Wednesday, January 25, 2012

two weeks left.

Okay,cuti aku berbaki lebih kurang 2minggu sahaja. Aku takde buat pape pun,selain menunggu duit ptptn masuk. Sebab aku nak beli barang sebelum balik sana. Jenis aku suka prepare barang siap-siap,sampai sana aku tak perlu risau nak pergi bandar. :D


Hari demi hari,aku menghitung hari untuk mengetahui result aku. YA Allah,aku dah usahakan yang terbaik. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Mudah-mudahan dapat result yang memuaskan. Amin.


Now,printer aku buat hal. Hopefullly dapat memulihkannya sebelum dibawa balik ke Pahang. Huh! Start bulan 2,aku akan start sem 2. oomaaiiiderrrr,aku macam tak percaya aku nak masuk sem 2. really?? Oouch,sukar untuk aku percayai. Sepanjang hidup aku di UMP,aku sudah lali dengan jatuh dan bangun dalam mengecapi kejayaan. Aku dah puas dengan perangai manusia. Biarlah mata aku ini yang melihat,hati yang terasa.


Mungkin yang baik dari Allah,yang buruk dari aku. Lagipun , aku hanyalah manusia biasa. Aku mampu melakukan yang terbaik untuk memajukan diri aku. Aku bukan anak orang kaya,pandai dan boleh dapat result bagus-bagus. Aku sedang belajar hidup susah dahulu. Aku percaya setiap kesusahan yang aku lalui,Allah akan berikan kesenangan suatu hari nanti.


nota jiwa : hidup itu indah jika kita hargai setiap saat berlalu.

Sunday, January 15, 2012

Home sweet home.

Okay, lebih kurang nak seminggu aku duduk rumah. Alhamdulillah,akhirnya selesai tugas aku menghadap final exam. Rasa bersyukur sebab ringan beban aku. 10.01.2012 aku bertolak balik Melaka menaiki bas.


Baru sekarang aku dapat update blog sebab kesibukan tahap menggila. Well,lepas habis jawab paper aku kena kemas barang-barang penting untuk disimpan. Sebab cuti sem sebulan. Kena make sure bilik selamat untuk ditinggalkan. Malam nak balik esoknya tu,aku tak boleh tidur. Dua malam sudah aku tak boleh tidur. Tak tahu kenapa?


Okay,sepanjang minggu exam. Aku rasa macam err...tension la juga. Kadang-kadang kita dah study satu perkara tu,then bila exam betul kita buat silly step. Aku macam erk..!! Takpelah,aku dah berusaha. Now,aku tawakal dan berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dapat result memuaskan.


Disamping itu,ada perkara pahit yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Aku tahu benda tu salah tapi aku malas nak nasihat orang sebab bukan orang nak dengar. Aku cakap sekali je. Maksudnya,aku nasihatkan sekali je. Terpulang kat orang tu nak dengar or tidak? Meniru itu adalah dosa.
Lu fikir la sendiri.


Walaupun aku dah pernah alami situasi macam tu. Aku pernah juga buat macam tu MENIRU dan hasilnya AWESOME. Tapi akhirnya, aku bangga dengan result tanpa berusaha???. Useless gila weh. Aku insaf tak nak buat lagi. Sebabnya aku rasa cukuplah aku tipu parents aku kalau dapat result cemerlang tanpa berusaha. Tak berkat la senang.


Aku tahu aku slow learner but at least I try to beat the weakness ! Aku belajar dari kesilapan. Normal la manusia tak pernah bersyukur dengan nikmat Allah bagi. Sampai ambil jalan singkat nak meniru dalam exam. Pleaselah,kalau kita boleh bangga dapat result cemerlang,suatu hari nanti kita akan dapat balasannya balik.


Terpulang dekat diri orang tu sendiri,kalau rasa nak masa depan yang cerah..kenalah usaha keras dari sekarang. Aku telah banyak lalui macam-macam keadaan yang telah diciptakan oleh manusia yang riak dan takbur. Nak dapat pointer highest must put extra effort to get it.


nota jiwa : mood aku berubah-ubah nak update macam malas gila.





Thursday, January 12, 2012

Pendek & ringkas.

bosan duduk rumah. Kalau ada kat Pahang,heboh nak balik. Bila ada kat Melaka,nak balik sana pula. Haish !