Friday, March 1, 2013

Demam kuat makan.

Assalammualaikum.

Pagi tadi aku dah pergi klinik.

Dapat doktor Myammar. *perghh aku lemah betul.

Bukan apa, doktor tu macam lembut je bila bercakap.

Doktor tanya sakit apa? Aku jawab.

Dia tanya nak MC tak? Aku jawab 'tak perlu'.

Sebab hari Jumaat aku takde kelas langsung.

Tapi doktor tetap tulis MC untuk aku.

Hati aku berbisik doktor ni tak faham bahasa agaknya.

Biarlah.


Hari ni juga aku rasa tak dapat rasa nikmat makan.

Deria rasa aku tak berfungsi akibat selsema.

Tapi hari ni aku makan macam-macam. 

Petang- Nasi ayam

Malam- Maggi kari

Banyakkan? 

Aku pun pelik kenapa nafsu makan aku kuat sangat.

Well, aku kalau nak makan something aku akan penuhi permintaan aku.

Kalau aku mengidam pun, aku rasa nak makan..aku beli.

Kadang-kadang aku rasa macam risau pula, aku makan banyak dalam satu hari.

*Jangan jadi macam aku ye.



No comments: