Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah new life

Assalammualaikum wbt.

*Bila dah start menaip rasa malas pula nak update. Lulz mira !
So pendek kata,aku dah lama tak update agak sebulan lebih tak update sebab kebusy-an melanda sejak aku jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Start bulan Feb, dalam 3minggu je dpt berkhidmat. Then, bulan Mac dapat sambung 3bulan. Alhamdulillah rezeki.



Kalau nak cerita panjang perjalanan ceritanya. Aku dapat mengajar subjek Bahasa Inggeris. Mula-mula aku nervous nak ajar sebab , seriusly English aku memang tahap koma dah lama tak speaking apa semua. Grammar & Vocub entah ke mana? Memang takut dan risau,aku tak layak mengajar.


Tapi lepas dua minggu rasanya,aku dah boleh ikut rentak jadi cikgu. Aku dapat kelas darjah 2 Fatanah, 3 Amanah & 4 Amanah. Kelas darjah 2F,aku bermasalah sebab kelas ni kelas hujung. Dalam kelas tu,ada sorg hero malaya. Dimana maksudnya, degil & nakal gila. 


So far,kelas aku ajar masih terkawal. Senang dan ringan kerja aku. Nasib tiga kelas aku ajar dan satu subjek. Kalau tak,pengsan! 


Kadang-kadang bila kita berada di alam pekerjaan ni,macam-macam orang kita akan kenal dan jumpa. Start praktikal dulu,aku memang dah biasakan terima orang contoh macam bos atau orang atasan. Yela,kita ni pekerja bawahan je.

So bila jadi cikgu ni, aku masih mentah sebab aku paling muda kt sekolah tu. Bukanlah nak bangga. Tapi terkilan sikit, mentaliti orang zaman sekarang.

Contoh ayat: Bila kau ada ijazah,kau rasa kau paling bagus apa semua. Budak tu,hanya SPM je. Apalah sangatkan? 



Pernahlah aku terkilan dengan sikap manusia macam tu, tapi tidak mengapa. Aku anggap itu pengalaman. Mungkin lepas ni rezeki aku sambung ijazah dan seterusnya master. Insyaallah.


Bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Kita sebagai manusia,kena belajar menerima dan memberi. Bila kita tolong orang, Allah swt akan membalasnya. Takpe,kalau orang tak hargai kita, kita masih ada Allah swt. 


Kalau aku rasa down or sentap kt sekolah, aku pergi tandas aku tenung cermin cakap kat diri aku "Cabar diri kau mira telan pahit ni". So far,masa aku dalam tandas,takde sape masuk dan tak kantoi la aku cakap sorang-sorang depan cermin. Hahaha.


Dan rutin harian aku berubah, tiap kali habis sekolah aku rasa lega kepala otak aku. Selesai tugas dan amanah utk hari ni demi anak didik aku. Malam pula, aktiviti menanda buku murid, search bahan mengajar utk hari seterusnya dan tulis ringkasan mengajar. Aku bersyukur sebab dilahirkan sebagai anak cikgu. Aku boleh bawa tugas sebagai cikgu,takde nak rasa bebannya jadi cikgu ni? Tidak okay? So far,alhamdulillah. Sokongan mak dan abah banyak membantu.


p/s: gambar dengan kak zah aka mak ada anak sorang. Hahaha.



No comments: