Setelah nak dekat setahun aku biarkan blog ini, akhirnya tetiba nak post untuk hari terakhir bagi tahun 2018. Sebenarnya, aku macam terdetik nak menulis kembali sebab terjumpa blog brader sorg ni. Entah kenapa tetiba rasa mood nak menulis balik datang. Suka baca penulisan orang. Tak kisahlah kisah menarik atau tidak, aku suka baca sekiranya pengisiannya menarik.
Alhamdulillah sempena 2018 bakal melabuhkan tirai. Ada beberapa perkara aku dah capai dan dapat. Tapi ada juga perkara sedih berlaku pada tahun ini. 29 Jan 2018 atok Aim telah meninggalkan kami semua. Ketika arwah pergi menghembuskan nafas terakhir, akulah insan terakhir berada di sisi arwah. Rindu tapi Allah swt lebih sayangkan arwah atok. Sebenarnya, banyak cabaran sepanjang 2018. Lepas pemergian atok, aku dapat offer kerja berdekatan dengan rumah tetapi gaji tu a lil bit rendah. Tapi tak apa, it's okay cari pengalaman. So far, aku masih stay kerja tu sehingga sekarang. Banyak perkara aku belajar, dan ada juga benda paling best aku dapat. Iaitu aku dapat hadiah jam Fossil dari bos. Sempena hari lahir aku tahun ni, tapi bos hadiahkan sebab performance aku memuaskan. Yela aku sebenarnya bidang multimedia, dapat offer kerja bidang Marketing. Jauh sangat bezanya. Hahaha. Apa pun syukur alhamdulillah dapat kerja tetap.
Tahun 2018 juga aku banyak kenal kenalan baru. Mungkin 2018 sahaja kenalan itu kenal sehingga paras itu saja. Boleh move on next kot. Hahaha. Itu sahaja untuk tahun 2018. Sekian.