Tuesday, July 2, 2013

Semuanya berjalan dengan lancar.

Assalammualaikum wbt.

Aku dah habis diploma 18/6/2013. Tapi sekarang aku sedang mengikuti satu program yang memberi manfaat pada aku. Benda ni berkaitan dengan kos aku. Pendek kata,if aku lulus exam aku dapat certificate yang diiktiraf oleh satu badan ni. Aku nak cerita lebih pun tak berapa reti lah !. Hahaha. Program 3P = Program Pertaulihan Professional. 


So far, baru dua hari aku ikut kelas dia dari 9am hingga 5pm memang mengantuk weh tapi bila dah lama-lama best pula. Trainer pun best,berpengalaman dan professional. Dah lah program ni FREE kerajaan sponsor, dapat buku rujukan tebal gila pula tu dan dapat perkakas lengkap untuk godek-godek PC. Hahaha. 


Sangat seronok sebab dapat ilmu macam-macam mengenai PC. PC tu dari A sampai Z aku belajar. Pada mulanya,aku rasa macam errr jee program ni. Bila kita minat,letakkan diri kita dalam benda tu insyaallah minat mula timbul. 


Seriusly,aku ni memang tak tahu satu benda pun pasal Computer. Since dah ambil kos komputer, bolehlah sikit-sikit aku belajar. Minat aku ni datang dari Along, dia macam orang yang memberi motivate kat aku bahawa komputer ni best kalau kita belajar dan faham. Since dia tolong aku dulu masa buat assignment,aku rasa minat aku terhadap komputer semakin mendalam. 


Bila nak sambung ijazah akan datang,aku tanya pendapat along kos apa yang sesuai? Semuanya kena ada minat. Kalau minat takde, tak boleh pergi juga. So konklusinya, Along lah sumber inspirasi aku. 




dapat benda ni masa kelas petang tadi. Syukur.


p/s : kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya menjadi. Maka,buatlah Plan B.


No comments: