Tuesday, December 27, 2011

It's all about human behavior.

First story:
Cerita aku ini pasal printer. Kebiasaaannya orang macam aku yang ada printer selalu jadi mangsa. Sebabnya? Orang nak tumpang print. Pada awalnya,aku tak kisah orang nak print..tapi kadang-kadang menganggu masa aku. Tak kira masa aku rehat lepas balik kelas or nak study.


Pernah sekali tu,aku baru je habis kelas. Dan macam biasa aku mandi,solat dan basuh baju then tidur. Sebelum aku basuh baju, tetiba kawan datang nak print. Seriusly,masa tu aku penat sangat.. Kepala aku sakit. Aku nak tidur. Hak aku lah kan nak buat apa? Tapi kawan tu bagi impression yang annoying. Aku cakap baik-baik kot masa tu.


Ya Allah,aku rasa sakit hati masa tu. Bila aku masuk bilik,roommate aku cakap dia cari aku dari tadi tapi masa tu aku ada kelas. Aku boleh buat apa? Dah masa kelas aku padat. Senang cerita,masing-masing beli printer sendiri. Tak payah ganggu masa orang lain. Dan hormati keputusan orang lain.



Second story:
Bila dah nak final,baru terkial-kial cari nota hitu hini. Ini namanya last minute action. Aku kurang berkenan perangai camni. Come on la,dah besarkan? Spent time wisely with studies. Aku pun cari nota,minta lecture. Paling senang,aku print out nota tu. Senang nak baca. Tak perlu selalu nak on laptop.


Kenapa aku boleh belajar hidup susah demi mencari nota mengapa tidak orang lain? Kadang-kadang bergantung pada diri sendiri. Nak berjaya perlu berusaha keraskan? Aku tak kisah nak share ilmu dengan orang. Tapi dalam keadaan nak nazak nak final ini..hurmm..fikir-fikirkanlah..


nota jiwa : sakit mata aku wooiiii...

Kuatkan hati aku.


Aku rasa macam tak percaya minggu depan nak final. Aku cuba berjinak-jinak dengan buku tapi ternyata aku lebih suka baca sekejap. Aku perlukan hint apa yang keluar untuk satu subjek ini. Sebab nak harapkan aku baca satu buku yang tebal gedabak tu !! Memang hampeh laa.. Setahun pun tak khatam.


Aku rasa macam nak jadi Dena Bahrin je. She's cool girl. But aku rasa diri aku banyak kekurangan lagi. Aku perlu isikan kekurangan itu. Kadang-kadang aku rasa perangai malas aku makin berleluasa. Aku makin liat nak bangun pagi sebab kelas dah takde. So aku rasa kalau malam tu aku tidur,esok tak de benda penting nak kejar? So tidur jela.


Dan pagi tadi,aku update gambar kat muka buku. Dan aku tak sangka,mak aku komen post aku kenapa aku letak gambar tersebut? Aku rasa terharu sangat sebab mak yang komen. Mak bagi kata-kata semangat walaupun berjauhan. Yeahh! Adik-beradik aku semua ada kat rumah kecuali aku sorang. Dan aku sedih tahun ni,sambut tahun baru sendirian.


Sepanjang life aku kat sini. Aku rasa bangga sebab boleh continued life without family aside. Family is everything to me. Aku bersyukur sebab parents aku still alive. Alhamdulillah. Even aku dengar cerita dari seorang sahabat aku,yang sahabat dia dah kehilangan bapa beberapa hari yang lalu.



Setiap kali aku nak ambil test,aku mesti mesej mak supaya doakan aku. Aku start buat sejak aku belajar kat sini. Bagi aku,ambil berkat. Kawan aku ada cakap, "kita tengok gambar parents kita pun dah dapat pahala". Setiap kali nak jawab test, aku ingat mak dan abah. Mereka adalah supporter saya paling hebat !


nota jiwa : Ya Allah,berikan aku kekuatan dan permudahkan urusanku.





Saturday, December 24, 2011

Study Week make me crazy.



Ya Allah , aku harus hindari perangai malas. HARUS! Sebab aku perlu focuskan study. Even short sem aku dapat pointer cun ! Sem 1 aku nak lagi cun,biar kasi parents aku senyum lebar. That's my promises.Walaupun ada beberapa subjek aku kurang minat tapi sekarang aku dalam proses menjinakkan diri nak study subjek tu. NOTHING IMPOSSIBLE.


Dua hari lepas, aku sakit pening kepala. Tak pernah aku pening teruk macam tu. Aku call mak pagi tu, sebab aku tak larat sangat nak pergi kelas. Nasib baik pagi tu kelas satu je dan hari last kelas. Tapi aku kuatkan semangat aku nak bangun dan bersiap pergi kelas. Sebelum pergi kelas,aku sarapan roti. Tapi lepas tu aku mual.


Ternyata pada hari tu, Allah nak uji aku. Aku rasa down gila sebab sakit macam ni jauh dari keluarga. Kawan-kawan ada yang ke kelas. Aku tak nak susahkan kawan-kawan aku. Malam tu pula,aku ada final test. Lagi hebat la kepala otak aku nak study petang tu.


nota jiwa : bila aku nak study ini,asyik layan lagu.


Monday, December 19, 2011

admire her

*gambar kabur SORRY !


lepas Magrib aku nak cari something kt Google. Namun hati aku terdetik nak cari blog Dena. Finally, aku jumpa. Bangga ! Aku kenal dia since aku tengok video dia semalam. Pasal dia macam mana dia boleh tunang? Awesome gila ! I'm proud of her. Lepas tu,aku dok usha-usha blog dia. Baca post dia yang lalu.


Seriusly,dia gadis yang cool !. but still as muslimah. Walaupun perwatakan dia yang gila-gila (about her kat blog dia). Memang aku bangga dengan dia sebab dia terima jodoh pilihan keluarga dia. Baca post dia pasal malam lepas buat solat istikarah, lagi aku terharu sebab keesokkan harinya dia cakap kat mak dia..dia setuju terima lelaki tu. Mak dia hug dia and cried. Ya Allah,if aku ada kat tempat dia. Aku rasa aku pun boleh nangis.


nota jiwa : yang baik dari Allah. Kita manusia mampu merancang,Allah yang menentukan.

Stress much


Aku dah berusaha apa yang aku mampu buat. Aku redha.

Aku tak nak ungkit apa-apa. Aku tahu hati aku betul-betul sakit. Aku pendamkan.
Aku hampir nak menitiskan air mata. Tapi aku tahan.
Aku hampir rasa nak down, tapi aku kuatkan semangat aku.
Aku perlukan mak tersayang disisi,namun aku tak mampu nak meluahkan kepadanya. Aku tahu aku akan menangis.
Aku tahu aku tak bijak macam orang lain,sekurang-kurang aku cuba.

#Baru aku tahu,betapa susahnya nak berjaya kalau tak ada usaha yang tinggi dan tak pernah putus asa. Teringat kat abah.


Ya Allah,permudahkanlah urusanku dan tabahkan hatiku.


nota jiwa : i need my mom.

Friday, December 16, 2011

Hari paling aku malas nak bangun.

Jumaat-Aku kelas start pukul 10am. Start lambat so lepas subuh..aku sambung pelayaranku ke London. HAHA. Last-last aku terlajak..tak sedarkan diri sampai 9.41am aku terjaga. Hamek kau ! Membuta lagi. Bangun lambat. Takde siapa kejutkan aku.


Dah lah pagi tadi jawab kuiz. Aku baca lain,lain yang keluar. Memang senget !!. Takpe..aku redha je.. Btw,assignment aku menimbun. Aku tak start buat lagi. Teruk! Busy sangat dengan kerja lain sampai aku abaikan kerja paling utama. Ya Allah,permudahkanlah urusan aku nak dekat final ini. Aminn.


nota jiwa : yess,he's mine.

Wednesday, December 14, 2011

wordless Wednesday

Sekarang aku selalu busy. Next week,aku ada Final Test. Dahlah subjek tu susah..tapi aku kena belajar juga. Takpelah bersusah sekarang. Aku juga tak sempat nak balas blogwalking. Sorry guys ! Kalau aku free,aku drop kat blog korang okay?


Lagi berapa minggu je aku nak dekat Final. Ya Allah,sungguh ku tak percaya. Malam ini ada kelas ganti lagi sekali. Yeah! sangat lah geram..tapi nak tuntut ilmu.. Aku harus berkorban masa.


nota jiwa : miss him. <3

Tuesday, December 13, 2011

Busybody.

Suka hati aku lah nak online pakai apa? Tak perlu nak dengki dengan aku. Hak aku,aku punya suka okay ! Kau memang annoying gila ! Tak perlu buat baik dengan aku untuk dapat ilmu aku,kalau dalam hati kau tak ikhlas. Aku tak suka kawan macam tu. Pleaselah,aku dah fet up benda ini semua. Aku penat.


Ya Allah,permudahkanlah urusanku...


nota jiwa : hate this part !

Sunday, December 11, 2011

Jadual Final sudah keluar

Yeah !! Jadual yang aku tunggu sudah keluar. Memang dah lama aku tahu jadual exam tu. Haha. and jadual tu ada save dalam pendrive aku. Sekarang aku rasa macam malas nak study sebab?? bila sekali aku buat kerja,aku tak dapat selesaikan. Aku frust. Itu aku.


Lagi satu,kelas Programming aku selalu BATAL. Dah confirm la aku banyak benda tak belajar lagi. Kelas lain dah belajar lebih, kelas aku jauh ketinggalan. Geram. Dahlah,dalam kelas lecture ajar benda BASIC..kalau dapat lab sheets buat yang advance punya. Sabar jela.


Aku memang suka kalau kelas batal. Nak pula kalau lecture yang garang. Lagi aku suka. Tapi lecture garang,tak pernah skip kelas. Sentiasa ada kelas. Kalau kelas batal,pasti ada kelas ganti. Sebabnya,kelas tu subjek susah. Kalau kelas habis awal,aku suka. Sebab aku sudah stress,aku perlukan rehat + perut lapar.


Aku selalu mengantuk dalam kelas. Nak pula,kalau malam tu aku tidur lewat. Esok gerenti aku terlentok-lentok dalam kelas. Selalunya,kalau aku terlelap hanya untuk seketika je. Tak pun,aku dengar lagu Mp3. Sebab tu Mp3 aku sangat berguna ! Haha. Ke mana saja aku pergi, always be with me.


nota jiwa : aku perlu study dari sekarang.



Saturday, December 10, 2011

Annoying Much.

Kadang- kadang aku boleh sabar dengan perangai manusia ini. Tapi kalau dah buat perangai melampau tuh. Memang patutlah aku bengang. Seriusly,aku tak tahu kenapa manusia zaman sekarang mulut manis-manis. Bukanlah aku nak kutuk tapi aku sendiri terasa kalau apa orang tu cakap? Nak pula kalau sindir menyindir? Pfftt!


Fine,kalau tak suka aku. Ignore je aku okay? Tak perlu nak berdendam dengan aku ke apa? Sebab aku jenis tak suka nak berdendam dengan orang lain. Kalau kau tegur aku ada masa tertentu je,baik tak payah tegur langsung. Aku pun tak kisah takde kawan macam kau. Aku ini ada perasaan. Mungkin bagi kau mulut kau tu cakap lepas..tak semua orang boleh terima apa kau cakap?


Fikirlah sikit..kau ada akal. Gunakan akal kau sebaik mungkin sebelum orang lain sakit hati dengan perangai kau. Aku memang terasa apa orang buat kat aku. Tapi aku diamkan diri. Takpelah, orang nak buat kita. Nak buat macam manakan? Redha jela. Semoga Allah merahmati mereka. Amin.


nota jiwa : aku kena minatkan Computer Architecture and Organization. Kenapa ramai cakap susah? Sebab dia KILLER SUBJECT !.. Aku cuba fahamkan !!



Friday, December 9, 2011

My feeling.


Aku tak tahu kenapa manusia zaman sekarang talam dua muka. Ada masa baik dengan aku,ada masa tidak? Fine,kalau tak suka aku. Takpe. Aku lebih selesa bersendirian.


Sekarang,aku memang cepat stress. Sebabnya dah nak dekat final. So aku busy dengan assignment segala bagai. Aku kena manage masa aku sebaik yang mungkin. But kadang-kadang aku lemah..aku tak kuat nak hadapi stress. Aku akan mula menangis.


Pernah aku pendam perasaan aku tu,sampaikan rasa nak je jerit panggil mak aku kat Melaka. Aku tak boleh tahan. Aku bengang gila masa tu. Aku tak tahu apa jenis manusia yang buat dajal dengan aku tu. Huh !


Kadang-kadang bila kita nak berjaya,ada je penghalang yang datang. Bila kita berusaha,ada je orang memintas jalan kita. sesungguhnya Allah nak menguji aku,aku redha. Aku mampu teruskan perjalanan hidup aku ini.


nota jiwa : kat FACEBOOK pun boleh bergaduh dengan adik aku yang sengal tu.

Saturday, December 3, 2011

saturday

Aku cuti sem nanti balik naik bas. Sedih. Sebab parents aku kerja. Mereka datang hari Ahad angkut barang-barang. Isnin (9.1.2012) aku habis exam lebih kurang tengahari. Tak tahu nak balik petang tu atau tak? Depents pada jadual aku. Aku nak join jadi Fasilitator. Tapi aku tak tahu kat siapa aku harus cakap?

Kalau ada rezeki balas mesej Miss tu,ada lah tu. Insyaallah.


Hari ini,aku bosan sebab roommate aku semua hang out tengok wayang tapi aku tak ikut. Sebab poket aku dah kering. Aku belanja ikut kemampuan aku je. Nak shopping,tengok wayang gila bagai takde lah. Aku tak nak susahkan parents aku. Biarlah kawan aku nak cakap aku ini tak bergaul ke apa? Memang aku mengaku aku jenis macam tak bergaul tapi kalau dah duit takde,nak buat macam mana? Aku bukan anak Raja ke Sultan? Aku dari keluarga yang sederhana.


Sekarang aku takde mood nak study !!! *grr


nota jiwa : terlalu bosan.

Friday, December 2, 2011

FINAL sudah malii !!


Dah bulan DISEMBER aku still cenggini. Dah nak dekat study week. I'm still liked dulu. Aku jenis susah nak move on study hard sebab environment sangat la tidak sesuai untuk aku study dalam keadaan aman. Aku sedih giler sebab dorang tak faham keadaan aku. Aku tak tahu nak cakap apa?


Sometimes i feel so down. Aku rasa hina sangat aku tak macam SPM dulu. Dulu aku rajin stay late sampai pagi nak study punya pasal. Bila sekarang aku selalu fikir which one the best way I can solve my problems?


Bila aku berjauhan dengan family. Aku dapat rasakan aku boleh muhasabah diri sendiri. Walaupun fikiran aku buntu nak selesaikan masalah dengan assignment banyak,projek dan segala bagai?? Aku cuba yang terbaik untuk buat yang terbaik. Aku tahu aku boleh buat. Aku nak berjaya dengan berdiri diatas kaki sendiri. *betul ke ayat aku ini?


Setiap tugasan yang aku dapat, aku cuba buat sebaik mungkin. Walaupun aku takde basic COMPUTER aku cuba sampai lebam. Aku percaya Allah sentiasa berada di sisi kita. Sesusah mana pun tugasan itu, insyaallah aku akan selesaikannya.


nota jiwa : Don't judge book by its cover.

Friday, November 25, 2011

Pahang : Musim hujan.

Sekarang negeri Pahang musim hujan. Kalau tak lebat maka tak hebat laa ujian yg Allah turunkan. Kalau tak lebat pun , renyai-renyai jela. Tu pun depent pada hujan. So bila dah hujan nak pergi kelas kena bawa payung. Aku ini pula jenis macam malas nk bawa tapi kalau tak bawa menyesal tak sudah.


Aku ada dua payung. Satu untuk kegunaan aku dan satu lagi spare part. Aku beli masa hari expo U aku. Kadang-kadang bila kita ada barang macam payung lebih la katakan? Mesti ada orang nak pinjam. Aku tak kisah kalau orang nak pinjam tapi aku sangat sensitif kalau payung aku itu dirosakkan. Sedih kot.


Tapi apa yang aku lalui ini, memang kena banyak bersabar. Walaupun kawan ramai, tak semua setia dengan kita masa susah. Kadang-kadang aku diduga dengan kesabaran yang tinggi. Tapi bila aku susah, takde siapa disisi aku? Aku sedih. Aku hanya mampu call mak. Mak tempat aku mengadu. Serius ! Mak adalah segala-gala untuk aku.


Aku mengaku, minggu ini aku stress gila bagai dengan test,HOT,quiz & elselah. Tak terkatalah.. Aku boleh menangis kalau aku tak kuat nak hadapi stress. Aku nak berjaya dengan berdiri atas kaki sendiri. Buat apa kalau berjaya dengan cara menipu?


Aku tahu aku tak mampu nak menghafal but at least aku usaha untuk memahami dengan sendiri.


nota jiwa : aku rimas dengan manusia mulut takde lesen. *Grrr!

Wednesday, November 23, 2011

Frust menonggeng.


aku pernah give up teruk.
aku pernah nak nangis. *masa siapkan LAB SHEET.
aku pernah pasrah dalam perjalanan hidup aku.
aku pernah rasa macam kawan-kawan ignore kan aku !
aku pernah rasa sakit hati.
Semua benda aku pernah alami.
Takde satu pun yang manis. Kenapa?


nota jiwa : hidup aku,aku yang tentukan. Apa aku buat? Apa aku lakukan? Adalah keputusan aku..takde siapa boleh atur hidup aku.

Sunday, November 20, 2011

wordless Sunday !


I sing a song for someone. *damn,serius malu !!
Sebab aku tak pernah buat dalam hidup aku. Sebab aku bukan MINAH jiwang.


nota jiwa : I can't study if my environment liked a messy with harassment things !!

Saturday, November 19, 2011

Rindu.


Seriusly, aku rindu zaman sekolah aku dulu. Kalaulah aku boleh kembali zaman dulu, aku nak sangat habiskan masa aku bersama kawan-kawan. Tak dapat nak gambarkan perasaan aku ketika ini. Hanya melihat gambar mengingati kenangan yang sudah berlalu pergi.


nota jiwa : sedih lol !

Friday, November 18, 2011

Mid Term Semester.


Kalau zaman sekolah, masa exam aku boleh relax. Kalau tak dapat "A" pun tak pee.. Baru exam bulan-bulan. Apedehal?? Tapi sekarang dunia aku jadi terbalik ! Setiap kali ada kuiz ke? Lab Sheet ke? Test ke? kena skor..kalau tidak..golap la masa depan aku. Tapi ini semua bergantung pada diri sendiri. Nak dapat terbaik atau tidak?


Of courselah, semua orang nak dapat yang terbaik. Dapat markah bagus-bagus. Kalau tak dapat markah tip top,rasa tercabar dengan kawan yang dapat markah high. Kadang-kadang aku rasa susah sangat nak cari kawan yang boleh bawa ke arah kebaikan? Disekeliling aku ada je kawan-kawan tapi tak semua okay. Ada juga kekurangan.


Kalau dapat kuiz ke assignment? aku suka buat sorang-sorang sebab aku percaya apa aku buat ini nak sedapkan hati je akibat perangai kawan-kawan aku. Aku cuba usahakan sendiri walaupun benda itu kritikal. Aku cuba keluarkan idea aku sendiri. Sehinggakan aku pernah give up. Tapi berkat aku bersabar dan sabar. Kalau aku ada masalah yang aku rasa boleh minta tolong kat family,aku direct call ! Sebab dengan family,aku tak malu nak bertanya. HAHAHAHA.


Buat assignment kena stay up late. Sedih giler kot dan effect pada hari keesokkannya. Kalau dalam kelas confirm WA MENGANTUK !! Menguap-guap aku jadinya ! Tapi itu semua tanggungjawab aku,kena aku pikul hingga habis Diploma kan?


Kalau dulu aku tak suka baca buku tentang komputer, sekarang bolehlah sikit-sikit tahu selok belok tentang komputer. HAHA. Abah pernah kata "kau belajar pandai-pandai nakk,nanti abah nak belajar dengan kau !". Aku terpengun..bila abah cakap begitu. Sebab abah pernah mengajar aku masa zaman sekolah dedulu. Itulah tanda aku akan balas jasa abah suatu hari nanti.


nota jiwa : makin lama aku makin malas nak update BLOG !!

Friday, November 11, 2011

She's my best buddies.


Aku rasa sedih lepas dapat tahu kawan aku, ATIRA nak pindah. Sejak short sem, aku kelas sama-sama dengan dia tapi masa tu aku tak rapat dengan dia. Sejak Sem 1, baru aku rapat sangat dengan dia. Pergi kelas sama-sama, duduk sebelah-sebelah. Nak katakan banyak kenangan aku dengan dia.


Tak sangka aku permintaan dia nak belajar kat UiTM tercapai berserta kos yang dia minat. Aku tak pernah terlintas kalau dia pindah macam mana pula aku nanti? Sedihnya. Ya Allah, aku terlalu rapat dengan dia.


Aku selalu ajak dia temankan aku bila tinggal sorang-sorang kat bilik sebab aku bosan stay alone dalam jangka masa yang lama. Aku selalu share notes dengan dia. Aku selalu berjalan dengan dia sama-sama. Nak katakan pergi mana-mana sama-sama. Aku selalu share problem aku kat dia. Dia pendengar yang baik.


Dia seorang kawan yang baik hati. Aku sedih bila dia nk tinggalkan aku.


nota jiwa : aku sunyi lepas ni tanpa kawan baik aku.

Monday, November 7, 2011

wordless Sunday Night



seronok dapat berjalan-jalan di JONKER WALK,Melaka. Tapi sayang,duit poket takde ! So sangat bosan...tengok je tak beli pun... Arrghhh !!







nota jiwa : At least, I don't feel bored this holidays.

Friday, November 4, 2011

Sadness.



Aku sedih. Tapi apakan daya,hidup perlu diteruskan. Aku mampu melihat kegembiraan orang,sedangkan aku sendiri mencari kegembiraan itu hadir dalam hidup aku. Aku tumpang gembira melihat orang gembira. Biar aku sorang yang rasa kepahitan hidup ini.


nota jiwa : memang aku sedih tapi aku perlu sabar.

untitled


Kalau tak tanya kenapa dengan aku hari ini? Tak boleh ke ha?
Aku malas nak jawab sebab takde mood.
Enough laa.. I'm sick of it..!




Tuesday, November 1, 2011

miss him.


tetiba mood tengah rajin baca buku aku teringat something yang sweet. Err..sweet moments laa... Ini kisah sweet and sour pasal adik bongsu aku.. Tak tahu macam mana nak start. But since aku sambung belajar jauh dari Melaka. He's start miss me a lot.


Masa bulan 6,aku baru je pindah duduk kampus aku. Lepas je family aku bertolak balik ke Melaka.. Macam biasa la mak mesej suruh jaga diri la & macam-macam. Termasuk laa adik bongsu aku,dia pun sent mesej kat aku pakai handphone mak aku. "kak Lang..I love u and miss u".. Time tu aku rasa terharu sebab sayang juga Debab kat aku. Debab nama GEDIK untuk dia. Haha.


Then minggu lepas aku nak balik Pahang naik bas. Parents aku tunggu sampai bas aku gerak. Aku tengok raut wajah si Debab buat muka sedih jee.. Huh,dalam hati aku..mesti dia rindukan aku nanti. Tak sangka kan? Walaupun kat rumah aku selalu gaduh dengan dia. Dia tetap romantik dengan kakak dia. Haha.


Debab ini kadang-kadang lawak dengan peel dia. Tambahan dia suka makan !


nota jiwa : stress dapat result test aku tadii !! damn !!...

Friday, October 28, 2011

Today & Tomorrow.

Aku dah lama gila tak update blog. Kalau ada pun, jarang sama sekali. Blog aku dah bosan. Aku yang membuatkan blog ini jadi bosan. Takde apa aku nak ceritakan dan kongsi. Sebab aku rasa aku dah jauh dari semua orang. Kalau aku pergi mana-mana orang macam dah tak kenal aku. Aku tak kisah lagipun siapa aku dimata dorang kan?


Kawan-kawan pun dah lost contact. Kalau ajak jumpa mesti ada je alasan. Grrrr !! Aku pun tak kisah. Dapat sambung belajar jauh-jauh pun dah kira best bagi aku. hehe. *dah start merepek!


Sebenarnya,aku rindu sangat kat kawan-kawan sekolah aku. Rindu kawan baik aku. Tapi entahlah..kalau contact pun dalam Facebook je. Sekadar tengok kau update status cukuplah kan?.


Aku rindu mereka. Mereka pernah jadi sahabat baik aku. Ya Allah..sedihnya.. Mereka dah lupa kat aku ke? Aku selalu beria-ria mesej dorang tapi dah lama-lama mereka lupa. Maybe,mereka busy. Aku pun busy.


nota jiwa : aku tension hadap assignment again ! HAHA.

Tuesday, October 25, 2011

wordless Tuesday.

I don't know since when I love him?
I don't know how can I falling in love?
I don't know how this could be happen.

the reason is I liked him because he's always be with me.

nota jiwa : aku merapu again !

Monday, October 10, 2011

A Friend.

Kita tetap kawan walau apa pun terjadi.

Kawan untuk bersedih sukar dicari,kawan untuk gembira mudah dicari.

Saturday, October 1, 2011

wordless Saturday.


Cuti hari Sabtu,sekejap je.. Dilimpahi dengan assignments yang menimbun.. Ikut mood aku je kalau nak buat,buat kalau tak..tidak ler aku sentuh hingga hari ini.. Mentang-mentang aku ambil kos Sains Komputer..semuanya kena search itu ini..pinjam buku kat library dan else lah kan?


Dan aku dah lama tak update blog sebab busy. Busy dan busy ! Bila duduk berjauhan dengan keluarga aku rasa pagi aku tak bersarapan,tengah
hari makan sendiri. Kalau dulu ada nenek. Sekarang aku sendiri kena handle. Yeahh...itu namanya berdikari.. Walaupun aku duduk berjauhan..nenek sentiasa ingat kat aku. sweetnya nenek aku ! Apa-apa makanan or benda baru ada kat rumah,nenek confirm ingat kat aku.


Aku rasa bulan ni aku boros belanja. Banyak perb
elanjaan yang memerlukan wang. Tanpa wang tak gerak kerja aku dalam buat assignment. Ptptn pula lambat keluar. Aduss..!!



Bajet gila dapat pakai Apple. Haha. Dalam kelas boleh curi-curi online..sementara tunggu lecture laa katakan?? So untungkan jadi budak Sains Komp. Menghadap PC jela.


nota jiwa : Dia sangat sweet dengan saya. FULLSTOP !

Sunday, September 11, 2011

New Semester,New spirit !!



Setelah sekian lama aku dah tak update blog atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Actually,aku sendiri malas nak update sebab blog aku ni gila. Tak boleh nak tambah followers lagi..ada limit laa. Aku lagi la tak faham apa benda tu. So langkah terbaik,aku biarkan blog aku berhabuk !! HAHA.


Now,aku ada kat Pahang. Tempat aku belajar untuk memulakan sem 1. Aku tahu aku macam lambat tapi bulan 6 & 7 aku menjalani short sem. Bulan 9 baru aku start sem 1. Biarlah orang nak cakap apa? Asalkan aku belajar. 


Seriusly,aku rindu debab. Gambar yang tertera diatas itu adalah adik bongsu aku. Hari tu dia call aku pakai handphone mak den la.. *dia baru Year 5. So sweet dia cakap dengan aku. Aku tahu dia rindu aku,tapi tak nak mengaku. HAHA..


Next week aku balik kampung sebab ada kenduri. Lagipun,sedara mara aku ramai balik. So rugi bagi aku kalau tak balik. Dorang balik sekali dalam setahun. Susah tahu nak lepak sama-sama dengan makcik,pakcik dan sepupu aku. Hanya hari rayalah dapat jumpa mereka sekeluarga. 


Apa-apa pun,sem 1 ini aku nak buat azam baru. Nak serius dalam study. Nak kurangkan cari masalah dan dapat masalah. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup aku. Aminn.




nota jiwa : aku nak demam gara-gara minum air sejuk (water cooler).

Monday, August 15, 2011

Pagi Yang Indah



Tetiba pagi ini aku rajin nak meng-online. Sejak dah ada laptop sendiri,bangga?? Maka lepas ini lagi rajin aku nak update blog.


Pagi ini tetiba aku tergerak hati nak blogwalking kat blog yang aku tak pernah singgah dan blog yang aku suka singgah. *perlu ke aku bagitahu ?


Aku ini suka baca blog orang. Bagi aku dengan baca blog dorang aku dapatlah improvekan skills aku dalam menulis dalam blog. Dan kalau blogger yang feymes-feymes ini aku suka juga baca sebab dorang cantik,lawa dan handsome blablabla. Jeles woo..dorang banyak followers. Tapi kadang-kadang aku terfikir dorang follow balik tak orang yang telah follow blog dorang?


Dulu aku memang tak pandai nak guna blog. Aku start ada blog tak silap form 3 or form 4? Tapi sejak aku terbaca satu blog ini,aku rasa aku perlu buat berubah pada blog aku. Yerla,zaman budak-budak tulis pun short form je. Tulis ikut sedap tekak je. Yeah,aku rasa kalau aku tengok older post mesti membosankan post-post aku yang tahun lalu.


Bila aku baca blog sorang Hamba ini,rasa macam menarik pula apa yang dia tulis. Tapi aku puas scroll atas ke bawah..dia ini lelaki ke perempuan?? Kalau perempuan aku interested nak kenal. Kalau lelaki aku kurang minat. HAHA.


Keputusannya,aku tak dapat cari jantina blogger tersebut. Tengok nama samaran macam perempuan tapi dia guna nama pelik pula? Susah betul laa..


Masalah yang sering aku hadapi bila view blog orang baru aku kenal or kenalan rapat :
  • Suka sangat letak lagu. Kalau lagu tu boleh pause takpelah juga. Tapi kalau lagu tak sedap,nak pause macam mana??
  • Suka tulis guna short form. Bagi aku,tu budak sekolah punya taste menulis.
  • Suka letak nama samaran tanpa meletakkan gambar sendiri. Kadang-kadang susah aku nak mengenal pasti siapakah tuan tanah blog tersebut.
  • Suka letak macam-macam perhiasan dalam blog or iklan. So lambat GILA nak loading. Aku geram je. Jalan paling mudah..aku klik "X" kat hujung screen tu.

Aku pernah buat dulu tapi sekarang aku dah berubah. Maklum la,manusia makin lama berubah. Berubah ke arah kebaikan. Dan aku dalam proses berubah ke arah kebaikan. Insyaallah..


p/s : Untunglah ada orang sayang. Merepek !




Sunday, August 14, 2011

Letih.




Ini je aku mampu edit.. Nak edit lawa-lawa pun bukan aku pro dalam blogger ini.
Maaf dan SEKIAN.

Friday, August 12, 2011

Happy Birthday to Me..


entry pendek.
semalam 11Ogos 2011,hari lahir aku yang ke-18tahun. Yess!! Aku makin tua tapi still nampak muda. HAHA. Because i'm teens. Ramai orang wish kat aku. Terima kasih banyak2. Aku rasa terharu bila orang wish kat aku. Ternyata mereka memang cool !! Ingat birthday aku. Paling tak boleh blaahhh..Ustaz sekolah aku masa form5 dulu..wish kat aku. Kata-kata dia membuat aku tergelak je. Terima kasih semua.


nota jiwa : sedih kawan baik lupakan aku.

Wednesday, August 10, 2011

wordless Wednesday.


Okay,pagi-pagi aku dah kena pergi pasar untuk beli barang mentah. Actually,aku tak suka pergi pasar kerana perasaan takut untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Tak tahu mengapa tapi itu adalah kelemahan pada diri aku. So masuk pagi tadi dah dua kali aku merempit pergi Pasar. Pasar yang agak jauh dari rumah. Walaupun aku masa itu dalam MOOD tidur,aku merempit juga lah..

Sampai je kedai sayur yang biasa aku pergi,aku pilih barang aku mahu beli. Bila nak bayar,makcik kedai tu kirakan. Masa 1st time aku datang anak perempuan dia kirakan. Bila makcik tu sebut harga rm19.80. Aku hulurkan rm20.00. Dia pulangkan rm0.50. Aku macam pelik? Grrr..makcik ini salah kira ke apa? Rupa-rupanya dia bagi aku diskaun. Hoho..aku rasa bersyukur sebab makcik tu baik hati dengan aku.


Even aku baru lagi jadi pelanggan dia,dia dah beramah mesra. Mula-mula aku datang,aku macam takut nak cakap. Tapi bila makcik tu senyum,aku pun okayy aku pun balas la senyuman dia. Tengok !! dengan senyuman je aku dah ber
asa yakin nak beli kat kedai tu. Dan kerana senyumanlah makcik tu berjaya tarik pelanggan. Senyum itu kan sedekah.


Malam ini aku rasa happy dan terharu sebab ada orang wish birthday kat aku. Sebenarnya esok birthday aku tapi dia wish awal-awal dan siap nyanyi lagi. Sweet wehh!!macam couple je.. Ouchh!!!touching ini.. Bersyukur sebab dapat orang tu.. Haha.. Walaupun awal lagi dia wish,aku tetap hargainya..



nota jiwa : tetiba malam ini happy nak tunggu pukul 12pm. Tapi untuk hari istimewa aku takde sambut pun. : (

Monday, August 8, 2011

08.08.11


Semakin hari aku semakin malas nak update sebab aku tak ada idea yang bernas nak dituliskan.Sebab aku rasa aku makin blur. HAHA. Lepas sahur pagi tadi,aku dapat mesej dari kawan aku. Dalam mesej tu,berbunyi "happy birthday !!!". Aku macam "errrr..bukan hari ini 8hb ke???" Birthday aku 11hb laa.. 11.08.11. Oh,yaa..maybe dia excited nak wish awal.. HAHA.


Okaylah,birthday aku tak lama je lagi..4hari.. Aku tak harapkan hadiah apa-apa dari kawan-kawan sebab aku sudah kehilangan jejak dengan kawan-kawan sekolah aku. Masing-masing dah sambung belajar,busy! Tapi aku tak tahu kenapa aku kemaruk nak sangat kek SECRET RECIPE. Sepotong jadilah ! Asalkan aku dapat mencapai impian aku nak makan kek tu !!..



Kalaulah orang bagi aku kek ini. Memang bertuahlah hidup aku. HAHA. Penat aku pujuk kawan aku minta kek ini. Tapi dia layan permintaan 1st aku je..Takpelah. Aku minta mengalahkan aku makwe dia pula. Okay,we re friends only.


Tahun ini birthday aku jatuh pada puasa yang ke-11. tahun lepas 1st puasa. Aku rasa bersyukur sebab jatuh pada 1st puasa.



nota jiwa : aku nak kasut baru untuk Raya sebab kasut aku dah rosak. Mana nak korek duit wehh??!! arrghhh!!

Wednesday, August 3, 2011

Bilalah aku BOLEH kahwin?


bila aku tengok video FARAH & JOHAN kahwin..aku excited rasa MACAM nak kahwin.



*sangat cute bila dia pakai baju pengantin.



*sangat lawa pelamin mereka. jeles gilerr..!!



Aku memang pernah perasan nak KAHWIN tapi..?? I'm still young wehh... Belajar itu lagi penting dari segala-galanya. Ayat-ayat poyo aku..! Kalau ada jodoh,adalah kahwin. Tengok gambar orang bertunang pun dah rasa macam nak juga. Nafsu ! Subhannallah.. Hehe..


nota jiwa : aku tak faham kenapa mesti aku dapat susah? Kenapa suka menyusahkan aku? Aku ni patung ke? Aku ada perasaan lah wehhh!! sabar..


Thursday, July 21, 2011

homesick +++


Dah lama tak update. Busy. Lagipun,aku takde laptop. Pinjam kawan punya jela. Now aku sedang berposak nak siapkan assignment. Walaupun TIGA subjek je untuk aku short sem. Tapi assesment memeningkan kepala aku. Haha.


And now,aku rindukan rumah.. Huh,dapat balik bulan puasa. Okey la tuh.. Duit PTPTN entah bila nak masuk entah? Aku dah risau..Takpelah,tunggu sampai lebam..


Nota jiwa : err...soul-stirring??



Saturday, July 2, 2011

Santau.

Malam tadi bosan so kawan aku buka movie pakai lappy dia. Cerita SANTAU. Yeah,cerita hantu senang katalah kan?. Aku ni sangat takut kalau cerita hantu. So kalau tengok jelmaan hantu tu dalam movie ke cerita kat TV aku akan terjerit. So malam tadi ada lah babak aku terjerit. Normal lah kan? Aku memang camtu. Penakut!


Then,bila nak tidur malam aku rasa tak boleh nak tidur. So aku dah gelisah. Bila dah dapat lelapkan mata..subuh pown aku langgar je. Maksudnya,aku tinggalkan. Hehe. Sebab aku tersedar pukul 5 lebih pagi. Aku dengar azan subuh. Tapi aku rasa perasaan takut aku ada dalam jiwa aku. So aku bantai tidur balik. Last-last aku tersedar pukul 7.30am. Aku takut sebab nak pergi tandas. Dah lah,tandas level aku banyak pintu. Room mate still tidur masa tu,aku tak nak la ganggu dorang. So I continued my sleep jela.


Lepas ni,aku tak nak tengok cerita menyeramkan time malam. Nanti susah nak tidur. HAHA. Aku pernah trauma masa kecik-kecik sebab takut. So aku tak nak benda tu berulang lagi. Sekian.



nota jiwa : aku rasa lapar. Dah sebulan aku skip sarapan pagi sebab nak berjimat berbelanja.

Sunday, June 26, 2011

wordless day.


seriusly
aku bosan duduk dalam bilik ni. Ini pon laptop kawan aku. Nasib baiklah kawan aku baik hati bagi pinjam. Aku belum makan lagi. Rasa macam takut nak makan,duit nak dekat habis. HAHA. Aku bukan boros belanja tapi itulah hakikat kalau tengok orang makan itu,kita mesti nak juga kann??


Takkan aku tak nak beli,nanti ingat aku nak saving sangat. Tapi aku pantang tengok sayur KANGKUNG & KAILAN. Mesti nak beli untuk makan dengan nasi. Seriusly,aku budak kangkung & kailan.*mak gelarkan aku camtu.


Aku kalau update tak boleh nak upload gambar. Yerla,ini laptop kawan aku bukan aku punya. Kang rosak tak pasal-pasal kena marah. So kalau entry aku membosankan..JANGAN BACA..tengok je... *HAHA..


Tadi aku mencuci mata dengan melihat blog orang dan melihat video orang kahwin. Hari ini aku rajin sikit nk blogjalan. Selalu malas. Tengok video orang kahwin,terasa macam nak kahwin lah pulak?? *eishh,gatal sekejap!. Bestnya tengok orang kahwin,pakai baju lawa-lawa,majlis tersergah indah...wow !! Itu hanya perasaan aku semata-mata. HAHA. No komen bab kahwin.


Nota jiwa : aku agak cerewet sikit bab kebersihan. OMGGG!! aku kena sabar banyak-banyak.

Friday, June 17, 2011

Homesick. grrr!!!

seriusly,aku rasa rindu giler rumahku..
jadi orang Pahang lebih kurang 2 minggu lebih kot..??
rasa rindu dah lama tak makan makanan masakan nenek tersayang.


btw,aku sedang mencuri meng-online di makmal komputer.. Al maklum la,aku tak de lappy sendiri. best,masuk kelas sambil online. *jangan ikut mcm aku..



nota hati : kehidupan ini sangat mencabar.
tapi aku rasa kekok dah lama tak update.

Friday, May 27, 2011

Wordless Friday.

Hari Jumaat lah paling aku malas. Pagi tadi pula hujan lebat giler !!! Petir sambung menyambung,kilat memancar-mancar..dll.. Aku bangun tidur terus rebah tidur balik kerana terlalu lena..untuk aku sambung tugasan aku...dengan cuaca sejuk nyaman. HAHA.



Petang aku hang out dengan kawan-kawan tersay
ang iaitu Zati & Naziah. Pertemuan kami untuk kali terakhir sebelum kami berpisah. Antara kami semua dapat sambung jauh nun hujung peta,PERLIS,PAHANG dan last sekali KUALA LUMPUR. Takpelah,masing-masing sambung belajar je.


Mood : jangan mudah putus asa.

Wednesday, May 25, 2011

1st experience

1st time aku tengok wayang tahu ! Rasa macam seram sejuk bila duduk dalam wayang tuh. Al maklum laa,1st time la katakan? Lepas SPM dapat menjejakkan kaki ke wayang tuh. Dulu dok dengar cerita mak angah story mory kata best kalau tengok wayang ! Aku pula masih sekolah macam mana nak pergi der? Sekolah diutamakan dahulu. *masa form5,2011.


Masa tengok tu,ingatkan nak tengok "NUR KASIH THE MOVIE" tapi abang aku pula tak nak ikut masuk nanti. Nak tengok "FAST & FURIOUS 5 "? Tak
de pada hari tu. Tengok la "PIRATES OF CARRIBEAN" je. Dalam hati nk sangat tengok "NUR KASIH THE MOVIE". Ramai cakap best la apa laa.. HAHA.. Takpelah. Aku tak kisah.




mood : mengira detik,masa,waktu,saat,jam,minit dll untuk pergi...

Friday, May 20, 2011

Pening.

Rindu nak update !! *straight to the point jelah!!


Petang tadi aku,Angah & Mak pergi BIMB (bank Is
lam) der.. Mak suruh aku tulis borang nak bayar yuran pengajian aku. Aku punyalah bengap tak tahu pape tulis jela apa yang disuruh. Tetiba sampai je dalam borang suruh tulis nombor MATRIK aku. *kesalahan pertama aku kat sini !. Time ini aku tak perasan borang suruh 'PASTIKAN JE' nombor MATRIK aku ada dalam slip pembayaran tu nanti.


Datang ler GUARD BIMB tu. Konon-konon nak tolong selesaikan masalah aku. Last-last aku perhatikan dia pown tak tahu. Tapi pura-pura tahu. Geram aku. Lepas selesai tulis slip pembayaran. Guard bagi nombor giliran 1001. Wo
w! aku ingat lagi. HAHA. Bila turn aku,akak kat kaunter tu kenal aku. Aku pown senyum kat dia.


Bila dia buat,mak terangkan masalah pasal nak kena tulis nombor MATRIK kat slip pembayaran tu nanti. Akak tu pown dah nak confius. Last-last
dia cuba tolong bacakan untuk aku. Wow ! baiknya dia. Baguslah orang macam tu. Rupa-rupanya kena PASTIKAN je nombor matrik aku ada tentera kat slip pembayaran je. Adus,guard tu lah masuk campur jadi ape je...Lagi mengeruhkan keadaan derrr..!!!


Bila dah sudah,tetiba Angah datang kat aku. Akak k
at kaunter tu macam terkejut. "eehhh!! kembar ke?????!!! ". Aku buat muka mengeluh sebab dah banyak kali orang kata kami kembar. Tapi aku senyum je. Mak gelak dan jelaskan kat akak tu kami selang setahun je. HAHA. Barulah akak tu percaya.



Mungkin kami nampak seperti kembar sebab ketinggian aku dengan Angah lebih kurang sama je. Aku nak gelak je bila orang kata kami kembar. Peh-liss laa..aku adik Angah akak. Beza setahun je. Dulu masa kecik-kecik boleh la pakai baju sama kaler,fesyen,bentuk,corak & dll. Tapi sekarang bila dah dewasa kami berbeza citarasa. Terutama aku ! HAHA.


mood : pening kepala sejak buat x-ray semalam.

Monday, May 16, 2011

Haruskah.




kenapa aku perlu bersedih pada orang yang dah tak sayang aku.
aku akui sekarang aku mendiamkan diri dan terus menyepi.


mungkin takdir aku untuk berpisah dengan kawan-kawan aku.

Sunday, May 15, 2011

New friend & new relationship.


yeay !!! akhirnya jumpa juga kawan-kawan baru !!


masa mula-mula dapat tawaran. Aku punyalah SEMANGAT cari kengkawan kat dunia siber ini *FACEBOOK. Masa mula-mula cari tak dapat. Cari punya cari,last-last jumpa PAGE UMP. Aku pown like laa. Berapa hari kemudian,tak ada sebarangan respons walaupun aku dah tinggalkan komen. Selang seminggu kemudian,barulah ada orang meng-gomen wall aku buat tu. Alhamdulillah..dapat jumpa kawan-kawan baru. Setakat ini baru ada TIGA orang yang sama kos dengan aku.



Rabu minggu depan 18.05.2011 aku last kerja. Walaupun macam sedih dan berat hati nak berhenti tapi aku relakan jua. Aku akan tinggalkan semua orang yang aku kenal,tegur,berkenalan ? *err..maybe. Dan juga orang-orang yang aku sayang..aku akan tinggalkan. Aku akan berpisah dengan mereka semua 31 Mei 2011 nanti. bye bye guys.


mood : terasa malas nak berfikir untuk listkan barang nak beli.

Tuesday, May 10, 2011

Im not perfect like you.


Kalau aku tak suka seseorang.
Aku memang tak suka berkawan dengan orang macam tu.
Bagi aku,aku dah mula rasa benci dan meluat dengan perangai orang macam tu.


Kalau orang yang pernah hina aku.
Aku tak dendam tapi hati aku sakit bila tengok muka orang macam tu.
Aku tak nak hadap muka orang macam tu.
Bukan niat aku nak kurang ajar,tapi apabila maruah aku dicabar.
Tiada kata maaf untukmu.


Aku sedih sikit sejak akhir-akhir ini. Tapi aku pendamkan jela. Allah lebih mengerti apa aku alami. Aku tahu setiap manusia tak lari dari buat kesilapan. Tak semua manusia sempurna. Setiap orang ada perangai masing-masing. Termasuk aku. full stop !


mood : aku kecewa kenapa tak jumpa kawan lagi ni.?? *UMP.

Sunday, May 8, 2011

untitled.


Aku pergi 1 Jun 2011. Tetiba aku rasa aku bakal merindui kawan-kawan,keluarga,kucing-kucing kesayangan aku dan lain-lain. Huh,berat hati aku nk pergi sebenarnya tapi berkat sokongan keluarga,sedara-mara,kawan-kawan dan lain-lain. Aku rasa ada lah sikit semangat. 17 tahun aku duduk Melaka,dan lepas ini aku duduk laa Pahang pula?


Starting by tomorrow aku akan sibuk. Esok kena pegi bank. Ya Allah,paling aku benci laa. HAHA. Nasib baik ada kemudahan motor,senang aku nk broom-broom sana sini. Btw,aku tak tahu nak berhenti kerja bila. Mungkin bila-bila masa jek. Aku tak perlu hantar notis. Cakap lisan sudah.


Sebelum aku berangkat,aku nak jumpa kawan-kawan aku yang sempat aku jumpa laa.. Kalau ada jodoh maka jumpalah dengan mereka. Terutama zati dan naziah. My buddies..!! Lepas tu,lain-lain..err..aku doakan korang jela.. Aku tahu mesti kawan-kawan aku fikir aku bajet giler nk pergi? Tapi aku tak kisah kalau korang tak nak jumpa aku. Aku tak paksa.


nota jiwa : aku tak kisah kau nak cakap apa? aku sedar aku siapa.

**aku selalu tengok orang update letak gambar. aku update kadang-kadang ikut mood so tak ada gambar sesuai.sorry entry membosankan.



Friday, May 6, 2011

Sambung belajar?


Masa dapat tahu aku nak gelak giler ah ! Akak aku bagitahu kat aku,masa tuh aku tengah kerja. Tetiba handphone cikai ku berbunyi2. Dan bila angkat. HAh! Nak gelak weyy !!.. btw,aku rasa bersyukur sangat-sangat. Walaupun aku rasa macam jauh weyy dari Melaka. Ohmaaaiiigeeee....aku bakal merantau.. Saya akan jumpa kawan-kawan baru kat PAHANG. HAHA !


Mulut aku sangat masin sebab masa dedulu aku pernah cakap "biarlah dapat jauh-jauh baru mencabar !! ". Cakap berlagak giler ah..last-last betul dapat ! Hamek kau !!!.


mood : bersyukur sangat-sangat.

Wednesday, May 4, 2011

Sedetik lebih.


Jari jemari terasa malas nak taip. Sebab blog aku bukan feymes macam orang feymes-feymes maaa.. HAHA. Tapi takkan aku nak give up lak kan? Nak jeles dengan orang feymes,tak ada langsung laa..


Okelah,kawan aku dah berhenti kerja sebab dia nak masuk matrik. Act,aku memang dapat matrik tapi aku tak nak pergi sebab adalah! Dan tadi aku dapat surat tawaran dari Kolej Profesional Mara Ayer Keroh,Melaka. HAHA. Semuanya Melaka. Cubalah bagi luar Melaka. Ada bran sikit aku nak pergi?


Tadi masa tunggu customers balik. Tetiba datang seorang budak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun menjual kuih. Aku pandang budak tu rasa sayup je beb. Sebab aku rasa bersyukur sebab aku hidup senang diberi kemudahan. Budak tu kena jual kuih sampai habis. Cuba kalau kita bayangkan kita di situasi budak tu,kena bertanya pada orang "makcik nak kuihhh?? " Mesti segankan? Tapi budak tu selamba je. Mungkin budak tu dah lalui zaman perit dia. Mungkin juga budak tu pernah kena hina dengan orang sekeliling. Aku pernah tengok dalam TV,budak kecil kena hina dan macam-macam la. YA Allah,tabahnya budak lelaki tu. Kalau aku berada di tempat dia mesti aku tak sanggup bila kena hina. Semoga Allah murahkan rezeki budak lelaki tadi tu. Tak sempat aku tanya nama dia,aku hanya sempat sedekahkan dia air untuk dia minum.


nota jiwa : aku sangat letih. bila mau sambung belajar ini ! *kias je.

Tuesday, May 3, 2011

Gabra

Aku rasa bersyukur sebab aku dah lulus ujian JPJ motor. So lepas ini tak payah aku nak hadapkan muka kat DE lagi. HAHA. Aku pown gembira sebab dapat kenal dengan beberapa orang kawan. Ini semua kerana aku sudah belajar untuk senyum depan orang. Sebab aku ini kerek giler ah! Siapa tengok aku mesti kata aku sombong. Perkara biasa je dari dulu lagi orang kata aku begitu.


Kadang-kadang kita kena belajar bersabar untuk dapatkan sesuatu. Aku kesian tengok budak depan aku tadi. Dia jatuh masa kat titian tadi. Lepas dia jatuh,kaki aku dah mengigil tahap gaban. Sampaikan aku terasa gigilnya. Tapi aku buat muka cool aje,selawat banyak2. Bila dah pass titi,tersenyum lebar aku.


nota jiwa : aku sangat letih. Kena sound dengan tukang masak. Bengang giler aku. Sabo jela kan?.

Thursday, April 28, 2011

Matrik???? Dem..!!


Bila aku dapat tahu aku dapat matrik kat melaka je ! Aku rasa..i feel like at the end of the world je. Aku rasa down giler ! Tak pernah terlintas dalam otak nak masuk matrik. Kos Sciene kot? What the ??? Pergh..dulu memang aku giler nak matilah nak sangat jadi 'engineer' tapi bila result SPM tak gempak. Aku batalkan niat.


Bila dah dapat result,seriusly tak tahu nak apply UPU apa? Puas aku tanya orang sekeliling? Tanya pendapat dorang kot-kot ada yang bagus ke? Last-last aku buat keputusan nak pilih kos 'Pengurusan Hotel'. Yer,maybe harapan terakhir aku nak jadi chef kot? HAHA. Kalau tak dapat juga,aku tak tahu laa.. Sebab aku ada FIZIK,KIMIA & PRINSIP AKAUN. Macam sayang je kan aku tak guna mereka? Tapi takkan aku nak pilih salah satu dari mereka kalau hati aku berkata tak nak.


Masa dedulu aku minat masak tapi bila nak dekat SPM berangan nak jadi engineer pula? Pelik. Tapi last-last minat masak aku tulah jadi pilihan aku sekarang. Mentang-mentanglah aku kerja kat kedai makan. So bila aku tengok orang masak,macam best je weyy !! Aku rasa kalau aku pandai masak,aku boleh buka bisnes. HAHA. Mak dengan Angah dah bagi semangat kat aku. Aku tahu apa-apa pown keputusan aku adalah untuk masa depan aku juga.


Entahlah,aku rasa sekarang macam malas nk sambung belajar sebab dah syok pegang duit bila dapat gaji ! HAHA. Omaaiii dee aaa rrr !!..


nota jiwa : saya demam so mood nak update macam pemaleh.

Tuesday, April 26, 2011

Bila itu bukan rezeki aku.


aku frust giler,tolong jauhi aku.


"kalau kita GAGAL tak bermakna kita tak bagus".
Masih terngiang2 kata-kata semangat cikgu tadi. Tapi aku terlalu frust,perut ku kosong,fikiran ku memikirkan hal kerja dan macam-macam. Inilah dinamakan dugaan. Aku redha.
*saya gagal ujian motor JPJ bahagian 2 laa.. Bukan ape pown..


Btw,aku rasa seronok dapat berkenalan dengan kawan baru (PEREMPUAN ler) dari Kelantan. Mula-mula aku macam malu-malu nak tegur tapi dia tegur aku dulu. HAHA. Aku memang begitu. Muka aku kerek nak mampus. entah bila nak berubah.


Masa dekat kaunter tadi,aku tunggu turn nak bagi lesen. Tetiba mamat yang passkan motor kat aku tuh cakap sesuatu tapi aku kurang dengar sebab telinga dah pekak pakai helmet. HAHA. Aku rasa ada something tak kena dengan motor aku bawa tadi tapi abaikan jela. Mamat tuh main isyarat mata dekat aku,aku balas laa apa pertanyaan dia.


Sampai hati kawan aku buat aku camtu. Sedih aku. Tapi aku diam je,start motor aku bla tanpa tinggalkan pesanan. Kau tinggalkan aku selepas kau telah menang. Fine,rezeki kau.


nota mood : geram dengan sorang laki tuh.

Friday, April 22, 2011

22.04.2011.


Dulu aku memang tak gemau dengan seorang sahabat aku iaitu seorang lelaki. Tadi boleh pula terjumpa dia. Dia kerja kat kedai topup sebelah kedai aku. Aku ingatkan aku tak kan jumpa dia lagi sampai bila-bila. Aku bukan apa cuma tak suka perangai manusia yang suka berlagak. Ishh..bengang gila..!!!


Hari ini aku dapat roti cheese FREE dari sorang makcik ini. Dia sangat baik dengan aku. Aku suka sangat dengan dia. Aku tahu aku suka gurau-gurau dengan dia. Dia pun jenis layan je.. HAHA.


Kan elok hidup aku bahagia macam aku dapat roti cheese tu.

Wednesday, April 20, 2011

Bila hidup ber-boy pren !!!


Masa kat kedai tadi. Aku ternampak sepasangan burung merpati datang lepak kat kedai aku. Aku tidak perasan si perempuan,tengok si lelaki boleh tahan handsome kot? Bila aku tengok si perempuan rupa2nya aku kenal sangat si perempuan tu. Semalam dia ada datang lepak kat kedai aku. Tapi aku tak berapa tegur sebab aku tak kenal. Kawan aku je kenal.


Semalam dia datang pakai tudung. So hari ini datang bawa boypren TAK PAKAI tudung pulak? Aku hairan dan bingung. Well,memang gitu trend zaman sekarang. Perempuan tu? aku tak fahamlah kenapa dia sanggup buka tudung bila keluar dengan boypren. Yer,maybe dia rasa dia lawa bila TAK PAKAI tudung. Agaknya!


Lagi satu,aku hairanlah kenapa perempuan suka sangat tolong boy pren dia. Sampaikan sanggup tebal muka untuk minta pertolongan orang lain. Peh-liss lahh !!! Aduh,malas aku nak cerita. Tapi minta tolong tu bukan 20 ke 30ringgit tapi ratus der. Balak anda tak ada duit ke? Ini kawan aku yang kena ada budak perempuan minta tolong dia sebab boy pren budak perempuan tu laa..


Inilah padahnya kalau hidup BER-boy pren. Buat masa sekarang bak kata kawan aku laa,'buat stok suka2 je'. Jahat ? Kawan aku cakap. HAHA. Ok,full stop !

Monday, April 18, 2011

Lawak ke?

Der,aku tahulah kau ada makwe der? Takkan nak pergi buat x-ray bawa makwe der? Ape jadah der? Nak tunjuk kau ada makwe lah der? Makwe kau,aku tengok macam? erk,sebayalah pulak?! Dem..!! tapi aku tak kenal pown. Nak tipu konon,kata pergi dengan kawan der? Tapi hakikatnya is your girlfriend ! HAHA. *macam aku jeles pula kan??


Sudahlah,tidak ku hairan langsung. Trend orang zaman sekarang. Petang tadi,aku pergilah kedai runcit seorang diri untuk membeli gula pasir pesana
n dari nenek tercinta. Sampai je kedai aku buat hal sendiri. Then,sampai dekat makcik dah berumur,muka agak nak ada kedut-kedut. Depan dia ada anak lelaki dia. Actually,aku tak suka cakap dengan orang tapi sebabkan aku ni selalu tayang muka kat kedai dia. Bertegur sapalah sebagai pelanggan aku bila ada order makan.


Masa dah bayar,abang tu tetiba tegur aku. Dia mem
ang peramah. Semua perempuan dia nak tegur termasuklah aku. HAHA. Dia berkata ;

Abang F : ermm..mohon mana?
Aku : uitm. *senyum.
Abang F : ohh...bil
a pergi??
Aku : belum lagi laa..tunggu tawaran ler..
Abang F : ohh.. *senyum kambing kat aku! Hrm..orang dulu-dulu kalau lepas SRP (SPM) dah boleh masuk meminang ! *bajet cakap dia tu aku suka.
Aku : oh..oklah,nak ba
likkk !! Byee !!


Aku bla dengan muka senyum je. tetiba abang tu baling aku dengan gumpalan kertas kot? Aku tak endahkan terus jalan balik.


Aku malas nak respons apa abang tu cakap. Aku hanya diamkan diri je. Aku tahu kalau lagi aku layan lagilah melarat nanti abang tu tegur aku. Aku
niw kalau bab2 kahwin ke tunang ke ape? Aku agak sensitif dan malu. Aku rasa hal itu tak penting buat masa sekarang. FULL STOP !.


aku dah gemuk ! Kenapa mereka suka kutuk aku? *sabar.


mood : dugaan menguji kesabaran aku.

Sunday, April 17, 2011

Nasib.


Anak siapa entah aku pinjam jap. Sorry lah,time ini malam. Camera murah je. Bukan DSLR nk aku snap. Btw,budak ini sangat comel. Dia manja. Aku pula tak terlayan dengan kerenah dia. Abaikan pasal budak comel yang aku tak tahu nama.


Mungkin sekarang aku busy dengan latihan motor. Kalau boleh aku nak cepat habis. Dan aku dah booking pra test minggu depan. Hopefully lulus laa.. Straight JPJ je. Aku pown dah fet up asyik kena bangun awal walaupun tak kerja.


Ak tak tahu sampai bila aku akan kerja. Tunggu tawaran aje. Yeah,lepas ini aku akan rindu semai orang yang aku kenal sepanjang aku bekerja. Seriusly,akan rindu ! Walaupun aku dengan kawan aku tu digelarkan PONTIANAK.. Kami tetap pekerja yang setia balik lambat. HAHA ! Sejahat2 mulut kami,kami tetap rajin buat kerja yang gila2. Susah nak cari orang macam kami. Lepas ini aku akan rindu BUSU. Dia macam mak aku. Sedih !


nota jiwa : aku rindu kau der,kita hanya kawan sampai bila-bila.

Wednesday, April 13, 2011

Bila itu pengajaran.

Semalam memang malang tak berbau untuk aku. entah apa lah silap aku,aku boleh kena saman. Seriusly,dalam sekelip mata je benda tu berlaku. Nak menangis pown ada tapi redha jela. Salah aku juga ! So gaji aku untuk bulan niw telah aku korbankan untuk bayar saman. Apakan daya,aku tak nak susahkan parents aku. Balik je semalam nak dekat pukul 7pm. Lepas solat magrib,aku tidur ! Bangun balik nk solat isyak then tidur balik. Yer,aku berkabung semalam.


Dan hari ini,aku memang tak de mood nk kerja. Nasib baik kawan baik aku bawa aku jalan2 Melaka bersama atok dia. Dan aku dapat menik
mati McFlurry !! Rasa nikmat sangat tapi hanya seketika der. Sampai kedai,orang tanya macam2. Macam aku artislah pulak?



Yer,aku TAK DAPAT jadi cikgu. Sebab aku tak layak sebab aku memang dah tahu dari result keluar hari tu. Tak pelah,xde rezeki aku nak mewarisi parents aku. Tahniah kepada siapa2 yang DAPAT jadi cikgu. Sejak akhir2 niw,macam2 berita aku dengar. Cikgu kena tumbuk dengan anak murid la hape la. Huh! Dasat2.


Apa2 pown,aku memang rasa tergugat dengan kawan aku sorang. Tapi itu rezeki dia,tak kan aku nak halang. Dan aku macam2 dugaan aku hadapi,hanya aku tabahkan hati untuk hadapinya.


nota jiwa : aku sedih tapi aku redha. Aku asyik nak marah,uish !




Sunday, April 3, 2011

Spent money wisely.


Ini kali pertama dan terakhir aku makan kau BR !! Walaupun perisa ini tak sedap,aku terpaksa telan jua. Eishh..!!
Dan semalam juga adik perempuan aku yang bengong tu,dah minta benda yang agak mahal. Aku oke je masa nak bayar,bila balik rumah FRUST !!


Lepas ini pergi Jaya Jusco setiap hari SABTU kena bawa beg JJ. Sebab tak boleh guna plastik,kalau nak plastik kena bayar cas 20posen der.. !!!.. Memanglah sayang bumi,tapi seriusly aku lupa ! Oke,dah dapat pengajaran untuk hari SABTU tu.


nota jiwa : aku rasa puas dapat tidur petang ! Sebab aku rasa dah lama aku tak dapat tidur kerana kerja. HAHA !

Saturday, April 2, 2011

Kesabaran.



tetiba aku bengang dengan sikap manusia yang sengal!
manakan tidaknya ! Hamba Allah tu tanya result aku,bila turn aku tanya result dia. Tak nak bagi tahu ! Nak je aku pijak2 kau wahai lelaki !!
Tapi aku pendam jela.
Sabar jela dengan peel manusia.


nota jiwa : hati meronta2 nak kasut baru,tapi tak dapat kerana masalah yang sukar untuk ditangani. Haish !!

Thursday, March 31, 2011

Kami pernah digelar BELANGKAS.


  • Ye,kami memang rapat.
  • sama-sama giler.
  • Tiada kata yang sesuai untuk kami selain BELANGKAS setakat ini. HAHA !

yee..dah dapat gaji. Aku buntu tak tahu nk buat apa? Aku tahu nak shopping lagi ! Itu je ada dalam kepala hotak. Birthday kawan2 lambat lagi. Gaji kali ini masyuk sikit. Kalau ada duit,aku asyik nak keluar. Haish!


Oke,aku sangat malas untuk sabtu dan ahad. Sabtu aku ambil cuti. Yeehhaaa !!


Nota jiwa : aku sangat penat. Aku rasa sayu bila dengar lagu SELAMAT TINGGAL-zizan ft dina. Terasa seolah2 aku ada dalam lagu tu. Ahh,perasan lagi. !

the video !!





Tuesday, March 29, 2011

Ini baru pakwe baru.

Pakwe baru der ???



*aku suka picture ini sebab aku senyum ikhlas. HAHA!


Ini bukan pakwe tapi adik bongsu aku. Birthday dia akan datang so aku merangkap kakak dia yang BERGAJI kena bagi hadiah untuk dia. Walaupun dia selalu menyakitkan hati aku,sabar jela dengan kerenah Si Debab sorang ini.


Dialah jantung hati mak dan nenek aku. Dialah orang yang selalu gaduh dengan adik perempuan aku. Dialah yang paling degil. Dialah paling kuat makan. Dasat ! Orang selalu cakap dia tu COMEL. Peh-liss laa..aku akak dia tak nak cakap COMEL? *oke,dengki !



In add,dia memang rapat dengan akak aku niw. So sweet kan? Aku je dia tak nak rapat maybe aku garang sangat kot? HAHA !

Janji bagi hadiah kat kau,debab tak de hal ! Selagi aku ada duit,aku happykan kau. Aku tahu kau suka lagu 'the time' by Black Eyes Peace ! HAHA!


nota jiwa : hati gembira bila melihat orang bahagia.

Monday, March 28, 2011

Perasaan sahaja.

Aku geram betul bila orang tanya result aku then bila aku tanye dia,dia tak terus off. Macam ini !!! Bengang giler aku. Oke,fine kalau tak nak orang tahu result kau,tak payah result orang lain. Kan senang !




Oke,patutnya malam ini kawan aku ajak teman dia keluar. Tapi tak dapat sebab nenek aku mengamuk sakan ! Nenek saya AWESOME ! Abaikan. Aku ini malas betul nak keluar malam sebab aku rasa penat. Sorry yer kawan. Kalau siang takpe,malam tak boleh.


Hari tu aku lepak dengan kawan aku. senang cerita kawan baik der. Tapi bukan kami melepak tapi buat latihan motor der. Kalau aku lepak dengan dia nanti ada yang jeles pula? Nak pulak dia tu lelaki. Dan masa kat tempat tu,ada ler kawan perempuan aku DUA orang. Dorang sakat aku.

Qita : ehh..mira pakwee keww..??
Aku : Mana ada ler. *senyum je..
Qita : eleh,malu2 pula..
Aku : *senyum lagi.

Aku malas nak cakap banyak,kalau dah itu dorang fikir. Lantak lah,tak ada kuasa aku nak komen lagi. Sebab itu kali pertama dorang tengok aku dengan SEORANG LELAKI. Al maklum laa,aku ini kureng sikit dengan lelaki. Tetiba hari tu aku tunggu berdua je dengan lelaki. Mesti dorang fikir itu PAKWE AKU. Oh,peh-liss laa.. Dialah member lelaki aku yang aku baik sekarang.



Nota jiwa : boleh aku main bowling,pergi mcd macam hari tu takk??? rindu pula kat abe dan mamat tu. HAHA ! *oke,perasaan je.

Sunday, March 27, 2011

Roller coaster bebeh !


dia memang comel ! aku jeles giler.


Macam biasa setiap kali on9 blog,aku akan BW. Aku on9 ler FB,tetiba entah macam mana tah aku terjumpa blog ini. . Aku baca kisah AKU DAN KAWAN BAIK 1. 1stly,aku memang pemalas nak baca entry orang panjang2 kadang2 macam merepek. tu sebab aku malas. Tapi Sis Marina ni tidak sama sekali ! Aku baca kisah dia tu, AKU DAN KAWAN BAIK 1.


Habis je baca,aku rasa kagum dengan dia. Sumpah ! Tapi teringat pulak kisah aku. Lebih kurang sama la. Aku rasa jauh sangat dengan kawan baik aku sorang tu. Entah apa ler silap aku. Oke,aku berdiamkan diri jela.


sekarang ini aku tengah menyemakkan diri dengan hal aku. Yerla,lepas keluar result macam2 benda nak aku uruskan. Aku kena fikir KOS ape aku nak ambil. Aku cakap dengan Angah,aku tak nak ambil kos yang aku tak suka. Jangan paksa aku. Aku tak suka bawa benda yang aku tak de minat. Angah sangat memahami. Dia tahu peel aku cane kalau dapat benda aku tak suka.


nota jiwa : aku rasa aku macam dah tak de perasaan je. Tak pelah,aku kawan jelah dengan semua orang. HAHA.

dan

peh-lisss laaa jangan kata aku comel ke putih? Aku tahu ada orang lagi comel dan putih dari aku. Iyekan dok? Aku bersyukur kerana aku dikurniakan dengan sempurna.