Sunday, September 9, 2012

New semester.


Assalammualaikum.

Semalam aku dah balik Pahang. UMP tercinta gamaknya ! Hahaha. Esok aku akan start kelas tapi petang. Pagi aku free. But hari Selasa,jadual aku PADAT gila. Nak buat macam manakan? Hmm..pada hari Jumaat,Sabtu pagi aku bertolak. Nenek sudah mula busy. Aku pun rasa macam menyusahkan nenek je.

Nenek masak macam-macam untuk aku. Apa aku minta dia layan. Dia masak nasi kurzi,sambal udang,sambal ayam dll. Perrghh! Sekarang aku dah mula rasa nak makan lagi masakan dia,sedangkan baru semalam aku melantak sorang-sorang lauk ayam tu. Hahaha. Masa aku nak bertolak,nenek asyik ingatkan laptop aku. Aku pun dah lali mendengar. Sebab dulu laptop aku pernah rosak,adik bongsu aku hempapkan. Blerghhh! Menyirap aku,seminggu aku tergendala nak buat kerja wooiii.

Masa nak bertolak,aku salam nenek. Aku pasti rindu dia. Even dia buat muka cool,dalam hati dia..mesti sayang & rindu aku. Cuma dia tak nak tunjuk je. Dia kepenatan semalam memasak untuk aku. Lepas ni,pagi-pagi nenek kena sidai kain sendiri. Aku dah takde kat rumah. Sejak aku balik hari tu cuti tiga bulan,aku selalu la sakat nenek aku,kenakan dia macam-macam sampai dia bengang. Haha.

Bila aku dah takde ni mesti dia teringat aku usik dia. Aku lah cucu paling banyak songeh bila nak balik Pahang. Akulah cucu paling marah kalau dia menyumpah kucing aku. Hehe. Aku sayang kucing aku,sekarang hanya tinggal 3 ekor je. Kalau aku balik cuti,ada je makanan aku nak makan aku minta. Confirm nenek layan. Haha.

Sebelum aku nak balik hari tu,sempat nenek belikan anting-anting untuk aku. Aku bodek dia gelang tangan yang silver je. Dia belikan. Sukanya ! Tapi aku fikir balik "kenapa nenek belikan?" Memang dah lama aku minta,tapi akhirnya tertunai juga. Aku bersyukur dapat nenek,dia sangat memahami & cool.

Satu perangai nenek paling susah ialah kalau ajak keluar mesti dia menolak. Bagi macam-macam alasan. Kadang-kadang aku yg geram. Kita nak jalan-jalan dengan dia,dia tak nak. Itu nenek aku paling cool. And semalam adik aku call dua kali. And pagi tadi sekali. Macam rindu je kan bunyi dia? Haha. Tapi dia tak mengaku pongg. Biasa le tu.

Kadang-kadang bila berjauhan dengan family ni,membuatkan aku teringat benda yang pahit jadi manis. Benda yang annoyed kat rumah,aku akan ingat balik. Ada yg suka,ada yg sedih dan macam-macam. Abah pesan "masa sekarang ni kau belajar berkorban masa,berdikari & tabah.." And alhamdulillah sekarang aku dah ada lesen kereta,so takde la aku susah nak keluar bila-bila masa.

Aku harap sem ni dipermudahkan. Moga Allah memberkati usaha aku.

No comments: