Monday, December 31, 2012

Isnin terakhir dalam tahun 2012.

Assalammualaikum..

Hari ini hari pertama start paper untuk semester 3. Alhamdulillah,apa yang dirancang semua berjalan dengan lancar. Apa yang diusahakan, semuanya membuahkan hasil. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. 

Hari ini aku bangun awal, nak cari feeling pagi biasalah tu. Nak revised nota sikit sementara tunggu pukul 9am. Hati aku dup dap dup dap tak keruan sejak malam tadi. Berdebar punya pasal. Bila dah sampai pagi, aku cakap kat roommate aku "Tak sabar nak habis paper pagi ini". Tengok, sengalkan? Malam tadi berdebar..pagi tadi pula tak sabar? Padahal tak jawab lagi paper tu. 

Lepas sarapan makan roti, aku kembali duduk kat meja jepun aku baca nota. Mata aku memandang ke paparan skrin handphone Celcom. Seperti aku mengharap handphone itu akan menyala menandakan panggilan masuk atau mesej. Ye,memang aku mengharap sesuatu akan berlaku.

Dalam benak fikiran aku, terdetik nak call Abah nanti. Tapi tunggu dulu ada mesej atau panggilan masuk dari mak. Tak lama kemudian, handphone aku bergegar (vibrate) menandakan ada satu mesej. Tak lain tak bukan mesti mak. Tekaan aku tepat !

Terharu mak hantar mesej pagi-pagi walaupun dia sibuk dengan kerja. Selalunya aku call tapi kali ini aku tak nak ganggu mak. Mak hantar mesej ucapkan Semoga Berjaya dah cukup berharga. Terasa diri ini sentiasa diingati walaupun berjauhan. Rindu dekat mak. Dan aku hampir nak mengalirkan air mata baca mesej mak. Terima kasih mak doakan Mira. 

Tak lama tu aku call Abah. Abah ini payah sikit nak bercakap dengan dia. Dia lagi busy. Macam Perdana Menteri. Dengan anak sendiri pun dia cakap kejap lagi Abah call balik. Okay aku faham. Itu tandanya dia busy gila. Hahaha. Aku call, dia cakap busy tak lama nanti abah call balik. Lama juga aku tunggu, masa tengah bersiap. Abah call, suara abah macam happy semacam. Aku pelik kadang-kadang. Maybe hari ini dia bahagia. Haha. *tetiba?

Abah pesan ingat dalam dewan tu mak dengan abah ada. Aku gelak tapi dalam hati tersentuh hati yang kecil ini. Abah selalu bergurau dengan aku bila call. Abah tanya bila abah kena ambil aku? Cuti sem kali ini abah ambil. Bersyukur sangat sebab exam aku habis hari Jumaat. Alhamdulillah. Abah ini pelupa ,kita kena ingatkan selalu benda penting macam tarikh aku exam,aku balik & macam-macam. Adik-beradik aku semua dah masak sangat perangai abah. 

Terharu bila abah cakap bayangkan abah dan mak ada dalam dewan exam. Dan kata-kata ini bermain di fikiran masa aku jawab paper tadi. Aku tersenyum bila abah cakap macam tu. Bangga jadi anak abah dan mak. Walaupun berjauh dengan mereka, mereka sentiasa mendoakan kejayaan aku kat sini. Terima kasih ya Allah engkau kurniakan aku ibu bapa yang penyayang.


p/s : empat lagi paper perlu aku tempoh lepas ini. Allahuakbar..


Tuesday, December 25, 2012

Rezeki itu datang dari Allah.


Assalammualaikum ..

Rezeki itu merupakan kurniaan nikmat dari Allah swt kepada hambanya. Jika hambanya berusaha untuk mendapatkan sesuatu,pasti Allah swt bagi balasan yang setimpal dengan usaha seseorang itu. Allah itu maha adil. So bila tengah study week ni,aku rasa macam nak motivated diri sendiri. Mungkin apa yang aku akan tulis ini pernah terjadi diri aku, tapi aku mahu kongsi pada semua orang.

Hidup ini ibarat roda. Ada masa kita kat atas,ada masa kita kat bawah. Bila kita berjaya, kita mudah lupa kepada siapa kita harus ucap syukur. Kita boleh jadi takbur. Maybe? Kadang-kadang kita dah study untuk jawab kuiz esok. Bila dapat soalan kuiz, terdiam sebab apa kita baca malam tadi takde satu pun keluar. Rasa sedihkan? 

Bila orang lain dapat Dekan every sem, sedangkan kita masih terkial-kial nak dapat Dekan. Orang tu senang-senang je dapat Dekan. Kadang-kadang kita bertanya pada diri kita sendiri. "Aku ni tak cukup rajin ke study?" "Apalah nasib aku,usaha bagai nak rak tapi result macam tu aje". Macam-macam benda bermain difikiran kita.

Itu semua lumrah kehidupan sebab Allah nak uji kita sejauh mana kita sabar menghadapi dugaan. Setiap dugaan itu ada hikmah tersendiri. Allah dah tetapkan setiap hambanya pasti dapat balasan yang setimpal dengan usahanya. Kita sebagai manusia kena sabar. Allah maha penyayang. Allah sayangkan semua hambanya. 

Jangan mudah putus asa, jadikan kegagalan itu pembakar semangat kita. Bila kita nak buat sesuatu kita kena niat "Aku study ini kerana Allah". Semoga Allah memberkati segala usaha kita. 

Memang perit bila kita jatuh. Sangat sedih. Takde siapa tahu melainkan Allah swt. Allah sahaja yang memahami sejauh mana kita berusaha. Mungkin rezeki kita waktu kita kerja ke? Masa degree nanti ke? 

Percayalah bahawa setiap rezeki yang Allah bagi kat kita, dia nak uji kita nak tengok kita bersyukur ke tak? Kalau kita takbur,riak dan bangga dengan rezeki melimpah ruah masa tu, sekejap je Allah tarik nikmat kita. Oleh itu, tanamkan dalam diri bersyukur setiap rezeki Allah bagi.

Di sini aku selitkan beberapa hadis nabi yang aku amalkan :

1. Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."  

  Al-Ankabut : 2-3

2. Kenapa rasa frust?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

Al-Imran: 139


Betapa besarnya kasih sayang Allah. Setiap ayat dalam Al Quran menyampaikan maksud tersendiri. Bersyukur atas nikmat Allah seperti kita masih bernafas hingga hari ini. 

Alhamdulillah, diberi kesihantan yang baik, mata yang sihat untuk aku hadap Calculus ni. Hahaha. Okay gurau, aku kena sambung study. Lebih kurang seminggu je lagi exam then I'm home. Assalammualaikum.

Sunday, December 23, 2012

Study week makes me weak.


Assalammualaikum makhluk sekian alam.


Start esok aku akan start study week dimana aku kena hadap buku 24hours non stop. I wish i could laa. Sebab semalam aje, kami dah melepak. Act, aku tak nak ikut sebab aku rasa macam buang masa TETAPI disebabkan semalam tak jumpa nasi terpaksa aku ikut semalam. Aku tak ready untuk ikut g keluar jalan-jalan dengan roommates. Aku tahu balik mesti lambat punyalah. Bagi aku macam takde function keluar, sebab dapat pergi makan je.


Balik pun dah lambat, aku mengeluh penat dalam kereta. Rasa macam menyesal ikut. Hihi. Nasib baik GIANT dah tutup semalam. Kalau tak kopak duit aku yee. Bila makan kat kedai kopitiam,mahal gila nasi dia. Aku order nasi goreng ayam kunyit RM 6.80. Perghh !! Makan satu hari aku boleh makan dua kali. Tapi nak buat macam mana, dalam kereta masing-masing dah mengadu lapar. 




dari kiri : Piqa, Aina ,Emy & aku (tudung aku tak semenggah !)


Dan hingga sekarang aku tak tahu nak buat apa? Buka buku Calculus,buat latihan sikit dah menguap-guap. Buka Introduction to Multimedia, membaca pula. Mengantuk pula dah. Padahal nak exam hujung bulan ni. Hahaha. Kadang-kadang sifat malas tu boleh menguasai diri aku sendiri. Aku tengok katil, terliur nak tidur. Astafirullahalazimm..teruknya aku ni. Mak pesan "duduk sana study". Aku gelak je bila mak cakap macam tu. Apehal kau gelak mira? Takde kesedaran langsung aku ni. Hantuk dahi kat dinding.


Mana azam kau awal sem hari tu, nak pointer lebih bagus dari sem lepas. Walaupun aku agak kecewa sikit tapi aku nak cuba kali ni pula. Allah maha adil. Aku perlu berusaha lebih sikit. Aku tahu aku lemah, aku nak berjaya demi mak dan abah. Itu janji aku.


note : Ya Allah, kau lindungilah diri aku dan orang yg aku sayang. :')