Monday, August 15, 2011

Pagi Yang Indah



Tetiba pagi ini aku rajin nak meng-online. Sejak dah ada laptop sendiri,bangga?? Maka lepas ini lagi rajin aku nak update blog.


Pagi ini tetiba aku tergerak hati nak blogwalking kat blog yang aku tak pernah singgah dan blog yang aku suka singgah. *perlu ke aku bagitahu ?


Aku ini suka baca blog orang. Bagi aku dengan baca blog dorang aku dapatlah improvekan skills aku dalam menulis dalam blog. Dan kalau blogger yang feymes-feymes ini aku suka juga baca sebab dorang cantik,lawa dan handsome blablabla. Jeles woo..dorang banyak followers. Tapi kadang-kadang aku terfikir dorang follow balik tak orang yang telah follow blog dorang?


Dulu aku memang tak pandai nak guna blog. Aku start ada blog tak silap form 3 or form 4? Tapi sejak aku terbaca satu blog ini,aku rasa aku perlu buat berubah pada blog aku. Yerla,zaman budak-budak tulis pun short form je. Tulis ikut sedap tekak je. Yeah,aku rasa kalau aku tengok older post mesti membosankan post-post aku yang tahun lalu.


Bila aku baca blog sorang Hamba ini,rasa macam menarik pula apa yang dia tulis. Tapi aku puas scroll atas ke bawah..dia ini lelaki ke perempuan?? Kalau perempuan aku interested nak kenal. Kalau lelaki aku kurang minat. HAHA.


Keputusannya,aku tak dapat cari jantina blogger tersebut. Tengok nama samaran macam perempuan tapi dia guna nama pelik pula? Susah betul laa..


Masalah yang sering aku hadapi bila view blog orang baru aku kenal or kenalan rapat :
  • Suka sangat letak lagu. Kalau lagu tu boleh pause takpelah juga. Tapi kalau lagu tak sedap,nak pause macam mana??
  • Suka tulis guna short form. Bagi aku,tu budak sekolah punya taste menulis.
  • Suka letak nama samaran tanpa meletakkan gambar sendiri. Kadang-kadang susah aku nak mengenal pasti siapakah tuan tanah blog tersebut.
  • Suka letak macam-macam perhiasan dalam blog or iklan. So lambat GILA nak loading. Aku geram je. Jalan paling mudah..aku klik "X" kat hujung screen tu.

Aku pernah buat dulu tapi sekarang aku dah berubah. Maklum la,manusia makin lama berubah. Berubah ke arah kebaikan. Dan aku dalam proses berubah ke arah kebaikan. Insyaallah..


p/s : Untunglah ada orang sayang. Merepek !




Sunday, August 14, 2011

Letih.




Ini je aku mampu edit.. Nak edit lawa-lawa pun bukan aku pro dalam blogger ini.
Maaf dan SEKIAN.

Friday, August 12, 2011

Happy Birthday to Me..


entry pendek.
semalam 11Ogos 2011,hari lahir aku yang ke-18tahun. Yess!! Aku makin tua tapi still nampak muda. HAHA. Because i'm teens. Ramai orang wish kat aku. Terima kasih banyak2. Aku rasa terharu bila orang wish kat aku. Ternyata mereka memang cool !! Ingat birthday aku. Paling tak boleh blaahhh..Ustaz sekolah aku masa form5 dulu..wish kat aku. Kata-kata dia membuat aku tergelak je. Terima kasih semua.


nota jiwa : sedih kawan baik lupakan aku.

Wednesday, August 10, 2011

wordless Wednesday.


Okay,pagi-pagi aku dah kena pergi pasar untuk beli barang mentah. Actually,aku tak suka pergi pasar kerana perasaan takut untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Tak tahu mengapa tapi itu adalah kelemahan pada diri aku. So masuk pagi tadi dah dua kali aku merempit pergi Pasar. Pasar yang agak jauh dari rumah. Walaupun aku masa itu dalam MOOD tidur,aku merempit juga lah..

Sampai je kedai sayur yang biasa aku pergi,aku pilih barang aku mahu beli. Bila nak bayar,makcik kedai tu kirakan. Masa 1st time aku datang anak perempuan dia kirakan. Bila makcik tu sebut harga rm19.80. Aku hulurkan rm20.00. Dia pulangkan rm0.50. Aku macam pelik? Grrr..makcik ini salah kira ke apa? Rupa-rupanya dia bagi aku diskaun. Hoho..aku rasa bersyukur sebab makcik tu baik hati dengan aku.


Even aku baru lagi jadi pelanggan dia,dia dah beramah mesra. Mula-mula aku datang,aku macam takut nak cakap. Tapi bila makcik tu senyum,aku pun okayy aku pun balas la senyuman dia. Tengok !! dengan senyuman je aku dah ber
asa yakin nak beli kat kedai tu. Dan kerana senyumanlah makcik tu berjaya tarik pelanggan. Senyum itu kan sedekah.


Malam ini aku rasa happy dan terharu sebab ada orang wish birthday kat aku. Sebenarnya esok birthday aku tapi dia wish awal-awal dan siap nyanyi lagi. Sweet wehh!!macam couple je.. Ouchh!!!touching ini.. Bersyukur sebab dapat orang tu.. Haha.. Walaupun awal lagi dia wish,aku tetap hargainya..



nota jiwa : tetiba malam ini happy nak tunggu pukul 12pm. Tapi untuk hari istimewa aku takde sambut pun. : (

Monday, August 8, 2011

08.08.11


Semakin hari aku semakin malas nak update sebab aku tak ada idea yang bernas nak dituliskan.Sebab aku rasa aku makin blur. HAHA. Lepas sahur pagi tadi,aku dapat mesej dari kawan aku. Dalam mesej tu,berbunyi "happy birthday !!!". Aku macam "errrr..bukan hari ini 8hb ke???" Birthday aku 11hb laa.. 11.08.11. Oh,yaa..maybe dia excited nak wish awal.. HAHA.


Okaylah,birthday aku tak lama je lagi..4hari.. Aku tak harapkan hadiah apa-apa dari kawan-kawan sebab aku sudah kehilangan jejak dengan kawan-kawan sekolah aku. Masing-masing dah sambung belajar,busy! Tapi aku tak tahu kenapa aku kemaruk nak sangat kek SECRET RECIPE. Sepotong jadilah ! Asalkan aku dapat mencapai impian aku nak makan kek tu !!..



Kalaulah orang bagi aku kek ini. Memang bertuahlah hidup aku. HAHA. Penat aku pujuk kawan aku minta kek ini. Tapi dia layan permintaan 1st aku je..Takpelah. Aku minta mengalahkan aku makwe dia pula. Okay,we re friends only.


Tahun ini birthday aku jatuh pada puasa yang ke-11. tahun lepas 1st puasa. Aku rasa bersyukur sebab jatuh pada 1st puasa.



nota jiwa : aku nak kasut baru untuk Raya sebab kasut aku dah rosak. Mana nak korek duit wehh??!! arrghhh!!

Wednesday, August 3, 2011

Bilalah aku BOLEH kahwin?


bila aku tengok video FARAH & JOHAN kahwin..aku excited rasa MACAM nak kahwin.



*sangat cute bila dia pakai baju pengantin.



*sangat lawa pelamin mereka. jeles gilerr..!!



Aku memang pernah perasan nak KAHWIN tapi..?? I'm still young wehh... Belajar itu lagi penting dari segala-galanya. Ayat-ayat poyo aku..! Kalau ada jodoh,adalah kahwin. Tengok gambar orang bertunang pun dah rasa macam nak juga. Nafsu ! Subhannallah.. Hehe..


nota jiwa : aku tak faham kenapa mesti aku dapat susah? Kenapa suka menyusahkan aku? Aku ni patung ke? Aku ada perasaan lah wehhh!! sabar..