Tuesday, January 25, 2011

Budi bahasa budaya kita.




hari ini pelanggan kt kedai makan tu,tak ramai sangat macam semalam. Alhamdullillah.. Aku macam biasa lah tolong ambil order orang. Tetiba aku datang lah ke meja akak 3 orang ini. Yang 2 orang tu aku kenal,sebab dah pernah nampak makan sebelum niw. Yang sorang tu takk,baru hari ini aku nampak dia.


Masa aku sampai je,tetiba akak yang aku tak pernah nampak tu. Senang cerita aku namakan dia akak B.K (baju kurung) laa.. She's wearing baju kurung. Dia tunjuk jari dia ke arah meja dia sedang duduk tu,meja tu basah sikit. Aku tak sempat nak lap. Act,tu bukan kerja aku. Tapi akak BK tu macam jijik giler kat meja dia duduk tu. Macam air tu air jamban lak. Kau nak jijik sangat kenapa???? Aku bengang ah. Dia macam fet up sebab meja tu tak lap. Kawan dia lagi 2orang tu oke je. Tak ada masalah pape.


Oke,dari situasi tu..Of course lah akak BK tu pandang serong kat aku. Konon aku tak buat kerja dengan bagus la. Dia dah mula buat muka taik dia kt situ. Masa aku nak ambil order dia,macam nak tak nak bagi respons. *geram seyh!. Aku tahu akak BK tu macam tak puas hati sebab meja tu tak lap. Dah memang bukan kerja aku,aku jarang laa nak lap.. Nak marah lak? Kau ingat kerja aku goyang kaki je ke?


Akak BK tu,muka lawa tapi itu sayang giler tak ada budi bahasa. Apalah salahnya kau cakap baik2 dengan aku "dik,tolong lap ke?" Ini kau guna bahasa tunjuk jari macam memberontak tak puas hati. Aku tak suka betul orang macam tu. Tolonglah,budi bahasa sikit. Aku kagum dengan mak Long. Walaupun dia asal orang Indonesia. Dia suka orang yang berbudi bahasa,biar kita tak ada harta tapi budi bahasa ada. *maklong said. Kau tak kagum dengan orang Indonesia yang ada budi bahasa berbanding dengan orang Malaysia..??... Aku malu bila dia cakap camtu. Aku terasa juga la,kadang2 aku tak ada budi bahasa.


Bukanlah,niat aku untuk mengutuk akak BK tu.Tapi aku kecewa kenapa dia tak nak cakap baik2 dengan aku. Itu baru kerja kat kedai makan. Macam2 orang aku dah jumpa dan macam2 peel. Act,korang kena faham kalau kedai makan tu masakan dia sedap2..mesti ramai pelanggan. So servis dia mesti laa slow sikit,sebab banyak order masuk.*kalau pekerja dia tak ramai. Nak2 pulak time lunch..memang waktu kemuncak. Kena banyak2 bersabar tunggu makanan lambat siap. Tak pun,korang try kerja kat dapur kedai tu..rasakan macam mana penatnya bekerja kat kedai makan. Kadang2 tukang masak ye sorang,kena masak banyak dalam satu masa. Tukang masak lagi penat berbanding pekerja lain2.


Aku rasa seronok sangat kerja kat kedai makan sebab macam2 pengalaman aku dapat. Tapi pengalaman nak masak niw belum lagi. Aku tak ada masa yang sesuai laa..nak tengok memasak. Sebab aku selalu busy..buat kerja aku. Abah ada tanya "dah pandai buat chicken chop dah??".. HAHA.. Senang giler nak buatnya,tapi aku SERIUS tiada masa nak tuntut ilmu tu. Nanti2 lah aku belajar memasak. Bak kata busu "belajar kat sini free Mira,kalau kat hotel kena bayar taw". So sambil menyelam sambil minum air,alang2 aku dah kerja kedai makan..apa salahnya aku belajar memasak. InsyaAllah..aku akan belajar nanti.


Mood : aku tak puas hati der! Tapi aku tetap bersabar. Mungkin hari ini hari orang,esok hari aku. Aku ingat Allah itu maha adil dan maha mengetahui.

No comments: