Tuesday, November 27, 2012

Nafsu malas menguasai diri.


Assalammualaikum hamba Allah..

Okay aku lagi 3minggu or 4 minggu nak final. Tapi aku wat lek wat cool je ni. Dalam hati tengah risau. Hahaha. Tapi aku ni bila aku free, aku tak tahu nak buat apa? Kalau aku study, buka buku 15minit AUTOMATIK mengantuk !!

Aku pun ambil langkah ke arah membuang masa dengan melayan movie. Aku tengok movie bila bosan. Kalau time tengah makan sorang-sorang kat bilik,nak layan feeling? roommates semua takde,so layanlah movie sepanjang aku makan. Haha. Dah habis makan pun aku still tengok movie. Apa ni? poyo je Mira.

Bila aku tengah busy dengan assignment, aku rasa nak study subjek tu subjek ni. Tapi kenapa masa aku free , aku tak terfikir semua tu?? Betapa kuatnya nafsu malas aku menguasai diri aku ni. 

Ya Allah, aku tahu masa makin suntuk. Tapi mengapa kau uji aku dengan sifat malas waktu-waktu macam ni? Ya Allah andainya kau sedang menguji aku,aku terima dengan penuh kesabaran. Kau kuatkan hatiku ni ya Allah,aku ingin mencapai cita-cita dengan graduate kelas pertama. Aku mahu banggakan mak,abah dan nenek.

p/s : rindu nenek. :')

Thursday, November 22, 2012

Lemah bukan aku tewas.


Assalammualaikum people.

Aku punya masa sebulan lagi sebelum nak final exam. Macam tak percaya je kot? Macam cepat sangat masa berlalu. Aku tak ready wehh. Serius ! Ya Allah.. But alhamdulillah sem ni aku balik cuti abah boleh datang ambil. Sangat best ! Sebab tak perlu aku nak naik bas. Hoho.

Sem ni aku rasa macam banyak sangat dugaan. Tapi bila aku kenangkan usaha family aku hantar aku ke sini,aku rasa sebak. Takkan aku nak sia-siakan usaha mak & abah. Nenek orang paling excited kemaskan barang aku setiap kali aku balik cuti. Aku macam takde feeling nak kemas. Dia kemas part makanan yang dia bekalkan. Kadang-kadang baju yang aku nak bawa,malas nak lipat aku bagi kat nenek. Hahaha. Betapa pemalasnya aku kan??

Untung ada nenek yang pandai masak,ambil berat,penyayang kat cucu dia. Aku tahu nenek jenis pendam apa dia rasa. Aku rasa tak sabar nak cuti sebulan nak spent masa dengan dia kat rumah. Hehe. Aku suka sakat dia,dan dia akan marah kat aku sakat dia. 

Bestnya pengalaman belajar aku,keluarga paling banyak bantu bagi semangat. Alhamdulillah nenek masih sihat hingga sekarang. Dulu aku pernah terfikir kalau orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Allah panjangkan umur nenek lagi. Terima kasih Allah.

p/s : kuatkan semangat kau Mira. 

Sunday, November 18, 2012

Tatkala hati ini berbicara


Assalammualaikum peeps.

Kalau dulu aku tulis dalam diary sekarang zaman dah serba canggih,hanya menggunakan hujung jari pun boleh. Haha. Gunalah blog blog blog. *okay spoil mood kejap.
Act,aku tetiba terfikir pasal somebody. Aku tak tahu mengapa aku fikir pasal dia? Adakah Allah nak uji aku?

Setelah sekian lama aku menghilangkan diri untuk terus menghubungi dia. Sebab aku rasa macam aku ni terhengih-hengih kat dia. Aku je text dia call dia bagai akhirnya dia hilang dalam hidup aku. 

Now,aku hanya perhatikan dia dari alam maya je. Aku dah malas nak contact dia. Aku dah give up. Bagilah peluang kat perempuan lain tackle dia pula kan?? Haha. Kisah lak aku dengan kau? Grrr,seriusly aku pernah lah mengalami simptom-simptom yang tak patut aku alami. Aku cuba lupakan. 

Alhamdulillah..disebabkan aku dah sibukkan diri dengan belajar,aku berjaya lupakan dia sikit demi sikit. Mungkin itu cara terbaik untuk aku lupakan cinta tepuk sebelah tangan ni. Aku tahu Allah nak uji aku, Allah je yang tahu isi hati aku. Tapi apakan daya,aku hanya hamba biasa. Aku harus lupakan sejarah silam demi masa depan. Maybe untuk orang baru?


p/s : kenapa aku jiwang tetiba?

Friday, November 16, 2012

Sahabat

Assalammualaikum peeps.

Aku rasa dah banyak draft tergendala aku biarkan save je. Aku rasa takde mood nak update dah. Feeling gua dah lari-lari. Haha.

Well,cuti aku berbaki lebih kurang sehari je. Lusa iaitu Ahad aku dah balik Pahang. Sangat tak best !. Aku rasa macam malas gila nak pack beg nak balik. Hmm. 

Act,bukan ni aku nak ceritakan. Hati ini terdetik nak cerita pasal kawan. Ye,kawan ada sekeliling kita tapi sejauh manakah dia ingat kita? Sejauh manakah dia menghargai kita? Adakah dia ingat kita sentiasa? Adakah kita ini sekadar kawan masa susah?

Sepanjang 19 tahun aku menghembuskan nafas dimuka bumi ini, aku dah perhatikan pelbagai ragam manusia. Macam-macam helah,perangai buruk,perangai bingai dan macam-macam. Ye,tak semua orang sempurnakan? Kadang-kadang kita boleh ubah kita tak sempurna tu jadi sempurna balik. Kita belajar segala kekurangan kita tu,jadi perfecto !!

Kadang-kadang tanpa kita sedari kawan baik kita sanggup pentingkan diri dia kerana sifat tamak dia. Kerana apa? Kerana mengejar harta? Mengejar kejayaan? Bangga bila org puji? Manusia itu manusia ,tak pernah bersyukur dengan apa dia ada. 

Kalau dia tu kawan baik kita. Dia takkan cakap benda buruk pasal kita kat depan orang,hebahkan dalam Facebook,twitter dll. Kalau dia sayangkan kita,dia pasti tegur kita baik-baik. Tak perlu nak sebarkan dalam internet. Come on la,dah besar masing-masing dah matang. Boleh fikir mana baik mana buruk? 

Tak sedih ke tengok kawan kita terasa atas perbuatan kita. Setelah sekian lama terbina ukhwaah sebagai sahabat baik akhirnya kau hina dia dengan kata-kata penuh berbisa. Apalah silap seorang sahabat sehinggakan kau sanggup melukakan hati dia? Adakah kau rasa perbuatan kau betul? Fikirkanlah mana silapnya,jangan mudah untuk menuduh.


p/s : Ya Allah kau permudahkan dugaan hidupku.

Friday, November 9, 2012

Finally........


Assalammualaikum peeps..

Finally aku dapat nafas legaaa sebab segala interrupt aku dua minggu berturut-turut selesai. Mission accomplished !! Yeahh !!. Maklum la nak cuti mid sem ni,macam-macam test,kuiz,HOT bertubi-tubi datang. Hanya Allah je tahu betapa kuatnya hati aku tahan ni semua. Allah yang beri aku kekuatan untuk tabah teruskan perjuangan.

Yeess,Sir aku cakap "biasalah student life" macam inilah. Tapi seriusly,sem kali ni aku rasa tough sangat berbanding sem lepas. Sem ni paling mencabar, sem ni membuat aku geram, frust tension and macam-macam la. Semuanya Allah yang tentukan. Allah uji aku supaya jadi kuat. Alhamdulillah.

Nak katakan aku nak naik muak baca nota je semata-mata midterm test. Aku sanggup tahan mata tak tidur,aku sanggup extend masa siapkan kerja study. Ya Allah betapa nikmatnya hidup sebagai student ni. Aku tahu bahawa bila aku sudah tinggalkan kehidupan ini,aku akan merindui segala-galanya. 

Aku rasa tiada apa yang lebih berharga dari meluangkan masa bersama nota tersayang. Habis sem nanti,aku dah campak nota tu ke tepikan? Hahaha. So baik aku hargai nota itu sekarang. Every single words is very important babeh !!. Btw, so far masa jawab test hari tu, hmm susah lah juga. Tak sangka soalan dia susah? Takkan lecture nak bagi soalan senangkan? Haha. Ingat nak markah free je eh?!

Sepanjang minggu busy, aku ditambah busykan dengan proposal kena submit hujung minggu. Aku macam "errrr?!!!". Sakit hati pun ada kadang-kadang tapi apakan daya? Aku mampu senyum menerima tugasan tu. Proposal untuk project Database, System Analysis & design, Introduction to Multimedia & banyak lagi. Pesyhhhh !!

Aku akan balik Melaka pada hari Sabtu nanti,itu pun lepas aku habis MUET. Huh! Penatnya, beginilah nasib aku jadi student second year. Belum degree ni? Wuwuuwww! 



*muka excited. err??maybe?


p/s : Ya Allah tolonglah jauhi aku perasaan itu. -_-