Friday, February 24, 2012

Bila rindu menjelma.

Sekarang aku agak busy sebab banyak perkara yang perlu aku settlekan. Tadi masa tengah jalan-jalan,tetiba dapat panggilan dari nombor mak. Aku hairan. Bila angkat rupa-rupanya adik bongsu aku call. Cakap suruh on laptop nak webcam. TERHARUU !!! Sebab dia rindu aku tapi tak nak mengaku. Dia cakap main-main je hari tu.


Seriusly, sangat bangga sebab dia ingat aku. Terharu la sebab tak sangka dia rindu aku walaupun dia selalu buat dajal dengan
aku. Aku malas nak layan perangai budak-budak ini. So sweet.. !!



nota jiwa : aku rindukan family aku tapi aku terpaksa pendamkan. Aku perlu tabah.

Saturday, February 18, 2012

wordless Sabtu

Sudah seminggu aku duduk di sini. Ada masa aku bosan,aku layan Facebook jela. Kadang-kadnag dengar lagu. Sampai nak lebam telinga aku pakai earphone. Petang nanti aku nak pi bandar jalan-jalan. Lagipun aku nak beli barang keperluan aku je.


Semester kali ni aku bawa 7 subjek. 5 subjek kos aku, 2 subjek universiti. Subjek kos aku semua susah. Gara-gara komputer,semuanya killer-killer. Tiap kali masuk kelas, lecture aku cakap "subjek ini berat dan susah". Perghh ! Confirm la aku terpinga-pinga dalam kelas bila lecture mengajar.


Semestinya aku kurang arif benda-benda mengenai komputer ini. Aku takde basic Komputer pun. Sebab memang aku tak minat. Tapi bila dapat tawaran ni,baru aku menjinakkan diri dalam komputer. Sikit-sikit boleh la kalau nk suruh repair komputer memang tidak laa. Hahaha.


nota jiwa : hiraukan orang sekeliling.

Saturday, February 11, 2012

Pahang.

kira-kira pukul 4.00pm tadi aku dengan parents + nenek selamat sampai di kampus aku. Perjalanan kira-kira 3jam lebih. Itu pun banyak dugaan duduk dalam kereta. Masa sampai je,aku perasan seorang roommate aku sama-sama sampai dengan aku. So aku pun puas hatilah,malam ni bukan tidur sorang-sorang.


Masa nak naik tu,aku rasa macam malas je nak angkut barang-barang aku tingkat 3. Banyak kot barang aku tu. Tak terdaya aku. Nasib baik mak dengan nenek tolong. Cepat sikit. Bila separuh barang dah selamat bawa bilik,aku dengan mak turun balik angkat lagi. Bila semuanya dah selesai,barulah mak dengan nenek dapat rehat sekejap.


Lepas mak dan nenek seusai solat,aku pun siap-siap nak hantar dorang ke bawah dan balik. Abah bagi duit belanja. Aku salam mereka semua. Mak cium aku. Terharu. Tiap kali aku nak balik Pahang,mesti mak buat camtu. Sebelum ni jarang. Bila dah sudah mak, air mata aku merenek perlahan-lahan. Tapi aku tahan masa tu.


Lepas dah sudah,abah pun cakap nak gerak balik dan "jangan nangis pula !". Last-last aku nangis sebab sedih mereka tinggalkan aku. Lagi-lagi bila tengok muka nenek,lagi aku sedih. Aku rasa macam tak dapat nak tahan. Terus lepaskan nangis tu. Aku abaikan orang lalu sebelah aku. Aku rasa cuti sebulan macam sekejap je. Tapi apa boleh buat, aku harus teruskan perjuangan aku di sini.


nota jiwa : dah mula rindu mereka.

Thursday, February 9, 2012

Final Result.

Finally,semalam petang aku boleh check result. Dari pukul 12pm sampai 3pm,aku check tak boleh. Server UMP busy. Sabar jela aku. Aku check tu pun sebab kawan aku dah text aku tanya aku dapat berapa? Masa itu aku belum check lagi. Lepas tu,terus aku capai laptop online.


Alhamdulillah result aku lulus semua. Walaupun tak capai target aku impikan tapi melepasi garisan maut. HAHA. At least, aku senyum lega dapat result tu. Berbaloi dengan usaha aku selama ni. Amin. Aku redha. Sem 2 ni aku kena perbaiki lagi kelemahan aku.


nota jiwa : aku percaya Allah itu maha adil