Tuesday, November 27, 2012

Nafsu malas menguasai diri.


Assalammualaikum hamba Allah..

Okay aku lagi 3minggu or 4 minggu nak final. Tapi aku wat lek wat cool je ni. Dalam hati tengah risau. Hahaha. Tapi aku ni bila aku free, aku tak tahu nak buat apa? Kalau aku study, buka buku 15minit AUTOMATIK mengantuk !!

Aku pun ambil langkah ke arah membuang masa dengan melayan movie. Aku tengok movie bila bosan. Kalau time tengah makan sorang-sorang kat bilik,nak layan feeling? roommates semua takde,so layanlah movie sepanjang aku makan. Haha. Dah habis makan pun aku still tengok movie. Apa ni? poyo je Mira.

Bila aku tengah busy dengan assignment, aku rasa nak study subjek tu subjek ni. Tapi kenapa masa aku free , aku tak terfikir semua tu?? Betapa kuatnya nafsu malas aku menguasai diri aku ni. 

Ya Allah, aku tahu masa makin suntuk. Tapi mengapa kau uji aku dengan sifat malas waktu-waktu macam ni? Ya Allah andainya kau sedang menguji aku,aku terima dengan penuh kesabaran. Kau kuatkan hatiku ni ya Allah,aku ingin mencapai cita-cita dengan graduate kelas pertama. Aku mahu banggakan mak,abah dan nenek.

p/s : rindu nenek. :')

No comments: