Thursday, March 28, 2013

Syukur ya Allah

Assalammualaikum..

Masa tengah sibuk-sibuk buat kerja. Tetiba handphone cikai aku berbunyi. Mata memandang paparan skrin handset nombor yang tidak dikenali call aku. Hati sudah pelik nombor dari Melaka. *berdebar.

Lalu aku angkat;

Aku : hello

Panggilan dari melaka: Hello Assammualaikum..boleh saya bercakap dengan Cik Amirah Husna binti Abu?

Aku: iye, saya bercakap.

Panggilan dari melaka: Kami dari Melaka %$#%^&* ingin menawarkan penempatan praktikal. Kami ingin tanya sama ada awak ada terima mana-mana tawaran ke sebelum ini?

Aku: *melompat-lompat suka ! Err..ini Melaka &$$%^*@$ kan? 

Panggilan dari Melaka: ye.

Aku: hmm..saya terima. sebab saya pun takde terima sebarangan feedback dari company lain.

Panggilan dari melaka: Okay, sure ? sure sure sure? 

Aku: yela..sure.. *pelik kejap? Ke aku salah cakap tadi?tapi betullah aku terima.

Panggilan dari melaka: kalau macam tu, kami perlu buat follow up dengan pihak Universiti Cik. 

Aku: okay.

Panggilan dari melaka: okay terima kasih. As'slm.


Aku masih ragu-ragu dengan pertanyaan dia "sure sure sure?" sedangkan aku dah jawab aku "Terima". Aduii..akak jangan buat saya risau la. Nasib baik suara akak yang call, takde la segan sangat. Hahaha.

Apa-apa pun aku bersyukur sebab resume aku diperkenankan oleh company tu. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah kau permudahkan urusan aku. Semangat aku membara ! Hahahaha.

Moga-moga akak tu faham apa aku cakap tadi. Risau aku kalau-kalau dia salah dengar. :)


p/s : tak sabar tunggu Jumaat depan ! 

Monday, March 25, 2013

PWTC.


Assalammualaikum w.b.t

Pada Rabu yang lepas jatuh pada 20/3/2013. Kelas ICT aku pergi buat lawatan di PWTC Kuala Lumpur. Pameran bernama Infosecurity World Exhibition & Conference 2013. Aku rasa macam malas nak pergi sebab pergi hari Rabu, esok Khamis ada kelas. Penat le.

Tanpa membuat persiapan apa-apa. 5.30am dah kena berkumpul. Orang lain sedang dibuai mimpi, aku dah terpacak kat bus stop UMP. Awesome.

Sepanjang dalam bus, aku tidur. Takde la sepanjang, orang lain boleh tidur tapi mata aku tak nak lelap. Bila pergi lawatan ni kan, teringat zaman sekolah dulu. Cikgu bawa dan setiap perhentian cikgu akan bagitahu berapa lama boleh rehat blabla TETAPI lawatan ni kami boleh turun sesuka hati. Lecturer pun macam kisah tak kisah nak turun pergi tandas ke?

Macam takde keselamatan kami ni. Kitaorg nak makan apa, kena cari sendiri. Sedih bukan? Tapi bestlah juga takde la macam kambing kena berkumpul satu tempat. Lecturer pun takde briefing pasal lawatan sebab dalam kelas dia dah terangkan segalanya.



Aku, Amirah Anuar , Pirasannah & Afifah.


Over lighting pula muka aku. *abaikan !


Ini pose mengada-ngada. HAHA! 

Tujuan kami datang sini adalah untuk survey company mana yang bersesuai untuk projek Seminar kitaorang. Tapi kebanyakan company kat sini semua hebat-hebat belaka. Bukan setakat dalam Malaysia je, tapi India dan Singapura pun ada.


Benda yang aku tak boleh lupakan adalah tandas PWTC memang hebat sampai aku tak nak masuk. Sebab apa yang boleh aku katakan adalah macam tandas kat Singapura. Aku tak biasa tandas macam ni. Aku terkejut bila sampai masuk dan tengok. "what the???" -_-

So orang kampung macam aku memang tak boleh terima tandas macam itu. Maaf sangat. Hahahahaha. 

Tapi aku sikit sedih sebab kawan aku ada praktikal kat PWTC aku lupa nak contact dia. Handphone lama aku hilang, dalam tu ada number dia. Bila dah balik aku bagitahu dia, rupanya dia still praktikal situ. Hahaha. Dia kata tempat dia praktikal dekat dengan tempat aku rehat petang tu. SEDIH.

Lama kot aku kat PWTC dari 10.30am hingga 4pm. Aku menganguk jela bila dah tengahari tu. Kan bagus aku jumpa kawan aku tu? Haiyaa, takpe takde rezeki. Nak buat macam mana. Redha je. 

p/s : tak sabar Jumaat depan. MELAKA.

Friday, March 22, 2013

Makhluk Allah paling berharga.

Assalammualaikum wbt.

Salam Jumaat ! Yeay, alhamdulillah hari ni aku bersyukur kerana aku makin sihat berbanding sebelum ni. Aku selalu demam. Antibodi tak stabil. Hahahaha.

Tadi saja call nenek. Rindu rasanya tak dengar suara dia. Masa aku call ,dia tengah masak. Hahaha. Dia marah aku kacau dia. Comel nenek ni. Aku pun kadang-kadang busy, call tak tentu masa. Sesuka hati je call time aku suka or free. 



Nenek cerita pasal kucing kat rumah aku. Sekarang aku ada 8 ekor kucing. 
1. Seekor EMAK KUCING berusia 4tahun, 
2. seekor kucing BETINA berusia 7 bulan, 
3. seekor kucing JANTAN berusia setahun (tak silap aku)  
4. empat ekor anak kucing + seekor anak kucing jumpa (Debab punya kucing). Hahaha. 

Dulu aku pernah bela dalam 13 ekor anak kucing tapi kebanyakan mereka mati akibat sakit. Masa tu kerja aku asyik kebumikan kucing jela. Nak buang sayang, kucing pun macam manusia. Aku tanam mereka di kawasan rumah je. Dan rumah aku pun dah jadi tanah kubur kucing. Hahaha. 

Aku pernah tanam kucing mati hampir selang tiga hari mati seekor dan lepas tiga hari mati seekor lagi. Sedih aku masa tu, kucing asyik mati. Nak bawa pergi klinik, waktu cuti. Aku terpaksa relakan dia pergi. 

Nenek cerita kucing aku buat hal kat rumah berak merata-rata. Aku dengar pun nak tergelak je. Pelik betul, masa aku ada kat rumah kucing aku takde buat hal macam tu. Bila aku takde, menjadi pula perangai mereka. 

Dulu aku memang tak suka kucing. Entah macam mana bila dah lama-lama bela kucing rasa sayang pula. Kadang-kadang ada kucing yang nakal suka gaduh dengan kucing lain. Macam kucing A ni kucing tua dah lama bela, bila dapat ahli baru (kucing lain) aku bela. Kucing A gaduh bercekau-cekau , sampai terberak-berak kucing tu kena buli. Aku pernah rotan kucing A sebab buli kucing lain. 

Tapi kadang-kadang aku rasa berdosa rotan kucing. Tapi aku niat nak ajar kucing tu supaya hormat kucing lain. Rasa sayang kat semua kucing aku. Walaupun mereka kena marah dengan family aku , aku tetap pertahankan kucing aku. Aku jarang nak marah kucing, melainkan kalau tahap kemarahan aku dah maximum. Aku cukup pantang kalau adik-adik aku mempermainkan kucing aku macam boneka. Memang aku marah terutama adik lelaki aku suka buat aku naik angin.

Kebanyakan kucing yang aku bela dulu, dengar cakap aku. Mesti orang pelik macam mana kucing nak dengar cakap sedangkan kucing takde otak? Tapi aku faham bahasa kucing. Biarlah orang nak kata aku gila cakap dengan kucing. Kucing inilah pembawa rezeki pada keluarga aku.

Pernah dulu kucing aku bernama COCO usia 4 tahun, masa aku nak pergi sekolah aku naik bas. So kena keluar rumah jalan ke bustop. Dia ikut aku sampai pagar. Kadang-kadang terpaksa nenek aku panggil COCO balik. Hahaha. Kalau balik sekolah pula, aku turun bas. Si COCO berlari datang jemput aku kat pintu pagar. Kalau aku dah penat, dia mengeow pun aku tak layan. Kadang-kadang je aku belai dia. 



Kalau adik aku balik sekolah, dia pergi juga kat adik aku. Tapi adik aku lagi tak layan dia. Sejak aku dah habis sekolah, COCO dah tak buat tabiat menjemput tuan dia kat pagar. Mungkin dia kenal bau aku. Or dia dah give up tuan dia tak layan dia. 

Bela kucing ni seronok. Kalau kita stress tengok gelagat kucing ni boleh terhibur. Kucing aku nama GEBU suka sangat main. Main sendiri. Boleh dikatakan HYPERAKTIF. Nampak benang ke tali laju ke kejar. Dia pendiam tak banyak songel. Senang nak jaga dia. Bila bagi makan, dia makan tak pernah nak minta makan. 

Ingat lagi masa aku nak balik Pahang hari tu, GEBU menghilangkan diri. Mungkin sedih aku tinggalkan dia. Akak aku cakap dia buat muka sedih tengok je nasi depan dia, tak makan bila aku dah takde. Selalu malam-malam aku nak tidur, aku panggil Gebu masuk bilik tidur. Dia suka meleset dengan aku kalau aku tidur atas lantai. 

Pernah sekali tu, aku tidur petang nak rehatkan badan. Bila sedar, tiga ekor kucing meleset kat aku. Join aku tidur. Hujung kaki dan kat lengan. Kadang-kadang nak gelak pun ada kucing ni manja dengan tuan dia. Nenek bising kucing tidur dengan aku sebab macam manjakan kucing tidur dalam rumah. Hahahaha.

Nak katakan aku ni boleh jadi doktor kucing sebab aku boleh kenal peragai kucing tetiba berubah selalunya sakit. Kalau sakit aku lebih suka bawa klinik haiwan. Kalau luka biasa, boleh rawat sendiri. Kalau demam ke? Aku bawa je klinik. Inject baru RM10. Tak mahal pun. Murah je.

Dulu aku ada kucing tak takut naik kereta tapi dia dah mati kena langgar kereta. Susah nak jumpa kucing berani naik kereta,selalunya kucing ni takut naik sebab kenderaan yang bergerak. Kalau GEBU aku pernah bawa pergi ambil adik aku kat sekolah. Kereta besar dia boleh merayau-rayau nak keluar. Tak suka naik kereta. Bila sampai sekolah, adik aku terkejut aku bawa GEBU. Yela, aku bosan drive alone. bawa GEBU ada peneman. 

Pendapat aku, kucing ni binatang yang unik dan mereka juga pembawa rezeki. Walaupun hidup mereka hanya minta makanan pada manusia, mereka juga mendoakan supaya tuan memberi mereka makan tu dimurahkan rezeki. Kucing juga peka dengan bunyi halus macam ular ke? Binatang lain ke? Itu kelebihan pendengaran mereka. Bersyukur Allah kurniakan kucing di muka bumi ni. Dia melindungi kita disamping kita bela dia.


p/s : aku tulis panjang, tapi orang peduli ke?



Saturday, March 16, 2013

A short conversation

Assalammualaikum..

Tadi aku online lepas settle solat apa semua, barulah aku dapat online dengan tenang. Dari pagi hingga petang kelas Softskills. Oh sangat bosan !.

Slot pagi aku tidur. Slot kedua lepas tu best sikit. Hahaha. Hilang mengantuk.

Sangat penat aku rasa macam tak terdaya je. Lepas kelas aku gatal pergi joging. Penat bertambah penat.

Tetiba online Debab call guna Skype. Macam biasa dia suka tanya "Kaklang bila nak balik??" 
Aku rasa nak berjuta kali aku cakap awal bulan 4, aku balik le. Letih menjawab soalan dia. Bila berjauhan dia rindu, bila dekat bergaduh. 

Masa webcam, dapat aku melihat rumah aku yang aku rindui sejak bulan 2 aku tinggalkan. Termasuklah orang-orang yang tinggal dalam rumah tu aku rindu. Debab tunjuk lauk nenek masak sedangkan masa tu aku tak makan cuma makan roti je. Malas nak beli makanan berat.
Meneguk air liur jela aku masa tu.

Selalu webcam aku tanya kucing kesayangan hamba iaitu Gebu. Hihi. Rindu kat dia. Dan hasilnya aku dapat ni.



Gebu dicekik oleh Debab. Aku nak tengok Gebu je sebenarnya, tapi yang dua ekor tu menyibuk. Takpela, adik-adik kesayangan juga. :')

Aku harap Allah swt memudahkan urusan aku sebelum cuti mid sem tiba. Aku homesick aku perlukan masakan nenek. Ahaks ! Aku perlukan kenikmatan di rumah untuk seminggu itu. Itu saja aku pinta.

Sesungguhnya aku masih mampu bertahan , aku akan terus berjuang demi segulung Diploma.


p/s : letih + homesick + lagha.

Friday, March 15, 2013

Focus bila buat sesuatu.

Assalammualaikum..

Sebenarnya tadi aku dah login blog, bila dah buka aku lupa nak tulis apa? -_-?
Then belek-belek MukaBuku dapat idea. Login balik blog. 



Aku ni selalu leka bila buka MukaBuku. Tak tahu kenapalah? Buka MukaBuku nak cek status je. Tapi aku melalut buat benda lain. Aku tak post apa-apa tapi aku menglagha. hebat? Aku sendiri tak tahu apa aku luangkan masa begitu lama. 

Dari magrib sampai Isyak online. sepatutnya aku buat kerja aku online. Kadang-kadang nak je buang akaun MukaBuku aku. Tapi nanti susah pula nak tahu perkembangan semasa.

Kalau kat rumah, aku jarang berkepit dengan laptop. Kat sini 24jam aku berkepit. Why? Kat sini aku rasa bosan sangat. Laptop jela medium hiburan aku sambil buat kerja. Dapat dengar lagu, radio , youtube lagu dan macam-macam. 

Kat rumah heaven gila ! TV besaqq gedabakk uww.. Tak nak lepas remote woo. Bila dah lama sangat tak pegang remote Astro ,aku nak on pun tak reti. Sampai mesej akak macam mana nak tekan TV ni? -_-. Betapa kunonya aku kekok tak pegang remote tu.

Kalau nak tukar channel Astro. Aku tanya akak aku, "weh channel apa yang HBO tu??". 
Aku mudah lupa. Kadang-kadang nak bawa kereta pun aku kekok. Kereta auto senang, kalau dapat manual aku kena buat imaginasi dulu. Macam mana dulu aku belajar bawa kereta. Hahahaha. Kesian aku.

Tu kat rumah jadi bahan gelak. Selalu kekok nak buat sesuatu. Apa barang aku letak kat rumah? mesti aku tanya nenek mana aku letak barang tu. Neneklah yang selalu ingat sebab dia tahu aku dah amanahkan dia jaga barang aku. :D


p/s : esok Softskills. oh bosan gila.

Wednesday, March 13, 2013

Realiti hidup.


Assalammualaikum..

Aku rasa macam tak sabar nak habiskan diploma. Aku sem akhir, tapi sayang ada PTA (Projek Tahun Akhir). Kesian, kena develop website. Uollss..


Takde apa nak dibanggakan sebab aku rasa macam nak semput sem ni. banyak tekanan fizikal dan mental. Ya Allah !


Aku bukan nak bangga dengan pengalaman aku berada di negeri orang. Banyak kisah duka aku tengah lalui. Aku ingin kongsi. Mana tahu ia boleh menyedarkan kita daripada melakukan kesilapan.


Aku pernah rasa sakit hati disebabkan orang lain.
Aku pernah menangis sebab orang berkata tentang aku. *sedih bukan?


kerana :
1. KAWAN
Kalau kita ada kawan baik. Please jangan baik sangat dengan depa. Kadang-kadang kawan baik boleh buat kita rasa sakit hati. Ye, dia bukan kawan yang baik. Bagi aku, takde istillah kawan baik dalam dunia. Sebab aku dah pernah rasa ditikam belakang.

Aku lebih selesa berkawan dengan orang secara sederhana, tak keterlaluan. Takde over macam kalau pergi mana-mana nak bersama je, nak group sama je. Ohoii bosan !!

Kalau buat satu projek or assignment, dapat group dengan Si Joyah ni. Si Joyah ni  pemalas dan suka menggantungkan diri kat orang lain. Semua benda dia tak tahu nak buat. Kau rasa sakit hati tak? Semua benda kau nak buat sedang Si Joyah ni cakap tak tahu nak buat. Last-last rasa menyesal segroup dengan Si Joyah.



2. PINJAM BARANG
Masa dalam kelas, waktu kuliah dah nak habis. tetiba kertas attendance sampai. Si Joyah nak sign tapi pencil box dalam beg sudah. Kau punya pen ada atas meja. Dengan selamba si Joyah ambil pen kau ,dia sign dulu. Rasa nak marah je kan? Pastu kalau jenis aku akan cakap "Memang pen tu untuk kau pun". Si Joyah terasa. 

Tak pun kadang-kadang kita tengah sedap buat latihan Calculus. Member depan kau ambil pemadam kau ,sambil ambil sambil cakap pinjam. Yang kau tetiba nak guna pemadam, tengok pemadam kau hilang. Kesabaran kau teruji masa tu. Kata pinjam, tak reti nak pulangkan secepat yang mungkin.

Lagi satu peel manusia suka pinjam barang orang contoh macam payung. Masa tu hujan, dia nak pergi kelas takde payung..pinjam orang punya. entah macam mana Allah nak uji hari tu, payung kau didapati rosak. Kau nampak payung kau kat rak kasut dia. Dia tak bagitahu hal sebenar. Pendek kata, haram tak ganti yang baru. 
Sabar jela dapat kawan macam tu.



3. MULUT TEMPAYAN
Kalau dapat kawan baik, memang best. Kawan bertahun-tahun, tapi tak serasi bila dah lama sangat berkawan. Kalau dapat kawan yang cakap lepas. Kutuk cara kau berpakaian dan tak pandai berhias.. Aku pernah rasa. Hm..sentaplah juga masa tu. Macam hina sangat baju aku masa tu. Asalkan aku selesa menutup aurat okaylah. 

Kawan baik aku pernah kutuk aku tak pandai nak bergaya. Okay aku sangat sentap masa tu.
Tak pun, kalau keluar dengan dia pakai kereta mak dia. Kau kena sponsor duit minyak dengan cara dia MINTA bukan rela hati kau nak bagi. Terkilan rasa hati ni ibarat menumpang kereta orang. 



4. AMBIL KESEMPATAN
Masa musim nak final exam, kau memang rajin gila study and buat soalan final lepas DAN DAN jumpa lecturer. Jumpa lecturer masa study week sangat afdal kerana manalah tahu rezeki kau dapat hint. Aku pernah !! Hahahaha.

Bila Si Polan ni dapat tahu kau buat soalan tu, dia pun nak tengok jawapan. Nak pula kau dah double check dengan lecturer tu. Sah dapat jalan kerja yang betul. Si Polan ambil kesempatan tiru jawapan kau. Sedangkan kau berposak selesaikan soalan tu sorang diri. Dia senang-senang minta jawapan kau. Rasa tidak adilkan?




5. PELAWA
Kalau waktu lapar, member kau mesej ajak turun teman pergi makan. Sebelum tu,dia ajak makan restoren yang agak jauh. Jalan kaki pun boleh berpeluh, mengalahkan kebulur gila masa tu. Bila kau dah turun, Si Polan mesej kawan dia yang lain try ajak dia restoren tu. Si Polan nak sangat pergi makan situ. Sedangkan kau tak nak sebab jauh. 

Tak lama lepas tu, Si Polan cakap tak jadi nak makan situ nak makan restoren. Tapi dia dah ajak orang lain sedangkan kau dah berdiri depan mata dia masa tu. Terkilan. Tapi apakan daya, tanpa Si Polan sedar dia dah sakitkan hati kawan dia. Masa tu dah tak guna nak minta maaf sebab tahap marah dah maximum.



konklusinya, bagi aku kawan baik adalah semua orang yang kita jumpa, berselisih, cakap dalam kelas. Memang kita tak boleh nak menilai seseorang tu dari cara dia layan kita, kepandaian dia dan macam-macamlah. Berkawan kawan juga jangan sampai diri sendiri merana. Berhati-hatiah dalam berkawan ni. 

Buat pilihan yang bijak dalam berkawan bukan dalam beli barang je okay?








p/s: aku mengambil masa yang lama untuk menaip. Fuyoihh !!




Saturday, March 9, 2013

A friendship ended.

Assalammualaikum.. 

The story begin with...stalker people that you admired for a long time.


Aku tak tahu kenapa jari aku pantas menaip nama kau di search for people.
Mungkin aku rindu.

Aku cuba cari sesuatu di wall kau. 
Tapi sayang, post aku cari itu kini tiada.
Mungkin kau padam. 
Aku pasrah.

Mungkin kau sudah melupakan aku. 
Ya betul !

Hampir dua tahun, kita putus hubungan persahabatan.
Kau lenyap di minda aku. Aku lupakan kau.

Sebab aku sudah tidak mampu menunggu kau lagi.
Perit hati ini menanggung derita.

Terima kasih kerana lupakan aku.
Kau sahabat yang pernah aku miliki dulu, sekarang tiada lagi.

Sekian.



Friday, March 8, 2013

Sahabat

Asssalammualaikum..


Kau sahabat,
Mengapa kau pentingkan diri?
kenapa kau perlu terasa atas perbuatan kau?

Pernahkah kau fikir kau telah melupakan aku sedemikian rupa.
Kau biarkan aku keseorangan, terumbang-ambing, terkial-kial.
Kau abaikan aku sebagai sahabat kau.

Adakah itu dikatakan nilai persahabatan?

Kau cari aku bila perlu
Kau cari aku bila rindu

Cakap kau je betul, cakap aku salah.
Nak ikut telujuk kau saja.

Aku saja kena jaga perasaan kau.
Aku saja yang sering dituding jari.
Aku saja dipersalahkan.

Persahabatan ini sia-sia saja kita jalinkan selama ini.
Maaf aku kasar bahasa. 
Pernah kau endahkan aku?
Pernahkah kau fikir apa aku rasa?

Sekian.


Malas

Assalammualaikum.


Malas itu sikap manusia macam aku.

Kadang-kadang malas itu mudah menghantui diri.

Malas itu sikap syaitoonn. *orang cakap .

Aku rasa aku malas bila tengok kawan depan tidur.

Sedangkan aku menghadap laptop.

Kerja nak buat terus rasa nak cancelkan buat.

baru buka document, taip sikit dah menguap.

Apa ini orang, malas gila.

Macam mana nak berjaya kalau asyik tangguh kerja?

Kalau dah malas, otak pun malas nak fikir.

Astafirulllah al azim, hebat kuasa malas aku tu.

Menaip sambil menguap memang best.

Jom cari makanan dalam locker !!



p/s : kalau ada nescafe dah lama aku minum. -_-


Friday, March 1, 2013

Demam kuat makan.

Assalammualaikum.

Pagi tadi aku dah pergi klinik.

Dapat doktor Myammar. *perghh aku lemah betul.

Bukan apa, doktor tu macam lembut je bila bercakap.

Doktor tanya sakit apa? Aku jawab.

Dia tanya nak MC tak? Aku jawab 'tak perlu'.

Sebab hari Jumaat aku takde kelas langsung.

Tapi doktor tetap tulis MC untuk aku.

Hati aku berbisik doktor ni tak faham bahasa agaknya.

Biarlah.


Hari ni juga aku rasa tak dapat rasa nikmat makan.

Deria rasa aku tak berfungsi akibat selsema.

Tapi hari ni aku makan macam-macam. 

Petang- Nasi ayam

Malam- Maggi kari

Banyakkan? 

Aku pun pelik kenapa nafsu makan aku kuat sangat.

Well, aku kalau nak makan something aku akan penuhi permintaan aku.

Kalau aku mengidam pun, aku rasa nak makan..aku beli.

Kadang-kadang aku rasa macam risau pula, aku makan banyak dalam satu hari.

*Jangan jadi macam aku ye.