Wednesday, November 20, 2013

Sikap manusia.

Assalammualaikum.

Sekarang aku dah jarang update sebab aku busy dengan praktikal. Dulu aku pernah terdetik dalam hati "Nak deactive blog ni boleh tak?" 


Tapi sayang,aku buat blog sejak zaman sekolah lagi. Kalau nak bandingkan penulisan aku zaman sekolah dulu memang tak semenggah la. Ada beso ada kecik tulisan aku taip. Malu -_-. erk?


Blog ni dah macam diari aku dah. Memang payahlah kalau setiap perkara yg aku lalui hari-hari nak ingat dalam otak ni. So dengan adanya blog sekurang-kurangnya tercatat la sikit kenangan aku tu. 


Dulu buat blog ni sekadar suka-suka je. Takde niat nak jadi famous macam artis or blogger etc. Aku tak hebohkan pada orang lain pasal blog aku. Aku silent blogger maybe? 


Maaf kepada orang yang tak suka baca blog aku. Aku tak mengharapkan apa-apa, aktif blog sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang. Terima kasih kepada yang tinggalkan komen. Aku insan yang lemah dalam kehidupan dan masih belajar utk mengerti. Minta maaf sekali lagi andai penulisan aku kurang disenangi. Aku sekadar berkongsi apa yg aku lalui kehidupan harianku.


p/s : Semoga Allah swt memberkati pembaca sekalian.

Friday, November 8, 2013

Wishlist 2013

Assalammualaikum...

Tetiba tergerak hati ni nak update sikit akibat bosan melampau kat office ni. Aku ada pasang niat nak beli something yang boleh aku guna utk kegunaan harian aku. Well memandangkan handphone yang aku sekarang ni diberi oleh abang aku. Aku rasa nak tukar baru.. Hmmm??

Yela, tengok orang pakai handphone lawa canggih dan bergaya jeles la sikit. Dari dulu aku pakai handphone pemberian dari along. Tak pernahlah aku beli sendiri sebab duit pun takde. 

Dulu aku pakai handphone screen hitam putih, then start sambung belajar kt U pakai handphone colour tapi still handphone murah (masa tu android baru nak glamour). Masa semester 4, along bagi handphone HTC android dia ni. Mula-mula aku tak reti pakai. Tapi bila adik aku ajar nak online guna handphone , aku rasa best pula.

Hinggalah aku ada IG(Instagram). Aku suka sangat view orang punya IG sampai handphone tu hangg. Then terpaksa aku uninstall IG tu. Sekarang aku tak boleh buka IG dah sbb handphone aku tak seronok. Mungkin dah uzur kot. Tunggu masa ganti baru.

So hari tu, tetiba adik aku cakap beli lah IPAD MINI. Berbaloi katanya.

Dan aku pun dah jatuh cinta sama Ipad ni. Serius ! Aku rasa betul juga cakap adik aku. Produk apple ni dah popular dan berkualiti. Apalah salahnya kalau aku guna salah satu produk dia kan? Kalau nak beli iphone memang aku tak mampu la. Maybe yang Ipad ni aku mampu sikit la.

Aku nak beli Ipad mini WI-FI je wehh.. Untuk kegunaan aku nak online saja. Kalau call or mesej guna handphone HTC aku. Bukan nak menunjuk, tapi aku jeles tengok akak aku main game POU pakai tab Samsung dia. Hahaha. MOtiP? *saja gedik.

Wishlist 2013 :
1) Ipad mini
2) Sandal berjenama sikit,utk kegunaan harian aku.


Rasanya tu je kot wishlist aku. Lagipun nak dekat hujung tahun 2013. Lepas tu,2014. Allah sekejapnya masa berlalu. Tak sabar nak habis praktikal sekarang ni. Bulan 9 2014 sambung degree. Ya Allahhurabbi.

P/s: Semoga Allah swt permudahkan urusan aku akan datang

Wednesday, November 6, 2013

Pengalaman mengajar aku erti kehidupan

Assalammualaikum.

Tetiba malam ni terdetik hati nk update blog. Selalunya aku malas nak update sebab takde idea. Pagi idea datang, petang idea dah hilang. Tujuan aku tulis kt blog, untuk simpanan kenangan abadi aku juga. Manalah tahu dah tua nanti, aku nk imbas kenangan zaman muda aku boleh buka kt blog aku ni je. 

Kali ni aku nak cerita pasal pinjaman masa belajar. Pinjaman ni kena bayar balik setelah tamat belajar. Sekarang aku masih belajar, belum tiba masa lagi aku boleh bayar. Tunggu aku kerja dulu kot.

Masa nak masuk Universiti, serius aku memang tak tahu langsung pasal pinjaman. Aku cuba jela mohon PTPTN sebabnya kalau mohon pinjaman tabung negeri lambat sikit dapat. Aku terpaksa tanggung risiko PTPTN kena bayar. Nak buat macam mana? Dah itu je yg boleh bantu aku.

Masa awal-awal dapat duit memang best, tak dinafikan !! Serius weh,aku jadi macam asyik nak membeli barang je. Beli barang online. Tapi pernahlah aku fikir, bila aku dah habis belajar ni nanti aku kena bayar balik. Hmm...takpe dah amanah meminjam.

Memandangkan aku sekarang tengah praktikal, ada la beberapa orang sekeliling aku tanya "dulu belajar pinjam apa?". Then aku jawab PTPTN. Mereka bagi respons yg negatif. 

Sebelum mereka tanya, aku memang dah bersedia untuk mendengar pro dan cons dari mereka. Aku mampu dengar jela.

Macam-macamlah mereka cakap pasal negatifnya pasal PTPTN ni. Dulu pun memang jadi isu semasa. Dunialah katakan,kalau boleh semua benda orang nak mempertikaikan. Ya Allahuakbar. Dunia oh dunia.

Jawapan aku kepada seseorang ni pernah tanya aku kenapa guna PTPTN:
Aku jawablah, masa aku nak sambung belajar tu ekonomi kewangan parents memang goyah sikit. Adik-adik,abang dan akak pun tengah belajar. Lepas tu, kos belanja nak hantar aku pergi sambung belajar di negeri orang entah berapa ratus habis waktu tu. Memanglah orang tak nampak mana pergi duit PTPTN tu pergi. Tapi bagi aku, bergunalah utk beberapa bulan aku tampung belanja kt kampus waktu tu. Buku semua harga puluh-puluh, kalau tak beli rugi. Nak belajar guna apa? Nak tak nak terpaksa mohon PTPTN. Kesian kt parents waktu tu berkorban demi aku nak sambung belajar. Aku ni bukanlah anak orang kaya. Adik beradik ramai dan masih belajar. 

Bila aku bagi respons macam tu, barulah orang faham. Semester pertama aku belajar, aku takde laptop macam kawan lain. Aku sedih sebab aku tak mampu nak beli sebuah laptop. Apatah lagi, nak minta parents. Sedih sangat waktu tu, kalau roommates keluar pergi kelas ke jalan-jalan aku pinjam laptop mereka. Nak buat macam mana? Tu je cara waktu aku susah.

Start semester kedua, aku dah beli sebuah laptop. Alhamdullillah dengan izin Allah swt dengan bantuan PTPTN aku dapat beli. 

Bila manusia mempertikaikan keburukan PTPTN ,aku hampa. Pernah ke mereka rasa macam aku rasa? Kalau adik beradik ramai, parents kerja gaji sederhana still tak mampu nak support kau belajar. W'huallam. Hati manusia siapa boleh duga kan?

Selagi aku mampu bayar, aku bayarlah perlahan-lahan. Masa depan anda, anda yang mencoraknya. Pilihlah jalan yg betul. Biarlah orang mengata kita, asalkan kita tak minta duit orang.

p/s: masa utk tidur. -_-

Saturday, November 2, 2013

Perpisahan

Assalammualaikum.

Semalam merupakan hari terakhir untuk tiga orang kawan aku setelah 5bulan praktikal. Lepas ni,tak meriahlah office dorang dah takde. Mula-mula sukar nak percaya dorang dah habis praktikal,sebab aku rasa macam baru semalam aku masuk praktikal berjumpa dengan dorang.

Orang kata setiap permulaan pasti ada perakhiran. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Di mana ianya bermula, disitulah ianya berakhir. Perkenalan selama dua bulan aku bersama mereka, merupakan kenangan terindah. 

Walaupun ada kalanya ada salah faham,bermasam muka, sikap tak puas hati dan macam-macam lagi. Banyak kenangan gelak-gelak dalam ofis tu. Tapi aku dapat bersama dengan mereka utk sebulan lebih je, masuk bulan kedua aku kena bertugas di cawangan lagi satu. 

Hampa aku diberi peluang lagi seminggu mereka nak habis untuk bersama mereka di office. Tapi tak mengapa, aku redha dengan takdir Allah. 

Pagi tadi aku datang office dengan perasaan sunyi, aku yg buka office pagi tadi. Hingga sejam berlalu, tiada org yg datang. Hampa. Bos pun tak datang kerja. Kalau ada mereka, takdelah aku rasa sunyi. 


Inilah dia, Daya, Shawal dan Diba. Selesai sudah praktikal mereka.


Aku lagi dua bulan. Sob sob........