Friday, August 31, 2012

Perempuan


Okay,during this raya (tetiba nak speking)..ahhh cakap Melayu la senang ! Hahaha. Raya ni aku rasa macam berat aku bertambah. Sebab aku makan memang tak jaga. Sebab makan kat rumah free. Aku bebas nak makan apa-apa. Yeahhh! Kalau kat Pahang nak makan sedap aku kena beli dengan harga yang mahal. Huh!

Dan aku rasa baju aku yang dulu,aku tak boleh fit dah. Hahaha. Betapa besarnya aku kan?? Yeee,ramai sedara mara yang perasan dan bercakap. Maklum ler,masa aku slim dulu tak nak pula dia tegur. Biasalah tu manusia la katakan. Aku mengakui bahawa aku dulu sebelum aku balik Pahang,aku nekad nak kurus but bila dah duduk rumah busy ambil lesen kereta aku lupa segalanya.

Sedih bukan? Aku jeles bila tengok orang kurus tapi aku tak. Sedih weii !! Bila tengok kawan aku yg dulunya dia lagi besar dari aku,sekarang terbalik pula. Sekiranya Allah nak anugerahkan aku bentuk fizikal macam ni. Aku redha dan bersyukur. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Tuesday, August 14, 2012

11 Ogos 2012

Pada 11 Ogos yang lalu,genap aku 19tahun. Well,birthday aku tak sambut pun sebab aku dah dewasakan cuma aku request kek kat abah. Hewhew. Dapat pula tu. Alhamdulillah. Sebab bila aku kat Pahang,aku akan rasa macam nak mengidam makan macam-macam. So bila dah ada kat sini dua bulan lebih,aku minta makan macam-macam. Nafsu betul !

Tahun ni raya aku dapat dua pasang baju kurung. Warna biru dan merah. Sedihnya baju aku tu bukan aku pilih sendiri. Orang lain yang pilihkan. Aku terpaksa terima walaupun hati tak rela. Hmm..cerita pasal birthday aku. Pada malam tu,aku tak jangka pun ramai yang akan wish. Maklum lah,aku dah lost contact dengan girlfriend and boyfriendd. Tetiba malam tu mesej masuk. Oh yee !! Tak sangka kawan aku ingat kat aku. How sweet??

Aku rasa bersyukur sebab ada juga kawan-kawan ingat kat aku. Terima kasih Ya Allah. :') Kadang-kadang kita rasa diri kita seperti tak berguna pada diri orang lain,tapi sebenarnya kita akan berguna pada mereka pada waktu susah kelak. Dan masa birthday aku, ada orang bagi kuih raya. Buatan beliau sendiri. Hehehe! Aku tak minta tapi beliau bagi khas untuk aku. Okaylah tuh! Tak perlu nak lebih cerita pula.

Btw,aku akan balik Pahang bulan 9 nanti. Rasa sekejap je kan? Yup,memang sekejap je. Aku tak rasa macam dua bulan cuti derr !! Esok hopefully dapat keluar dengan girlfriend aku. Well,dia agak busy. Tapi aku pun akan busy so kami terpaksa keluar esok sebab lusa aku dah tak boleh keluar. Hoyeaahh !!

p/s : semoga Allah memberkati hidup hambamu ini.

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan

Macam tak percaya je dah 2 minggu berpuasa. Rasa macam okaylah puasa kali ni,tak teruk macam tahun lepas. Aku kena mengecat pintu rumah. Pheww !! Tahun ni macam ada khabar angin tapi tak jadi kot. Huh,selamat. Rabu lepas aku dah selamat lulus JPJ kereta. Seronoknya beban pergi ulang alik ke tempat memandu tu bukan main jauh. Aku bawa motor memanglah terasa jauh.


Seriusly,aku rasa macam putus asa. Aku gagal JPJ yg first tu. Rasa sedih pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dugaan Allah bagi. Bila kali kedua aku datang untuk test JPJ,aku rasa macam teruknya aku kena ulangkan? Orang lain sekali je. Tapi aku pendamkan perasaan aku tu. Mungkin Allah nak bagi aku ujian sedemikian. Aku terima.


Bulan puasa ni,kucing aku dah mati 3ekor. Ujian Allah bagi,terima je. Tapi semalam diganti dengan 3ekor anak kucing baru lahir dalam seminggu ni. Mak dia dah mati. Kesian kan? kecik-kecik dah jadi anak yatim. Kenalah aku jaga. Takpe,sementara aku masih ada kat rumah ni. Bulan 9,aku dah nak balik. Heee..sem 3 akan datang,azam baru MIRA !