Tuesday, April 10, 2012

friendship.

friendship = schoolmates.

Hari itu aku cuti seminggu sempena Mid Sem. So aku balik Melaka. Tak apa apa yang menarik sepanjang duduk rumah. Tapi sehari sebelum aku nak balik Pahang, aku jumpa kawan sekolah. Rindu gila kat mereka sebab dah lama tak jumpa hampir nak dekat setahun. Mungkin??


Alhamdulillah,dengan pertemuan lepak di tepi pantai dapat mengeratkan hubungan kami semula yang telah terkandas sekian lama terpisah. Lepas lepak kat tepi pantai, kami pergi makan. Luangkan masa bersama sebelum terpisah. Mereka cuti sem sebab dah final.Aku je tidak ! Cuti mid sem.


Sedih kot tak dapat join dorang 2bulan ni,dorang plan nak keluar lagi. Aku je kena balik Pahang. Meneruskan perjuangan aku di sini. Walaupun rasa berat nak tinggalkan Melaka,tapi aku terpaksa akur dengan cuti dah habis ini.


Bila dah sampai Pahang,nasib malang laptop aku pula rosak. Screen jadi biol. Sedih gila. Nasib baik ada backup plan. Kalau tak,mati aku cam gini. Aku tak nak menyusahkan kawan-kawan aku. Mesti dorang nak guna laptop dorang, aku pula nak pinjam. Segan. Mungkin ada hikmah sebalik kejadian yang menimpa aku.
Takpe,aku laluinya dengan senyuman.


Minggu ni memang aku full dengan Test. Yeay! aku suka jadi stress. Dan sekarang kehidupan aku tak berapa lancar sejak laptop rosak. Kekeliruan dan kehampaan menimpa pada aku. Ya Allah,tabahkan hatiku.


nota jiwa : mungkin aku takde rezeki sekarang.

No comments: