Tuesday, May 6, 2014

Two weeks more

Assalammualaikum.


Lebih kurang dua minggu je lagi aku tamat bekerja sebagai cikgu kat sekolah rendah. Bila dah lama-lama sekolah situ,macam best mengajar ni. Semua cikgu kita kenal, orang pentadbir kita ramah, makcik-makcik kantin dan semua oranglah aku peramah. Kadang-kadang peramah ni tak semestinya kena tegur selalu. Senyum pun dah kira okay.


Minggu ni minggu budak peperiksaan pertengahan tahun. Sepanjang aku jadi cikgu sementara ni, banyaklah juga pengalaman aku dapat. Contohnya, buat kertas soalan Bahasa Inggeris tahun 2. Mula-mula diberi tugasan ni,aku mcm give up tak nak buat. Tapi dengan usaha teachers yg sudi membantu aku, maka terhasilkan kertas soalan tu.


Kalau difikirkan logik,aku ni tak layak pun nak buat kertas soalan. Apalah pengalaman yg aku ada ni kan? Tapi nak buat macam mana, sekolah tu memang kekurangan guru BI. Maka aku ni dah macam guru tetap je. Hahaha.


Dan pagi tadi, pegawai PPD datang sekolah nak pantau LINUS. LINUS ni macam ujian saringan untuk murid tahun 1 dan 2 saja terdiri dari subjek Maths, BI dan BM. Aku pun terlibat sekali utk menjalankan saringan ni. Saringan ni ada dua bahagian. Pertama Saringan 1 iaitu Membaca dan kedua Saringan 2 iaitu Menulis.


Memang dugaan aku nak menguruskan ujian saringan ni sebabnya murid tahun 2 kelas aku kelas hujung iaitu kelas lemah. Mostly dorg bermasalah nak membaca. Nak pula Bahasa Inggeris lagi dorg malas nak membaca. 


*no filter sbb malas nak edit. 


Terpaksalah juga tiap kali nak mengajar,aku mempelbagaikan kaedah mengajar. Kaedah yg aku gunakan basic saja. Tak memerlukan budget mahal-mahal. Aku pun bukan bergaji besar. Mostly,aku guna barang utk menghasilkan bahan mengajar apa yg ada kt rumah. Beli buku mewarna dan macam-macam.


Masa awal-awal dulu,puas jugalah aku memikirkan idea utk tarik minat dorg belajar BI. Hmm..ternyata teaching plan buat aktiviti dalam kelas lebih memberansangkan minda dorg. Hahaha.



p/s : sambung nanti. 

No comments: