Saturday, July 28, 2012

Kegagalan.

Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa macam dihempap batu. Berat hati ini menanggung. Tiada kawan untuk aku berkongsi perasaan perit ini. YA Allah,engkau tabahkan hatiku. 

Sunday, July 15, 2012

it's Sunday

Alhamdulillah Khamis lepas aku dah selesai menjalani ujian Pra kereta. Huh ! Memang nervous la,sebab atas jalan cikgu duduk sebelah. Nasib baik aku takde mati enjin. Risau juga sebab sebelum turn tu,budak tu mati enjin. Aku pun ada kekurangannya. Sebab aku tersilap masa kat simpang tiga. Hahaha. Aku ni takde hebat bawa kereta.

Lebih kurang seminggu lagi aku akan kena JPJ pula. Huh! Harap-harap aku lulus. Mudah-mudahan dapat orang JPJ yang baik hati. Huh! Tapi masa tu masa bulan puasa. Allah je tahu perasaan aku bila kena PRA hari tu. Aku cuak juga sebab ada juga budak yang tak lepas parking. Alhamdulillah aku lepas. Hewhewhew.

Aku nak selesaikan cepat sebab taknak tangguh-tangguh. Lepas raya aku balik Pahang sudah. Harap-harap semuanya akan selesai sebelum raya.Aminn.

Wednesday, July 11, 2012

Hampir sebulan aku praktikal di rumah.

Esok genap aku sebulan duduk rumah,cuti selama 3bulan aku habiskan di rumah saja. Kalau ikutkan aku nak kerja tapi disebabkan aku ni tak sampai hati nak tinggalkan nenek sorang-sorang buat kerja rumah. aku volunteer nak stay rumah. Buat kerja-kerja kat rumah ni. Dalam hati rasa macam nak menangis je,tengok orang dapat gaji. Aku rasa macam menyesal betul,apa aku nak beli tak dapat. Nak buat macam mana kan? 


Sabtu ni aku akan ada ujian Pra kereta. Huh! Nerbes kot ! Sebabnya aku dulu JPJ motor gagal. Rasa frust gilalah ! Allah je tahu apa aku rasa masa tu. Sakit sangat. Kawan aku lulus,sedangkan aku tak?! Mudah-mudahan kali ni,aku lulus. Mudah ler kerja aku. Aku pun malas nak tunggu ulang-alik pergi tempat memandu tu. Jauh gila !. Huh !


Dua hari lepas aku jatuh motor. Memang seronok la. Tapi tu lah,aku degil bawa laju-laju. Last-last terbabas lorong rumah nenek aku. Nasib baik sepupu aku je nampak.Hahaha! nak cover malu masa tu,tak sempat dah. Terpaksa akur kecuaian aku sendiri. Hahaha. well,aku memang suka bawa laju kalau kejar masa.Nak buat lagu mana? Susah kalau kena buat kerja dalam satu masa. Syukur aku kena lebam pada kaki,Allah bagi aku peluang untuk terus hidup. Alhamdulillah. 

Friday, July 6, 2012

Driving licence.

Alhamdulillah,aku dah mengikuti latihan 8jam kereta sebanyak 2 kali baru. Hari kedua, hari bertuah sebab semua aku buat baik dapat pujian dari cikgu. Hewhewhew! Berkat aku belasah kereta kat rumah ni. walaupun aku bawa undur ke depan ke belakang,tapi berbaloi juga. Apa yang aku takut nak tempuhi aku dapat buat dengan baik. 

Tak perlu nak tunggu orang ajar aku. Aku boleh buat sendiri. Aku berani kerana benar, takut kerana salah. Hopefully,aku dapat lesen dalam bulan ni. Mudah-mudahan la kan? Lagi cepat,lagi bagus. Tak perlu ler aku kena tunggu lama-lama. Dah ada lesen,boleh berjalan-jalan.

Well,memandangkan aku cuti 3bulan. Aku agak bosan duduk rumah ni sebenarnya. Tapi nak buat macam mana? Nak kerja pun lagi 2 minggu nak masuk bulan puasa. Duduk rumah le jawabnya. Hmm.