Saturday, February 4, 2017

Review JUSZ PLUS+ for cats

Assalammualaikum..

Sekadar untuk perkongsian saja kepada pencinta kucing. Aku ni pun pencinta kucing. Kat rumah ada dalam 8 ekor kucing. Tapi salah dari seekor tu, sekor je kucing paling sayang. Hehe. Saja nak kongsi produk apa aku guna untuk kucing kesayangan aku seekor tu. Aku guna JUSZ PLUS ni. Kira ini macam supplement untuk kucing.


Alhamdulillah nak dekat sebulan aku guna. Kucing aku nama "Dora" ini dulu hampir nak kena penyakit batu karang. Pernah dulu tetiba dia tak nak makan. Macam sakit tetiba. Aku ni pula jarang ada kat kampung. Sebab study kt Johor. Nak bawa g klinik, tak sempat. Aku minta adik bongsu lelaki tolong jagakan. Dugaan juga nak jaga si Dora masa tu sebab dia baru nak dekat setahun. Adik aku suapkan makan dan paksa minum susu. Lama-lama baru dia ada selera. Belikan ayam goreng RM1, berebut nak makan. Syukur Allah swt panjangkan umur Dora. Walaupun hampir nak pergi je aku rasa masa tu. 


Lepas tu, ayah aku cerita dulu si Dora ni kaki belakang dia pernah terhempap dengan benda berat. Aku tak perasan peristiwa masa tu sebab ayah aku yang perasan. So sejak peristiwa tu, kaki belakang Dora tak kuat sangat. Kalau nak lompat dari tempat tinggi, Dora tak boleh. Even nak lari laju pun, dia akan terbabas untuk berhenti. Tak lama tu, Dora pula start terkencing-kencing tetiba. Seolah dia tak boleh nak tahan kencing sendiri. Selalu kencing merata dalam rumah sampai semua orang risau. Bawa g vet, vet cakap petanda nak kena batu karang. Aku risau sebab seekor kucing dulu pun mati akibat penyakit yang sama. Belikan ubat kat Petshop kawan. Dia recommendkan ubat tu. Lepas Dora makan ubat tu, macam dah pulih sikit. Ubat ini akak aku belikan, so aku tak tahu nama apa. 


Bila aku start cuti awal Jan 2017, aku belikan JUSZ PLUS sebab tengok kebaikan produk ini macam bagus. Cuba kat Dora. Alhamdulillah hampir sebulan makan, dia makin gemuk dan sihat. Semalam test berlari laju, dia lari smooth je. Takde terbabas lagi. Selalunya, dia lari laju susah nak break. Mesti terlanggar dinding atau pintu. Hahaha.


Ini gambar ori yang aku beli.
(maaf terpaksa blurkan harga. hehe. Ini review ikhlas ye)


Aku dapat tahu produk ini dari Facebook MJ GARDEN petshop kawan aku. Dulu aku pernah cuba JUSZ SPRAY. JUSZ SPRAY bagus untuk bulu kucing. Kalau malas nak mandikan kucing, boleh guna. So far, aku guna JUSZ PLUS ni okay. Kucing makin gebu dan sihat. Harga dia berpatutan. Kalau dah sayangkan kucing, harga mahal pun aku sanggup beli. 


Ada banyak kebaikan JUSZ PLUS. Boleh baca kat bawah ni :


Dengan penggunaan minima hanya selama 2 minggu sahaja, akan ada perubahan pada kucing anda dari segi :
.
😻 bulu makin lebat dan gebu tanpa gugur
😻 tumbesaran semakin membesar
😻 selera makan akan bertambah
😻 berat bertambah dan makin gemuk
😻 kulit semakin sihat tanpa kurap/kutu
😻 antibodi kucing akan bertambah
😻 kucing semakin aktif dan sihat
😻 susah terkena penyakit

Sumber dari : MJ Garden Petshop



Inilah Dora. Dulu kurus sebab sakit. Sekarang gebu dan feloless uollls. Kerana JUSZ PLUS, Dora sihat alhamdulilah.


Friday, February 3, 2017

Sindrom Student Final Year.

Assalammualaikum.

Kurang dari seminggu cuti semester aku dah nak habis. So sedarlah sikit diri dah kena balik nanti. PSM (Projek Sarjana Muda) pun dah terabai. Takde buat progress sebab entahlah time cuti aku rasa macam tak boleh nak focus. Seriusly dude, it's not easy to handle it. Bila cuti dekat rumah, banyak giler halangan. Nak layan kucing la, nak tolong masak la, nak kemas itu ini. Kalau tak buat nanti,rasa kesian pula kat nenek. So terpaksa la aku leburkan hasrat nak buat progress PSM. Hahaha. Maafkan sy supervisor. 


Dan semalam result final examination haritu dah keluar. Alhamdulillah sangat, result aku meningkat. Syukur ya Allah. Mula-mula aku selalu juga cek senarai tampal. Senarai tampal ni just gred every subjek je dapat tengok. Yang rasmi takde lagi. So aku redha jela dapat berapa pun, janji naik lah. Sebabkan next sem is my final sem. Then dah start intern. Aku target nak naikkan pointerlah. Sebab nanti senang nak apply tempat nak intern. 


So far alhamdulillahlah sebab Allah swt makbulkan doa aku. Syukur. Tapi kena usaha juga ye. Usaha, doa, tawakal dan solat. Itu benda penting naa. Walaupun sem haritu, aku rasa banyak benda aku stress dengan PSM 1 punya presentation. Stress banyak benda tapi alhamdulillah aku dapat handle dengan baik. Kadang-kadang tu nak give up pun ye,tapi kuatkan hati ni juga. InsyaAllah Allah swt permudahkan.


Sekarang ni pula, aku dok fikir nak apply intern kat mana. Tempat aku takde yang sesuai dengan bidang aku. Kalau boleh intern masa degree ni, aku nak dapat pengalaman yang betul-betul kena dengan bidang aku. Tak nak jadi macam diploma dulu, aku bazir masa dan duit selama ENAM bulan tanpa elaun / gaji okay. Hmmm.. Betul cakap lecturer aku, "Biasanya majikan melayu ni, dia anggap student kita tahu semua perkara dan diorg tak nak ajar. Tapi kalau majikan bukan melayu, dia sanggup ajar asalkan student boleh cakap English dengan diorg." 


Bukan nak sokong pernyataan tu, tapi itu hakikatnya. Aku dah rasa selama ENAM bulan yang dulu. So the best way is, cari tempat intern yang betul sesuai dengan kita okay. Jangan menyesal sebab tersalah pilih sudah naa.


P/s : masih memikirkan masa depan. Hmm