dan menilai masa depan orang lain. Rezeki kita berlainan, Allah swt maha adil.

Thursday, September 8, 2016

Drama raya Haji untuk pelajar U

Assalammualaikum..

Tak lama lagi Raya Haji bakal tiba. Kebiasaanya negeri macam Kelantan & Terengganu sambut meriah. Aku duduk Melaka biasa je. So biasanya pelajar yang duduk Kelantan dan Terengganu akan buat cuti sendiri.


Aku bukanlah apa, hak masing-masing la nak handle cuti tu. Kalau ikutkan U tiada istilah "ambil cuti" untuk pelajar. Haha macam pelik je bunyi? Kalah pensyarah pula. Melainkan ada surat rasmi sebab sakit. Sepanjang aku sambung belajar, adatlah kalau tak balik kampung tu. Masa diploma, aku belajar kt Pahang. Kalau setakat cuti dua-tiga hari tak balik sebab parents tak galakkan balik. Yela naik bas je dah 4 jam. Macam tak berbaloi. So masa diploma, aku balik cuti time cuti panjang saja.


Tapi budak zaman sekarang macam mengade sikit. Mostly budak kelas aku, drama raya Haji. Sibuk sgt cakap hak 'orang negeri jauh'. Tapi bila dalam kelas, depan pensyarah tak nak cakap. Tahu pula takut? Part paling annoying bila habis kelas, nanti whatsapp kt group "kelas minggu depan tangguh jela". Alasan nak balik kampung. Sebab tak nak berstatus ponteng, paksa tangguhkan kelas. Dan bagi orang yang tak balik kampung pula, sakit hati juga la sebab kelas takde. 


Bagi aku la, bila hidup merantau ni adatlah kalau tak balik kampung tu. Masa bila lagi kita nak merasa nikmat belajar jauh dan tak dapat balik kampung. Aku pernah DUA BULAN tak balik kampung sebab ada kursus. Bukan tak nak balik sekejap tapi fikir kos minyak kereta pergi balik semua. Macam tak berbaloi balik kejap. Walaupun bawa kereta, aku bukan suka bersenang lenang nak balik kampung selalu. Duit minyak kereta parents yang tanggung.


Bagi aku, ini adalah adat hidup merantau. Adat masa zaman belajar. Kena pandai bahagikan masa belajar dan keluarga juga. Kadang-kadang belajar pun penting juga. Tapi senang cerita pandai-pandai seimbangkan sendiri. Hak masing-masing nak buat keputusan tu. 


Wlaupun aku ada kereta, tapi aku jarang balik kampung. Kalau rasa stress, ada hal penting aku buat keputusan balik. Itulah aku kata "Orang yg ada kereta takde sibuk ckp nak balik, inikan orang takde kereta pantang dengar cuti laju je beli tiket". Haha. Takpe rezeki masing-masing. Ada orang berkemampuan, ada orang kurang kemampuan. 









Monday, September 5, 2016

Final year, new semester

Assalammualaikum.
Alhamdulillah sekejap je aku dah tahun akhir. Alhamdulillah ya Allah. Walaupun result tidak berapa memuaskan. InsyaAllah ada rezeki akan datang. Bukan mudah nak galas tanggungjawab as pelajar tahun akhir. Nak pula kena hadap PSM 1(Projek Sarjana Muda 1) sem ni, dan sem depan PSM 2 (Projek Sarjana Muda 2) pulak !


Tak tahu nak cakap apa? tapi berdebar la bila jadi pelajar tahun akhir. Allah je tahu. Kalaulah PSM aku dah siap, terus present je nanti. Hahaha kan senang?


Bila dah balik rumah sewa ni, pagi-pagi tak tahu nak buat apa? rutin biasa bangun pagi, basuh baju (if perlu), buat sarapan. Maklumlah rumah bujang memang takde wifi. Malas nak tambahkan kos pasang wifi. So aku guna broadband je bulan-bulan bayar. Itu je mampu noks.