Tuesday, May 28, 2013

Alhamdullillah akhirnya sempurna DIPLOMA aku.

Assalammualaikum..

Well hari ni aku rasa bersyukur sebab dah selesai present Projek Tahun Akhir (PTA), setelah sekian lama aku berposak menghadap coding-coding. Menangis-nangis semua kerana stress PTA. Akhirnya, hari ni selesai dengan sempurna. Rasa ringan beban kepala otak aku lepas habis present.


Berkat kesabaran aku selama ni,akhirnya selesai dengan sempurna. Ada kawan-kawan dapat senarai top 10. Tahniah kepada mereka. Sistem dorang lagi gempak dari aku. Hebat gila dorang. Sistem aku biasa-biasa je. Aku tak mampu nak buat advance gila tu sebab aku baru beginner. Hahaha.


Okay,sempena stress melampau. Jumaat ni aku balik Melaka. Mak pesan suruh balik. Btw,aku pun rindu rumah. Homesick kot. Rindu masakan nenek apa semua. Akak aku menghasut balik makan burger bakar. Gila tak gila? Sape tak nak kan? aku memang mengidam nak makan meatballs abang Burn. Orang duk sibuk dah makan,aku baru nak merasa nanti.


Lepas PTA, aku focuskan Final exam bulan 6 pula. Macam-macam benda aku kena lalui. Takpe, demi segulung diploma. Agi hidup,agi ngelaban !


m/s: pening kepala. 

Thursday, May 2, 2013

Review about skin.

Assalammualaikum.


Hari ni aku masih mood malas. Actually,ada kelas pukul 12tghri ni. Ada rumors mengatakan kelas takde. So aku dengan bangga tukar baju. Tetiba kawan call cakap kelas ada. Aku macam "what..?" Kelas tu sejam je. Akibat malas melanda, aku decide tak pergi. I'm sorry sir.


Okay back to the point, aku nak kongsi sikit pasal product yang aku gunakan selama sebulan. untuk perempuan siapa tak nak kulit muka flawless, gebu, putih berseri-seri? Iye dok? Alhamdulillah aku ikut muka mak, kulit cerah. Hewhewhew. So tak perlu gusar kalau kulit aku jadi gelap seketika. Cewaah ! gebang gila.


Dulu aku susah nak cari product yang halal ,takde bahan kimia atau boleh memudaratkan muka jika dah stop menggunakan product tu. Masa zaman sekolah, aku ni jenis tak tahu apa tu menatang krim muka dan sebagainya. So bila hari sukan je, memang muka aku akan jadi berbelang. so aku pakai pencuci muka Fair & Lovely.



Bila aku pakai masa awal-awal okay. Muka cerah kembali. Bentuk pencuci macam ni LEBIH KURANG bentuk dia,yang atas ni CREAM.  Bila dah lama-lama guna, muka aku selalu berminyak. Asal cuaca panas, memang berkilat gila dari jauh muka aku. Zaman sekolah, tak kisah pasal muka berkilat. Bila menginjak dewasa, malu uollss..


Bila sekolah menengah, aku guna Safi Balqis pula. Aku pakai jenama ni sebab ianya halal dan aku yakin product ni bermutu.





Alhamdullillah sampai umur 20an aku terus pakai pencuci ni. Berkesan. Yang kaler biru ni untuk kulit berminyak macam aku. Kalau kaler putih untuk kulit biasa.


So bila dah lama-lama guna Safi, aku rasa best. Ramai tanya apa rahsia kulit aku cerah? Selalunya kawan sekolah aku. Aku cakap Safi Balqis je. Masa zaman sekolah, muka tak banyak jerawat lagi,bila dah dewasa...perghh..!!..bertepek-tepek jerawat..


Rupanya Safi ni banyak lagi product lain. Aku pun usha-usha kat kedai nak beli. Tengok kawan-kawan guna product dia macam best je. Untuk sunblock muka la, toner muka la, krim bawah mata la dan macam-macam. So aku beli yang ni.







Masa aku beli ni, Safi buat dalam bentuk promosi. Dijual dalam kotak. Kotak yang aku ambil tu masa tu harga RM26.00 saja. Ada tiga benda, SERUM, BEAUTY CREAM dan CLEANSER. Yang MOISTURISER aku beli asing. Harga tak ingat dah. Selalunya benda promosi senang nak dapati di MyDin or Giant or pasaraya besar. 


Kira aku pakai tiga benda atas tu, untuk sunblock muka aku ni ha. Masa awal-awal pakai rasa macam putih sangat muka aku nampaknya sebab BEAUTY CREAM macam melekit sikit dan nampak berkilat. Tiap kali pergi kelas, aku guna tiga benda ni sapu kat muka. Start sapu MOISTURISER --> SERUM --> BEAUTY CREAM


Dulu muka aku ketara nampak berbelang sebab pakai tudung. Bila sekarang berkurang sikit la. Kesan belang tu memang susah nak hilangkan. Hahaha.


Bila dah lama-lama guna krim tu sebelum pergi kelas, kalau aku ni dah terlambat pergi kelas memang tak sempat nak sapu krim tiga-tiga tu. Aku pakai bedak tabur terus pergi kelas. Cuaca sekarang panas,terpaksa guna payung. 


So aku decide nak cari sunblock yang mudah untuk aku bawa ke mana-mana. Dulu ada usha product Watsons. Tapi aku ragu-ragu pula. Bila dah lama-lama mencari terjumpa iklan kat youtube Cosmoderm. Aku cari website dia. Ada product macam-macam. Last-last jumpa sunblock yang sesuai. 


Description : 
• Untuk kulit yang cerah, gunakan tabir suria yang efektif SETIAP HARI. 
• 80% sinaran UV boleh menembusi pakaian.
• Pendedahan secara berterusan boleh menyebabkan kesan penuaan; garis halus dan pigmentasi.
• 500 I.U Vitamin E untuk perlindungan tambahan.

untuk tahu lebih lanjut sila klik COSMODERM

Aku guna Vitamin E Perfect Sunscreen + Flawless Foundation 03 (Natural Beige) sebab kulit aku kuning langsat. Harga dia Rm27.00. Aku beli kat Farmasi dekat Melaka. Masa tu , aku balik cuti seminggu then bertekad gila nak beli. Dah survey harga dalam internet dalam Rm25.00 lebih. 


Bila pakai mula-mula,rasa nipis je krim dia dan ringan. Tak berat rasa. Kalau nak best,aku pakai bedak lepas pakai krim tu. Kalau tak nak pun takpe. Sebab dia bertindak sebagai bedak juga. Krim ni macam 3 in 1. Bedak, sunblock dan mencerahkan kulit. 


So far, aku puas hati guna product COSMODERM untuk sunblock. Masa aku beli kat Farmasi, aunty tu offer aku beli pencuci Cosmoderm RM15.00 saja. Tapi masa tu duit takde sangat. Aku cakap kat aunty tu "nanti saya beli okay". Hahaha. Kalau rasa nak beli, aku nak habiskan pencuci yg ada sekarang. Tak nak membazir. 


p/s: Beauty start from today.