Thursday, January 9, 2014

Thursday

Assalammualaikum..

Rasanya dah lama gila aku tak update. Sebelum ni ada nak update,tp aku simpan dalam Draft dulu sebab takde idea dah. Kadang-kadang takut penulisan aku makin bosan,orang tak nak baca. Ehh, aku ada blog ni ibarat mcm diari aku juga. Tak semestinya nak traffic tinggi je. 

Semalam merupakan hari paling rileks aku sebabnya bos aku takde,dia outstation. So dapatlah balik awal sikit. Sampai rumah, adik aku ajak g Pasar Tani. Aku macam malas sebabnya dah siap mandi ingat nak baring kejap. Tapi terpaksa pergi beli sayur sikit & Yong Tau Fu yg sedap kat pasar tani situ.

Sampai je pasar tani,singgah gerai sayur. Sayur kat situ tak berapa cantik sebabnya entahlah. Aku beli 1-2 jenis sayur je. So harganya hanya RM3.50. Aku bayar pakai RM50. Abg tu pulangkan baki RM47.50. Adik aku kira-kira dan cakap kt aku sepatutnya RM46.50. So kena pulangkan seringgit.

Aku macam blur sikit masa tu sebabnya bab congak-congak aku mmg FAIL sikit. HAHAHA. Bila aku panggil abg tu nak pulangkan,dia jawab "oh ye ke dikk?? * sambil ambil duit aku pulangkan." Cara dia macam saja nak test aku.

Dan adik aku cakaplah, dia nak uji kau je tu. Aku pelik macam mana adik aku tahu. Pastu, adik aku cakap "aku tahu la tengok air muka org boleh tahu nak uji kita ke apa?". Aku tak tahu la mana adik aku dpt instinct macam tu. Tapi rasanya macam betul je.

Tanpa kita sangka, dalam diam peniaga macam tu nak uji kita. Tapi kebiasaannya, orang akan kira duit peniaga pulang...kalau tak cukup minta baki sepatutnya. Tapi adakalanya, orang dapat duit baki terus blah balik. Tanpa sedari duit tu kurang rupanya. Nak patah balik g kedai,confirm malas. Itu ciri-ciri macam aku. Hahaha.

Well sebagai rakyat Malaysia kenalah prihatin bab-bab duit baki selepas membeli belah. Sekarang, orang biasa tersalah anggap duit RM20 sekeping tu macam RM10. Tapi nenek aku, duit sekeping RM10...dia cakap RM20. Hahaha.


p/s: bos dah mai dah. sampai sini jela aku update.


No comments: