Friday, May 25, 2012

When I busy,I got stress

Seminggu lagi nak Study week. aku memang busy sebab dengan test,presentation dan banyaklah. Aku rasa macam nak give up je tapi aku kuatkan hati. Walau apa terjadi sekali pun,aku tak kan putus asa sewenang-wenang. Walaupun minggu ni paling stress,sampaikan aku menangis. Aku sabar apa yang berlaku. aku tahu ini semua ujian dari Allah. Mungkin sebelum ini aku dah buat salah kat orang,dah Allah nak uji aku.


Aku sedar aku tak sempurna. Tapi dalam setiap tugasan yang diberi,aku cuba sedaya upaya untuk memberi komitmen yang baik. Walaupun mengeluh penat,aku tetap teruskan buat kerja. Yerla,Sem 2 ni aku rasa mencabar sungguh ! Sangat sebabnya macam-macam benda aku kena fikiran dalam 1 masa. Aku pun naik sakit kepala bila multi-thinking ini. Haha. *ada ke ayat tu??


Then,minggu ni aku rasa kecil hati dengan seorang sahabat. Sedihlah. Aku tak sangka dia berubah sekelip mata je. Tapi hati aku ni terlalu perit untuk menelan semua tu. Aku kena saabr banyak-banyak. Bila cerita kat kawan baik,diaorang banyak nasihatkan aku. Walaupun masalah tu,aku yang punya. Aku share dekat orang yang aku percayai. Sekurang-kurangnya kurang beban aku sikit.

Monday, May 21, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah..aku masih hidup hingga ke hari ini. Dan aku bersyukur sebab dapat selesai project final. Sampaikan aku stress gila. Aku rasa aku hampir nak kehilangan semua. Perkara yang telah berlaku sewaktu keadaan makin suntuk, betul - betul mengajar aku erti ketabahan. Walaupun aku pernah berputus asa bila dengar khabar orang marah kat aku. Aku rasa down gila !


Aku tak tahu kenapa seorang kawan aku ini,marah gila kat aku. Lepas je presentatioon Bisnes dia cakap kasar dengan aku. bagi aku tindakan dia tu,melampau sebab aku tak tahu apa-apa pun. Apa salah aku,aku pun tak faham. nak menangis oo ! Sebab masa tu aku sakit kepala, bila  dapat tahu dia marah aku lagi bertambah sakit. Allah saja yang tahu masa tu. Betapa hinanya hamba ini.


Aku tahu masa tu memang aku tertekan. Aku nak call mak,tapi aku tak cukup kredit. Lagipun aku tak nak mak risau. Tetiba malam tu,mak mesej aku. Alangkah terkejutnya! Aku tak tahu mana mak tahu aku stress bagai. Naluri seorang ibu. Aku nak mengadu semua perkara tu,memang tak muat la mesej aku. 


Tapi aku bersyukur ke hadrat ilahi semua masalah aku telah selesai. Minggu ni last kelas,last test,last skillbase. Last for everything ! Then,final mali !. Oh ye,aku rasa macam aku terlampau relaks je? Taklah ,aku busy dengan assignment melimpah ruah. Okbai,masa untuk siap pergi kelas. 

Monday, May 14, 2012

Too emotional.

Semalam Mother's Day. Aku wish kat mak pagi semalam. Mula-mula aku macam malu,nak wish kat FB je. Tapi macam tak cool je,baik aku mesej terus. Nak call kredit tak mencukupi. Bila aku mesej,mak cepat balas. Agaknya mak tak busy la tu. Dalam mesej mak cakap, "ye ke..terima kasih banyak-banyak..Ada juga anak mak yang ingat. jangan lupa study hard for exam!". Aku terharu mak tulis gitu. Sebabnya aku berjauhan dengan mak. Hohoho.


Lepas mesej mak,aku pergi library. Study dengan Mai. Kawan baik aku. Pergi library tu nak cari bahan untuk assignment. cari majalah jumpa bahannya. Nak photostat tapi kesulitan yang amat aku kesali dengan library. aku geram kot semalam. dah lah library dah nak tutup,orang tu pula boleh melambatkan kitaorang. Tak efisien langsung sistem. Marah ini? 


Dengan perut lapar tak makan dari pagi sampai petang,aku cepat naik angin. Angin kuskus. Haha. Bila sampai kafe,aku tak sabau nak order nasi ayam. aku tak puas hati dengan nasi ayam tu sebab sikit sangat. aku dengan mai minta tambah nasi lagi. Kira dari RM3.50 jadi RM4.00. Hahaha. Kuat gila kami makan kan? memang tengah kebuluran masa tu. Allah saja yang tahu perut aku. 


Bila aku dah naik bilik,aku nak rendam baju. sekali tekan baju tu biar sebati dengan air sabun jari aku kena besi kat baju tu. Sakit gilalah. Masa tu aku mood PENAT sangat,tak daya nak solat asar nak mandi bagai. Bisa sangat bila kena tu. Aku rasa macam nak menangis je. Bila dah sapukan minyak gamat,rasa dia lagi bisa. Ya Allah,memang sabar jela aku masa tu. Mengadu kat boypiren,tak layan sebab busy kerja. Sakit hati aku bertambah-tambah. haish!


Itulah semalam memang hari aku naik marah,meradang je rasa. Ya allah,kena aku terlalu emosinal? Adakah aku stress dengan keadaan sekarang? Mungkin,aku rasa SEM ni lagi memberatkan banding dulu. Bahu aku ini pula selalu sakit. Memang dugaan la sekarang aku menanggung segala keperitan.  Tak lama lagi,aku nak final. Lagi besar dugaan aku. Kuatkan semangat aku Ya Allah. 


Sesungguhnya apa yang aku usahakan selama ini kebaikan untuk diri aku masa depan nanti.

Saturday, May 5, 2012

Pahang Darul Makmur

Sampai je bulan 6 nanti,genaplah aku setahun berada di Pahang. aku asal Melaka okay? Belajar kat Pahang. Ramai cakap aku belajar jauh gila ! Tapi seronok dapat pengalaman baru. Even dah lama duduk sini,takdelah hari-hari aku dapat makan ikan patin. sebabnya aku sendiri tak tahu kat mana boleh aku dapatkan lauk itu.


Aku suka makan ikan keli. Dulu aku tak reti makan ikan keli sebabnya aku geli. Tapi sekarang aku dah pandai makan ikan keli. kalau beli lauk ikan keli dalam Rm4.00 lebih camtu. Mahalkan? Yerla,aku satu hari belanja Rm10.00. Habis cam gitu je. Rm5 makan tengahari,Rm5 makan malam. Kalau lauk ayam dalam Rm3.50.


Perubahan ketara aku kat sini berat badan aku. Seriusly,aku tak tahu kenapa? aku rasa aku makan 2kali sehari je. Mungkin tidur petang. Haha. Aku kalau penat sangat memang tidur sekejap kadang-kadang larut ke magrib. Terukkan? Abah selalu bising cakap aku ni gemuk. Aku macam fikir balik? Macam mana aku nak kurus? Kalau aku skip makan nanti aku sakit. Pernah buat sekali,menyesal gila. sebabnya aku rasa akan menyebabkan aku tak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.


Dulu aku rajin berjoging petang-petang. tapi sejak sem 2 ni aku belum sempat nak joging,busy dengan assignment. Ada terasa nak joging tapi penat sangat. Kenapa lah kos aku ni jadual padat? Aku tengok kawan aku kos lain,relaks je jadual dorang.




rindu mereka. Dah besar dah sekarang.
Pandai berlari. Ouch,tak sabar nak balik Bulan 6 ni.