Friday, November 16, 2012

Sahabat

Assalammualaikum peeps.

Aku rasa dah banyak draft tergendala aku biarkan save je. Aku rasa takde mood nak update dah. Feeling gua dah lari-lari. Haha.

Well,cuti aku berbaki lebih kurang sehari je. Lusa iaitu Ahad aku dah balik Pahang. Sangat tak best !. Aku rasa macam malas gila nak pack beg nak balik. Hmm. 

Act,bukan ni aku nak ceritakan. Hati ini terdetik nak cerita pasal kawan. Ye,kawan ada sekeliling kita tapi sejauh manakah dia ingat kita? Sejauh manakah dia menghargai kita? Adakah dia ingat kita sentiasa? Adakah kita ini sekadar kawan masa susah?

Sepanjang 19 tahun aku menghembuskan nafas dimuka bumi ini, aku dah perhatikan pelbagai ragam manusia. Macam-macam helah,perangai buruk,perangai bingai dan macam-macam. Ye,tak semua orang sempurnakan? Kadang-kadang kita boleh ubah kita tak sempurna tu jadi sempurna balik. Kita belajar segala kekurangan kita tu,jadi perfecto !!

Kadang-kadang tanpa kita sedari kawan baik kita sanggup pentingkan diri dia kerana sifat tamak dia. Kerana apa? Kerana mengejar harta? Mengejar kejayaan? Bangga bila org puji? Manusia itu manusia ,tak pernah bersyukur dengan apa dia ada. 

Kalau dia tu kawan baik kita. Dia takkan cakap benda buruk pasal kita kat depan orang,hebahkan dalam Facebook,twitter dll. Kalau dia sayangkan kita,dia pasti tegur kita baik-baik. Tak perlu nak sebarkan dalam internet. Come on la,dah besar masing-masing dah matang. Boleh fikir mana baik mana buruk? 

Tak sedih ke tengok kawan kita terasa atas perbuatan kita. Setelah sekian lama terbina ukhwaah sebagai sahabat baik akhirnya kau hina dia dengan kata-kata penuh berbisa. Apalah silap seorang sahabat sehinggakan kau sanggup melukakan hati dia? Adakah kau rasa perbuatan kau betul? Fikirkanlah mana silapnya,jangan mudah untuk menuduh.


p/s : Ya Allah kau permudahkan dugaan hidupku.

No comments: