Monday, September 17, 2012

Le driver.


Semalam aku dengan kawan-kawan plan nak keluar pergi Kuantan. Akibat bosan melampau,we're decided to hang out about half day. Kitaorang sewa kereta half day and le driver is me !! Bangga gila aku dapat drive ! Hahaha. Kitaorang decide nak gerak pukul 11am. Disebabkan aku duduk jauh,aku siap awal gila. Pukul 11am dah tunggu diaorang BUT diaorang lambat siap !

Tak professional depa ni noohh. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. WAITING..........


Babak 1

Bila dah jumpa diaorang masalah kereta pula. Diaorang cakap pakcik kereta sewa tu tak call lagi? WTHell aku kena tunggu lagi sejam untuk dapatkan kunci kereta?? Pakcik tu pula satu, tak pandai nak berurusan dengan customer. Ada ke patut? Tak angkat call masa makan? Kitaorang kena tunggu dia angkat call,sebab tak jumpa dia masa tu. Susah berurusan dengan orang tidak dikenali.


Babak 2

Dapat kereta VIVA auto. Aku gembira dengan girangnya sebab TAK PERLU risau masuk gear ! Yeayy ! Start enjin jalan. Baca Bismillah sebelum mulakan perjalanan. Mudah-mudahan takde apa-apa berlaku. After 5minutes,aku bawa langgar lubang TETIBA bunyi bergesel kat bahagian tayar kiri. Penumpang 5orang termasuk aku. Seat belakang tiga orang,keding-keding belaka. Takkan salah aku bawa bunyi tu keluar??


Bila berhenti kat Petronas isi minyak. Syafiq cek tayar kiri,tengok apahal bunyi-bunyikan? Then,ada kesan kemek kat bahagian besi tayar. (don't know how to describe the incident?). Lepas dah sudah isi, aku cuba bawa slow but it's still happen. Macam tak bagi aku jalan-jalan je. Bawa punya bawa,still bunyi. "Wehh,aku bawa slow kot..still bunyi ni!!". Tak sedap hati sebab aku risau keselamatan penumpang.


The conclusion, Piqah call pakcik kereta sewa mengadu kereta Viva ni blablabla.. Pakcik tu boleh cakap "Eh,saya tak tahu pula.". Sakit hati aku mendengar. Dia suruh kitaorang berhenti satu tempat dia nak cek. Cek punya cek,dah buang masa pasal kereta 1jam setengah. Pergi tukar kereta lain,punyalah jauh tempat tu woiii !!. Pakcik tu drivekan kereta Viva sebab kitaorang tak tahu tempat nak tukar kereta. Dia bawa bapak lembap ,kalah siput jalan. Punyalah berhati-hati dia drive.


Dapat kereta kancil Manual,aku okay je semua kereta aku sapu. Hahaha. *ayat bajet !. Dapat kereta tu pula,air cond tak kuat. Panas woii. Dah rugi
kat Viva tadi,kitaorang dah isi minyak RM10. Pakcik tu ganti RM5 je. Nampak tak permainan disitu?


Babak 3

Masa nak parking kat Berjaya Megamall,aku terpaksa mengambil risiko parking atas. Kena pusing-pusing,naik bukit. First time woo,aku bawa tempuh risiko macam tu. Tapi aku selamat bawa kereta naik atas parking tingkat 2. Dalam keadaan hujan,petir,sesak parking penuh. Nasib baik kereta tak undur ke belakang. Hahaha.

Nak parking pula,diaorang suruh masuk bahagian bontot kereta dulu. I'm feel liked "grrr..aku cuak kot". But alhamdulillah,pass parking dengan bantuan Syafiq tukang bagi isyarat GOSTAN-GOSTAN. Bhahaha. Macam Oh My English je. Scene Jibam cakap kat Mr Henry Middleton suruh Gostan-gostan.


Babak 4


Bila dah masuk shopping mall,aku attack tandas dulu. Aku perlukan tandas dengan segera. Kawan-kawan aku dah rambang mata tengok baju lawa-lawa. Haish ! Bila tengok barang lawa, nak je beli. Tapi terpikir aku ni duduk merantau,kesian parents berhempas pulas cari rezeki untuk anak-anak. Aku rasa nak beli benda penting je kali ni. I'm promised !


Lepas tandas,aku cakap "wehh makan dulu la,aku lapar ni". Cehh,itu dia driver dah lapar. Hasrat di perut mengidam nak makan burger GCB,last but not least..aku beratur "GCB ada tak?" Sebelum tu,tengok orang lain beli takde pun GCB. Standy menu lain sat gi. Memang betul takde GCB. Sedih aku.


Lepas makan,kitaorang shopping. Aku dapat beli :

  1. Seluar track
  2. Kasut sarung
  3. Buku (tetiba hati ni nak tahu pasal isu semasa..ngeee :D )
  4. Krim muka (tak penting pun tapi DAH beli)

Tapi ini saja habis Rm150.00 termasuk makan. Roommate mesej kirim KFC,aiyaaa lagi nak menangis aku nak keluarkan duit. Terpaksa. Heh !



Aku & Mai

Mai,Anis & Piqah


Babak 5

Masa tengah shopping,kawan aku tinggalkan aku sorang-sorang. Tahu tak perasaan aku macam sedih? Sampai hati diaorang. Aku diam jela. But still happy,bahagia duduk sorang-sorang kat meja Mcd walaupun aku tak makan makanan Mcd. Hahahaha. Melayan hp biasa,kalau smartphone dah lama aku ber-fesbuking. Tunggu anak dara habis shopping,aku rasa sampai subuh tak sudah. Tunggu pasangan merpati sejoli habis tengok wayang sampai pukul 9pm. Alahai. Sebelum tu sebenarnya,kitaorang ada main bowling. Lupa nak cerita. Tapi biasa jelah, orang ramai masa tu. Bising.


Dalam pukul 10pm,aku dengan dua orang kawan gerak pergi kat kereta. Aku bayar kupon kereta. Lepas tu,pasangan merpati sejoli call aku. Aku tak angkat. Hahaha. Aku mesej "kami tunggu kat kereta". After 10 minutes,dah terpancul depan mata. Cepat betul !!


Sampai bilik,aku mandi dan tidur. Kaki aku sakit gila berjalan seharian.

p/s: lepas ni tak nak balik malam dah wooii.

No comments: