Sunday, September 30, 2012

Manusia


Assalammualaikum..

It's Sunday peeps !! Aku masih menghadap laptop sebab cari idea yang bernas untuk menghasilkan video resume. Aku ingatkan lepas cuti raya haji,tetapi minggu depan dah kena submit. Grr !!

Bila dah sudah buat kerja,aku nak solat. Aku pergi la jenguk kasut aku basuh pagi tadi supaya tak kena hujan. Sebab langit kat sini mendung. Bila sampai tempat ampaian, aku lihat pakaian yang aku basuh malam tadi BASAH !! Kena titisan pakaian hamba Allah mana main letak je penyangkut pakaian dia,ampai bawah tu aku sidai pakaian aku.

Aku rasa nak marah je. Pakaian aku tu hampir kering,tetiba dah basah balik. Bengang kot ! Manusia memang takde akal agaknya. Dah tahu tempat tu dah ada tuan,tak perlu memandai alih. Lagi satu,tak hormat hak "1st come,1st serve". Geram kot weh. Semalam pun aku kena juga.

Seolah-olah ada orang dengki pula. Nasiblah siapa letak dulu. Kalau nak baju kau kering cepat,sidai cepat-cepat. Ni suka hati kau alih pakaian orang + basahkan. Dalam erti kata,kau memang buta ke? Ini tidak adil. Hmm.


p/s : tolonglah buat rumah sebelah kampus aku. Hahaha.

Saturday, September 29, 2012

Life as a student


I had been through my tough life in UMP,now I'm in third semester. How wonderful my life i have been through here? Everything goes smoothly. I wonder that on my graduation day, my family was here to celebrate my biggest day ever. Insyallah. 

Bila dah berjauhan dengan family, aku teringin nak minta makanan yang best-best bila aku balik cuti. Mak pun cakap aku ni nak makan semua benda dalam satu hari. Betapa tamaknya aku? From my opinion, they should treat me because i'll mengidam the food i dah request. Kat sini bagi aku, susah untuk aku dapatkan makanan yang aku nak? Yang sama macam nenek aku masak? jauh sama sekali nak sama. Nenek aku masak tip top sedap !!

Bila aku minta makanan pelik, mesti ada orang jeles. Bagi aku sebab aku jarang balik rumah,so kalau diaorang makan sedap-sedap kat luar takde aku. Aku terasa sedih. Tapi aku pendamkan. Ini adat merantau jauh. 

Tapi benda paling aku suka nak buat masa cuti adalah meluangkan masa dengan nenek. Saat itu paling bahagia bagi aku. Bila aku rindu nenek,aku call rumah. Waktu pagi,waktu dia sorang-sorang duduk rumah. Orang lain kerja , sekolah & kuliah. Kadang-kadang aku rasa nak je balik rumah kejap tengok nenek buat apa? Tapi jauh ,rumahku di Melaka. Aku di Pahang. 

Bulan 10,aku akan balik Melaka. Even cuti 5hari tapi raya haji punya pasal,aku nak juga balik. Aku tak peduli benda lain,TIKET dah beli. Hahaha. See, excited nak balik !!.


p/s : aku kena focus study. 

Friday, September 28, 2012

I'm so tired.


Assalammualaikum..

Hari Jumaat hari yang penat sebab sepatutnya aku just ada dua kelas je tapi hari ni ada tiga kelas. Kelas BI ialah kelas ganti. Sedih ! Aku rasa minggu ni paling terseksa hidup aku. Nak pula hari Selasa jadual paling padat !!. Letih woo. Nak tercabut kaki ni turun naik tangga tingkat 3. 

Hari ni nasib baik kelas habis awal. Lecture nak mengajar pun fikir sepulo kali ! Muka student dah letih lesu nak tidur. Yela,kelas petang-petang memang hampeh lah aku nak focuskan? Tetiba petang tadi kelas aku kena menghadiri sesi ambil gambar. Aku mula-mula tak nak pergi sebab penat sangat. Tak terdaya aku nak melangkah pegi blok W tu wehh !!. Jauh gila. Tapi budak perempuan kelas aku semua pergi kecuali sorang.

Aku terpaksa akur pergi jela kan?. Tapi most of the boys tak bagi commitment sepenuhnya. Aku naik bengang la juga. Tapi malas nak fikirkan hal those guys yang annoyed. Bila ambil gambar rasa seronok sebab that moments I was like feel happy. Look at my friends wearing their jacket and said "macam besau je baju ni". I know that was my last time with them in this third semester in my whole life. Cepatnya masa berlalu. Sem 4..., sem 5 and I'm grad. Hee... :D


*gambar ini diambil oleh Pirasannah. Kesian dia takde gambar dengan kami. 


Sebenarnya aku banyak benda nak cerita tapi sayang..masa aku nak berblogging Google kat sini tak boleh buka atas sebab-sebab tertentu. Satu kampus tak boleh buka Google,Youtube,Blogger blablabla.. So sekarang aku dah lupa nak update apa hari tu? I'm so sorry because getting forgetful person. Takde RAM nak upgradekan kau Brain. Hahaha.

p/s : otak mula penat berfikir. 

Monday, September 17, 2012

Le driver.


Semalam aku dengan kawan-kawan plan nak keluar pergi Kuantan. Akibat bosan melampau,we're decided to hang out about half day. Kitaorang sewa kereta half day and le driver is me !! Bangga gila aku dapat drive ! Hahaha. Kitaorang decide nak gerak pukul 11am. Disebabkan aku duduk jauh,aku siap awal gila. Pukul 11am dah tunggu diaorang BUT diaorang lambat siap !

Tak professional depa ni noohh. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. WAITING..........


Babak 1

Bila dah jumpa diaorang masalah kereta pula. Diaorang cakap pakcik kereta sewa tu tak call lagi? WTHell aku kena tunggu lagi sejam untuk dapatkan kunci kereta?? Pakcik tu pula satu, tak pandai nak berurusan dengan customer. Ada ke patut? Tak angkat call masa makan? Kitaorang kena tunggu dia angkat call,sebab tak jumpa dia masa tu. Susah berurusan dengan orang tidak dikenali.


Babak 2

Dapat kereta VIVA auto. Aku gembira dengan girangnya sebab TAK PERLU risau masuk gear ! Yeayy ! Start enjin jalan. Baca Bismillah sebelum mulakan perjalanan. Mudah-mudahan takde apa-apa berlaku. After 5minutes,aku bawa langgar lubang TETIBA bunyi bergesel kat bahagian tayar kiri. Penumpang 5orang termasuk aku. Seat belakang tiga orang,keding-keding belaka. Takkan salah aku bawa bunyi tu keluar??


Bila berhenti kat Petronas isi minyak. Syafiq cek tayar kiri,tengok apahal bunyi-bunyikan? Then,ada kesan kemek kat bahagian besi tayar. (don't know how to describe the incident?). Lepas dah sudah isi, aku cuba bawa slow but it's still happen. Macam tak bagi aku jalan-jalan je. Bawa punya bawa,still bunyi. "Wehh,aku bawa slow kot..still bunyi ni!!". Tak sedap hati sebab aku risau keselamatan penumpang.


The conclusion, Piqah call pakcik kereta sewa mengadu kereta Viva ni blablabla.. Pakcik tu boleh cakap "Eh,saya tak tahu pula.". Sakit hati aku mendengar. Dia suruh kitaorang berhenti satu tempat dia nak cek. Cek punya cek,dah buang masa pasal kereta 1jam setengah. Pergi tukar kereta lain,punyalah jauh tempat tu woiii !!. Pakcik tu drivekan kereta Viva sebab kitaorang tak tahu tempat nak tukar kereta. Dia bawa bapak lembap ,kalah siput jalan. Punyalah berhati-hati dia drive.


Dapat kereta kancil Manual,aku okay je semua kereta aku sapu. Hahaha. *ayat bajet !. Dapat kereta tu pula,air cond tak kuat. Panas woii. Dah rugi
kat Viva tadi,kitaorang dah isi minyak RM10. Pakcik tu ganti RM5 je. Nampak tak permainan disitu?


Babak 3

Masa nak parking kat Berjaya Megamall,aku terpaksa mengambil risiko parking atas. Kena pusing-pusing,naik bukit. First time woo,aku bawa tempuh risiko macam tu. Tapi aku selamat bawa kereta naik atas parking tingkat 2. Dalam keadaan hujan,petir,sesak parking penuh. Nasib baik kereta tak undur ke belakang. Hahaha.

Nak parking pula,diaorang suruh masuk bahagian bontot kereta dulu. I'm feel liked "grrr..aku cuak kot". But alhamdulillah,pass parking dengan bantuan Syafiq tukang bagi isyarat GOSTAN-GOSTAN. Bhahaha. Macam Oh My English je. Scene Jibam cakap kat Mr Henry Middleton suruh Gostan-gostan.


Babak 4


Bila dah masuk shopping mall,aku attack tandas dulu. Aku perlukan tandas dengan segera. Kawan-kawan aku dah rambang mata tengok baju lawa-lawa. Haish ! Bila tengok barang lawa, nak je beli. Tapi terpikir aku ni duduk merantau,kesian parents berhempas pulas cari rezeki untuk anak-anak. Aku rasa nak beli benda penting je kali ni. I'm promised !


Lepas tandas,aku cakap "wehh makan dulu la,aku lapar ni". Cehh,itu dia driver dah lapar. Hasrat di perut mengidam nak makan burger GCB,last but not least..aku beratur "GCB ada tak?" Sebelum tu,tengok orang lain beli takde pun GCB. Standy menu lain sat gi. Memang betul takde GCB. Sedih aku.


Lepas makan,kitaorang shopping. Aku dapat beli :

  1. Seluar track
  2. Kasut sarung
  3. Buku (tetiba hati ni nak tahu pasal isu semasa..ngeee :D )
  4. Krim muka (tak penting pun tapi DAH beli)

Tapi ini saja habis Rm150.00 termasuk makan. Roommate mesej kirim KFC,aiyaaa lagi nak menangis aku nak keluarkan duit. Terpaksa. Heh !



Aku & Mai

Mai,Anis & Piqah


Babak 5

Masa tengah shopping,kawan aku tinggalkan aku sorang-sorang. Tahu tak perasaan aku macam sedih? Sampai hati diaorang. Aku diam jela. But still happy,bahagia duduk sorang-sorang kat meja Mcd walaupun aku tak makan makanan Mcd. Hahahaha. Melayan hp biasa,kalau smartphone dah lama aku ber-fesbuking. Tunggu anak dara habis shopping,aku rasa sampai subuh tak sudah. Tunggu pasangan merpati sejoli habis tengok wayang sampai pukul 9pm. Alahai. Sebelum tu sebenarnya,kitaorang ada main bowling. Lupa nak cerita. Tapi biasa jelah, orang ramai masa tu. Bising.


Dalam pukul 10pm,aku dengan dua orang kawan gerak pergi kat kereta. Aku bayar kupon kereta. Lepas tu,pasangan merpati sejoli call aku. Aku tak angkat. Hahaha. Aku mesej "kami tunggu kat kereta". After 10 minutes,dah terpancul depan mata. Cepat betul !!


Sampai bilik,aku mandi dan tidur. Kaki aku sakit gila berjalan seharian.

p/s: lepas ni tak nak balik malam dah wooii.

Friday, September 14, 2012

Satu panggilan berharga.


Pagi tadi pukul 11.23am,aku bosan. Kelas pagi tadi aku habis awal,9.30am gitu. Lepas tu,kawan aku ajak pergi bayar yuran kelas intensif MUET. Aku pun okaylah. Btw,malas nak tunggu lama-lama. Leceh. Bila dah sudah,aku balik bilik. Rasa cuasa panas terik,aduhh ! Dahlah aku pakai jacket,terbakar badan aku.


Masa berguling-guling atas katil. Aku dari sehari ke sehari nak call nenek. Tapi takut nanti aku sayu dengar suara nenek aku. Sebab aku rapat dengan nenek aku sejak kecil lagi. Sampai tadika, aku tidur dalam buyan (macam salah je aku eja) & hisap botol susu. Hahaha. Nenek cakap aku kuat menangis.


Bila dah call nenek,faham-faham jela. Tak sah kalau tak borak lama. Borak punya borak,nenek cerita macam-macam hal kat rumah. Aku dengar jela. Nenek cerita adik bongsu aku menangis sebab mak & abah tak layan nak isi borang asrama penuh. Dia dah habis UPSR,excited nak isi. Haha.


Aku dengar rasa kelakar,simpati pun ada. Sebab adik bongsu aku cakap tak nak masuk asrama. Tapi menangis pula bila orang tak ambil berat tentang dia.


Aku rasa rindu nak borak dengan nenek. She's my everything. Nenek sangat memahami aku. Setiap kali aku call mesti aku tanya nenek masak apa? Dia cakap masak nasi tomato hari ni. Aku cakap "haaa,nasi tomato ??!". nenek cakap "nanti raya haji nenek buat la,kau balikkan?" Bila aku cakap balik lambat,dia pelik.


Aku pun tak pasti balik bila? Ada jadual pun,untuk cuti mid sem je. Bila dah hujung borak,nenek menasihatkan aku macam-macam la.Nenek memang caring pasal aku. Cuma dia tak nak tunjuk je. Lagi satu,dia pasti bebel kat aku kalau aku tertinggal barang kat rumah KALAU dah balik Pahang. Aku balik Pahang ni,ibarat aku bawa semua barang aku. Masa aku balik hari tu,mak cakap "Lapang rumah aku". Mentang-mentang aku dah balik Ump,depa cakap camtu. Kurang asam betul.



p/s : minum susu untuk tulang.

Wednesday, September 12, 2012

Berubah untuk menjadi lebih baik.



Today,class cancel. Suka ! Bangun awal bukan main,tapi tidur balik. Hampeh je kau mira. Well, minggu awal ni..kelas aku tak penuh. Maksud aku,macam Lab selalu cancel sebab tak belajar apa-apa lagi. Macam semalam penat je satu kelas tunggu lecture datang,sampai dah setengah jam. Aku blaa jelah wehh. Tidur lagi bagus.

Actually, sebelum aku log in blog aku ni. Aku ada terbaca blog kawan aku. Which is,she's my friend but we're not same course just a good friend la senang. Aku rasa macam humble and some liked feeling down. Sebab result aku kali ini tak berapa dibanggakan. Aku rasa macam "oh okay,kau kos lain..memang la meletup-letup result kau". Adakah kos aku ni susah? Rata-rata kos aku ni ditakluki oleh kaum Cina and Indian. Dorang memang superb pandai. Aku tak dapat nafikan.

Kadang-kadang aku terfikir sejenak? Kaum Melayu ni malas ke? Aku lah tu kan? Aku dah usaha sedaya upaya. Aku perlu bersabar untuk dapatkan something worth. Aku tahu aku ni tak sehebat macam orang lain tapi aku cuba.

Nak pula sem ni banyak subjek susah,aku carry 19 credit hours. Even 7 subjek,aku rasa boleh pengsan lol. Kecuali English je longgar sikit subjek tu. Masalah yang aku akan hadapi sem ni,dapat lecture yang susah nak bagi kerjasama. Macam sem satu,ada sorang lecture ni dari Bangladesh. Cakap Melayu pelat-pelat. Nak berkomunikasi dengan dia memerlukan kesabaran yg tinggi. Nasib baik perempuan,hati mulia sikit. Hahaha.

Sem dua pula,Lecture programming aku tegas gila. Memang susah nak tengok dia senyum gelak semua. Dia pernah cakap " Kalau macam ni lah perangai awak,fail la awak semua".(dia cakap satu kelas aku). Aku rasa macam dah hujung dunia je bila dengar dia cakap macam tu. Tapi alhamdulillah,aku dapat B-.

Sem ni pula,satu lecture yang bakal aku masuk kelas dia. Dia bukan orang Malaysia. Tapi tegas juga. Ni PA aku cerita,aku dah risau. PA (penasihat akademik) "Saya tak nak tengok awak fail nanti". Hah! Kejam sungguh,kenapa sem ni aku mesti berhadapan lecture hebat macam tu? Mungkin ini semua dugaan belajarkan? Aku perlu tabah.

Sem ini aku nak jadi lebih fokus dalam kelas. Siapa tak nak kan grad dengan cemerlang? Aku nak,nak banggakan mak,abah dan nenek. Walaupun aku ada lagi 1 tahun setengah kat sini. Aku cuba,dengan izin Allah aku mesti lakukan demi keluarga. Aku nak sambung degree lepas tu kerja la kot. Then,kalau rezeki ada nak sambung Master. Itu belum termasuk hal kahwin. Haha. Tunggu la "him" kena extend lagi.

Abaikan apa orang nak cakap? Aku mesti teruskan perjuangan ni. Aku mesti lakukan dengan hati yang ikhlas. Jeles woo,dua orang kawan aku Chinese buat fast track. Jump in teross masuk degree. Huh,respect dorang.

pesanan : Aku rasa macam empty je. Kosong kosong.

Sunday, September 9, 2012

New semester.


Assalammualaikum.

Semalam aku dah balik Pahang. UMP tercinta gamaknya ! Hahaha. Esok aku akan start kelas tapi petang. Pagi aku free. But hari Selasa,jadual aku PADAT gila. Nak buat macam manakan? Hmm..pada hari Jumaat,Sabtu pagi aku bertolak. Nenek sudah mula busy. Aku pun rasa macam menyusahkan nenek je.

Nenek masak macam-macam untuk aku. Apa aku minta dia layan. Dia masak nasi kurzi,sambal udang,sambal ayam dll. Perrghh! Sekarang aku dah mula rasa nak makan lagi masakan dia,sedangkan baru semalam aku melantak sorang-sorang lauk ayam tu. Hahaha. Masa aku nak bertolak,nenek asyik ingatkan laptop aku. Aku pun dah lali mendengar. Sebab dulu laptop aku pernah rosak,adik bongsu aku hempapkan. Blerghhh! Menyirap aku,seminggu aku tergendala nak buat kerja wooiii.

Masa nak bertolak,aku salam nenek. Aku pasti rindu dia. Even dia buat muka cool,dalam hati dia..mesti sayang & rindu aku. Cuma dia tak nak tunjuk je. Dia kepenatan semalam memasak untuk aku. Lepas ni,pagi-pagi nenek kena sidai kain sendiri. Aku dah takde kat rumah. Sejak aku balik hari tu cuti tiga bulan,aku selalu la sakat nenek aku,kenakan dia macam-macam sampai dia bengang. Haha.

Bila aku dah takde ni mesti dia teringat aku usik dia. Aku lah cucu paling banyak songeh bila nak balik Pahang. Akulah cucu paling marah kalau dia menyumpah kucing aku. Hehe. Aku sayang kucing aku,sekarang hanya tinggal 3 ekor je. Kalau aku balik cuti,ada je makanan aku nak makan aku minta. Confirm nenek layan. Haha.

Sebelum aku nak balik hari tu,sempat nenek belikan anting-anting untuk aku. Aku bodek dia gelang tangan yang silver je. Dia belikan. Sukanya ! Tapi aku fikir balik "kenapa nenek belikan?" Memang dah lama aku minta,tapi akhirnya tertunai juga. Aku bersyukur dapat nenek,dia sangat memahami & cool.

Satu perangai nenek paling susah ialah kalau ajak keluar mesti dia menolak. Bagi macam-macam alasan. Kadang-kadang aku yg geram. Kita nak jalan-jalan dengan dia,dia tak nak. Itu nenek aku paling cool. And semalam adik aku call dua kali. And pagi tadi sekali. Macam rindu je kan bunyi dia? Haha. Tapi dia tak mengaku pongg. Biasa le tu.

Kadang-kadang bila berjauhan dengan family ni,membuatkan aku teringat benda yang pahit jadi manis. Benda yang annoyed kat rumah,aku akan ingat balik. Ada yg suka,ada yg sedih dan macam-macam. Abah pesan "masa sekarang ni kau belajar berkorban masa,berdikari & tabah.." And alhamdulillah sekarang aku dah ada lesen kereta,so takde la aku susah nak keluar bila-bila masa.

Aku harap sem ni dipermudahkan. Moga Allah memberkati usaha aku.