Wednesday, March 28, 2012

Wednesday

muka gembira kelas habis awal.


Hari ini ibarat aku takde kelas je. Kelas pagi 2kelas dibatalkan. Penat je aku bangun awal. Haish ! Dah sampai Lab,tetiba pembantu makmal cakap "kelas takde". Nak balik bilik dah confirm malas sebab kolej aku jauh menggila ! So better I stay up until 10am.


Kelas pukul 10am pula,lecture datang ambil attendance je. Lepas tu,boleh balik dah. Seriously? Aku macam tak percaya je. Untunglah siapa ada kat bilik membuta lagi. Aku je tak tidur. Hihi. Tidur aku cukup malam tadi,takde penat mana pun.


Hari ini aku bersyukur sangat sebab dapat beli makanan tengahari awal,so lauk pun tengah banyak lagi masa tu. Selalunya aku beli lambat pukul 12pm ke atas sebab ada kelas. Terpaksa extend beli makanan. Aku suka makan lauk ayam goreng. Feveret aku ! Aku suka beli ayam goreng yang besar,sebab berbaloi dengan RM3.50 sehari aku belanja. :D


Okay lagi 2 hari je lagi,lepas tu boleh balik Melaka. Homesick wehh!!. Aku rasa macam malas je nak lakukan aktiviti aku kt sini. Nak terjun balik Melaka terus boleh? Haha. Tak sabar rasaya. Allah saja yang mengerti betapa rindunya aku kat Nenek tercinta + family.


Apa yang aku alami sepanjang bulan ni,ada kalanya membuat aku rasa sakit. Tapi aku mampu berdoa supaya Allah kuatkan hati aku untuk hadapi dugaan hidup ini. Kadang-kadang aku rasa macam give up la juga tapi aku fikir mak & abah. Aku ketepikan "give up".


nota jiwa : cepatlah Jumaat !!

Tuesday, March 27, 2012

Blame yourself.

Kenapa kau ini suka menyakitkan hati aku? kenapa mesti aku berhadapan dengan kau? Aku yang rasa susah,sakit hati dll. Kalau kau rasa kau bagus sangat,tak payah buat baik dengan aku. Menambah sakit hati aku je.


Hidup ini tak perlu nak bergantung harapan kat orang lain. Percaya pada diri sendiri. Kalau dapat segulung diploma,kau sorang yang dapat nama.


Nota jiwa : baik aku diam dari berkata kata,lagi bisa kalau aku bersuara.

Tuesday, March 20, 2012

busy day.

Okay, seriusly semalam memang busy gila. Kena siapkan presentation,slide,menghafal dan macam-macam lah. Memang masa rehat entah ke mana? Habis kelas pukul 4pm,terus aku on laptop setup proposal nak print. Bila dah selesai, malam pula aku duduk sibuk menyiapkan proposal lagi sebab ada group aku lambat attach file kat aku.


Zaman sekarang tak perlu risau kalau tak buat discussion nak bagi soft copy. Dengan adanya Facebook. Segalanya selesai. Bila dah settle proposal, aku baru teringat waktu makan. Aku tak sempat nak order makanan. Dengan niat murni, text classmate aku minta tolong. Mula-mula dia tak dapat tolong juga. Hihi. Tak lama kemudian,boleh pula orderkan.


Bila dah selesai kerja aku kat bilik,barulah aku dapat nak turun pergi ambil makanan aku tu. Lepas tu,barulah dok sibuk-sibuk menghafal. Last-last aku tidur pukul 1.00am. Tetiba aku terjaga dari tidur pukul 3.00am. AKU DENGAN BAGUSNYA AMBIL TUALA,PERGI MANDI. Dalam kepala otak aku tak set apa pun. Mamai tak pun. Balik dari mandi,aku lihat jam. Rupanya baru pukul 3.30am ! Damnn !! Awalnya aku...


Inilah gara-gara tak cukup rehat. Aku rasa nak gelak je masa tu. Tapi roommate aku tidur lagi. Aku rasa hairan kenapa aku boleh bangun awal camtu. Hihihi. Aku kelas pukul 10am. Dah target nak bangun awal nak hafal lagi. Tapi sayang lagi awal aku bangun. Biasalah bila otak dah set nak buat sesuatu sangat penting, sampai terlebih aktif.


Bila aku cerita kat Mak call lepas magrib tadi. Mak gelak kuat. Siap boleh cakap "nasib baik kau tak jumpa orang lain". Aku jerit marah. Hahaha. Tapi apakan daya aku memang bangun awal gila pagi tadi. Bila kali kedua bangun pukul 7.00am. Badan aku rasa sakit-sakit,kepala sakit sikit. Hmm..tak cukup rest okay?


So hari ini,aku rasa ringan beban aku sebab dah settle bab Presentation. Alhamdulillah..group aku last present. Aku jadi nervous sebab aku LAST PERSON. Kawan aku cakap suara aku macam orang nak menangis je. Hahaha. Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi camtu. Gugup seketika.



nota jiwa : tak sabar nak balik Melaka.






Saturday, March 17, 2012

Everything is running "very" well.

Saya makin sihat


minggu ini,tersangat la busy. Sebab kena siapkan assignment last minute. Ini tindakan tak patut dicontohi. Lagipun, aku tak sangka kena present OS minggu depan. Memang tidaklah depa nak ready awal-awal. Takut lah juga nak present depan classmates yang handsome & pretty + awesome.


Aku akan menjadi kaku berdiri depan nanti. Confirm ! Tapi sejak pagi tadi, aku telah hempas pulas cari bahan untuk proposal hingga ke malam aku sambung. Agak kepenatan. Tapi berbaloi dengan cuti mid sem aku hujung bulan ini. Balik Melaka.


Rasanya dah sebulan, aku tak balik. Rindunya kat family. Lagipun,tengok kawan-kawan aku ada yang family datang. Aku rasa jealous okay? Tapi yang bestnya dapat makan bersama dengan family kawan aku. Terubatlah rindu aku pada family aku.


Lagi nak cuti,lagi banyak assignment,kuiz dan test datang menjelma. Haish,apa boleh buat. Student lah katakan? Alhamdulillah, aku dah jawab test Fundamental. Walaupun aku rasa takut nak jawab tapi aku dah cuba yang terbaik. Semoga dapat result yang memuaskan. Amin.


nota jiwa : meja aku dah bersepah balik.






Monday, March 12, 2012

test itu ujian dari Allah

Okay,petang tadi aku ada test Fundamental Discrete Structure. Apooo itu?? Haa..macam Maths juga. Tapi alhamdulillah aku dapat jawab. Walaupun aku takut-takut nak jawab sebab aku tak confident. Sebab aku pernah alami situasi dimana? Bila anda sudah berusaha,tapi hasilnya sederhana saja.



Memang peritkan? tapi itu mungkin usaha aku sekadar untuk lulus. Fikir positif. Dan aku pun,takdelah hebat mana. Kadang-kadang aku fikir kelemahan aku masih ada dalam diri aku. Aku dah cuba. Itu yang aku mampu. Aku tak pernah rasa menyesal atas usaha yang aku lakukan. Mungkin Allah nak uji aku.




Friday, March 9, 2012

Perjalanan yang sukar

This week,it's very hard to me.

Aku tahu la aku ini tak sempurna macam orang lain. Aku mengaku aku sedang belajar meng-stabilkan kedudukan aku. Aku terasa kenapa manusia disekeliling aku happy? Sedangkan aku kadang kala stress. Aku cemburu tengok orang jadi hebat.


Banyak benda telah mengajar aku untuk jadi bersabar. Aku cuba tabah untuk hadapinya. Aku perlu cabar diri aku sendiri. Bukan tengok orang dapat result hebat,aku perlu ikut mereka. Aku perlu ubah diri aku dulu.


Kadang kala,aku terasa seperti digunakan. Kenapa Allah temukan aku dengan manusia macam itu? Kerana Allah ingin menguji aku dalam mencari ilmu? Memang ilmu perlu dikongsi. Tapi kesusahan yang aku hadapi,ada orang tahu? Ia terlalu complicated. Tiada siapa ingin belajar susah dahulu,nak senang datang bergolek depan mata.


Macam-macam dugaan bila nak berjaya ini. Allah saja yang memahami niat hambanya.


nota jiwa : i have learn from my mistake.

Tuesday, March 6, 2012

Nak meradang je rasa.

okay fine,aku rasa sangat tertekan. Kenapa orang suka ambil kesempatan ke atas aku? Aku rasa macam dipergunakan kelebihan yang aku ada. Aku tak kisah kalau orang nak share ilmu dengan aku.


Please lah,kenapa aku boleh susah payah pergi melakukan sesuatu? Kalau aku nak sesuatu,aku usaha sampai dapat. Tapi ternyata ada orang nak tumpang sekaki walaupun tidak diundang.


nota jiwa : aku benci.