Monday, January 31, 2011

Aku badmood kau ada?



Aku pelik dengan sikap manusia yang terPERASAN or mengharap untuk disayangi tanpa kerelaan seseorang. Ohh..please lah...aku tak suka...!!...


HAri ini aku belajar berjalan cepat,otak kena cepat pick up,tangan kena pantas buat kerja dan segala bagai. HAHA. Act,aku rasa lenguh kaki aku berjalan ke sana sini. Aku rasa seronok bekerja sehingga aku dapat lupakan masalah aku yang meruntun jiwa.


Aku mengaku aku ada juga masalah yang tak dapat aku selesaikan. Tapi alhamdulillah..dengan kesibukan aku bekerja dapat melenyapkan masalah aku + kerinduan aku pada someone. FULLSTOP!. Eh,best weyy...kerja.. Dapat juga aku lupakan hal duniawi aku yang tiada kesudahan. HAHA.


Melaka dah masuk 3hari ini hujan renyai2.. Aku terpaksa menggagahkan diri untuk pergi kerja naik bas. Ikutkan hati MALEH der. Tapi siapa pulak nak hantar aku nanti? Aku pakai ler sweater pemberian abang aku. Tetiba aku rasa diri aku COOL terperasan macam lelaki. HAHA. Buat muka selamba sudah.. Aku ada sweater ala2 brutel,kau hado ke?? Kalau tak ada,sila senyap. Jangan nak cakap pape. *nada gurau.

Doa2kan supaya tempat tinggal aku dan kawasan yang sewaktu dengannya tak berlaku banjir. Sebab area Jasin dah mula pindah rumah. *kalau tak silap telinga aku dengar lah! HAHA.

Sunday, January 30, 2011

Holiday



Hari ini macam tak percaya je aku masak CHICKEN CHOP. HAHA. So alhamdulillah laa.. Aku dah boleh memasak. Ada chance nak kahwin takk..??.. HAHA.. Tipu je.


Hari ini aku cuti kerja. Bila dah cuti,bosan lak? Bila kerja,rasa busy giler lak.? HAish,macam2 hal. LAgipun,elok aku kerja dari membongkang tidur tiap petang. HAHA. Tak ada keje der.


*kenapa aku rasa semacam sejak semalam ek..??... Adakah perasaan mula membayangi hati aku..??.. OMG..tak nak..!!..






Saturday, January 29, 2011

Bila aku merapu? Korang kisah ke?



  • Aku rindu pada zaman sekolah.
  • Aku rindu kat dak Ngek.
  • Aku nak pergi ke suatu tempat yang aku boleh tenangkan fikiran aku.
  • wajib! Aku rindu juga kawan2 aku. Xpecially : COG.
  • Aku nak bahagiakan orang2 yang aku sayang. *tapi mampukah aku..??..
  • Aku sayangkan mereka semua tapi mengapa mereka sering melukakan aku..??
  • Bila aku kesedihan,aku mendiamkan diri..dan aku berdoa kepada Ilahi..supaya hari esok lebih baik dari hari ini.

Friday, January 28, 2011

28.01.2010

Tak ada mood der. Tapi hati nak update. Dah banyak buat blogwalking..dah lupa ape benda aku nak update tadi. HAHA.


Oke,aku patut tidur sekarang. Esok kerja lah. Tadi balik awal giler sebab excuse hal yg tak dapat di tanggungkn.. HAHA.. Apa aku merapu??


Tiada siapa mahu dengar aku cakap2. Mungkin Allah sedang mendengar rintihan hati aku ini. Mungkin aku memerlukan seseorang tapi tidak lagi sekarang.


AKU MANUSIA BIASA,AKU SANGAT PENDIAM..kalau orang tak tegur. *pelik kan?

Thursday, January 27, 2011

Indah khabar dari rupa.

actually aku pening kepala ini. Tetiba terasa macam nak pitam tapi relax dan cool. Tiada pape yg perlu dirisaukan. Aku mengaku hari ini aku sedih. Sampaikan aku boleh nangis tadi kt tempat kerja sorang2. Nasib baik tak ada orang perasan. Aku nangis sekejap je.


Dalam meniti hari2 bekerja,aku terasa macam menyesal bekerja. Tapi apakan daya,niat dalam hati tak nak menyusahkan mak dan abah. Tapi aku dah penat dengar semua ini. Aku mengeluh sendirian. Aku menangis keseorangan. FULLSTOP!

Wednesday, January 26, 2011

terluka.


Kadang2 aku tak mampu nak senyum kalau aku terluka.

Kadang2 aku mendiamkan diri kalau terluka.

Kadang2 aku tak tahu apa salah aku sampai orang tak suka aku?

Kadang2 aku dah putus asa nak berbaik dengan manusia.

Kadang2 aku rasa nak nangis sepuas2nya!

Aku sangat terluka sampai tak mampu nak kawal perasaan.

Aku merajuk sendirian lagi.

Hanya satu cara aku dari dulu hingga sekarang,memendamkan perasaan atau mendiamkan diri.





Tuesday, January 25, 2011

Budi bahasa budaya kita.




hari ini pelanggan kt kedai makan tu,tak ramai sangat macam semalam. Alhamdullillah.. Aku macam biasa lah tolong ambil order orang. Tetiba aku datang lah ke meja akak 3 orang ini. Yang 2 orang tu aku kenal,sebab dah pernah nampak makan sebelum niw. Yang sorang tu takk,baru hari ini aku nampak dia.


Masa aku sampai je,tetiba akak yang aku tak pernah nampak tu. Senang cerita aku namakan dia akak B.K (baju kurung) laa.. She's wearing baju kurung. Dia tunjuk jari dia ke arah meja dia sedang duduk tu,meja tu basah sikit. Aku tak sempat nak lap. Act,tu bukan kerja aku. Tapi akak BK tu macam jijik giler kat meja dia duduk tu. Macam air tu air jamban lak. Kau nak jijik sangat kenapa???? Aku bengang ah. Dia macam fet up sebab meja tu tak lap. Kawan dia lagi 2orang tu oke je. Tak ada masalah pape.


Oke,dari situasi tu..Of course lah akak BK tu pandang serong kat aku. Konon aku tak buat kerja dengan bagus la. Dia dah mula buat muka taik dia kt situ. Masa aku nak ambil order dia,macam nak tak nak bagi respons. *geram seyh!. Aku tahu akak BK tu macam tak puas hati sebab meja tu tak lap. Dah memang bukan kerja aku,aku jarang laa nak lap.. Nak marah lak? Kau ingat kerja aku goyang kaki je ke?


Akak BK tu,muka lawa tapi itu sayang giler tak ada budi bahasa. Apalah salahnya kau cakap baik2 dengan aku "dik,tolong lap ke?" Ini kau guna bahasa tunjuk jari macam memberontak tak puas hati. Aku tak suka betul orang macam tu. Tolonglah,budi bahasa sikit. Aku kagum dengan mak Long. Walaupun dia asal orang Indonesia. Dia suka orang yang berbudi bahasa,biar kita tak ada harta tapi budi bahasa ada. *maklong said. Kau tak kagum dengan orang Indonesia yang ada budi bahasa berbanding dengan orang Malaysia..??... Aku malu bila dia cakap camtu. Aku terasa juga la,kadang2 aku tak ada budi bahasa.


Bukanlah,niat aku untuk mengutuk akak BK tu.Tapi aku kecewa kenapa dia tak nak cakap baik2 dengan aku. Itu baru kerja kat kedai makan. Macam2 orang aku dah jumpa dan macam2 peel. Act,korang kena faham kalau kedai makan tu masakan dia sedap2..mesti ramai pelanggan. So servis dia mesti laa slow sikit,sebab banyak order masuk.*kalau pekerja dia tak ramai. Nak2 pulak time lunch..memang waktu kemuncak. Kena banyak2 bersabar tunggu makanan lambat siap. Tak pun,korang try kerja kat dapur kedai tu..rasakan macam mana penatnya bekerja kat kedai makan. Kadang2 tukang masak ye sorang,kena masak banyak dalam satu masa. Tukang masak lagi penat berbanding pekerja lain2.


Aku rasa seronok sangat kerja kat kedai makan sebab macam2 pengalaman aku dapat. Tapi pengalaman nak masak niw belum lagi. Aku tak ada masa yang sesuai laa..nak tengok memasak. Sebab aku selalu busy..buat kerja aku. Abah ada tanya "dah pandai buat chicken chop dah??".. HAHA.. Senang giler nak buatnya,tapi aku SERIUS tiada masa nak tuntut ilmu tu. Nanti2 lah aku belajar memasak. Bak kata busu "belajar kat sini free Mira,kalau kat hotel kena bayar taw". So sambil menyelam sambil minum air,alang2 aku dah kerja kedai makan..apa salahnya aku belajar memasak. InsyaAllah..aku akan belajar nanti.


Mood : aku tak puas hati der! Tapi aku tetap bersabar. Mungkin hari ini hari orang,esok hari aku. Aku ingat Allah itu maha adil dan maha mengetahui.

Monday, January 24, 2011

Keletihan.

Hari ini aku penat sangat2.. Balik dari kerja,aku mandi sembahyang then tidur! Masa ngah syok2 tidur adik aku pulak kacau.? Suruh aku ajar matematik! Budak sekolah rendah niw memang laaa..*adik bongsu aku. Act,mata aku sudah kesepitan sebab mengantuk ha tapi aku tak boleh tidur lagi.


Hari ini perasaan aku bercampur aduk. Aku sedih sangat kenapa orang buat aku. Apa salah aku? Aku penat nak berhadapan dengan hal remeh temeh. Tolonglah faham perasaan orang lain. Masing2 dah besar. Jagalah hati dan perasaan orang lain juga. Aku kecewa. Aku nak nangis tapi siapa nak tahu perasaan aku. Aku tabahkan hati,itu saja aku mampu buat.


act,aku tak ada mood nak update.
Tapi aku kebosanan.

Sunday, January 23, 2011

Please control your mind.

Macam biasa malam2 kalau aku free tak kerja aku akan on9. Selalunya,aku on9 FACEBOOK dan BLOG je. Tetiba tadi aku ngah syok2 tengok video. Ada orang tegur aku kat FACEBOOK. Ajak berchat. Aku balas jela,kalau tak balas cakap sombong pulak?




Perbualan di facebook :
the man : assalamualaikum.
aku : walaikumsalam.
the man : hai
aku : hai?
the man : awak niw cantik la.
aku : erk??.. Oh..
the man : dah solat?
*tetiba tanya pasal ni,aku dah syak something.
aku : belum
the man : datang bulan kew?
aku : x.
**dia lambat balas time ini,aku geram betul dia tanya camtu. Aku pulak lurus bendul pegi jawab..tapi kadang2 kalau tak jawab laki akan syak uzur pulak? **sah sengal!
the man : awak,tadi kawan saya yang balas.
aku : oh,memang aku tak percaya pown. Kau kenapa tanya benda2 camtu dan kau siapa nak tanya aku???!!..

The end : aku terus block dia !! Berambus kau dari hidup aku..


Seriusly,aku memang tak suka bila guys tanya hal perempuan. Bagi aku,tak perlulah nak tahu? Melainkan kau suami aku kew or family aku? Aku paling pantang guys tanya benda2 sensitif tu. Bagi aku,Allah dah kurniakan perempuan dapat cuti . so guys,faham2 jela dengan kurniaan Allah kepada perempuan. Tak perlu nak busybody nak tahu. Kalau nak tahu sangat,bila dah kahwin tanya bini kau.


Sebab tu,aku was2 nak approvekan orang lelaki add aku kat FACEBOOK. Lain lah kalau aku yang add. HAHA. Aku add pown kalau aku kenal dari blog. *kebiasaaannya begitu. Kadang2 lelaki add sorang perempuan tu kerana dia cantik? Bila tanya lelaki? Ye,memang betul pown. Same with the girl add the man because he's look handsome and blablabla..


Maaflah kalau aku menggunakan bahasa kasar. Aku marah sangat lelaki begitu. Hormati perasaan orang lain. Lagi satu,kadang2 dalam berchatting ni gunakan bahasa yang sopan. Walaupun belum kenal antara satu sama lain. BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Itu aku lemah nak berchatting dengan lelaki tak ku kenali. *MAAF.

Tekanan diri.

Tadi aku pergi lah MITC. Dalam mood malas pergi juga. Ingatkan tak ramai. Ya Allah,ramai YA RABBI..rasa nak pengsan. Budak2 sekolah ramai giler. Aku bengang. Laluan ke booth2 semakin sesak. Kena main kasar2. HAHA. Last,along ajak balik je. Aku pown dalam mood malas nak jalan lama2. Penat bekerja tak hilang. Maybe lepas niw aku jarang contact orang. Aku akan menyepi menghilangkan diri.


Aku dah mula busan dengan FACEBOOK dan BLOG. Boleh aku delete? Nanti takut aku tak ada kawan. Ada kawan macam tak ada je.


actually,aku dah tiada idea nak update blog. Aku rasa macam membusankan je blog ini. Aku tak ada masa nak buat blogwalking dah. InsyaAllah kalau aku ada masa aku jenguk2 lah blog orang,tak de lah aku kejam tak nak jengah blog orang lain. Budi bahasa budaya kita.

Saturday, January 22, 2011

aku tak boleh jadi macam kau.



Dari hati turun ke blog : Ya Allah..kenapa aku diduga sedemikian rupa. Aku menangis dalam hati. Aku mengeluh dalam hati. Aku menjerit dalam hati. Aku sabar jee...


Hari niw lepas dak Mok balik. Aku lagi penat. Sebab kerja dia aku kena cover. Aku dah lah tak suka buat air takut tak sedap je. Tapi akhirnya,aku berani buat. *cehh...dah leh kawen.??. HAHA!. Lagi satu,time aku tengah membasuh lah.. "mira..ayam penyet makan satu!!!" Aduh..aku tak tentu arah pergi buat. Tapi nasib baik lah ada makcik tu tolong. Ringan sikit kerja aku.


Dan lagi,bila ada kedai lain minta order makanan dan kena hantar kat kedai dia. Aku paling tak suka! Dak Mok lak tak de tadi. Selalunya dia yang hantar bukan aku. Bila sampai kedai emas ini. Aku rasa gugup semacam. Sebab adik tokey kedai tu,Mok berkenan nk usha. Aku tak selesa bila kena berlakon baik. HAHA. Aku terpancul je depan pintu kedai tu,aku senyum then berjalan ke arah 2 orang ini. Aku ingatkan dorang nak sambut dulang aku tatang ini tapi HAMPEH, tak rupanya. Aku kena hantar depan muka dorang. *dalam hati aku,"terbakar betul!".
Pusing badan dan terus bla. Aku tak nak taste market kat situ. HAHA.


Senang cerita,kerja kat kedai makan. Memang menguji stamina. Kaki aku paling lenguh. Rasa dah longgar dah skru kaki aku ha. Tapi demi kerja,aku gagahkan jua. Then,kena tahan telinga,banyak bersabar n else. Sebab kebanyakan pekerja kat situ orang tua2. Hanya ada dua orang anak dara. HAHA. So kalau sorang kena tegur tentang tatacara sekor tu pown kena la. Nasib kami anak dara lah katakan.


Yeay,petang tadi masa aku balik dapat kiriman pos laju2 dari girlsloveshop. Aku beli shawl hitam . Berkenan dek mata memandang dalam hati teringin nak beli satu. Akhirnya,dah dapat dah.!!. Nasib baik tak perlukan sign aku kew? Sebab aku tiada di rumah. NAsib baik lah aku ingat cakap kat nenek pasal bende tu. HAHA. Aku tahu,mesti ada yang jeles aku beli shawl lagi. Orang dalam rumah aku juga. HAHAHA. *gelak ala2 setan!


mood : Aku suka bila orang berbudi bahasa dengan aku,aku suka nak bagi layanan yang baik terhadap mereka. Bagi mereka yang berlagak sombong. Pandang macam tak puas,better pergi cuci muka. Aku tak suka orang camtu. Or cari kedai lain je senang. Ingat order kau je kew? Orang lain ada gak,banyakkan bersabar laa.. Muka cantik tapi hati macam HAMPEH!

kenapa perempuan macam itu rupa peel?



Friday, January 21, 2011

penat+malu+geram.



Yeah,pagi tadi rasminya aku telah start kerja. Pergh..sangat2 penat niw. Tapi aku masih mampu meng-update sebab ada tragedi malang berlaku pada aku. *sedih poyo.. HAHA....
Aku rasa nak tercabut je kaki aku berjalan ke hulu ke hilir. Nak patah pinggang aku niw der.. Sabar jela. demi duit belanja aku. *HAHA..


Masa aku ngah syok2 basuh dulang. tetiba ada 3 orang abang niw. Aku pandang sekali imbas je. Tetiba aku nampak salah sorang abang niw memegang CAMERA DSLR. *poyo..abang wait laa..nk usha boleh..??.. HAHA. Tapi aku abaikan kerana busy membasuh pinggan mangkuk. Tetiba aku rasa abang tuh angkat camera dia. Aku dapat agak dia ambil gambar.


Keraguan mula timbul. Dia ambil gambar aku kew gambar kucing kat kaki aku niw..??.. Pelik + geram. Bila aku mendongakkan muka,aku tengok abang tuh memegang camera dan melihat sesuatu dalam camera dia dan memulakan langkah nk bla.. *haish..abang tuh..!!.. Aku rasa nak je kejar. Kenapalah tak cakap awal2??? Cakap lah dengan aku kew..??.. Boleh aku pose kew..??.. HAHA. Sorry tipu je. Aku tak suka gambar aku diambil.


Tapi abang tadi,tanpa tegur aku curi ambil gambar aku. Geram giler!!! Aku rasa nak kejar terajang dia je taw..!.. Tapi dia dah bla.. Sebab apa aku marah,sebab aku rasa memang dia ambil gambar aku. Tak logik nak ambil gambar kucing yang buruk tuh. Kucing jalanan la.. Harap2 abang tuh tak menyalahgunakan gambar aku. Aku tak kisah pown. Sebab tak mati pown aku orang ambil gambar aku act an? HEHE.


Tak pelah abang. Kalau aku jumpa kau bang,bawak camera NIKON.. Aku cekik kau hidup2 bang! Aku benci kau bang! *HAHA. Aku tak kenal itu abang pown. Abang photographer lah. Ansem? Ntalah... "abang nak usha DSLR bang leh tak??.." HAHA. *gelak miang giler.. Im not sewel lagi.


Thursday, January 20, 2011

Work to do.

Selamat malam.
Ades..tetiba aku rasa kemalasan makin melanda2..sebab esok aku akan start kerja. Alangkah pemalasnya aku. Janji dengan nenek petang tadi nak jolok mangga tapi sayang i mengbongkang sampai eh sebelum magrib sempat kejar asar tadi. Dasat2. *anak dara zaman moden.


Btw,aku terfikir esok start kerja then aku still mengalami simptom2 sakit perut + kena buang air besar bila dah time! Dah nak dekat seminggu kot aku mengalami. Aku malas nk pergi klinik sebab kopak duit mak aku. Haritu je adik2 aku sakit,demam2 dah kopak sana sini. Belum rompak bank je. HAHA. Harap2 lah perut ini tak buat pasal esok. Kena bawak sepair-part minyak angin yang POWER !! punya..!! Karang buat kerja sikit,asyik nak masuk toilet je. Malu aku nanti.


Oh ye,adik bongsu aku yang debab tu sakit pening2. Balik dari mengaji terus tidur. Oh teringat gurau senda dengan dia petang tadi "bye bye kus kus!!". Terjerit dia mengejek aku semasa nak pergi sekolah petang. Nama baru saya "kus kus" Pakcik aku menamakan sebab..???????... Adik ak tuh,memang suka gurau dengan aku. Bila dia jatuh sakit,senyap pulak rumah aku.


layannn SAKA JENTAYU ...!!...

Wednesday, January 19, 2011

Najwa Latif

her superb voice !!



Aku membelogwalking tadi. Tetiba aku terjumpa budak atas niw kt blog SITI FATIMAH. Baru umur 16tahun. Dah pandai main gitar. Aku 18tahun? *belum genap lagi! HAHA. Tak reti main gitar. Yang bestnya,family dia sangat supporting.. Terutama ayah dia. Sanggup belikan gitar untuk dia. Aku kira2 tadi dia ada 5 gitar !! Perghh..!!.. Jeles gila. Aku tiada gitar,aku hanya ada mak dan abah. HAHA!


Best gila jadi dia. Suara sedap! Ada bakat betul budak niw nak jadi macam Yuna kan..??.. Kenapa aku tidak..??.. HEHE. Tak pe2..education lagi penting. *bak kata abah. Pape pown,aku saja nk share dengan kalian. Kalau tak percaya suara dia superbb!!..boleh terjah blog SITI FATIMAH..*klik yang merah tu. Tengok lah video si gadis bernama NAJWALATIF. Dia sangat hebat! Im proud with her. Itu pendapat aku tentang dia. anda bagaimana?

dia famous dekat Youtube,mungkin ada yang dah kenal.
Aku kenalkan kepada yang belum kenal dia.




Thnx for reading!

Tuesday, January 18, 2011

Muka aku buruk,kau ada kew?

Muka saya buruk *bagi aku lah..!!..




Ouch..aku tak boleh bla..pertemuan aku dengan bekas cikgu aku masa sekolah rendah tadi dimulakan dengan gurau senda dia. Her name is Teacher Yuhanis. Aku agak malulah juga nk tegur. Tapi aku mulakn teguran dengan menyalam beliau. Aku sangat gembira dapat jumpa beliau. *kenapa skema semacam??.. HAHA..



Oke,straight to the point aje key.??.
Orang yang jarang jumpa aku macam teacher aku tadi lah..cakap muka aku "putih".. Oke,act aku bukanlah putih gebu..!!.. Hanya putih macam ape ek..??.. Ntalah.. Aku tahu ada orang lagi putih dari aku. Ada tuh putih giler nk mampus. Aku heran..apa lah agaknya dia buat dengan muka dia..??.. Tapi aku putih + jerawat der. HAHA.. Semua orang ada kan.?. Nak2 pulak remaja macam aku. *HAMPEH!


Nenek kata "nanti kau dah umur 20 takdelah jerawat tuh!!".. Jeng2..betul kew..??.. Ntalah,itu cakap nenek aku lah. Ak redha je.. Aku tak kisah lah dengan semua tuh. Kadang2 jerawat naik bila datang bulan nk mengambang. HAHA! *joke!..


Kalau anda semua nk tahu.
Dah macam2 produk aku guna..!!.. Sampaikan aku ada terbaca petua kt si blog niw.. Pakai tomato dan kulit telur ramaskan. Aku try buat..Mula2 muka aku ada jerawat bila pakai benda tuh berkurang. dalam 2minggu aku pakai. Aku bangga dengan muka aku. Lepas berapa minggu aku tak pakai *sebab malas nk sapu! Muka aku naik balik jerawat.. Nenek cakap muka ak teruk sebab jerawat banyak dah..!!.. Aku buat keputusan tak nak pakai dah..



Kira aku dah give up. Malas nk layan petua2 dah. HAHA. Bukan apa,dah malas. Sekarang aku hanya pakai sabun susu kambing. Susu kambing niw bagus taw untuk muka..!!.. Aku dah pakai setahun lebih. Tapi bab jerawat,tak payah tanya..memang ada. Hamek kau!!..dushh..!!..
Dan aku pakai losyen suria ape ek..??.. Alah macam sunblock lah.. Aku ikut macam Maria Elena . Sebab dalam video dia yg lepas2,dia tak pakai makeup hanya pakai losyen dan krim apa tah. *aku lupa lagi! Kalau tak silap aku lah yg melihat video itu. HEHE.Kalau salah maaf lah yer.


*yeah,saya tidak suka make up. Sebab saya tahu muka saya lagi sengal dengan make up!




Bila hati berkata:


Bila lalu depan sekolah kau. Aku jadi hampa. Aku rasa aku lah insan hampa dalam menantikan kau. Kau blah camtu je. Habis madu sepah dibuang. Aku sabar niw..!!..

Kau tak layak untuk aku. *FULLSTOP!



Muka gembira tak semestinya aku bahagia sekarang. Aku kecewa dalam diam woo..!!.. Biarpun orang pandang aku macam brutel tapi hati aku tetap hati seorang perempuan.



Sekolah rendah.


Semalam outdoor aktiviti.. *ceh..teman mak je..
Poyo!
Then,petang tuh singgah sekolah mak aka sekolah re
ndah ak juga (SK OTHMAN SHAWAL). Dah lama gila aku tak datang sekolah tuhh.. Aku rasa bangga..sebab dah lama tak menjejakkan kaki kt situ..

Ini tiang bendera sempat aku snap.
*SAYA ANAK JATI MELAKA

Masa dulu,aku jadi pengawas sejak darjah 4 aw.. Ada cikgu displin lelaki tu pilih aku sebab dia kata "awak niw garang" *HAHA.. Aku tak boleh blah gila. Tapi aku memang tak tahu pape masa tu..maklum la..budak2 lagi..Pe lah aku faham cikgu tu cakap..


Tapi bila jadi pengawas niw..banyak tugasnya. conto
hnya,macam jaga tiang bendera tu. Eh,bukanlah jaga 24h tiang tu. Bila time perhimpunan acara menyanyi lagu sekolah,lagu Melaka dan lagu Negaraku.. Time menaikkan bendera tu lelaki lah punya kerja. Alah,masa awal tahun je dorang jaga pagi dan time balik naik dan turunkan bendera.


Bila dah akhir tahun,masa balik selalu bendera tu ta
k ada siapa nk turunkan. Maka aku sebagai anak cikgu selalu balik lambat,aku lah rajin turunkan. Kadang2 ada budak lelaki tolong juga..tapi tak selalu lah.. Aku lah selalu menyelamatkan bendera daripada dek kena hujan dan dek kena panas.


Ini tapak perhimpunan sekolah rendah aku. Aku dulu pernah jadi MC. Kena baca teks dalam BI..Perghh..time tu aku takut sikit nk cakap. Sebab dalam Bi kott..takut tersasul je.. Tapi kenangan yg tak boleh aku lupakan. Cikgu aku cakap aku baca macam kilat. Laju giler!!..sampai orang tak faham apa aku cakap. Bila kali ke-2 aku k
ena bertugas,barulah sempurna aku baca dengan jelas.



Laluan masa aku darjah 1. Banyak benda dah beruba
h.

Dulu kt sini ada pokok besar. Tapi sekarang dah tiada. Ada lanskap yg lawa niw.



*rindu kt kawan2 masa sekolah rendah. dengan adanya facebook,hubungan kami terjalin kembali!!!


Saturday, January 15, 2011

Oh My Beb!


Rindu kau....
*nyiahahaha..!!..gelak miang lol.!

Friday, January 14, 2011

Sad.

Kadang2 ak terasa jauh dengan orang sekeliling.
Ak rasa diri ak dah tak berguna.
Ak rasa diri ak seperti tak disayangi.
Ak rasa kegelapan dalam hidup ak.
Semakin hari,semakin sempit hidup ak.
Mengapa dorang tinggalkan ak keseorangan.
Ak sepi tanpa kawan2.
Ak sedih.
Tapi ak tabahkan hati.
Ak izinkan kau pergi dari hidup ak.

*mood tak baik.

Mimpi mainan tidur.

muka macam nk minta penampar..??..


Semenjak ak habis SPM..ak duduk rumah jela.. Sebab tak dapat rezeki nk kerja.. Tapi peristiwa yg masih ak ingat sebelum SPM.. Ak ada termimpi pasal dapat result SPM.. Agak pelik juga lah..sebab time tu ak belum lagi jawap SPM.. Takut bercampur nervous nk jawap SPM berape minggu je time tu..

Itu baru sebelum SPM. Ini malam tadi ak mimpi..pasal SPM juga.. Dalam mimpi tu,hari tu ak nk jawap paper Addmath.. PAper killer giler ah..!!.. Tapi dalam diam ak suke addmath.. Waktu tu,paper start lambat..bukan awal pagi. So ak gerak dari rumah lambat la.. Tetiba dalam perjalanan nk ke sekolah..ak tertinggal dua dokumen penting..iaitu IC dengan kenyataan kemasukan pelajar. *alah kertas putih tu..masa SPM ak ingat ape pgawas tu sebut namanya..sekarang dah lupa.. Dalam kelam kabut ak tu lah..ak rasa macam ak calon yg lambat masuk dewan nanti..

Tapi alhamdulillah..nasib baik lah itu mimpi selepas SPM. Ak risau punya lah tahap menggila.. Tapi ak pelik,kenapa ak selalu mimpi yg pelik2..??.. Orang tua selalu cakap "mimpi itu mainan tidur".. Ha,yerla.. Ak malas nk fikirkan sangat.. Ak hanya berdoa kepada Allah..mudah-mudahan dimurahkan rezeki..pasal result ak nanti..

Kalau dah lepas SPM..mesti ramai yg busy nk isi permohonan UPU kan.??. Macam ak tak..relax saja.. Ak tak tahu nk pilih kos ape..??..Universiti ape..??.. Tarikh tutup lambat lagi.. Ada masa ak nk fikirkn.. Kalau dulu ak nk jadi jurutera fizik.. Sebab ak minat giler Fizik.. Cikgu tuisyen ak jadi sumber inspirasi ak nk struggle dalam Fizik. Cikgu sekolah tak bagi harapan apa2. No komen. Ak ada banyak peluang..sebab ak ada ambil Prinsip Perakaunan..tapi ak dah tak minat. Zaman sekolah je ak minat giler. Sekarang minat ak banyak pergi pada science..

Wednesday, January 12, 2011

Contest gambar paling comel.


Penganjur.(sila klik perkataan pink tu)

Huh..ak sebenarnya cam..malas giler nk buat bende ini.. Kawan ak la zati dah tagkan ak.. Ikotkn hati,malas nk join.. Sebab tak pernah2 ak kena tag aw.... Ak dapat tahu pown..sebab hari tu ak pergi blog dia..Tengok2 nama blog ak di list kan.??.. Ak dah lama tahu contest niw..so..ak try jela..an..??.. Baru hari ini ak merealisasikan hasrat zati m'tagkn ak.. HAHA.. Sebab ak buat2 lupe..tak de gambar yg sesuai lah..



Ak letak gambar niw.. Maaflah jika tak comel. Ak memang tak comel.. Hentam jela labu..


SYARAT2 PENYERTAAN ADALAH
  1. POST ENTRY ABOUT THIS CONTEST
  2. LETAK GMBR PENGANJUR CONTEST WITH SIDE BAR DEKAT Dlm ENTRY KORANG
  3. FOLLOW BLOG NIZA
  4. TAG 3 ORG
  5. DA JOIN , TINGGALKN LA KOMEN DEKT ENTRY PENGANJUR CONTEST YERK
  6. TARIKH TUTUP ADA 19/2/11

Seperti dimaklumkan..ak kena tag 3 orang kan..??...
Ak amek secara rawak jee.. Tengok sape selalu update tu..ak pilih...
1. Miss genit..
(dia baru menang contest ape ek..??..*lupe laa.. Tempat ke-2..Okelaa tu..)
2. Kak Nisa A.
(ak selalu baca blog dia..n view video tutorial dia..*bestt2..!!..)
3. Miss Banana.
(dia bukan BANANA yer..tapi orang..Ak tak tahu nama sebenar dia..*sory yer)..

Oke,ak dah settle tag..!!!..

Tuesday, January 11, 2011

Sakit mata.

giler lama ak on9.. Niw gara2 upu punya pasal lah..Orang tanya macam2..Ak dah macam kaunter pertanyaan dah... Susah betul kalau dah buat wall tu,orang tanya macam2.. Tangan ak tak henti2 menaip untuk membalas komentar dari kawan2.. Huh..penat giler...!!...
Tapi ak mohon lambat lagi..tunggu AKAK ak yg comel balek...*HAHA..
*ak tahu angah baca punya..!!..

Dan lagi satu..ak buat wall mengenai "aku sayang kau,kau sayang aku".. Hoh,ada juga yg mengatakan ak dah berpunya.. Itu semua auta..!!
.. Ak pernah dimiliki dahulu tapi sekarang tidak lagi.. *macam poyo jee..??.. biarlah..Facebook ak..ak punya suka nk tulis ape..??.. Bile ak jiwang sikit orang dah nk kecoh..??.. Ape niw..??.. Kalau dulu ak tak buat wall,tak de orang nk komen ak..or maen wall.. Biasalah tu.. Dan kdg2 kt blog niw pown..orang tak komen or tinggalkan apa2.. Oke,ak tak paksa orang untuk follow ak..or jadi kawan ak..
Keputusan terletak ditangan anda..

Dan kini,ak sudah mengantuk.. Petang tadi dah hantar gambar dan mohon kerja.. Tak tahu dapat kew takk.??.. Kalau tak dapat,bukan rezeki
ak lah kan..??.. Kalau dapat alhamdulillah.. Ak gembira..dan bersyukur..



Kawan sekolah rendah ak kata ak sekarang dah lawa lah.. Heyy..!!..Kau buta lah wey..!!.. Ak mana lawa..chubby je... Dia cakap lelaki sekarang cari perempuan yg chubby blablabla..??.. eii..geli ak dengar.. Dah lah,ak tak berminat nk cakap pasal tu.. Ak tak lawa mana pown..biasa2 je..Gmbar atas tu telah DI-EDIT.. So nampak cm lawa.. HAHAHA.. Kdg2 teringin nk jadi lawa macam akak2 tu.. *tipu je tu..

Monday, January 10, 2011

Suke dan benci.

Yeay...rindu yang berbalas.. ILoollikeeiitt..!!..
Tadi dalam sejarah ak tegur Si kacak... Rindu giler derr..!!.. Ak jumpa pown nk bagi buku. Al maklum la,ak dah tak guna buku2 tu lagi.. Sedekah kt dia..Dia pown bukan siapa2..hanya adik angkat.. *KAKA.!!. *aku tak segan lagi nk tegur dia!

Ak geram giler,kenapa muka ak nampak HUDUH giler amek gambar ukuran pasport tadi.. Tokey tu edit,kelakar muka ak..Macam kulit terbakar je.. Ak tak puas hati..!!.. Nak mohon kerja dengam gambar huduh sedemikian.. Hish..!!..hampeh punya kedai..!!..

Sunday, January 9, 2011

Melaka town.

Yeah,tadi pergi Melaka.. Jenjalan sambil cuci mata n korek duit abah..terchenta..!!..*KAKA!

~Aku dapat bodek baju sehelai baju t-shirt dan s
elipar jenjalan..*ak xsuke pakai kasut cm heels or else lah..
~Angah beli handbag baru..*serius jeles lol..!!..
Nasib baik duit dia sendiri..!!..
~Abah beli baju kemeja mengajar dia..
~Mak beli handbag untuk pergi sekolah.
~Jiha dapat selipar dan apa tah..??..

Then,abah belanje makan pizza hut..sebab clebrate birthday si oyol...
Aku makan macam tak bermaya,tapi bila sekali suap..*makk aii..sedap lak pizza niw.!!.
Malas nk bebel banyak2..sila layan gambar tak seb
erapa lawa ini..


with my mother.
*sila abaikan muke sengal aku itu.


muka sengal!



Tak banyak ambil gambar pown..sebab pekerja pizza hut tu ramai..Asyik ulang alik ke dapur ke depan. Nk ambil lelebih takut orang kata "over nya!!".. Biasalah itu.. Jeles.. *HAHA!.
Dan saya ada terlihat seorang akak niw..lawa n cun la.. Tapi dah berpunya.. Akak tu cover ayu..sebab dia berpakaian sangat lawa tapi bagi orang tak pernah lihat akan kata "pelik nya baju dia ???...".. Oke,tak nak cakap lagi. Bye.

Saturday, January 8, 2011

Dugaan sebagai hamba Allah.

Tadi aku ada baca blog orang niw..cakap pasal trend zaman sekarang bertudung.. Asyik cakap pasal perempuan je kan..??.. *HAHA.. Ak terasa sebab ak perempuan..tapi entah lah. Ak tak pandai nk bahas bab2 ini.. Biarlah orang yg pakar mengadili kes ini,ak yg pernah jadi Perdana Menteri bahas ala2 parlimen (dekat sekolah 2010) belum layak untuk mengutarakan usul ini... Bila ak baca,Ya Ampun banyak gila orang komen post tu.. Ak tak larat nk baca semua sekadar scroll ke bawah..baca sekali lalu..

the konklusi is Allah maha Adil..suatu hari nanti kita semua akan menjadi milik Allah..
Okelah,fullstop..tak nak cerita pasal tu..


Tepat malam ini pukul 12.01am..genaplah sebulan ak bersara dari jadi pelajar sekolah.. Sedih kott.. Dah lama tak jumpa kawan2. MAsa last exam PrinsipAkaun. Ak tak heran sangat dengan kawan2 ak tu sebab minggu depan tu nk jumpa ann.??. Tapi bile tolak tambah dah nk hampir sebulan ak tak jumpa dorang. Ak rindu tapi apa ak boleh buat. Kalau ajak jumpa,mesti ada yg busy kerja lah,tak siapa nk hantarlah,tak ada masa lah n macam2 alasan bakal diutarakan. Tu sebab ak malas nk jumpa..sebab ak tahu ape jawapannya.

Kadang2 ak sedih sebab kenapa kawan2 ak camtu.?. Kew ak yg tak nak jumpa??. Entahlah. Angah selalu cakap kawan masa kt U lagi best.. Err..??.. Betul kew..??.. No komen lah.. Cukuplah ak dapat tahu "IZZATI AZMAN" rindu teramat kat ak.. Ak menghargainya sangat2. Ak ingatkan kau dah lupa kt ak..??.. Yerla,ak menyendiri sekarang tiada pekerjaan pon.. Duduk tanam anggur kt rumah.. Kalau ak nk keluar pon,sia
pa nk bawa? Lesen pon tarak...



Kita tetap kawan sampai bila2..
Jumpa kt sekolah sama2..
Rehat same2..
Bergaduh same2..
Gelak same2...
Lepak same2...
Borak dan gossip same2..
tapi sekarang dah tiada dah semua tu sejak dah abes sekolah..
Aku rindukannya,hanya Allah saja yg tahu ak rindu korang..
Moga kita kekal untuk selama2nya..Amin..



wang keluar.

Yeay,semalam dah dapat dah inner 2tone dari Ayunar...*huhu..


Aku ingatkan posmen nk ape lah semalam.. Maen hon2 lak depan rumah aku. Biasanya surat mak n abah je minta sign..tapi semalam brother Posmen tanya "Amirah Husna kew..??." *haha.. Dengan kembang kuncup perasan,muke penat dan poyo tlong masak..*HAHA..Mengiyakan.."ye saya..!!..".. Lepas turunkan sign dan isi number IC. Ak rasa nk melompat je bila pegang sampul surat tu..dari Ayunar Enterprise..*hehe.. Sebab ak tak pernah dapat surat besar2..maklum lah budak baru abes sekolah..

So,ak beli 3 inner 2tone sekali arung.. Boleh lah ak melaram habis nanti.. *erk..ak nk melaram kew..??.. Itu pown adik ak dah membodek nk minta satu..Huish,jangan haraplah.. Ak beli pakai duit sendiri.. Senang2 kau nk free2.. Ak beli secara on9 aje..sebab dari ak lepas SPM aitu mengidamkan inner sendiri..Tengok orang pakai..terkeliuh air liur melihat.. Cantik der..!!.. ak rasa berbaloi beli secara on9..nak2 pulak beli kt Ayunar.. Sebab harga dia not bad lah,inner tu pown oke je.. Tak nipis dan tak tebal. sesuai lah utk dipakai...

Seriusly,ak sebenarnya tak reti beli secara on9. Tak pernah buat la beli secara on9 ini. So beli inner tu pown,ak rasa macam takut2.. Nk beli kew takk..??.. First time,ak beli kt Ayunar.. So,rasa bangga sikit sebab ak berjaya buat sendiri..dengan bantuan kenderaan abang ak bawa pergi bank..*HAHA! Ak tiada lesen yg sah di sisi undang2 lagi lah..

Apa2 pon,TERIMA KASIH AYUNAR...

Thursday, January 6, 2011

careless habit.


*miss this moment..


tiada motif gambar di atas ini k.??. Just for fun aje..
kenapa sejak kebelakangan ini ak jadi biol.. Maksud ak,ak tak ingat semua perkara dalam satu masa tertentu. Bile orang tanya,ak agak terkial nk mengingatkan balik..??.. *LOL!
Oke,ak ada problem sebab kecuaian ak sendiri. Ak lupe number nk log in apply upu Fasa 2 nanti. Ak ingat number yg niw (A*****) tapi ingat2 lupe.. Mati ak kalau salah nanti. Tanya Angah,dia tak tahu.. Aduh,masalah kian meruncingkan fikiran ak. *fuh,dah lama tak tulis karangan bombastik..!!..

Terpaksa ak menenangkan fikiran buat seketika. Lepas habis sekolah,mcm2 bende ak lupe.. *HAHA..!!.. Agaknya,ak masih boleh selesai addmath lagi tak.??. *thumb ups but weird?..sure?

Im still young.


not in good mood.

*kenapa lah lambat loading blog niw..??.. Berat gila kew..??. Sampaikan sempat ak gosok gigi tadi.. Huh,mengeluh..tunggu lelma..

And today,dah berapa ramai ak follow orang.."i follow u,u follow me back".. *terbalik kan je.
Agak kebusanan lah juga duduk rumah tak kerja niw.. Tak de rezeki nk kerja beb.. Btw,semalam ak ikot mak pegi daftar adik bongsu ak sekolah petang. Situasi berlaku semasa kt sekolah tu..Serius,ak tak boleh bla ah..!!.. *kelaka.. Ada kew patut Ustazah tu cakap ak niw "macam mak orang...???...".. Ak hanya melemparkan senyuman dan salam dengan dia..Takkan nk lempang ustazah tu pulak..ckp ak macam itu..??.. *eh,jangan tak baik..

Mentang2 lah ak dah abes sekolah,orang tak kenal ak niw 'dah abes sekolah kew belum'..??..
And semalam gak ada sorang makcik niw tegur ak.

makcik : sekolah kt mana nakk??..
ak : dah abes sekolah dah..
makcik : lah..yekew.??.. Cepat ko besau ea nak..??..
ak : *hanya senyum..


**Orang melaka niw ada loghat sendiri..Kalau tak faham tu,buat2 jela faham.. Loghat melaka tak pelik pown..

Makcik tu still ingat kt ak sebab masa ak sekolah petang (sekolah agama) ak selalu beli jajan or burger or air or elselah..yg boleh makan.. Dia sangat sporting. Dan dia sangat kenal ak sebab ak anak cikgu sekolah dekat tu je.. Jadi anak cikgu,ramai orang kenal. So kalau ak nk buat jahat kt sekolah tak kisah sekolah rendah or menengah perbuatan jahat ak tu akan diketahui oleh Cikgu Abu a.k.a my Abah.. *tak pernah buat jahat pown.. Meant that..abah lah banyak kabel kt semua sekolah or senang cerita abah orang yg berpengaruh..bukan pengaruh ape..tugas sebagai guru,jurulatih bola sepak n yg berkaitan dengan bola dan sukan..lah senang..

jajan is makanan ringan.
kabel is punca or sumber orang dalam. *ak tak pasti sangat.


oke lah,ak dah start merapu2..dan mood ak rasa cm nk delete je blog niw..chow lo bey teh..!

Wednesday, January 5, 2011

erti sebuah kehidupan.

*tajuk bukan main poyo lagi..*HAHA!

Ak kagum dengan kebolehan orang buta SMK Setapak..sekolah pendidikan khas.. Bermain gitar,keyboard n ape ek tdi..??..*Lupe.. Malaysia Hari Ini punya cerita lah..TV3.. Ak niw ha xreti main gitar keyboard..??.. Sedangkan mereka yg buta kurang penglihatan boleh maen dengan baek.. Ak bersyukur sebab ak sempurna segala2nya.. Amin..

Ak terleka tengok nuffnang tadi..sampai dah pukul berapa..kerja menaip baru sikit ha..?.. Gara2 minat nk join bende alah tu..ak baru tahu. D
ulu ak pernah dengar Nuffnang niw..tapi tak join sebab tak bminat n tak tahu. So sekarang bila dah tahu. Sampai kemaruk..tak ingat duniawi.. MasyaAllah..ini kalau apak ak tahu..ak m'lagha..mati ak..*KAKA!..
Tapelah,ak belajar untuk meluaskan pandangan dalam dunia blog. Selagi ak masih bujang tak kerja,boleh lah update selalu..

aku bersyukur kerana diri ak sempurna tapi hati aku tidak sempurna segala2nya.









Monday, January 3, 2011

Kecewa.


Dalam nk dekat pukul 9pm td..ak dapat 1 panggilan masuk..dari some1..
Bila ak tengok paparan skrin tu.."alamak,Ms Yap..!!..Ak boleh dapat kerja kew..??.." Dalam hati excited gila,bile ak angkat..dalam 3minit cakap2.. Ak mengeluh dalam hati bercampur gembira poyo. Ak kena buat keputusan kalau ak setuju nk kerja,esok masuk pukul 4pm.. Oke dah cun..!!.. Tapi Ms Yap ingatkan ak,"kalau waktu sembahyang u,u akan ada masalah sikit lah". Oke,bila ak dah discuss dengan parents pasal kerja tu,dowg accept lah.. tapi the problem is pasal sembahyang nanti.. Bile dah settlekan pasal sembahyang..ak boleh cari surau berdekatan nanti..

Bile call Ms Yap balek...lain jadinya..
Ak rasa dia tak nk bagi ak keluar bila nk sembahyang nanti.. then,masalah besar..Tokey pasaraya tu Orang Cina..So tak sediakan surau untuk sembahyang.. Then,Ms Yap cakap lagi.."sebelum niw orang yg datang interview dowg tak kisah punye..dowg terima kerja n pasal solat dowg oke aje.." Meant that,mereka tak sembahyang lah.. Ak terkedu dengar bila Ms Yap cakap camtu.. YA Allah,tak kan lah ak nk lakukan bende cmtu..Abah pesan kt ak.."kalau ko tak sembahyang nanti,gaji kau dapat tu HARAM r".. Ak tahu bende tu..minta pandangan kawan2..tak gune gak..

Ak buat keputusan untuk melepaskan peluang kerja tu..demi time sembahyang ak.. Ak tak nk dapat duit haram.. Selagi ak hidup kt dunia niw,selagi ak bergelar orang Islam..ak masih lagi mampu pertahankan maruah Islam.. Mungkin bukan rezeki ak untuk kerja buat masa sekarang..Ak redha,ak bertawakal kepada Allah..mudah2an ak diberi peluang untuk mencari rezeki.

Ak tulis niw bukan nk riak,tunjuk alim gila jaga solat konon2..Tapi just nk kongsi kt kowg..Susa kalau kerja dengan orang cine. Nk2 pulak dowg jenis tak nk beri kerjasama.. Dulu ak penah dengar cerita dari along..Kawan dia dapat kerja kt suatu tempat ini..Then,bile time sembahyang..tokey Cine tu suruh sembahyang kt rumah dia..yg ada anjing.. Perghh..kowg bayangkan lah sah kew kalau sembahyang kt tempat cmtu.. Ak bukanlah nk tunjuk pandai tapi ak just nk kowg fikir. Kita orang Islam,mesti amalkan 'amal makruf,nahi mungkar'. Tak kan demi wang ringgit,kita sanggup gadaikan masa sembahyang kita.. Malahan,wang yg kita dapat tu nanti haram.. Sebab kita meninggalkan suruhan Allah.. Ingatlah,Allah yg berikan kita rezeki..Allah yg telah menciptakan kita di dunia ini..Kita kenalah buat apa suruhan Allah..dan jangan sesekali melaknat suruhannya..

Ak minta maaf kalau ak gunakn bahasa kurang sopan.. Ak just nk share dengan kowg..jee..Tak de niat nk berlagak or else lah.. Andai kata,kata2 ak ada yg salah..or silap..maafkan ak.. Ak hanya manusia biasa.. Ak tahu ak insan yg lemah dalam agama Islam..tapi ak cuba memperbaikikan lagi.. Kalau kowg nk tegur ak pown ak tak kisah..Sebab ak niw kire baru lagi hidup dlm dunia blog.*HAHA!.. Tak lah,ak budak baru abes sekolah..ilmu pown tak setebal buku.. mana tahu,kowg boleh bagi pendapat kew..or else lah.. Kita sama2 share ilmu n pendapat.. tak salah kan..bak kata org putih "SHARING IS CARING".. In add,ak susun sepulo jari ak niw untuk meminta maaf kerana entry ak ini agak ada kelainan sedikit dari sebelum.. Bak kata kak Fatin Liyana "yg baik dari ak boleh ditiru,yg buruk dr ak jgn tiru'.. Lebih kureng lah tadi ak baca sekali lalu...


Ak masih mampu melakukan ape yg disuruhnya dan meninggalkan ape yg dilarang.



Sekolah sudah mari.

Hari pertama ak tak pergi sekolah..Padahal dah abes sekolah dah.. *HAHA..!!..
Ak kena buat kerja rumah macam bese lah anak dara lah katakan.. Sampaikan nenek ak tidur nyenyak akibat pening kepala. Ak lebih suka buat kerja tanpa DISURUH.. Kalau orang suruh ak buat kerja secara paksa,memang ak pantang..tapi kdg2 kena lembutkan hati..buat juga lah..

Tiada pape yg seronok bila dah pencen dari sekolah. Ak mencari peluang untuk keluar.. Dengar je siapa2 nk keluar,ak nk ikut..!!!.. Sebab busan duduk rumah lelama. Tengok kucing pown naek muak..

Hari ini ak rasa kecewa gila. Sebab Miss cine tu tak call ak untuk tawaran kerja,kawan ak je dapat. Ak tak dapat. Sedih kot. Tapi tak pelah kan,tak de rezeki ak. Dlm hati nk melalak menangis..kesedihan sebab ak tak larat dibebani sengkek...!!!.. is equal to TIADA DUIT belanja.. Nk minta parents,ape sebab ak nk pakai duit..??.. Keperluan harian ak sekarang tak penting,pentingkan adik2 yg bersekolah n abg n akk sambung belajar.. Ini lah hidup ak menjadi anak KETIGA dari 5 beradik.. *HAHA!

Abaikan saja. Ak redha ats ketentuan Illahi.. Moga hari akan datang lebih baik dari hari ini. Amin.

Sunday, January 2, 2011

Aku mencuba.

Yeay,esok persekolahan dah bermula balek.. *HAHA..! Padan muke adik ak 2orang tu..Ak jee takk payah kena bangun pagi kecuali solat subuh lahh..!..Esok mesti ak rasa kekok..sebab ak akn melihat adik ak si gila tu naek bas..Huh.!..rasa nk join sekali.. Andai dapat ak undurkan masa..

Ak ha takk abes update..Entah ape ak merapu kt blog tah..*HAHA.. Tak ape,selagi abah tak bising mengenai bil elektrik..relax saja..

Oke,nuthing to cakap2 kan..??.. Semakin hari ak sem
akin busan..Mohon kerja,tak ada berita langsung.. Along said "sabarlah,nanti dapat lah tuh..".. Ak dah naik busan dengan kata2 tu.. Ape ak nak buat esok erk..??.. Uish,sangat membusankan cuti ak niw...



Gambar di atas niw tiada motif pape..Just for fun..!!.. Ak tak rindu siapa2 lagi melainkan kawan2 tersayang...Huh..??..

Oke,petang tadi kot,ak meluangkn masa,mata,elektrik n elselah dengan view blog orang.. Best tengok blog orang niw..dapat belajar something new..??.. *HAHA! But,i dont know lah pe yg new yer..??.. Mungkin style blog dia,makeup blog dia n else.. Ak niw tak hebat cm orang lain.. Blog ak simple gila nk mati..!!.. Nak buat lawa2,ak tak pandai.. *HAHA..!!..

blog brother niw best lah gkk..!!.. Act,ak tak ade kerja nk buat.. Ak tgok lah blog dia.. Cuci2 mata jap.. *HAHA!.. Btw,simple n nice blog bro..!!.. *eii,ak baru 17tahun..!!..hentam pgil "bro" oke r tu..
Ak suke tengok blog orang,tapi ak tak mampu nk ubahkn pape kt blog ak. Tumpang gembira kerana blog orang lain hebat2 belaka n lawa2 belaka.. Dulu ak ada kawan yg terre nk mati pasal blog sampaikan blog ak dia touch up kan..??.. Tapi sayang,dah setahun dia lenyap tetiba.. Tiada khabar berita sebelum SPM hari tu.. Eyt,story lama..tak perlu diingatkan..


*oke,mata dah start mengantuk..Sejak dah abes skula...ak tidur pukul 2/3 pagi.. Ak tak on9,tapi mata niw tak ley lelap..KAlau ak on9,nanti bos besar bising..!!. Kena displinkan diri jadi anak yg mdengar kata walaupun ak sendiri degil. *HAHA!


to mereka yg bersekolah esok : WELCOME BACK TO SCHOOL..!!..PERGI SEKOLAH BERSEMANGAT TAW,KERANA ANDA MEMBAWA HARAPAN MAK AYAH ANDA..*ingat tu..!!..*HAHA! Bunyi macam poyo,tapi ak cakap eclaz..

Saturday, January 1, 2011

Kegilaan.

petang tadi ak tengah syok2 tengok cerita "the pursuit of happyness" kot..??.. Angah panggil suruh siap nk pergi keluar beli barang dia. Esok dia mahu pulang ke pangkuan UiTM..*HAHA..!!..
Fuh..beli barang dia je dah berapa jam weyy..!!.. Belum shuping lagi ha..!!.. Mule2 pergi bank,dia keluar duit TAPEM..!!.. Then,pergi Famili st
oreyy..!!.. Lama gila weyy.. Ainw ramai gila olang datang serbu tempat tu..!!.. Ak merangkap anak mak yg bertamadun tolong tolak trolley.. *haish..!!.. Tolak kena berhati2..takut terkena olang maa... Ak berdiri menunggu dah berapa jam derr..??..

Terpaksa ak text him..*ecece..!!.. Lambat sikit ak on9 ha.. Ada orang cabar ak tengok ONG BAK siang tadi then nk tanya ak soalan.. Dari 4 soal
an,ak betul 3 je.. Oke lah tu.ann..?..
aiseyh,busan ann kalau ak tulis panjang2..so tengok lah pic muke ak lepas SPM..huduh gila..!!..
Muke budak makan,tidur,on9,bubbling,screaming n elselah..!!..*HAHA!..


saya yang poyo!


muka busan tunggu lama2..


ak sedang mencuba untuk membuat senyuman manis tapi hampeh!
ini FAKE gila doll..!!..


Oke,ini sja untuk pembelajaran hari ini yer,maaf lah muke ak memang takk lawa..??.. terima kasih kerana membaca..


1.1.2011

Hai n salam 2011..Firstly,ak nk ucapkan TERIMA KASIH kepada yg sudi jadi followers ak kt blog yg takk seberapa nk canggih niw ha.??. Kalau nk senang ak follow korang,sila tinggalkan jejak di chatbox.. Senang sikit ak nk followers.. You follow me,i will follow you back..!!!..
Kerjasama anda amat dihargai..





aku ingat lagi waktu ini,aku cakap "inilah kali terakhir ak sambut dengan kawan2,masa akan datang entah2 dengan pkwe kew..or else.." *ak sedih kata2 ak itu akan menjadi kenyataan nanti.




Oke sekarang sudah pown masuk tirai 2011 kann..??.. Macam takk percaya je kann..??. Huh,kalau cakap masuk tahun baru mesti orang tanya ape azam kita rite..??.. So azam ak simple je..nk bahagiakan parents ak PALING PENTING..!!.. Yg lain2,kemudian cerita in..

Macam best je ak tengok orang sambut tahun baru kt luar.. Kt tempat yg best.. Kesian ak,ak duduk rumah jela labu.. Kalau lah along ada,dah lama ak ajak der.. Takpe,hari ini along balek..Rindu gila kt dia..dah sebulan tiada dirumah.. *HAHA..!!.. Padahal nk korek duit dia..*maen2 je..

Malam tadi ak susah sangat nk lelapkan mata..Ini gara2 minum air nescafe der.. Ak dengar lagu 'putus by melda ahmad'.. Huh,tersentuh hati ak dengar lagu tu.. Tapi apakan daya,semuanya telah berakhir.. Sepanjang ak dengar lagu kt mp3,tetiba air mata ak mengalir.. *tak deras pown..*HAHA..!!.. Ak perlu tabahkan hati untuk teruskan life ak cm palat ini.. Banyak lagi dugaan bakal menghambat..ak perlu berani berhadapan dengan segalanya.

Ak tak perlukan sape2 utk caring pasal or else lah kecuali family ak.. Ak dah lupakan si laki tu..So sudah tamat riwayat hidup ak 2010 yang lalu.. *SEKIAN!


~sayangilah orang yang telah menyayangi anda dari anda kecil hingga dewasa.