Thursday, March 27, 2014

Rezeki

Assalammualaikum wbt.

Semalam aku dah selesaikan permohonan UPU dan pengeposan dokumen ke IPTA yg aku pilih. Mengambil masa yg agak berminggu aku asyik delay nk pos sebab tak complete semua dokumen ada cop pengesahan. Alhamdulillah,semalam semua settle.


Tadi aku buka Facebook tengok 'Newsfeed' salah seorang kawan Facebook aku bercakap pasal sambung degree. Hmm..status yg dia tulis lebih kurang kalau dia sambung degree,hutang banyak. Buat masa skrg dia nak belajar mcm mana nak bayar hutang RMxx,k.


Pada pendapat aku,tak salah kalau tak nak sambung belajar sekarang. Nanti bila duit dah cukup nak buat degree,sambunglah kan? Masa aku buat diploma,ada sorg kawan aku ni dia anak tunggal. So dia ckp parents dia tak bagi ambil pinjaman kerana mampu tanggung dia. Bertuahnya kalau aku jadi mcm dia juga. 


Tapi aku tengok dia belanja berjimat sebab kos perbelanjaan kt U memang tinggi. Buku kos aku sebuah je nak dekat RM100. Bersyukur aku dua kali dpt baucer buku,so guna baucer je kalau nak beli buku rujukan. Sedangkan aku dpt pinjaman,lepas utk sebulan dua je duit belanja. Lepas tu,duit parents.


Rezeki ada dimana-mana. Ada orang rezeki dia,parents mampu sponsor dia belajar. Ada orang rezeki dia, half daripada belajar parents mampu sponsor. Pemikiran masing-masing.


Lagipun masa depan kita,kita yg mencorakkannya bukan orang lain. Bagi aku,belajar selagi parents kita mampu support kita. Semua parents nak lihat anak-anak dia berjaya. Anda mampu mengubahnya. Pilihan ditangan anda bukan ditangan orang lain.


Jangan fikir apa orang nak cakap kalau tak sambung belajar dari sekarang. Kalau niat kita nak selesai sesuatu perkara,cukuplah Allah swt yg mengetahui. Pedulikan mulut orang. Allah swt sentiasa berada disisi kita. 


P/s: lenguhnya update guna tab ni. Lappy pula ada orang pinjam. Alahai.

No comments: