Wednesday, January 25, 2012

two weeks left.

Okay,cuti aku berbaki lebih kurang 2minggu sahaja. Aku takde buat pape pun,selain menunggu duit ptptn masuk. Sebab aku nak beli barang sebelum balik sana. Jenis aku suka prepare barang siap-siap,sampai sana aku tak perlu risau nak pergi bandar. :D


Hari demi hari,aku menghitung hari untuk mengetahui result aku. YA Allah,aku dah usahakan yang terbaik. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Mudah-mudahan dapat result yang memuaskan. Amin.


Now,printer aku buat hal. Hopefullly dapat memulihkannya sebelum dibawa balik ke Pahang. Huh! Start bulan 2,aku akan start sem 2. oomaaiiiderrrr,aku macam tak percaya aku nak masuk sem 2. really?? Oouch,sukar untuk aku percayai. Sepanjang hidup aku di UMP,aku sudah lali dengan jatuh dan bangun dalam mengecapi kejayaan. Aku dah puas dengan perangai manusia. Biarlah mata aku ini yang melihat,hati yang terasa.


Mungkin yang baik dari Allah,yang buruk dari aku. Lagipun , aku hanyalah manusia biasa. Aku mampu melakukan yang terbaik untuk memajukan diri aku. Aku bukan anak orang kaya,pandai dan boleh dapat result bagus-bagus. Aku sedang belajar hidup susah dahulu. Aku percaya setiap kesusahan yang aku lalui,Allah akan berikan kesenangan suatu hari nanti.


nota jiwa : hidup itu indah jika kita hargai setiap saat berlalu.

No comments: