Friday, May 27, 2011

Wordless Friday.

Hari Jumaat lah paling aku malas. Pagi tadi pula hujan lebat giler !!! Petir sambung menyambung,kilat memancar-mancar..dll.. Aku bangun tidur terus rebah tidur balik kerana terlalu lena..untuk aku sambung tugasan aku...dengan cuaca sejuk nyaman. HAHA.



Petang aku hang out dengan kawan-kawan tersay
ang iaitu Zati & Naziah. Pertemuan kami untuk kali terakhir sebelum kami berpisah. Antara kami semua dapat sambung jauh nun hujung peta,PERLIS,PAHANG dan last sekali KUALA LUMPUR. Takpelah,masing-masing sambung belajar je.


Mood : jangan mudah putus asa.

Wednesday, May 25, 2011

1st experience

1st time aku tengok wayang tahu ! Rasa macam seram sejuk bila duduk dalam wayang tuh. Al maklum laa,1st time la katakan? Lepas SPM dapat menjejakkan kaki ke wayang tuh. Dulu dok dengar cerita mak angah story mory kata best kalau tengok wayang ! Aku pula masih sekolah macam mana nak pergi der? Sekolah diutamakan dahulu. *masa form5,2011.


Masa tengok tu,ingatkan nak tengok "NUR KASIH THE MOVIE" tapi abang aku pula tak nak ikut masuk nanti. Nak tengok "FAST & FURIOUS 5 "? Tak
de pada hari tu. Tengok la "PIRATES OF CARRIBEAN" je. Dalam hati nk sangat tengok "NUR KASIH THE MOVIE". Ramai cakap best la apa laa.. HAHA.. Takpelah. Aku tak kisah.




mood : mengira detik,masa,waktu,saat,jam,minit dll untuk pergi...

Friday, May 20, 2011

Pening.

Rindu nak update !! *straight to the point jelah!!


Petang tadi aku,Angah & Mak pergi BIMB (bank Is
lam) der.. Mak suruh aku tulis borang nak bayar yuran pengajian aku. Aku punyalah bengap tak tahu pape tulis jela apa yang disuruh. Tetiba sampai je dalam borang suruh tulis nombor MATRIK aku. *kesalahan pertama aku kat sini !. Time ini aku tak perasan borang suruh 'PASTIKAN JE' nombor MATRIK aku ada dalam slip pembayaran tu nanti.


Datang ler GUARD BIMB tu. Konon-konon nak tolong selesaikan masalah aku. Last-last aku perhatikan dia pown tak tahu. Tapi pura-pura tahu. Geram aku. Lepas selesai tulis slip pembayaran. Guard bagi nombor giliran 1001. Wo
w! aku ingat lagi. HAHA. Bila turn aku,akak kat kaunter tu kenal aku. Aku pown senyum kat dia.


Bila dia buat,mak terangkan masalah pasal nak kena tulis nombor MATRIK kat slip pembayaran tu nanti. Akak tu pown dah nak confius. Last-last
dia cuba tolong bacakan untuk aku. Wow ! baiknya dia. Baguslah orang macam tu. Rupa-rupanya kena PASTIKAN je nombor matrik aku ada tentera kat slip pembayaran je. Adus,guard tu lah masuk campur jadi ape je...Lagi mengeruhkan keadaan derrr..!!!


Bila dah sudah,tetiba Angah datang kat aku. Akak k
at kaunter tu macam terkejut. "eehhh!! kembar ke?????!!! ". Aku buat muka mengeluh sebab dah banyak kali orang kata kami kembar. Tapi aku senyum je. Mak gelak dan jelaskan kat akak tu kami selang setahun je. HAHA. Barulah akak tu percaya.



Mungkin kami nampak seperti kembar sebab ketinggian aku dengan Angah lebih kurang sama je. Aku nak gelak je bila orang kata kami kembar. Peh-liss laa..aku adik Angah akak. Beza setahun je. Dulu masa kecik-kecik boleh la pakai baju sama kaler,fesyen,bentuk,corak & dll. Tapi sekarang bila dah dewasa kami berbeza citarasa. Terutama aku ! HAHA.


mood : pening kepala sejak buat x-ray semalam.

Monday, May 16, 2011

Haruskah.




kenapa aku perlu bersedih pada orang yang dah tak sayang aku.
aku akui sekarang aku mendiamkan diri dan terus menyepi.


mungkin takdir aku untuk berpisah dengan kawan-kawan aku.

Sunday, May 15, 2011

New friend & new relationship.


yeay !!! akhirnya jumpa juga kawan-kawan baru !!


masa mula-mula dapat tawaran. Aku punyalah SEMANGAT cari kengkawan kat dunia siber ini *FACEBOOK. Masa mula-mula cari tak dapat. Cari punya cari,last-last jumpa PAGE UMP. Aku pown like laa. Berapa hari kemudian,tak ada sebarangan respons walaupun aku dah tinggalkan komen. Selang seminggu kemudian,barulah ada orang meng-gomen wall aku buat tu. Alhamdulillah..dapat jumpa kawan-kawan baru. Setakat ini baru ada TIGA orang yang sama kos dengan aku.



Rabu minggu depan 18.05.2011 aku last kerja. Walaupun macam sedih dan berat hati nak berhenti tapi aku relakan jua. Aku akan tinggalkan semua orang yang aku kenal,tegur,berkenalan ? *err..maybe. Dan juga orang-orang yang aku sayang..aku akan tinggalkan. Aku akan berpisah dengan mereka semua 31 Mei 2011 nanti. bye bye guys.


mood : terasa malas nak berfikir untuk listkan barang nak beli.

Tuesday, May 10, 2011

Im not perfect like you.


Kalau aku tak suka seseorang.
Aku memang tak suka berkawan dengan orang macam tu.
Bagi aku,aku dah mula rasa benci dan meluat dengan perangai orang macam tu.


Kalau orang yang pernah hina aku.
Aku tak dendam tapi hati aku sakit bila tengok muka orang macam tu.
Aku tak nak hadap muka orang macam tu.
Bukan niat aku nak kurang ajar,tapi apabila maruah aku dicabar.
Tiada kata maaf untukmu.


Aku sedih sikit sejak akhir-akhir ini. Tapi aku pendamkan jela. Allah lebih mengerti apa aku alami. Aku tahu setiap manusia tak lari dari buat kesilapan. Tak semua manusia sempurna. Setiap orang ada perangai masing-masing. Termasuk aku. full stop !


mood : aku kecewa kenapa tak jumpa kawan lagi ni.?? *UMP.

Sunday, May 8, 2011

untitled.


Aku pergi 1 Jun 2011. Tetiba aku rasa aku bakal merindui kawan-kawan,keluarga,kucing-kucing kesayangan aku dan lain-lain. Huh,berat hati aku nk pergi sebenarnya tapi berkat sokongan keluarga,sedara-mara,kawan-kawan dan lain-lain. Aku rasa ada lah sikit semangat. 17 tahun aku duduk Melaka,dan lepas ini aku duduk laa Pahang pula?


Starting by tomorrow aku akan sibuk. Esok kena pegi bank. Ya Allah,paling aku benci laa. HAHA. Nasib baik ada kemudahan motor,senang aku nk broom-broom sana sini. Btw,aku tak tahu nak berhenti kerja bila. Mungkin bila-bila masa jek. Aku tak perlu hantar notis. Cakap lisan sudah.


Sebelum aku berangkat,aku nak jumpa kawan-kawan aku yang sempat aku jumpa laa.. Kalau ada jodoh maka jumpalah dengan mereka. Terutama zati dan naziah. My buddies..!! Lepas tu,lain-lain..err..aku doakan korang jela.. Aku tahu mesti kawan-kawan aku fikir aku bajet giler nk pergi? Tapi aku tak kisah kalau korang tak nak jumpa aku. Aku tak paksa.


nota jiwa : aku tak kisah kau nak cakap apa? aku sedar aku siapa.

**aku selalu tengok orang update letak gambar. aku update kadang-kadang ikut mood so tak ada gambar sesuai.sorry entry membosankan.



Friday, May 6, 2011

Sambung belajar?


Masa dapat tahu aku nak gelak giler ah ! Akak aku bagitahu kat aku,masa tuh aku tengah kerja. Tetiba handphone cikai ku berbunyi2. Dan bila angkat. HAh! Nak gelak weyy !!.. btw,aku rasa bersyukur sangat-sangat. Walaupun aku rasa macam jauh weyy dari Melaka. Ohmaaaiiigeeee....aku bakal merantau.. Saya akan jumpa kawan-kawan baru kat PAHANG. HAHA !


Mulut aku sangat masin sebab masa dedulu aku pernah cakap "biarlah dapat jauh-jauh baru mencabar !! ". Cakap berlagak giler ah..last-last betul dapat ! Hamek kau !!!.


mood : bersyukur sangat-sangat.

Wednesday, May 4, 2011

Sedetik lebih.


Jari jemari terasa malas nak taip. Sebab blog aku bukan feymes macam orang feymes-feymes maaa.. HAHA. Tapi takkan aku nak give up lak kan? Nak jeles dengan orang feymes,tak ada langsung laa..


Okelah,kawan aku dah berhenti kerja sebab dia nak masuk matrik. Act,aku memang dapat matrik tapi aku tak nak pergi sebab adalah! Dan tadi aku dapat surat tawaran dari Kolej Profesional Mara Ayer Keroh,Melaka. HAHA. Semuanya Melaka. Cubalah bagi luar Melaka. Ada bran sikit aku nak pergi?


Tadi masa tunggu customers balik. Tetiba datang seorang budak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun menjual kuih. Aku pandang budak tu rasa sayup je beb. Sebab aku rasa bersyukur sebab aku hidup senang diberi kemudahan. Budak tu kena jual kuih sampai habis. Cuba kalau kita bayangkan kita di situasi budak tu,kena bertanya pada orang "makcik nak kuihhh?? " Mesti segankan? Tapi budak tu selamba je. Mungkin budak tu dah lalui zaman perit dia. Mungkin juga budak tu pernah kena hina dengan orang sekeliling. Aku pernah tengok dalam TV,budak kecil kena hina dan macam-macam la. YA Allah,tabahnya budak lelaki tu. Kalau aku berada di tempat dia mesti aku tak sanggup bila kena hina. Semoga Allah murahkan rezeki budak lelaki tadi tu. Tak sempat aku tanya nama dia,aku hanya sempat sedekahkan dia air untuk dia minum.


nota jiwa : aku sangat letih. bila mau sambung belajar ini ! *kias je.

Tuesday, May 3, 2011

Gabra

Aku rasa bersyukur sebab aku dah lulus ujian JPJ motor. So lepas ini tak payah aku nak hadapkan muka kat DE lagi. HAHA. Aku pown gembira sebab dapat kenal dengan beberapa orang kawan. Ini semua kerana aku sudah belajar untuk senyum depan orang. Sebab aku ini kerek giler ah! Siapa tengok aku mesti kata aku sombong. Perkara biasa je dari dulu lagi orang kata aku begitu.


Kadang-kadang kita kena belajar bersabar untuk dapatkan sesuatu. Aku kesian tengok budak depan aku tadi. Dia jatuh masa kat titian tadi. Lepas dia jatuh,kaki aku dah mengigil tahap gaban. Sampaikan aku terasa gigilnya. Tapi aku buat muka cool aje,selawat banyak2. Bila dah pass titi,tersenyum lebar aku.


nota jiwa : aku sangat letih. Kena sound dengan tukang masak. Bengang giler aku. Sabo jela kan?.