Sunday, April 27, 2014

Pengalaman yang mengajar aku erti kesabaran.

Assalammualaikum.

Malam ni terdetik kat hati nak update. Padahal selalu je nak update tapi busy dengan kerja. So far, dah berapa lama eh jadi cikgu (GSTT) nak dekat tiga bulan lebih macam tu kot? Sekarang tinggal sebulan je lagi. Yeay!


Tapi nanti mesti aku rindu kat budak-budak yang aku mengajar. Aku ajar subjek Bahasa Inggeris. Masa mula-mula mohon nak jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ,aku cakap dalam hati "tak nak ajar BI, Grammar aku entah ke mana ni kan Speaking? Mak eih tidakk !".


Last-last sampai sekarang BI tu melekat kat aku. Sebab guru tetap BI sekolah tu dah pindah,sampai sekarang tiada pengganti. Aku terpaksa ambil sebab subjek tu je yg kosong. 


Kelas pertama aku masuk darjah 4 Amanah. Masa tu aku relief je. Aku bagi dorang kerja dan buat kerja sendiri lepas tu. Macam bosan gila hari pertama aku macam orang takde arah nak tuju. Serius memang aku bosan,duduk kat meja buat kerja sendiri. Masa tu aku tak diberikan buku ringkasan guru lama. Sebab aku tak dapat jadual apa-apa pun cuma relief kelas.


Masa awal-awal aku masuk sekolah tu,busy gila dengan aktiviti dan program. Aku rasa macam give up pun ada sebab menyesal mohon GSTT. Hahaha. Selang sebulan, gaji pun tak masuk-masuk mengajar dengan penuh ke-stressan. 


Hmm..banyak-banyak kelas aku mengajar paling stress darjah 2 Fatanah. aku panggil kelas ni kelas Jin Tanah. Semua budak-budak dia degil,nakal & mengade. Bila dah lama-lama aku masak dengan perangai sekor-sekor. Asal aku masuk je,confirm aku lemah dan macam malas nak mengajar. 


Kadang-kadang buntu woo nak ajar apa? Terpaksa aku bersengkang mata malam-malam menyiapkan bahan nak mengajar esok. Terpaksalah korbankan kertas A4 dan dakwat printer demi memuaskan hati murid-murid tak nak kasi bosan.


Bukan senang nak ajar budak yg lemah membaca ni. Dulu zaman sekolah,aku selalu pandang serong kat kelas hujung. bila sekarang kena ajar kelas hujung, baru aku sedar bagaimana peritnya pengorbanan seorang cikgu tu. 




Malas nak cerita panjang, dah macam tulis karangan SPM. Gambar diatas menunjukkan salah satu aktiviti yg aku buat utk kelas 2 Fatanah.



p/s:  mengantuk pula. esok sekolah. Allahumma yassir wa laa tu' assir.

Friday, April 4, 2014

Siapalah kita?

Assalammualaikum wbt.


Agak tidak selesa dengan keadaan leher aku tetiba merajuk sakit pagi tadi. Memberi kesabaran yang tinggi kt aku nak bersabar dengan murid-murid. Hmm.


Hari ni rutin harian aku sebagai Guru (Guru Sandaran Tidak Terlatih) sahaja okay? Pergi buat kerja masing-masing seperti masuk kelas mengajar students, tulis buku ringkasan, selesai tugasan sebagai guru bertugas dan sebagainya. 


Aku teringat esok ada program sekolah. Dan aku tak dapat nak join sebab ada wedding cousin. Aku lebih utamakan family business rather than my job. Bukan apa, program tu untuk guru yang layak dan patut menyertai. Aku ni hanyalah guru sementara. Bagi aku,kalau aku tak datang program tu dan program tu tak boleh jalankan ke apa?


Lagipun, aku fikir juga dalam keadaan aku gaji lambat dapat. Nak menyertai program luar kawasan sekolah,mendatangkan masalah pada aku. Hmm. Nak harapkan duit parents hmm susah pula. Adik-beradik lain lebih memerlukan.


Bila aku tanya orang pentadbir mengenai program esok aku tak dapat hadir, dia memberi respons yg kurang memuaskan hati aku. Agak sedihlah juga. Seolah-olah aku ni macam kuli orang kena ikut je 100% cakap ketua. Sedangkan aku lagi sebulan je kt sekolah tu. Adakah dengan kehadiran aku ni,membantu mengunggulkan stail atau keprofessionalan aku mengajar?


Malah ada cikgu tetap, buat hal sendiri tidak menghadirkan diri dalam satu program penting tanpa memaklumkan pihak sekolah. Mengikut pengetahuan aku mengenai program esok, lebih kepada program yg dianjurkan oleh salah satu badan politik Malaysia. Mungkin input yg bakal disampaikan lebih kepada ceramah umum. Pendek kata, ceramah ilmu jela.


Makin lama, aku rasa sedih dengan sistem sekolah. Mewajibkan segala aktiviti kepada guru tidak kira guru sementara atau lain-lain. Pernah ke terdetik di benak fikiran derang masalah yg aku hadapi? Gaji lambat masuk terutamanya. Masalah lain yg aku hadapi,layanan derang. Hmm...Allah swt yg tahu bagaimana aku rasa. 


Aku sedar,aku ni bukanlah siapa-siapa. Jika tidak kerana aku bekas anak murid sekolah tu, mungkin derang pandang aku sebelah mata je. Hmm.



p/s: Ya Allah kau berilah aku kekuatan.