Tuesday, February 19, 2013

Makanan masa hidup membujang.

Assalammualaikum.

Makanan itu penting dalam kehidupan seharian kita. Kalau tak makan macam mana nak dapat tenaga? Oleh itu makan itu penting. Tapi makan kena pilih makanan yang berkhasiat. 

Ada orang kata kalau makanan yang dimasak di rumah lebih berkhasiat dari beli kedai makanan. Oleh itu, rajin-rajinlah bawa bekal ke sekolah, tempat kerja dan macam-macam.

Tapi aku ni kadang-kadang nafsu makan kemain, tak ingat dunia main bedal je makan ayam la, burger, spagetti dll. Memang makan tak ingat orang sebelah. 

Tapi since duduk kampus, aku makin sedar bahawa belanja aku sehari mencecah RM10. Kalau makanan untuk lunch dalam RM4.00 la berlaukkan ayam dan sayur @ ikan keli @ telur dadar saja. Kalau dinner pula, dulu aku rajin beli nasi goreng dah siap. Tapi lama-lama aku muak dah makan tu.

Kalau hari-hari RM10 boleh kopak duit bapa aku. *ayat kasar. Seminggu dah nak dekat RM50. Abah pun mengeluh aku asyik minta duit belanja. Hahaha.

So masa hari tu shopping beli dengan adik bongsu aku. Aku nak beli biskut tapi tak tahu nak pilih sebab aku takut aku tak makan je sebabkan tak sedap. Tapi bila nampak biskut ni menarik perhatian aku. Aku try ambil pek 6 bungkus.



Ternyata biskut ni sedap. Cicah dengan air susu lagi sedap. Nak pula ada rasa masam-masam sikit sebab epal tu. Berkhasiat la juga. Tak salah kalau mencubakan?

So lepas ni kalau shopping aku nak buru biskut ni. Hahaha. Aku nak beli buat stok beberapa bulan nanti. 

Makan malam aku kalau boleh nak makan ringan je macam biskut,roti dan susu je. Dari situ aku boleh save sikit duit belanja. Selamat duit Abah nanti. hehehe.


p/s : Kalau dah online, homework tolak tepi. haish !



No comments: