Wednesday, April 12, 2017

STUDENT FINAL YEAR

Assalammualaikum..

Hari ini perjumpaan dengan Supervisor (SV) cancel pula. Aku bersemangat gila nak jumpa dia. Tapi dia busy pula. Okay tak kisah la. Dan aku pun lepas sarapan, aku bersiap pergi library. Library je weh tempat kau rasa tak bosan sebab ada wifi.

Aku malas nak stay rumah sebab tak tenang hati nanti mengenangkan kerja banyak lagi. Tapi hari ini, mood aku spoil sikit sebab kurang tidur. Yela semalam drive pergi dan balik ke JB urusan intern. Balik je sampai rumah 4pm. Aku basuh baju then baring-baring kat katil. Mata tak nak lelap pula. Dah tu, malam aku tinggal sorang. Housemates yg lain ada kelas malam. Mula-mula focus buat kerja, dah lama lepas tu aku rasa bosan pula. Ajak kawan keluar pi makan.

Penyudahnya,malam tadi aku tidur lambat. Mata elok pula tak mengantuk. Ada ketika, aku jenis cepat mengantuk pukul 10am. Sebab aku akan tidur awal,esok tu 4am aku bangun awal. Hampir tiap hari rutin aku macam tu. Biasalah dah pelajar tahun akhir. Rutin tidur aku berubah.

Kalau dulu, aku rileks je tidur lambat apa semua. Tapi ini semester akhir, aku suka tidur awal time malam. Time siang,aku busykan diri buat kerja sampai penat. Dugaan bila pelajar tahun akhir ni, aku rasa aku selalu gila STRESS. Even hal kecik pun ,aku stress. Entahlah kadang-kadang tak boleh nak kawal marah sometimes. Tapi bila terlalu STRESS, aku boleh nangis tetibaa...

Serius, semester ini je..dah berapa banyak aku nangis. Banyak jugalah. Sampai aku terdelete file gambar dalam UNITY. Nangis tetibaa. Bila berhadapan dengan PSM (Projek Sarjana Muda), kena selalu buat backup files. Yela nanti dah saat genting, kita tak boleh duga...apa benda nak berlaku? So better buat backup. Aku dah belajar dari kesilapan. Sedih bhaii. Berapa hari aku ambil mood nak buat balik benda tu.

Tapi setiap apa yang berlaku,pasti ada hikmah dari Allah swt. Aku selalu redha apa yang berlaku. Aku pula jenis suka berseorangan. Kalau pergi library, aku prefer pergi sorang je. Malas nak ajak kawan, nanti tinggalkan aku sorang juga. Sama je. Bila pergi sorang, aku manfaatkan masa buat kerja. Kadang-kadang aku balik dah nak malam. Lepas magrib kadang aku balik. Takpe, aku selesa bersendirian.

Yerla hidup ini sampai bila nak depends pada orang. Ada masa je,orang boleh tolong kita. Ada masa je, kawan kita ada di sisi. Biasalah tu bro. Rileks. 

Pernah kawan aku tanya "Macam mana kau bahagikan masa buat assignment, masak dgn PSM?". Seriusly, aku bukanlah seorang yang hebat. Tapi aku cuba sedaya upaya bahagikan masa untuk rutin harian aku. Termasuklah bab masak. Hey, duduk rumah sewa haruslah masak. Aku jenis suka masak. Masak sesimple je sis uolllss. Tak ada lah nak masak Ayam masak cili api engkooo!. Hahaha. 


Jenis aku buat kerja kt library. Kalau kat rumah tu, aku akan buat kerja bila bangun pukul 4am dan ke atas. Biasanya dalam satu masa, aku buat kerja pelbagai. Mula-mula assignment A. Then , dah settle. Aku sambung PSM. PSM aku banyak kerja aku kena buat. Contoh, harini aku buat modelling. Esok aku buat dalam Unity. Lusa,aku buat guna Adobe Photoshop. Biasanya, PSM aku bagi extra masa untuk menghadap. Kalau assignment tu, masa kejap-kejap je. Contoh, aku baca soalan. Cari journal then baca dan fahamkan isi journal. Esok aku start buat report based on journal tadi. Lepas tu, sambung buat benda lain.

Tapi aku sejak sekolah menengah, memang dah biasa buat kerja overload. Maybe sebab dah di-trained sejak zaman sekolah. Alhamdulillah. Bagi aku lah,biarlah aku menikmati saat dan memori semester akhir dengan busy gila apa semua. InsyaAllah kejayaan bakal tiba suatu hari nanti. Tapi incase kalau aku demam, kerja aku jadi tertangguh. Biasalah kalau badan tak sihat,mood melayang nak rehat je.


Kadang bila kau busy sangat belajar. Lupa nak balik kampung. Pernah juga fikir nak balik. Tapi aku busy sangat sampai aku cakap dalam diri "Tak apa demi masa depan". Sabarlah duhai hati. Bila dari zaman belajar,kau dah biasa busy. Lama-lama nanti dah lali dah merantau negeri orang. Sebab aku tulis ni,sebab suatu hari nanti aku akan baca balik blog ini. Kenangan aku zaman belajar ijazah.