Friday, March 9, 2012

Perjalanan yang sukar

This week,it's very hard to me.

Aku tahu la aku ini tak sempurna macam orang lain. Aku mengaku aku sedang belajar meng-stabilkan kedudukan aku. Aku terasa kenapa manusia disekeliling aku happy? Sedangkan aku kadang kala stress. Aku cemburu tengok orang jadi hebat.


Banyak benda telah mengajar aku untuk jadi bersabar. Aku cuba tabah untuk hadapinya. Aku perlu cabar diri aku sendiri. Bukan tengok orang dapat result hebat,aku perlu ikut mereka. Aku perlu ubah diri aku dulu.


Kadang kala,aku terasa seperti digunakan. Kenapa Allah temukan aku dengan manusia macam itu? Kerana Allah ingin menguji aku dalam mencari ilmu? Memang ilmu perlu dikongsi. Tapi kesusahan yang aku hadapi,ada orang tahu? Ia terlalu complicated. Tiada siapa ingin belajar susah dahulu,nak senang datang bergolek depan mata.


Macam-macam dugaan bila nak berjaya ini. Allah saja yang memahami niat hambanya.


nota jiwa : i have learn from my mistake.

No comments: