Wednesday, November 6, 2013

Pengalaman mengajar aku erti kehidupan

Assalammualaikum.

Tetiba malam ni terdetik hati nk update blog. Selalunya aku malas nak update sebab takde idea. Pagi idea datang, petang idea dah hilang. Tujuan aku tulis kt blog, untuk simpanan kenangan abadi aku juga. Manalah tahu dah tua nanti, aku nk imbas kenangan zaman muda aku boleh buka kt blog aku ni je. 

Kali ni aku nak cerita pasal pinjaman masa belajar. Pinjaman ni kena bayar balik setelah tamat belajar. Sekarang aku masih belajar, belum tiba masa lagi aku boleh bayar. Tunggu aku kerja dulu kot.

Masa nak masuk Universiti, serius aku memang tak tahu langsung pasal pinjaman. Aku cuba jela mohon PTPTN sebabnya kalau mohon pinjaman tabung negeri lambat sikit dapat. Aku terpaksa tanggung risiko PTPTN kena bayar. Nak buat macam mana? Dah itu je yg boleh bantu aku.

Masa awal-awal dapat duit memang best, tak dinafikan !! Serius weh,aku jadi macam asyik nak membeli barang je. Beli barang online. Tapi pernahlah aku fikir, bila aku dah habis belajar ni nanti aku kena bayar balik. Hmm...takpe dah amanah meminjam.

Memandangkan aku sekarang tengah praktikal, ada la beberapa orang sekeliling aku tanya "dulu belajar pinjam apa?". Then aku jawab PTPTN. Mereka bagi respons yg negatif. 

Sebelum mereka tanya, aku memang dah bersedia untuk mendengar pro dan cons dari mereka. Aku mampu dengar jela.

Macam-macamlah mereka cakap pasal negatifnya pasal PTPTN ni. Dulu pun memang jadi isu semasa. Dunialah katakan,kalau boleh semua benda orang nak mempertikaikan. Ya Allahuakbar. Dunia oh dunia.

Jawapan aku kepada seseorang ni pernah tanya aku kenapa guna PTPTN:
Aku jawablah, masa aku nak sambung belajar tu ekonomi kewangan parents memang goyah sikit. Adik-adik,abang dan akak pun tengah belajar. Lepas tu, kos belanja nak hantar aku pergi sambung belajar di negeri orang entah berapa ratus habis waktu tu. Memanglah orang tak nampak mana pergi duit PTPTN tu pergi. Tapi bagi aku, bergunalah utk beberapa bulan aku tampung belanja kt kampus waktu tu. Buku semua harga puluh-puluh, kalau tak beli rugi. Nak belajar guna apa? Nak tak nak terpaksa mohon PTPTN. Kesian kt parents waktu tu berkorban demi aku nak sambung belajar. Aku ni bukanlah anak orang kaya. Adik beradik ramai dan masih belajar. 

Bila aku bagi respons macam tu, barulah orang faham. Semester pertama aku belajar, aku takde laptop macam kawan lain. Aku sedih sebab aku tak mampu nak beli sebuah laptop. Apatah lagi, nak minta parents. Sedih sangat waktu tu, kalau roommates keluar pergi kelas ke jalan-jalan aku pinjam laptop mereka. Nak buat macam mana? Tu je cara waktu aku susah.

Start semester kedua, aku dah beli sebuah laptop. Alhamdullillah dengan izin Allah swt dengan bantuan PTPTN aku dapat beli. 

Bila manusia mempertikaikan keburukan PTPTN ,aku hampa. Pernah ke mereka rasa macam aku rasa? Kalau adik beradik ramai, parents kerja gaji sederhana still tak mampu nak support kau belajar. W'huallam. Hati manusia siapa boleh duga kan?

Selagi aku mampu bayar, aku bayarlah perlahan-lahan. Masa depan anda, anda yang mencoraknya. Pilihlah jalan yg betul. Biarlah orang mengata kita, asalkan kita tak minta duit orang.

p/s: masa utk tidur. -_-

No comments: