Saturday, February 16, 2013

Begin a new semester.

Assalammualaikum..

Alhamdulillah aku dah selamat tiba di UMP pukul 3pm. Rasa macam tak percaya aku dah ditinggalkan oleh mak, abah, nenek dan Jiha tadi. Macam cepat je masa berlalu. Sedih. :'(

Masa pantas berlalu pergi hingga aku dah semester 4 iaitu semester terakhir aku. Kalau dulu masa first time datang UMP, bila family nak gerak balik..air mata aku berjujuran mengalir di pipi. Hati aku jauh dengan family. Bayangkan 19 tahun aku duduk dengan mereka, kini aku belajar berdikari di negeri orang. 

Aku rasa lain sangat bila makan sorang-sorang, baju kena lipat, duit belanja kena guna sebaik mungkin dan macam-macam lagi. Aku rasa dulu macam aku ni masih budak yang tak reti menguruskan diri sendiri masih perlukan bantuan family. Tapi sekarang alhamdulillah aku dah pandai berdikari sendiri, pengalaman belajar di negeri orang menjadikan aku semakin matang.

Takpelah bila lagi aku dapat rasa belajar jauh-jauh kalau tak dari sekarangkan? Ini namanya peluang, aku tak nak sia-siakan.

Selesai mengemas barang aku tadi, barulah sekarang aku dapat update kejap. Tunggu roommate tak sampai-sampai lagi. Sedih lagi. 

Masa mak dan abah nak balik. Aku dapat rasakan mak peluk aku erat. Dalam hati berfikir kenapa ye mak peluk aku erat? Nenek macam biasa nasihat aku jangan keluar malam-malam bahaya. Aku akur jela masa tu. Sedih la juga masa tu, tapi Allah je tahu aku tahan sedih aku bila abah gerakkan kereta lalu pergi. 

Bila kereta berlalu pergi, hati aku tetiba rindu pada orang-orang yang ada dalam kereta itu. Ya Allah, kuatnya perasaan aku ni. Sekejap je dah rindu. Takpe bulan 4 nanti aku balik. :')

Hampir sebulan duduk rumah, aku suka main-main dengan kucing ini. Dia baik dan suka bermain apa saja yang dia nampak atas lantai, boleh jadi barang mainan dia. 

nama dia GEBU. Aku sayang dia, semoga Allah memberikan dia kesihatan yang baik dan panjang umur.

 p/s: Semoga family aku selamat sampai rumah. Aminn.

No comments: