Sunday, October 26, 2014

New life started.

Last updated, July 2014? Fuhhh...lamanya aku tak menulis.

Alhamdulillah. Pendekkan cerita, sekarang aku dah sambung ijazah. Alhamdulillah juga ,aku dah graduate Diploma. Terima kasih ya Allah berikan aku umur yang panjang dan rezeki. Semuanya berlaku dengan pantas sebabnya aku sendiri tak tahu nak cerita macam mana.


Ini pun terdetik nak buka blog sebab boring sangat. Buku ada depan mata, tengok tulisan Mandarin aku rasa naik juling je. Yee,minggu ni ada Kuiz 2. Aku ambil Bahasa Mandarin untuk subjek Bahasa Asing. Alhamdulillah seronok belajar bahasa Mandarin ni. 


Bila dah start life degree ni,macam-macam berubah. Maklumlah aku sambung ijazah kat Johor. Tak sambung kt Pahang pun sebab takde rezeki. Bila di negeri baru dan tempat baru ni,memang susah sikit nak cari kawan baru. Makan masa sikit. Tapi takpe,dah sebulan lebih...kawan semua okay je. 



Last but not least, let's the picture speak. 




p/s: okay kena study Mandarin pula. 

Friday, July 4, 2014

Semangat di bulan Ramadhan.

Assalammualaikum..

Lately aku rasa macam rajin nak masak. Selalunya aku suka Google resepi dulu. Bosan makan lauk yang lebih kurang sama je. So kita try resepi lain. Hoho. Selalunya bila pagi, mesti tanya nenek "Nek,hari ni nak masak apa?". Kalau aku tanya soalan macam tu,aku mood nak memasak ler tu.


Aku suka try masakan yang belum pernah family aku masak sendiri kt rumah. Bila sekali mencuba masak benda baru, mesti ahli keluarga lain suka. Bila aku masak rasa seronok sebab belajar berdikari dan belajar dari resepi. Aku jarang nak masak masa bukan bulan puasa. Rezeki bulan Ramadhan ,aku jadi rajin. Hehe.


Okaylah, menu hari ni juadah berbuka Mee Kungfu dan makan malam Paprik campur. So lepas ni boleh serang pasar cari sayur nak masak. Yeayy !


p/s : suri rumah sepenuh masa.



Thursday, July 3, 2014

Puasa

Assalammualaikum..

Tahun ni berpuasa di rumah tanpa ada pekerjaan atau belajar. Pendek kata,aku ni menganggur la. Kalau tahun lepas, bulan puasa aku tengah praktikal. Now,aku rileks duduk rumah. 


Bulan Mei lalu,aku baru tamat menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSST) sampai sekarang aku menganggur duduk rumah. Dah cari kerja sekitar Masjid Tanah tapi sampai sekarang belum ada rezeki lagi. Sementara aku duduk rumah, aku ada buat Popia Nestum tapi sambutan tak berapa menggalakkan sebab awal puasa. Mode : puasa on.


And well, tahun ni aku terrajin sikit. Maybe makin meningkat dewasa ni, makin rasa bertanggungjawab. Kalau dulu time balik sekolah waktu puasa, confirm tidur terus sampai lagi sejam nak berbuka. Sekarang tak, dah berubah.


So semalam aku masak Mee Kantonis. Eh aku tengok resepi juga kt google. Takde maknanya resepi hujung jari pegang senduk terus tahu nak masak apa? hahaha. Sekali waktu berbuka, semua cakap sedap. Okaylah, first time try masak licin habis. Alhamdulillah.


Bila malam magrib , aku rasa lenguh badan dan kaki. Okay penangan suri rumah begini rupanya. Baru aku faham peritnya kerja sebagai suri rumah. Takpe, lama-lama nanti biasalah diri aku. Mungkin rezeki aku tahun ni dapat meluangkan masa dengan keluarga.


p/s: boring.

Thursday, May 29, 2014

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Assalammualaikum..



Hari ni baru terdetik hati aku nak cerita pasal pengalaman menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Sebenarnya,aku tak tahu nak GSTT ini apa dulu. Masa lepas SPM pun tak didedahkan dengan benda ni. Bila dah habis praktikal diploma tak tahu nak buat apa sebab masuk ijazah intake bulan September 2014 (insyallah jika ada rezeki). 


Mohon GSTT ni. Borang GSTT kena ambil di Pejabat Daerah Pelajaran Alor Gajah. Depends pada PPD daerah negeri masing-masing. Macam aku daerah Alor Gajah,so rujuk Alor Gajah. Bawa balik borang isi apa yang patut,esoknya baru aku hantar ke PPD berserta salinan kad pengenalan dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Disebabkan aku tak konvo diploma,aku guna kelulusan aku SPM saja.


Bila settle hantar dekat kaunter PPD. Sepatutnya borang tu diserahkan Unit Persekolahan (tak silap aku) tapi aku tak tahu. Just hantar kat kaunter saja. Tapi rasanya baik serahkan kat kaunter je,sebab orang tu lagi arif tentang borang tu nak submit pada siapa.


Tunggu dua minggu lepas tu,aku dapat call dari pegawai PPD offer mengajar sekolah rendah. Tapi sebelum tu,dia tanya aku ni kelulusan SPM ke diploma? Disebabkan status aku sekarang Graduate Diploma. Cuma belum konvo.


Dia call pagi, petang tu kena ambil surat lantikan sebagai GSTT. Masa petang aku pergi dengan nenek. Nenek duduk dalam kereta,aku pergi jumpa Pegawai tu. Bila jumpa pegawai tu, dia terangkan serba sedikit tatacara jadi GSTT ni. Kemudian, bagi surat tawaran serta dokumen kena minta sekolah sign dan dikembalikan kepada PPD (ini sekolah akan serahkan balik).


Hari Isnin,aku lapor diri kat sekolah. Dan dokumen yang perlu aku dapatkan sign dan cop Pesuruhjaya Sumpah dekat Pejabat Tanah Alor Gajah. Aku settlekan dalam masa seminggu tu juga. Disebabkan aku first time kerja dengan kerajaan,aku kena buat KWSP. Mula-mula aku blur apa tu KWSP? Kena buat kat Alor Gajah juga. So dalam satu hari tu,aku minta sign & cop Pesuruhjaya Sumpah dan buat akaun KWSP.


Lepas settle semua tu,bagi kerani sekolah. Dia akan uruskan semuanya. Pada mulanya,agak leceh sikit sebab aku memang tak tahu. Nasib baik, mak dan abah bekerja sebagai guru. So mudah sikit kerja aku. Mereka lebih arif selok belok sistem sekolah.


Nak mohon GSTT ni, tak silap aku kelulusan SPM dan ke atas boleh mohon. Mengenai sekolah mana dan subjek apa kita akan dapat? PPD akan tentukan. Kita tak boleh nak memilih. Biasanya kita akan dapat sekolah dekat dengan rumah. Pasal subjek? Masa aku ditawarkan jadi GSTT nama cikgu tu mengajar Matematik. Tapi bila lapor diri kt sekolah, dapat mengajar cikgu Bahasa Inggeris.


Disebabkan cikgu Bahasa Inggeris sekolah tu dah pindah hingga sekarang tiada penganti. So aku ambil alih untuk TIGA bulan lebih macam tu. Aku pun study balik subjek Bahasa Inggeris sekolah rendah. Agak mencabarlah sebab zaman aku sekolah dengan sekarang dah lain. English aku pun dah tumpul sebab dah lama tinggalkan sekolah. Hihihi.


Aku rasa itu je kot yang aku boleh kongsikan mengenai cara nak jadi GSTT ni. Pasal pengalaman nanti aku update lain okay?





Tuesday, May 6, 2014

Two weeks more

Assalammualaikum.


Lebih kurang dua minggu je lagi aku tamat bekerja sebagai cikgu kat sekolah rendah. Bila dah lama-lama sekolah situ,macam best mengajar ni. Semua cikgu kita kenal, orang pentadbir kita ramah, makcik-makcik kantin dan semua oranglah aku peramah. Kadang-kadang peramah ni tak semestinya kena tegur selalu. Senyum pun dah kira okay.


Minggu ni minggu budak peperiksaan pertengahan tahun. Sepanjang aku jadi cikgu sementara ni, banyaklah juga pengalaman aku dapat. Contohnya, buat kertas soalan Bahasa Inggeris tahun 2. Mula-mula diberi tugasan ni,aku mcm give up tak nak buat. Tapi dengan usaha teachers yg sudi membantu aku, maka terhasilkan kertas soalan tu.


Kalau difikirkan logik,aku ni tak layak pun nak buat kertas soalan. Apalah pengalaman yg aku ada ni kan? Tapi nak buat macam mana, sekolah tu memang kekurangan guru BI. Maka aku ni dah macam guru tetap je. Hahaha.


Dan pagi tadi, pegawai PPD datang sekolah nak pantau LINUS. LINUS ni macam ujian saringan untuk murid tahun 1 dan 2 saja terdiri dari subjek Maths, BI dan BM. Aku pun terlibat sekali utk menjalankan saringan ni. Saringan ni ada dua bahagian. Pertama Saringan 1 iaitu Membaca dan kedua Saringan 2 iaitu Menulis.


Memang dugaan aku nak menguruskan ujian saringan ni sebabnya murid tahun 2 kelas aku kelas hujung iaitu kelas lemah. Mostly dorg bermasalah nak membaca. Nak pula Bahasa Inggeris lagi dorg malas nak membaca. 


*no filter sbb malas nak edit. 


Terpaksalah juga tiap kali nak mengajar,aku mempelbagaikan kaedah mengajar. Kaedah yg aku gunakan basic saja. Tak memerlukan budget mahal-mahal. Aku pun bukan bergaji besar. Mostly,aku guna barang utk menghasilkan bahan mengajar apa yg ada kt rumah. Beli buku mewarna dan macam-macam.


Masa awal-awal dulu,puas jugalah aku memikirkan idea utk tarik minat dorg belajar BI. Hmm..ternyata teaching plan buat aktiviti dalam kelas lebih memberansangkan minda dorg. Hahaha.



p/s : sambung nanti. 

Sunday, April 27, 2014

Pengalaman yang mengajar aku erti kesabaran.

Assalammualaikum.

Malam ni terdetik kat hati nak update. Padahal selalu je nak update tapi busy dengan kerja. So far, dah berapa lama eh jadi cikgu (GSTT) nak dekat tiga bulan lebih macam tu kot? Sekarang tinggal sebulan je lagi. Yeay!


Tapi nanti mesti aku rindu kat budak-budak yang aku mengajar. Aku ajar subjek Bahasa Inggeris. Masa mula-mula mohon nak jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ,aku cakap dalam hati "tak nak ajar BI, Grammar aku entah ke mana ni kan Speaking? Mak eih tidakk !".


Last-last sampai sekarang BI tu melekat kat aku. Sebab guru tetap BI sekolah tu dah pindah,sampai sekarang tiada pengganti. Aku terpaksa ambil sebab subjek tu je yg kosong. 


Kelas pertama aku masuk darjah 4 Amanah. Masa tu aku relief je. Aku bagi dorang kerja dan buat kerja sendiri lepas tu. Macam bosan gila hari pertama aku macam orang takde arah nak tuju. Serius memang aku bosan,duduk kat meja buat kerja sendiri. Masa tu aku tak diberikan buku ringkasan guru lama. Sebab aku tak dapat jadual apa-apa pun cuma relief kelas.


Masa awal-awal aku masuk sekolah tu,busy gila dengan aktiviti dan program. Aku rasa macam give up pun ada sebab menyesal mohon GSTT. Hahaha. Selang sebulan, gaji pun tak masuk-masuk mengajar dengan penuh ke-stressan. 


Hmm..banyak-banyak kelas aku mengajar paling stress darjah 2 Fatanah. aku panggil kelas ni kelas Jin Tanah. Semua budak-budak dia degil,nakal & mengade. Bila dah lama-lama aku masak dengan perangai sekor-sekor. Asal aku masuk je,confirm aku lemah dan macam malas nak mengajar. 


Kadang-kadang buntu woo nak ajar apa? Terpaksa aku bersengkang mata malam-malam menyiapkan bahan nak mengajar esok. Terpaksalah korbankan kertas A4 dan dakwat printer demi memuaskan hati murid-murid tak nak kasi bosan.


Bukan senang nak ajar budak yg lemah membaca ni. Dulu zaman sekolah,aku selalu pandang serong kat kelas hujung. bila sekarang kena ajar kelas hujung, baru aku sedar bagaimana peritnya pengorbanan seorang cikgu tu. 




Malas nak cerita panjang, dah macam tulis karangan SPM. Gambar diatas menunjukkan salah satu aktiviti yg aku buat utk kelas 2 Fatanah.



p/s:  mengantuk pula. esok sekolah. Allahumma yassir wa laa tu' assir.

Friday, April 4, 2014

Siapalah kita?

Assalammualaikum wbt.


Agak tidak selesa dengan keadaan leher aku tetiba merajuk sakit pagi tadi. Memberi kesabaran yang tinggi kt aku nak bersabar dengan murid-murid. Hmm.


Hari ni rutin harian aku sebagai Guru (Guru Sandaran Tidak Terlatih) sahaja okay? Pergi buat kerja masing-masing seperti masuk kelas mengajar students, tulis buku ringkasan, selesai tugasan sebagai guru bertugas dan sebagainya. 


Aku teringat esok ada program sekolah. Dan aku tak dapat nak join sebab ada wedding cousin. Aku lebih utamakan family business rather than my job. Bukan apa, program tu untuk guru yang layak dan patut menyertai. Aku ni hanyalah guru sementara. Bagi aku,kalau aku tak datang program tu dan program tu tak boleh jalankan ke apa?


Lagipun, aku fikir juga dalam keadaan aku gaji lambat dapat. Nak menyertai program luar kawasan sekolah,mendatangkan masalah pada aku. Hmm. Nak harapkan duit parents hmm susah pula. Adik-beradik lain lebih memerlukan.


Bila aku tanya orang pentadbir mengenai program esok aku tak dapat hadir, dia memberi respons yg kurang memuaskan hati aku. Agak sedihlah juga. Seolah-olah aku ni macam kuli orang kena ikut je 100% cakap ketua. Sedangkan aku lagi sebulan je kt sekolah tu. Adakah dengan kehadiran aku ni,membantu mengunggulkan stail atau keprofessionalan aku mengajar?


Malah ada cikgu tetap, buat hal sendiri tidak menghadirkan diri dalam satu program penting tanpa memaklumkan pihak sekolah. Mengikut pengetahuan aku mengenai program esok, lebih kepada program yg dianjurkan oleh salah satu badan politik Malaysia. Mungkin input yg bakal disampaikan lebih kepada ceramah umum. Pendek kata, ceramah ilmu jela.


Makin lama, aku rasa sedih dengan sistem sekolah. Mewajibkan segala aktiviti kepada guru tidak kira guru sementara atau lain-lain. Pernah ke terdetik di benak fikiran derang masalah yg aku hadapi? Gaji lambat masuk terutamanya. Masalah lain yg aku hadapi,layanan derang. Hmm...Allah swt yg tahu bagaimana aku rasa. 


Aku sedar,aku ni bukanlah siapa-siapa. Jika tidak kerana aku bekas anak murid sekolah tu, mungkin derang pandang aku sebelah mata je. Hmm.



p/s: Ya Allah kau berilah aku kekuatan. 

Monday, March 31, 2014

Rancang untuk masa depan.

Assalammualaikum wbt.

Malam ni takde mood nak buat kerja sekolah. Semenjak jadi cikgu, macam-macam idea kena fikir demi anak murid. Tapi tak semuanya berhasil. Aku masih belajar perlahan-lahan.



Tetiba waktu macam ni terdetik pasal kejayaan. Semua orang ada impian masing-masing. Bila dapat peluang sambung belajar di menara gading, mesti semua orang terbayang hari konvo atau hari Jubah. Mesti semua orang pasang niat,nak belajar sungguh-sungguh.



Masa waktu aku, aku tak terlintas pun nak dapat Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebab masa isi UPU aku main bedal pilih 8 or 9 universiti (random choose). Aim nak UiTM,tapi takde rezeki. 



Bila aku dipilih menjadi mahasiswa UMP,aku terfikir betul ke aku ni sambung belajar? Macam tak percaya. Rezeki dari Allah swt,aku berjaya lalui dua tahun di bumi Pahang. Setengah tahun tu,aku praktikal.



Tapi dua tahun tu macam sekejap je bila dah habis,masa tengah Final Year Project sakit kepala menunggu detik habis segalanya + final exam masa tu. Alhamdulillah,banyak kenangan pahit manis aku lalui. Terima kasih Allah swt berikan aku peluang sambung belajar.



Aku ambil kos Diploma Sains Komputer dimana kos ni orang pandang sebelah mata aje. Yela,orang pun tak faham sebab kos ni umum sangat. Aku tak pernah fikir,ambil kos ni nak jadi Supercomputer or Steve Jobs. Cuma aku tahu belajar kos ni,memupuk minat aku terhadap komputer dan benda berkaitan dengannya.



Bila dah habis diploma status "bergraduat". Orang tak cakap aku ni bakal apa? Yela,lain la aku ambil kos medic ke or engineering? Mesti orang akan mention aku ni bakal doctor or engineer? 



Orang lebih ingat apa yg bakal kita jadi nanti ,bukannya kos kita. Orang tak faham tentang kos kita. Kadang-kadang terasa la juga. Macam tak laku pula kos aku ni. Tapi takpe,it's okay. Kalau aku jadi macam Steve Jobs, baru orang kenal kot. Hahaha.



Ada sebab mengapa Steve Jobs berhenti belajar dan hanya ambil kelas tertentu saja untuk mendalami ilmu komputer. Bermulanya ciptaan komputer berskrin hitam putih dan hinggalah sekarang jenama Apple diserata dunia. Dia ada cara dia tersendiri untuk bina masa depan dia. Meskipun,aku takde gadgets jenama Apple tapi cukuplah aku kagumi kejayaan dia. 




Apa kos kita, siapa kita tak penting. Yang paling penting, macam mana kita nak rancang masa depan kita. Masa depan yg bakal menentukan kita siapa, apa pekerjaan kita dan sebagainya. Mungkin kita tak sebijak macam orang lain, siapa tahu rezeki kita boleh jadi orang hebat suatu hari nanti?



Semuanya ada ditangan kita. Kita yakin bahawa Allah swt akan bantu kita utk merancang masa depan. Berusahalah selagi mampu. Mungkin usaha kita nanti,akan terbalas dengan rezeki yang melimpah ruah. Insyaallah.



p/s: datanglah wahai mood tulis ringkasan. hmm -_-



Thursday, March 27, 2014

Rezeki

Assalammualaikum wbt.

Semalam aku dah selesaikan permohonan UPU dan pengeposan dokumen ke IPTA yg aku pilih. Mengambil masa yg agak berminggu aku asyik delay nk pos sebab tak complete semua dokumen ada cop pengesahan. Alhamdulillah,semalam semua settle.


Tadi aku buka Facebook tengok 'Newsfeed' salah seorang kawan Facebook aku bercakap pasal sambung degree. Hmm..status yg dia tulis lebih kurang kalau dia sambung degree,hutang banyak. Buat masa skrg dia nak belajar mcm mana nak bayar hutang RMxx,k.


Pada pendapat aku,tak salah kalau tak nak sambung belajar sekarang. Nanti bila duit dah cukup nak buat degree,sambunglah kan? Masa aku buat diploma,ada sorg kawan aku ni dia anak tunggal. So dia ckp parents dia tak bagi ambil pinjaman kerana mampu tanggung dia. Bertuahnya kalau aku jadi mcm dia juga. 


Tapi aku tengok dia belanja berjimat sebab kos perbelanjaan kt U memang tinggi. Buku kos aku sebuah je nak dekat RM100. Bersyukur aku dua kali dpt baucer buku,so guna baucer je kalau nak beli buku rujukan. Sedangkan aku dpt pinjaman,lepas utk sebulan dua je duit belanja. Lepas tu,duit parents.


Rezeki ada dimana-mana. Ada orang rezeki dia,parents mampu sponsor dia belajar. Ada orang rezeki dia, half daripada belajar parents mampu sponsor. Pemikiran masing-masing.


Lagipun masa depan kita,kita yg mencorakkannya bukan orang lain. Bagi aku,belajar selagi parents kita mampu support kita. Semua parents nak lihat anak-anak dia berjaya. Anda mampu mengubahnya. Pilihan ditangan anda bukan ditangan orang lain.


Jangan fikir apa orang nak cakap kalau tak sambung belajar dari sekarang. Kalau niat kita nak selesai sesuatu perkara,cukuplah Allah swt yg mengetahui. Pedulikan mulut orang. Allah swt sentiasa berada disisi kita. 


P/s: lenguhnya update guna tab ni. Lappy pula ada orang pinjam. Alahai.

Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah new life

Assalammualaikum wbt.

*Bila dah start menaip rasa malas pula nak update. Lulz mira !
So pendek kata,aku dah lama tak update agak sebulan lebih tak update sebab kebusy-an melanda sejak aku jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Start bulan Feb, dalam 3minggu je dpt berkhidmat. Then, bulan Mac dapat sambung 3bulan. Alhamdulillah rezeki.



Kalau nak cerita panjang perjalanan ceritanya. Aku dapat mengajar subjek Bahasa Inggeris. Mula-mula aku nervous nak ajar sebab , seriusly English aku memang tahap koma dah lama tak speaking apa semua. Grammar & Vocub entah ke mana? Memang takut dan risau,aku tak layak mengajar.


Tapi lepas dua minggu rasanya,aku dah boleh ikut rentak jadi cikgu. Aku dapat kelas darjah 2 Fatanah, 3 Amanah & 4 Amanah. Kelas darjah 2F,aku bermasalah sebab kelas ni kelas hujung. Dalam kelas tu,ada sorg hero malaya. Dimana maksudnya, degil & nakal gila. 


So far,kelas aku ajar masih terkawal. Senang dan ringan kerja aku. Nasib tiga kelas aku ajar dan satu subjek. Kalau tak,pengsan! 


Kadang-kadang bila kita berada di alam pekerjaan ni,macam-macam orang kita akan kenal dan jumpa. Start praktikal dulu,aku memang dah biasakan terima orang contoh macam bos atau orang atasan. Yela,kita ni pekerja bawahan je.

So bila jadi cikgu ni, aku masih mentah sebab aku paling muda kt sekolah tu. Bukanlah nak bangga. Tapi terkilan sikit, mentaliti orang zaman sekarang.

Contoh ayat: Bila kau ada ijazah,kau rasa kau paling bagus apa semua. Budak tu,hanya SPM je. Apalah sangatkan? 



Pernahlah aku terkilan dengan sikap manusia macam tu, tapi tidak mengapa. Aku anggap itu pengalaman. Mungkin lepas ni rezeki aku sambung ijazah dan seterusnya master. Insyaallah.


Bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Kita sebagai manusia,kena belajar menerima dan memberi. Bila kita tolong orang, Allah swt akan membalasnya. Takpe,kalau orang tak hargai kita, kita masih ada Allah swt. 


Kalau aku rasa down or sentap kt sekolah, aku pergi tandas aku tenung cermin cakap kat diri aku "Cabar diri kau mira telan pahit ni". So far,masa aku dalam tandas,takde sape masuk dan tak kantoi la aku cakap sorang-sorang depan cermin. Hahaha.


Dan rutin harian aku berubah, tiap kali habis sekolah aku rasa lega kepala otak aku. Selesai tugas dan amanah utk hari ni demi anak didik aku. Malam pula, aktiviti menanda buku murid, search bahan mengajar utk hari seterusnya dan tulis ringkasan mengajar. Aku bersyukur sebab dilahirkan sebagai anak cikgu. Aku boleh bawa tugas sebagai cikgu,takde nak rasa bebannya jadi cikgu ni? Tidak okay? So far,alhamdulillah. Sokongan mak dan abah banyak membantu.


p/s: gambar dengan kak zah aka mak ada anak sorang. Hahaha.



Saturday, February 1, 2014

First experience

Assalammualaikum wbt.


Hari ni kali pertamanya aku menghadiri majlis perkahwinan sahabat sejak sekolah menengah. Alhamdulillah tercapai juga niat aku nak pergi majlis kawan. Kali pertamanya sahabatku, Fatin Farhana bte Ahmad dah menamatkan zaman bujangnya dengan suaminya yg dulu dia kenal sejak sekolah menengah.


Sebab apa aku tulis TITLE "First experience"? Sebab ada al kisah terjadi masa wedding tu. Nasib malang sungguh den. Haiz!


---------------------------------------------------------------------------

Part 1:
Masa sampai je majlis tu, aku jalan sama dengan kawan aku nama Nisa. Jalan macam biasa.. Tetiba..... Aku rasa macam tak sedap nak jalan kat kaki ni. Pelik apehal pulakan? Sekali cek, kasut wedges aku pakai tu nak TERCABUT tapaknya. Kasut tu serius aku jarang pakai sebabnya tinggi. Aku kurang aktifkan pakai kasut tinggi.


Lepas dah tahu kasut aku camgitu, terus hilang mood aku. Aku jalan slow gila macam siput babi. Suruh Nisa jalan slow juga,sebab tak nak malu. HAHAHA. Aku rasa menyesal gila tak pakai sandal biasa je waktu tu. Masa tu aku pakai jubah labuh,so kena pakai kasut tinggi nak kasi dia nampak just nice jubah tu.


Pernahlah nak alter jubah tu. Tapi abah cakap "tak yah nanti kau pakai kasut nampak tergantung je jubah kau". Kan betul abah cakap,pakai wedges tu nampak just nice je labuh dia. Hmmm...


Bila dah jadi kasut begitu, pergerakan aku terbatas. Orang ajak ambil gambar dengan pengantin,aku menolak sebabnya kalau aku cakap okay..nanti kena buka kasut dan takut lagi bertambah teruk kasut aku tu. Maka, duduklah tepi aje. 


-------------------------------------------------------------------

Part 2:
Masa awal-awal datang tadi, Nisa je banyak tegur orang. Aku just tunduk diam diri. tapi masa kami datang, pengantin tengah berarak. Kami duduk luar dulu. Tetiba ada sorang minah ni tegur aku. Namanya Hasnah. Sekarang dah kahwin ada anak sorang. Alangkah terkejut besarnya aku. 


Aku macam kekok nak cakap sebab aku terus jadi SPEECHLESS. Terus aku panggil Nisa. Hahahaha. Borak-borak kejap sebab dia dari Seremban tak silap aku. Aku pun segan nak cakap banyak,suami dia tengah dukung anak. Malu la sangat kau ni Mira?? Hahaha.


-------------------------------------------------------------------


Part 3: Ini kali pertama aku datang majlis orang, tak sempat nak jamah lauk dia. Sebabnya, kawan-kawan mostly GIRLS havoc ambil gambar sampaikan kena tegur kena DJ RADIO kat situ. Bayangkan dorang ambil gambar depan khemah DJ RADIO tu. Serius malu masa tu. Nasib baik aku dah berdiri tepi je. Hahaha. 


Aku ada satu je gambar dorang. 


-----------------------------------------------------------------


Part 4: Lepas tak dapat makan kat majlis tu,Nisa ajak pergi makan Nasi Ayam kat Alor Gajah. Plan kteorg lepas wedding tu nak g Melaka jalan-jalan tapi terpaksa batal sebab anak buah dia demam.


Masa tengah makan Nasi Ayam Nadia, Nisa call pakcik dia. Adei. Spoil aku kejap sebab seganlah masa tu. Aku macam kekok bila ada lelaki sorang. Tapi bila pakcik dia dah sampai, kteorg dah habis makan. Cuma pakcik dia je baru nak makan. Pakcik dia pun baik je,peramah tegur aku jemput makan. 


Lama juga kami lepak kat situ dalam sejam setengah. Habis makan dan borak, baliklah kami semua. Masa dalam kereta,aku rasa kaki aku sakit. Ni padahnya tak pakai kasut tinggi. bila sekali pakai, sakit pula. 


okay ini je satu gambar aku dengan seorang sahabat.


p/s : May Allah grant us eternity happiness. :D

Thursday, January 30, 2014

My Thursday.

Assalammualaikum.


Dah lebih seminggu lebih aku tamat praktikal. Buku report pun sudah pos ke UMP (Universiti Malaysia Pahang). Mungkin lepas CNY sampai la kot. Haha. Lega hatiku. Tenang je. Lagipun, minggu ni busy menguruskan hal aku sebelum aku terlupa. Macam-macam nak kena handlekan. Hmm.




By the way, aku rasa dah lama aku tak menulis disini. Fikiran aku selalu fikir idea bernas nak tulis kat blog, tapi hajat nak update selalu tak sampai sebab busy. Selalu idea tu hilang macam tu je. Aku pun macam malas nak online selalu sebab tolong nenek kat rumah membataskan diri aku utk online. Kalau ada masa, aku curi-curi sikit online kejap.


So sekarang aku dah officially habis DIPLOMA cumanya aku belum graduate lagi yer. Bulan 10 nanti baru grad. So rancangan aku lepas ni, insyaallah nak sambung ijazah. Ada kawan-kawan aku dapat tawaran sambung kat UMP, tapi syggnya aku tak dapat peluang tu. Mungkin mulut ni masin sangat cakap TAK NAK UMP dah. Hahaha. 


Tapi takpe, aku akan apply UPU nanti. Dah usha dari dulu nak universiti mana dan mana yg sesuai dengan kos aku. Semoga Allah swt permudahkan. Buat masa sekarang,aku duduk rumah je. Tengah mencari kerja kosong. Nak pula aku ni takde kelulusan Diploma yg sah, so susah pula nak cari kerja. Isk isk isk.


p/s : terima kasih Allah swt panjangkan umur hamba.


Thursday, January 9, 2014

Thursday

Assalammualaikum..

Rasanya dah lama gila aku tak update. Sebelum ni ada nak update,tp aku simpan dalam Draft dulu sebab takde idea dah. Kadang-kadang takut penulisan aku makin bosan,orang tak nak baca. Ehh, aku ada blog ni ibarat mcm diari aku juga. Tak semestinya nak traffic tinggi je. 

Semalam merupakan hari paling rileks aku sebabnya bos aku takde,dia outstation. So dapatlah balik awal sikit. Sampai rumah, adik aku ajak g Pasar Tani. Aku macam malas sebabnya dah siap mandi ingat nak baring kejap. Tapi terpaksa pergi beli sayur sikit & Yong Tau Fu yg sedap kat pasar tani situ.

Sampai je pasar tani,singgah gerai sayur. Sayur kat situ tak berapa cantik sebabnya entahlah. Aku beli 1-2 jenis sayur je. So harganya hanya RM3.50. Aku bayar pakai RM50. Abg tu pulangkan baki RM47.50. Adik aku kira-kira dan cakap kt aku sepatutnya RM46.50. So kena pulangkan seringgit.

Aku macam blur sikit masa tu sebabnya bab congak-congak aku mmg FAIL sikit. HAHAHA. Bila aku panggil abg tu nak pulangkan,dia jawab "oh ye ke dikk?? * sambil ambil duit aku pulangkan." Cara dia macam saja nak test aku.

Dan adik aku cakaplah, dia nak uji kau je tu. Aku pelik macam mana adik aku tahu. Pastu, adik aku cakap "aku tahu la tengok air muka org boleh tahu nak uji kita ke apa?". Aku tak tahu la mana adik aku dpt instinct macam tu. Tapi rasanya macam betul je.

Tanpa kita sangka, dalam diam peniaga macam tu nak uji kita. Tapi kebiasaannya, orang akan kira duit peniaga pulang...kalau tak cukup minta baki sepatutnya. Tapi adakalanya, orang dapat duit baki terus blah balik. Tanpa sedari duit tu kurang rupanya. Nak patah balik g kedai,confirm malas. Itu ciri-ciri macam aku. Hahaha.

Well sebagai rakyat Malaysia kenalah prihatin bab-bab duit baki selepas membeli belah. Sekarang, orang biasa tersalah anggap duit RM20 sekeping tu macam RM10. Tapi nenek aku, duit sekeping RM10...dia cakap RM20. Hahaha.


p/s: bos dah mai dah. sampai sini jela aku update.