Friday, March 15, 2013

Focus bila buat sesuatu.

Assalammualaikum..

Sebenarnya tadi aku dah login blog, bila dah buka aku lupa nak tulis apa? -_-?
Then belek-belek MukaBuku dapat idea. Login balik blog. 



Aku ni selalu leka bila buka MukaBuku. Tak tahu kenapalah? Buka MukaBuku nak cek status je. Tapi aku melalut buat benda lain. Aku tak post apa-apa tapi aku menglagha. hebat? Aku sendiri tak tahu apa aku luangkan masa begitu lama. 

Dari magrib sampai Isyak online. sepatutnya aku buat kerja aku online. Kadang-kadang nak je buang akaun MukaBuku aku. Tapi nanti susah pula nak tahu perkembangan semasa.

Kalau kat rumah, aku jarang berkepit dengan laptop. Kat sini 24jam aku berkepit. Why? Kat sini aku rasa bosan sangat. Laptop jela medium hiburan aku sambil buat kerja. Dapat dengar lagu, radio , youtube lagu dan macam-macam. 

Kat rumah heaven gila ! TV besaqq gedabakk uww.. Tak nak lepas remote woo. Bila dah lama sangat tak pegang remote Astro ,aku nak on pun tak reti. Sampai mesej akak macam mana nak tekan TV ni? -_-. Betapa kunonya aku kekok tak pegang remote tu.

Kalau nak tukar channel Astro. Aku tanya akak aku, "weh channel apa yang HBO tu??". 
Aku mudah lupa. Kadang-kadang nak bawa kereta pun aku kekok. Kereta auto senang, kalau dapat manual aku kena buat imaginasi dulu. Macam mana dulu aku belajar bawa kereta. Hahahaha. Kesian aku.

Tu kat rumah jadi bahan gelak. Selalu kekok nak buat sesuatu. Apa barang aku letak kat rumah? mesti aku tanya nenek mana aku letak barang tu. Neneklah yang selalu ingat sebab dia tahu aku dah amanahkan dia jaga barang aku. :D


p/s : esok Softskills. oh bosan gila.

No comments: