Saturday, April 28, 2012

Saturday

Semalam akak aku call bagitahu result dia. Okay,dia dapat dekan. Aku sangat cemburu. She's done her part, now it's my turn. Aiyoo. Macam mana nak cerita? Minggu ni sangat packed dengan assignment. Macam turun dari langit tanpa henti. Semua dengki aku nak final ini. Hahaha.


Hari itu,aku dengan group kena buat shooting. damn ! Serius aku malu. Sebab 1st time dalam hidup aku shooting bagai ini. Bila tengok video lakonan aku,perrghh malu gila. Sungguh kelakau ! Then,malam tadi ada kelas tutor Programming. Kelas tu diadakan sebab ramai students fail subjek setiap sem. Kadang-kadang aku pun rasa ngeri nak ambil subjek tu,tapi aku dah ambil dah pun sem ni.


Orang selalu tanya kenapa aku masuk U ni? Pilihan aku sendiri ke? Aku jawab: "Aku sendiri tak tahu". Kadang-kadang kita tak boleh nak harapkan apa yang kita impikan sejak kecil sampai ke besar kita akan jadi apa yang kita minta tu. Mungkin halangan akan datang bila kita dah besar kelak. Misalnya,kalau mohon U nak ambil Kulinari. Last-last dapat kejuruteraan awam. kalau dah takde pilihan lain,terpaksa juga pergi. 


Bukan sebab terpaksa,tapi fikir positif jela. Kita ambil kos yang bukan kita minat tu atas sebab nak cari pengalaman. Macam aku. Biar pun dulu aku tak tahu satu benda pasal komputer sekarang aku dah tahu. Ilmu ini sangat luas. Kita sebagai manusia kena rajin mencari untuk menambah ilmu pengetahuan. 


Sir aku pun pernah pesan,'Apa yang awak impikan masa kecil belum tentu awak dah besar awak boleh jadi macam awak nak tu'. Yee,betul apa Sir aku cakap. Aku pun aku rasa macam itu juga. Sokong!. Bila dah masuk U,aku dah lupa apa aku nak jadi dulu. aku tak pernah menyesal masuk sini walaupun berjauhan dengan family. Bagi aku,INILAH PENGALAMAN YANG AKU TIMBA. 

Friday, April 27, 2012

Thats moments will comes true.


Assalammualaikum,
lebih kurang lagi sebulan lebih je aku nak final. Sekarang aku jeles kawan-kawan sekolah aku sedang bercuti. Budak politeknik lagi la nak habis exam dah. Aku je lambat final. Well nak buat macam mana? U aku start sem 0 dulu. So aku selalu la lambat cuti then orang cakap nanti aku graduate dulu. W'huallam. 




Minggu depan Selasa cuti, ramai kot kawan aku yang balik. Cisss ! Tapi aku Isnin ada kuliah. Boleh je nak skip kelas,tapi confirm abah tak luluskan. Aku pun tak suka skip kelas ni. Lainlah kalau lecture aku bagi cuti. Haha. Sebab ada kawan aku kos lain, lecture dia bagi cuti seyhh! itu lecture nak balik kampung tuh !. 


malam ini pula,aku ada kelas tutor. Adess,baru je nak relaks. Btw,sem ni kan aku final ada beberapa subjek aku tak confirm. Sebabnya lecture tu tak bagi full commitment. Aku tak tahu la kenapa? Tapi lecture programming aku cerewet gila nak bagi markah. Masa test hari tu pun, ada budak menipu jawapan test. Maybe dia bengang sebab tu. aku pun nak tanya dia kalau tak faham, tak de selera. Aku tanya Penasihat Akademik(PA) aku je. :D




Kadang-kadang aku rasa lagi nak final ini,macam-macam dugaan yang datang. Aku rasa macam dipergunakan je. Yerla,bila time ada labsheet..guys text aku. sebabnya guys cakap aku boleh buat labsheet tu. Sedangkan aku berposak fikir macam mana nak buat? Aku minat subjek tu sebab PA . He's very caring person. Dia kalau boleh nak anak buah dia lulus subjek tu. TERHAru !:D




Bila time susah, seorang pun tak muncul. Kadang-kadang aku terpaksa selesakan diri untuk terima mereka semua dalam hidup aku. Aku kena buat tak kisah kalau diaorang nak cari aku time susah ke senang? Yerla,kadang-kadang cemburu diaorang dengan geng diaorang je. aku macam rasa "Eh,kau ni macam tak suka je aku tanya soalan?". Terasa la,bila aku call..kau tak nak cakap..kau suruh orang lain jawabkan?




Fine,aku pun tak kisah dah. Malas nak fikir. Allah nak uji aku. Aku terima je. Aku tahu kadang-kadang aku ada kelemahan. Selagi aku bernafas di atas muka bumi ini,aku akan buat yang terbaik untuk mak dan abah. Amin.

Friday, April 20, 2012

Masalah nak cari roommate.

sebelum hari Isnin depan,aku kena cari bilik untuk aku masuk. Agak risau la juga sebabnya aku tak tahu nak selesaikan macam mana masalah aku ni. Puas dah aku tanya budak ni bilik kosong tak? Kat aras aku ni ada 2bilik kosong untuk sorang lagi. Tapi aku tak tahu nak pilih mana satu? Dua buah bilik ni aku okay je.


Tapi masalahnya aku kalau boleh nak katil bawah. agak kepayahan aku nak request katil bawah takut orang marah je. Macam rude je kan? dah lah baru masuk,nak minta lelebih lak der. Tapi sampai sekarang aku dilemma. aku buntu nak cari jalan penyelesaian. aku sedih pun ada ni.


apa boleh pula, roommate aku sorang tangguh pengajian tak tahu ler bila nak masuknya balik. Haaa..bilalah kesudahan masalah aku ni kan? Ya Allah permudahkanlah urusan aku.

Wednesday, April 18, 2012

Syuran Ya Allah


Semalam aku ada test Data Communication. Memang osem la kan? sebabnya aku boleh pula lupa last minute. Akibat,terlampau banyak input yang masuk. Aku dah keliru banyak benda. Kira IP address memang pening gila kot! Tapi aku berpuas hati dengan result yang aku dapat sebab berbaloi dengan usaha aku.


Markah pun dah keluar hari ini. Cepat gila lecture aku tandakan? haha. Apa-apa pun aku rasa seronok sebab dapat markah yang puas hati. Nasib baiklah kawan aku sempat belajar walaupun last minute action,dia dapat markah lagi tinggi dari aku. See???


Tak mengapa. itu usaha dia. aku tak jeles. Tahniah untuk dia sebab dapat tinggi. Dah selamatkan dia dari fail nanti. Tapi aku rasa serba salah sikit sebab ada kawan aku tu,tak dapat buat. aku rasa serba salah tak tolong dia. Nak buat macam mana,semalam aku habis kelas lambat. Jadual packed gila semalam. huh!


Lagi pun,semalam memang hari paling hebat dugaannya. Aku rasa macam nak give up je. Tapi aku tabahkan hati jua. Aku tak boleh putus asa. Aku nak ubah result sem lepas jadi lebih baik sem ni. dengan izin Allah,insyaAllah.. Aku akan usaha sedaya upaya..


nota jiwa : jadual final dah keluar.

Saturday, April 14, 2012

Bersyukur.




Ya Allah,aku bersyukur ke atas nikmat yang kau berikan. Aku bersyukur kerana kau telah mempermudahkan urusan aku. Minggu lepas laptop aku screen dia rosak. Tetiba je berlaku lepas balik cuti mid sem. Nasib baiklah abah memang ada plan nak beli laptop baru. Dan akhirnya, untuk menyesalkan masalah aku kt sini. Aku pakai laptop abah.


Laptop dia baru beli 4hari yang lalu. itu pun nasib baik Along nak hantar laptop ke Pahang. Aku boleh je balik Melaka,tapi nanti banyak masa terbuang. Laptop aku tu masalah screen,mungkin terhempap. Tapi aku redha je apa yang berlaku. nak salahkan orang lain,mungkin silap aku juga.


Lupakan pasal laptop. Minggu lepas aku balik cuti kena pula dengan birthday adik bongsu aku. Dapat ler aku merasa makan besar. Kalau tak,tak dapat langsung sebab apa-apa hari istimewa kt rumah..aku berada kt Pahang. Jeles gila kalau dorang makan besar aku tiada bersama. Nak buat macam mana? aku belajar jauh sangat. Hahaha. Pilihan aku juga.



Masa birthday dia,aku ada belikan pencil case Angry Bird untuk dia. tapi bila dia dah belek-belek ada gambar khinzir. Dia terus tak nak. Aku pula tak perasan gambar tu masa beli. Sakit hati aku bila dia cakap camtu. Lepas tu,dia tambah "harga murah sangat !". Lagi geram aku. sabar jela aku. Dulu aku belikan dia baju,dia tak muat pakai. Last-last bagi along.


nota jiwa : annoying much !

Tuesday, April 10, 2012

friendship.

friendship = schoolmates.

Hari itu aku cuti seminggu sempena Mid Sem. So aku balik Melaka. Tak apa apa yang menarik sepanjang duduk rumah. Tapi sehari sebelum aku nak balik Pahang, aku jumpa kawan sekolah. Rindu gila kat mereka sebab dah lama tak jumpa hampir nak dekat setahun. Mungkin??


Alhamdulillah,dengan pertemuan lepak di tepi pantai dapat mengeratkan hubungan kami semula yang telah terkandas sekian lama terpisah. Lepas lepak kat tepi pantai, kami pergi makan. Luangkan masa bersama sebelum terpisah. Mereka cuti sem sebab dah final.Aku je tidak ! Cuti mid sem.


Sedih kot tak dapat join dorang 2bulan ni,dorang plan nak keluar lagi. Aku je kena balik Pahang. Meneruskan perjuangan aku di sini. Walaupun rasa berat nak tinggalkan Melaka,tapi aku terpaksa akur dengan cuti dah habis ini.


Bila dah sampai Pahang,nasib malang laptop aku pula rosak. Screen jadi biol. Sedih gila. Nasib baik ada backup plan. Kalau tak,mati aku cam gini. Aku tak nak menyusahkan kawan-kawan aku. Mesti dorang nak guna laptop dorang, aku pula nak pinjam. Segan. Mungkin ada hikmah sebalik kejadian yang menimpa aku.
Takpe,aku laluinya dengan senyuman.


Minggu ni memang aku full dengan Test. Yeay! aku suka jadi stress. Dan sekarang kehidupan aku tak berapa lancar sejak laptop rosak. Kekeliruan dan kehampaan menimpa pada aku. Ya Allah,tabahkan hatiku.


nota jiwa : mungkin aku takde rezeki sekarang.