Sunday, October 28, 2012

Cuti lima hari je.


Assalammualaikum peeps..

Petang tadi aku dah selamat sampai Pahang yang tercinta. Naik bas kali ni macam errr?? Geram pula aku. Dahlah aku LAST PERSON yang naik bas,then dapat seat sebelah lelaki. Aduhh,lemah semua otot-otot aku. Aku terpaksa membataskan diri untuk bergerak & tidur. Lelaki yang duduk sebelah aku sombong semacam ,aku pun takde niat pun nak tegur. Hahaha.

Aku rasa bosan gila duduk dalam bas tadi,cuti raya haji kan? Ramai pula yang balik. Penuh gila bas aku tadi. Allah je tahu macam mana perasaan orang yang tak dapat seat. Aku simpati tengok budak tu tadi. Kesian kau dik. -_-?

Tak pernah dalam hidup aku naik bas dapat seat dengan lelaki. Selalunya kalau aku naik dulu,aku kalau boleh tak nak lelaki duduk sebelah aku. Yela,kadang-kadang lelaki ni ambil kesempatan. Pura-pura letakkan kepala dia la konon atas bahu perempuan? Pura-pura barang jatuh la macam-macam. Dah biasalah trick lelaki tu. Hohoho.

Seat aku paling belakang dan aku rasa macam tak selesa. Huh,nak buat macam mana? Terpaksa akur. Nasib baik abah cepat hantar aku,bas tu pun dah nak gerak. Aku lambat datang sebab sebelum tu abah ajak singgah Tesco. Kalau tidak,menangis aku tak balik tadi woiii !!

Cukup pasal bas,aku stress pula fikirkan balik. Cuti aku lima hari je. Aku spent masa dengan family kat rumah. Aku dapat pegang kereta selalu. Setiap petang selalu keluar rumah jalan-jalan dengan adik aku. Boring duduk rumah,bawa le kereta pergi jalan-jalan. 

Akan datang cuti midsem pula. Aku cuti seminggu. Aku plan dengan nenek nak pergi Batu Pahat jenguk Along aku. Harap-harap daddy cool bagi pergi. Hewhewhew. Nak bawa kereta jalan jauh,macam iye iye je dapat? Haha. Hopefullylah. 2minggu akan datang ni aku akan busy dengan test,MUET,quiz & HOT. Phewww,seronok gila. Nak termuntah aku baca nota. Takpe,aku gagahkan diri aku ni juga. demi masa depan. :)

p/s : semoga Allah ampuni dosa orang yang aku sayang. :')

Saturday, October 20, 2012

Friday.

Assalammualaikum peeps..

Hari ini aku rasa malas semacam je. entahlah mungkin semangat nak balik dah berkobar-kobar. Itu tanda bendera putih nk turun,suruh pulang ke kampung. Makin nak cuti,makin berlambak lak quiz kau datang? Haishzz !

Then,sepatutnya esok aku hang out dengan kawan BUT terpaksa batalkan sebab ada masalah sikit. Aku pun okaylah,mungkin dia tak bagi aku beli sandal aku berkenan hari tu. Haha. Lain kali jela aku beli. Tak lari pun kasut tu mira.

p/s: ada benda nak tulis tapi aku rasa biarlah aku simpan sebagai rahsia. Top secret maybe?

Tuesday, October 16, 2012

I'm afraid.


Assalammualaikum peeps..

Semalam hari yang penuh pancaroba & kecewa. Pagi semalam,aku dah selamat jalani Test speaking. Dan aku dengan secara tak sangka boleh dapat group Cina & India. Of courselah mereka lagi hebat dalam English. Aku ni macam manusia tak bernyawa je semalam. Seriusly aku rasa down jee dapat group dengan dorang.

Mungkin silap aku tak faham point yang aku dapat tu. Dah tu nak elaborate pun susah dalam masa 2minit aku kena cakap? Apa aku nak buat? Nak pula aku Candidate A,dimana aku kena start conversation masa tu untuk Task A. Memang hancurlah. 

Conclusion is aku rasa menyesal tak belajar betul-betul bahasa Inggeris dulu. Aku ingatkan tak penting tapi penting buat masa sekarang. Apa aku perlu buat? Aku harus lupakan hari semalam,dan teruskan semangat untuk hari akan datang dan seterusnya.

Tapi masa balik semalam,dua orang Cina tu wish goodluck kat aku. Walaupun ada diantara mereka ada tolong aku. Aku bersyukur. Mereka hebat. Aku masih boleh bercakap dengan dorang walaupun dalam hati ni penuh perasaan kecewa. Takpelah,belajar dari kesilapan.

p/s: Past is past.

Saturday, October 6, 2012

The tough day.


Assalammualaikum peeps..

Pagi tadi aku telah selamat mengikuti sesi 10 jam kelas MUET (Speaking & Listening). Erghh..sangat penat sebab rasa macam half day je aku belajar. Tepuu otak. But nasib baik lecture yang ajar buat aktiviti yang tak membosankan kami. 

Aku rasa nak pengsan je hari ni punya kelas. Seriusly,tersengguk-sengguk kepala aku menahan mengantuk sesi petang tadi. Aku rasa nak je hantuk kepala ke dinding. Hahaha. Tapi masa kelas habis petang tadi,aku dengan selamba je ambil 1 pack besar gula-gula bawa balik. Haha. 

Aku dah geram sangat. Lagipun Miss bagi ambil gula-gula tu. Then aku ambil jela kan? Tak susah iye dok? Orang lain berpusu-pusu keluar nak balik. Hehe. Gula-gula tu banyak la juga..boleh buat sebulan punya stok. Haha. Sorry Miss,saya ambil semua. Tehee..

Sampai bilik,aku rasa stress betul hari ni. Haish ! Alhamdulillah...rezeki makan malam nasi bujang. Aku sempat order sebelum pergi kelas petang tadi. Makan dengan teman bilik. Depa semua makan nasi bujang juga. Haha. 

Tadi aku online,tetiba adik bongsu aku hantar chat. Then inilah hasilnya !

*dia rindu aku. Hah,tetiba je dia tu. Aku ingatkan dia main-main.


p/s: I need to delete all about you from my memory. Past is past. I don't need you anymore. I'm hurt.

Thursday, October 4, 2012

Rezeki


Assalammualaikum peeps !!

Kalau diikutkan malam ni,aku tak beli makan malam pun. Petang tadi kelas pula BATAL, heaven betul aku rasa. Aku tidur jela. Penat semenjak minggu ni aku busy. Selalunya petang balik kelas aku beli nasi goreng untuk dijamu makan malam nanti. Tapi hari ni, aku tak beli sebab dalam hati dah tanam tak nak makan malam pula. Nak cuba belajar save budget.

Tiba hari malam,aku tetiba rasa nak pinjam buku. Nak pergi library tapi nak ada kawan. Bukan tak berani pergi sorang-sorang tapi malam hari gelap. Nak cari buku untuk ditelaah. Akibat subjek aku killer BELAKA, memaksa diri aku untuk pinjam buku. Hahaha.

Sampai library cari buku yang aku pinjam. Akhirnya, tiga buah buku aku pinjam. Tu pun tak tahu nak pulangkan bila? Haha. Biasanya tempoh pinjam dua minggu. Agaknya kot? Okay,pasal buku dah settle !! Masa untuk gerak balik,hujan turun dengan lebatnya. *EH,lupa aku pergi library dengan Mai. 

Kaimi terpaksa tunggu hujan berhenti. Aku ada payung tapi Mai takde. Terpaksa tunggu kejap EH lama lah aku tunggu tadi. Haha. Aku tak ingat berapa minit aku tunggu tapi lama lah. 

Bila hujan dah berhenti,kami pun pulang. Satu payung kongsi dua orang. Aku yang gebus dengan Mai yang kempeng. Hahaha. Selamat tiba di kafe. Sampai kafe,aku terasa nak minum air. Even hujan tekak nak minum air sejukk !! Order air,air yang tinggal Sarsi. Air lain dah habis. Abang jaga air dah nak tutup kedai. Bila nak bayar,dia kata takde duit baki.

Pergi kat cashier,cakap duit takde. Depa semua dah kemas nak balik. Sorang lagi abang cakap "Bagi jelahh !!". Maksudnya,bagi jela air tu free. Aku senyum lebar. Haha. Jimat duit aku kan? 

Tak lama kemudian,abang tu panggil nak bagi nasi goreng free. Dorang dah nak kemas-kemas. Nak buang nasi tu sayang,so aku ambil la sepinggan buat alas perut. Alhamdulillah rezeki malam ni. Hehehe. Tak sangkakan?Niat aku tak nak makan tapi rezeki datang. Takkan nak tolak pula dok? 


aku dengan Mai.



p/s : ada orang cakap "COMEY gambar kat facebook?"
           Aku "-_-??"

The story begin.


Assalammualaikum peeps !

Pagi yang indah ni baru aku dapat update blog. Actually tak tahu nak update apa? apa yang terlintas di fikiran hari tu,kini hilang. Haha. Adatlah aku ni mudah lupa perkara dah lepas & tak penting. But minggu ni akan menambah ke-busy-an aku,start Sabtu ni aku ada kelas MUET. Sem ni aku ambil MUET. Ambil sekarang bukan apa? Senang tak nak menyesal. 

Akak aku dah ambil MUET so tiba masa aku sekarang pula. Nasib baiklah kelas MUET tu dia buat dua kali je Sabtu. Tapi Sabtu ni pagi-petang. Penat woo. Nak patah tulang? Nasib baiklah Sabtu ni aku memang free. 

Nak katakan sebenarnya aku banyak assignment. Aku ni suka melengah-lengah. Kalau dah last minute,aku pantas melakukan apa sahaja. Hahaha. Tipulah aku tak risau. Aku risau la weh tapi nak buat macam mana? Mood tu tak sampai seru lagi. Haha. 

Nak ceritakan hidup sebagai student U ni,aku rasa macam aku perlu BELAJAR je..nak cari kedudukan yg selesa. It's pointer peeps ! Well,pointer aku sedang-sedang je. Aku sedang berusaha sedaya upaya untuk cemerlang. Cuba melawan penat,mengantok,lecture Pakistan bercakap? Even aku lambat loading nak tangkap sebutan dia.


p/s : bilalah nak 24hb ni. Melaka,I really miss you.