Friday, December 30, 2016

One semester left.

Assalammualaikum...

Sem ni merupakan sem kedua sebelum sem akhir. Semalam baru aku first paper exam final. Alhamdulillah boleh jawab. Dalam sekejapan je, cepat je masa berlalu. Aku rasa macam tak percaya dah nak habis belajar ijazah. Rasa macam cepat je masa ni lah !. Seriusly, dulu aku masuk ijazah macam redha tak redha je sebab masalah lain timbul. Tapi itulah setiap ujian yang datang, pasti ada hikmah.


Sepanjang sem ni, banyak ajar aku erti kesabaran. Erti kehidupan pun ye. Dalam sibuk berPSM1, aku ada juga masalah lain datang. Biasalah tu kan?. Walaupun aku hampir putus asa, aku teruskan juga. Demi mak abah. Dulu angah (kakak), cakap sambung ijazah ni susah. Aku macam takut pun ada sebabnya zaman diploma dengan ijazah tak sama. So aku dengan harapan beranikan diri untuk berhadapan dengan life ijazah. 


Aku suka dengar orang cerita zaman dia belajar. Sangat memberi inspirasi pada aku. Kata-kata semangat untuk aku sambung belajar lagi. Alhamdulillah walaupun dulu nak apply ijazah, aku fikir banyak kali nak sambung atas faktor ekonomi keluarga. Aku kesiankan parents aku tapi demi mak abah sanggup tanggung,aku teruskan. Allah swt permudahkan urusan aku.


Bila sambung ijazah ni, aku dapat belajar kt Johor. So aku sangatlah jarang balik kampung. Kalau balik pun, bila perlu je. Sebab malas nak drive 3jam balik dan isu minyak kereta pun mahal. Bukan apa,aku lebih suka menghabiskan masa kat Johor. Suka pergi library sebab sejuk giler. Hahaha. Rasa seronoknya.

Sampai sini saja,sebab takde seru nak sambung. Terima kasih

Thursday, December 15, 2016

Berakhir semester 5

Assalammualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah semester 5. Walaupun banyak dugaan dan cabaran sem ni, aku berjaya lalui. Sem ni aku start Projek Sarjana Muda 1 (PSM 1). Banyak cabaran aku lalui. Cabaran paling mencabar masa nak buat prototype apps aku. Tajuk aku AR FSKTM. AR itu adalah augmented reality. Sebab kenapa aku tak develop game or apps mobile learning? Even aku ambil kos multimedia? Sebabnya aku kurang minat game. Sejak dulu,aku tengok je orang main game. So jalan senang tak buat tajuk pasal Game. Then kedua, pasal apps mobile learning. Jujurnya, aku bukanlah seorang yang kreatif bab design or dalam bab multimedia.

Nampak sangat masa tu, aku rasa macam menyesal ambil kos Multimedia waktu apply UPU. Tapi entah kenapa hati ni minat sangat nak juga menceburkan diri bidang mendesign. Tapi AR ni pula more to 3D modeling. Dipendekkan cerita, AR ni tak ramai orang buat. Fakulti aku pun tak banyak senior-senior yang buat. So aku beranikan diri nak buat. Aku suka nak belajar benda baru. Sebab dari dulu berangan nak buat AR. 


AR ni nampak mudah tapi bukanlah senang. Sepanjang proses aku nak siapkan laporan bab 1 hingga 4 dan prototype apps 50%. Aku rasa stressnya. Rasa stress ya amat sampai nak putus asa pun ada. Tapi Allah swt maha kuasa. Aku kuatkan semangat untuk teruskan. Satu je aku pegang "Kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh?". Sepanjang mode stress buat PSM 1, aku tak cerita sangat kat family. Sebab aku tak nak diorang risaukan aku. Lagipun mak dan abah pun busy. Diorang pun belum tentu dan faham apa aku buat PSM 1 ni. Hehehe.


Start week 12, dah kena submit Laporan penuh Bab 1 hingga 4. Masa tu, ada sedikit ujian Allah swt uji aku. Aku tak nangis, cuma aku rasa stress sangat bila Supervisor (SV) komen pasal laporan aku. Stress aku sampaikan rasa "teruk sangat ke ayat BM aku? Bodoh sangat ke aku ni?". Dalam serabut kepala otak masa tu, aku kena handle laporan bab 1 hingga 3. Masa tu, Bab 4 baru 50% aku buat. Aku baiki semula Bab 1 hingga 3 aku. Sampaikan aku minta tolong mak aku cek struktur ayat laporan aku. Mak pun naik pening. Hahaha.


Dugaan satu per satu datang, bila dah sudah part laporan. Suatu pagi tu,aku nak print laporan aku. Sekali tiba-tiba...printer aku tak nak ON. Masa tu,rasa nak mengamuk pun ada. Tapi aku malas nak fikir negatif, aku cuba coolkan diri walaupun rasa sedih jugalah. Apalah nasib aku pagi ni. Printer dah nak dekat dua tahun guna, baru kali ni dia start meragam. Masa tu dah lah nak print banyak benda. Aku minta tolong budak rumah pinjam printer dia. Alhamdulillah dia bagi pinjam. 


Hari nak present PSM 1. Aku dapat dua panel untuk menilai aku. Satu panel tu memang panel killer. Sebabnya dia seorang yang tegas dan details person. Aku dah redha apps aku pagi sebelum nak present. Prototype aku tak seberapa sangat. Boleh scan marker dan paparkan model 3D je masa tu. Aku present pukul 2.30pm. Masa solat subuh, aku solat dan berdoa. Dalam doa tu, aku tetiba rasa menangis dan sebak. Aku takut progress PSM 1 tak melepasi permintaan SV je. Masa tu, baru aku sedar betapa susahnya PSM 1 ni. Betapa beratnya ujian Allah swt masa tu. Aku kuatkan hati.


Semasa present, aku agak berdebar sebab PSM 1 ni hasil kerja individu. Bila turn aku tiba, aku tarik nafas panjang untuk start present. Aku terangkan apa hasil aku dan tunjuk prototype kat panel. Alhamduillah , panel yang killer tu puas hati dengan hasil aku. Lepas je dia ucapkan "Okay good..nice saya suka". Aku ucapkan "Alhamdulilah". Aku rasa beban selama hampir 12minggu aku tanggung,akhirnya membuahkan hasil dapat komen positif. Syukur Ya ALLAH. Habis je present tu,aku rasa sebak nak nangis lagi. Tapi aku tahan jela. Nangis tanda syukur. Allahuakbar, indah betul perasaan masa tu.


Walaupun aku hampir nak putus asa di tengah jalan. Aku rasa bersyukur sangat Allah swt permudahkan urusan aku. Aku tahu aku sibuk sangat masa PSM 1,sampaikan tak balik kampung dah lama. Sampaikan kereta meragam, family aku datang kat aku. Masa PSM 1, jangan kata stress...waktu nak tidur pun mesti fikirkan pasal PSM 1. Tidur pun tak lena. Takpe, semoga PSM 2 aku boleh buat yang lebih baik.