Thursday, April 28, 2011

Matrik???? Dem..!!


Bila aku dapat tahu aku dapat matrik kat melaka je ! Aku rasa..i feel like at the end of the world je. Aku rasa down giler ! Tak pernah terlintas dalam otak nak masuk matrik. Kos Sciene kot? What the ??? Pergh..dulu memang aku giler nak matilah nak sangat jadi 'engineer' tapi bila result SPM tak gempak. Aku batalkan niat.


Bila dah dapat result,seriusly tak tahu nak apply UPU apa? Puas aku tanya orang sekeliling? Tanya pendapat dorang kot-kot ada yang bagus ke? Last-last aku buat keputusan nak pilih kos 'Pengurusan Hotel'. Yer,maybe harapan terakhir aku nak jadi chef kot? HAHA. Kalau tak dapat juga,aku tak tahu laa.. Sebab aku ada FIZIK,KIMIA & PRINSIP AKAUN. Macam sayang je kan aku tak guna mereka? Tapi takkan aku nak pilih salah satu dari mereka kalau hati aku berkata tak nak.


Masa dedulu aku minat masak tapi bila nak dekat SPM berangan nak jadi engineer pula? Pelik. Tapi last-last minat masak aku tulah jadi pilihan aku sekarang. Mentang-mentanglah aku kerja kat kedai makan. So bila aku tengok orang masak,macam best je weyy !! Aku rasa kalau aku pandai masak,aku boleh buka bisnes. HAHA. Mak dengan Angah dah bagi semangat kat aku. Aku tahu apa-apa pown keputusan aku adalah untuk masa depan aku juga.


Entahlah,aku rasa sekarang macam malas nk sambung belajar sebab dah syok pegang duit bila dapat gaji ! HAHA. Omaaiii dee aaa rrr !!..


nota jiwa : saya demam so mood nak update macam pemaleh.

Tuesday, April 26, 2011

Bila itu bukan rezeki aku.


aku frust giler,tolong jauhi aku.


"kalau kita GAGAL tak bermakna kita tak bagus".
Masih terngiang2 kata-kata semangat cikgu tadi. Tapi aku terlalu frust,perut ku kosong,fikiran ku memikirkan hal kerja dan macam-macam. Inilah dinamakan dugaan. Aku redha.
*saya gagal ujian motor JPJ bahagian 2 laa.. Bukan ape pown..


Btw,aku rasa seronok dapat berkenalan dengan kawan baru (PEREMPUAN ler) dari Kelantan. Mula-mula aku macam malu-malu nak tegur tapi dia tegur aku dulu. HAHA. Aku memang begitu. Muka aku kerek nak mampus. entah bila nak berubah.


Masa dekat kaunter tadi,aku tunggu turn nak bagi lesen. Tetiba mamat yang passkan motor kat aku tuh cakap sesuatu tapi aku kurang dengar sebab telinga dah pekak pakai helmet. HAHA. Aku rasa ada something tak kena dengan motor aku bawa tadi tapi abaikan jela. Mamat tuh main isyarat mata dekat aku,aku balas laa apa pertanyaan dia.


Sampai hati kawan aku buat aku camtu. Sedih aku. Tapi aku diam je,start motor aku bla tanpa tinggalkan pesanan. Kau tinggalkan aku selepas kau telah menang. Fine,rezeki kau.


nota mood : geram dengan sorang laki tuh.

Friday, April 22, 2011

22.04.2011.


Dulu aku memang tak gemau dengan seorang sahabat aku iaitu seorang lelaki. Tadi boleh pula terjumpa dia. Dia kerja kat kedai topup sebelah kedai aku. Aku ingatkan aku tak kan jumpa dia lagi sampai bila-bila. Aku bukan apa cuma tak suka perangai manusia yang suka berlagak. Ishh..bengang gila..!!!


Hari ini aku dapat roti cheese FREE dari sorang makcik ini. Dia sangat baik dengan aku. Aku suka sangat dengan dia. Aku tahu aku suka gurau-gurau dengan dia. Dia pun jenis layan je.. HAHA.


Kan elok hidup aku bahagia macam aku dapat roti cheese tu.

Wednesday, April 20, 2011

Bila hidup ber-boy pren !!!


Masa kat kedai tadi. Aku ternampak sepasangan burung merpati datang lepak kat kedai aku. Aku tidak perasan si perempuan,tengok si lelaki boleh tahan handsome kot? Bila aku tengok si perempuan rupa2nya aku kenal sangat si perempuan tu. Semalam dia ada datang lepak kat kedai aku. Tapi aku tak berapa tegur sebab aku tak kenal. Kawan aku je kenal.


Semalam dia datang pakai tudung. So hari ini datang bawa boypren TAK PAKAI tudung pulak? Aku hairan dan bingung. Well,memang gitu trend zaman sekarang. Perempuan tu? aku tak fahamlah kenapa dia sanggup buka tudung bila keluar dengan boypren. Yer,maybe dia rasa dia lawa bila TAK PAKAI tudung. Agaknya!


Lagi satu,aku hairanlah kenapa perempuan suka sangat tolong boy pren dia. Sampaikan sanggup tebal muka untuk minta pertolongan orang lain. Peh-liss lahh !!! Aduh,malas aku nak cerita. Tapi minta tolong tu bukan 20 ke 30ringgit tapi ratus der. Balak anda tak ada duit ke? Ini kawan aku yang kena ada budak perempuan minta tolong dia sebab boy pren budak perempuan tu laa..


Inilah padahnya kalau hidup BER-boy pren. Buat masa sekarang bak kata kawan aku laa,'buat stok suka2 je'. Jahat ? Kawan aku cakap. HAHA. Ok,full stop !

Monday, April 18, 2011

Lawak ke?

Der,aku tahulah kau ada makwe der? Takkan nak pergi buat x-ray bawa makwe der? Ape jadah der? Nak tunjuk kau ada makwe lah der? Makwe kau,aku tengok macam? erk,sebayalah pulak?! Dem..!! tapi aku tak kenal pown. Nak tipu konon,kata pergi dengan kawan der? Tapi hakikatnya is your girlfriend ! HAHA. *macam aku jeles pula kan??


Sudahlah,tidak ku hairan langsung. Trend orang zaman sekarang. Petang tadi,aku pergilah kedai runcit seorang diri untuk membeli gula pasir pesana
n dari nenek tercinta. Sampai je kedai aku buat hal sendiri. Then,sampai dekat makcik dah berumur,muka agak nak ada kedut-kedut. Depan dia ada anak lelaki dia. Actually,aku tak suka cakap dengan orang tapi sebabkan aku ni selalu tayang muka kat kedai dia. Bertegur sapalah sebagai pelanggan aku bila ada order makan.


Masa dah bayar,abang tu tetiba tegur aku. Dia mem
ang peramah. Semua perempuan dia nak tegur termasuklah aku. HAHA. Dia berkata ;

Abang F : ermm..mohon mana?
Aku : uitm. *senyum.
Abang F : ohh...bil
a pergi??
Aku : belum lagi laa..tunggu tawaran ler..
Abang F : ohh.. *senyum kambing kat aku! Hrm..orang dulu-dulu kalau lepas SRP (SPM) dah boleh masuk meminang ! *bajet cakap dia tu aku suka.
Aku : oh..oklah,nak ba
likkk !! Byee !!


Aku bla dengan muka senyum je. tetiba abang tu baling aku dengan gumpalan kertas kot? Aku tak endahkan terus jalan balik.


Aku malas nak respons apa abang tu cakap. Aku hanya diamkan diri je. Aku tahu kalau lagi aku layan lagilah melarat nanti abang tu tegur aku. Aku
niw kalau bab2 kahwin ke tunang ke ape? Aku agak sensitif dan malu. Aku rasa hal itu tak penting buat masa sekarang. FULL STOP !.


aku dah gemuk ! Kenapa mereka suka kutuk aku? *sabar.


mood : dugaan menguji kesabaran aku.

Sunday, April 17, 2011

Nasib.


Anak siapa entah aku pinjam jap. Sorry lah,time ini malam. Camera murah je. Bukan DSLR nk aku snap. Btw,budak ini sangat comel. Dia manja. Aku pula tak terlayan dengan kerenah dia. Abaikan pasal budak comel yang aku tak tahu nama.


Mungkin sekarang aku busy dengan latihan motor. Kalau boleh aku nak cepat habis. Dan aku dah booking pra test minggu depan. Hopefully lulus laa.. Straight JPJ je. Aku pown dah fet up asyik kena bangun awal walaupun tak kerja.


Ak tak tahu sampai bila aku akan kerja. Tunggu tawaran aje. Yeah,lepas ini aku akan rindu semai orang yang aku kenal sepanjang aku bekerja. Seriusly,akan rindu ! Walaupun aku dengan kawan aku tu digelarkan PONTIANAK.. Kami tetap pekerja yang setia balik lambat. HAHA ! Sejahat2 mulut kami,kami tetap rajin buat kerja yang gila2. Susah nak cari orang macam kami. Lepas ini aku akan rindu BUSU. Dia macam mak aku. Sedih !


nota jiwa : aku rindu kau der,kita hanya kawan sampai bila-bila.

Wednesday, April 13, 2011

Bila itu pengajaran.

Semalam memang malang tak berbau untuk aku. entah apa lah silap aku,aku boleh kena saman. Seriusly,dalam sekelip mata je benda tu berlaku. Nak menangis pown ada tapi redha jela. Salah aku juga ! So gaji aku untuk bulan niw telah aku korbankan untuk bayar saman. Apakan daya,aku tak nak susahkan parents aku. Balik je semalam nak dekat pukul 7pm. Lepas solat magrib,aku tidur ! Bangun balik nk solat isyak then tidur balik. Yer,aku berkabung semalam.


Dan hari ini,aku memang tak de mood nk kerja. Nasib baik kawan baik aku bawa aku jalan2 Melaka bersama atok dia. Dan aku dapat menik
mati McFlurry !! Rasa nikmat sangat tapi hanya seketika der. Sampai kedai,orang tanya macam2. Macam aku artislah pulak?



Yer,aku TAK DAPAT jadi cikgu. Sebab aku tak layak sebab aku memang dah tahu dari result keluar hari tu. Tak pelah,xde rezeki aku nak mewarisi parents aku. Tahniah kepada siapa2 yang DAPAT jadi cikgu. Sejak akhir2 niw,macam2 berita aku dengar. Cikgu kena tumbuk dengan anak murid la hape la. Huh! Dasat2.


Apa2 pown,aku memang rasa tergugat dengan kawan aku sorang. Tapi itu rezeki dia,tak kan aku nak halang. Dan aku macam2 dugaan aku hadapi,hanya aku tabahkan hati untuk hadapinya.


nota jiwa : aku sedih tapi aku redha. Aku asyik nak marah,uish !




Sunday, April 3, 2011

Spent money wisely.


Ini kali pertama dan terakhir aku makan kau BR !! Walaupun perisa ini tak sedap,aku terpaksa telan jua. Eishh..!!
Dan semalam juga adik perempuan aku yang bengong tu,dah minta benda yang agak mahal. Aku oke je masa nak bayar,bila balik rumah FRUST !!


Lepas ini pergi Jaya Jusco setiap hari SABTU kena bawa beg JJ. Sebab tak boleh guna plastik,kalau nak plastik kena bayar cas 20posen der.. !!!.. Memanglah sayang bumi,tapi seriusly aku lupa ! Oke,dah dapat pengajaran untuk hari SABTU tu.


nota jiwa : aku rasa puas dapat tidur petang ! Sebab aku rasa dah lama aku tak dapat tidur kerana kerja. HAHA !

Saturday, April 2, 2011

Kesabaran.



tetiba aku bengang dengan sikap manusia yang sengal!
manakan tidaknya ! Hamba Allah tu tanya result aku,bila turn aku tanya result dia. Tak nak bagi tahu ! Nak je aku pijak2 kau wahai lelaki !!
Tapi aku pendam jela.
Sabar jela dengan peel manusia.


nota jiwa : hati meronta2 nak kasut baru,tapi tak dapat kerana masalah yang sukar untuk ditangani. Haish !!