Thursday, March 31, 2011

Kami pernah digelar BELANGKAS.


  • Ye,kami memang rapat.
  • sama-sama giler.
  • Tiada kata yang sesuai untuk kami selain BELANGKAS setakat ini. HAHA !

yee..dah dapat gaji. Aku buntu tak tahu nk buat apa? Aku tahu nak shopping lagi ! Itu je ada dalam kepala hotak. Birthday kawan2 lambat lagi. Gaji kali ini masyuk sikit. Kalau ada duit,aku asyik nak keluar. Haish!


Oke,aku sangat malas untuk sabtu dan ahad. Sabtu aku ambil cuti. Yeehhaaa !!


Nota jiwa : aku sangat penat. Aku rasa sayu bila dengar lagu SELAMAT TINGGAL-zizan ft dina. Terasa seolah2 aku ada dalam lagu tu. Ahh,perasan lagi. !

the video !!





Tuesday, March 29, 2011

Ini baru pakwe baru.

Pakwe baru der ???



*aku suka picture ini sebab aku senyum ikhlas. HAHA!


Ini bukan pakwe tapi adik bongsu aku. Birthday dia akan datang so aku merangkap kakak dia yang BERGAJI kena bagi hadiah untuk dia. Walaupun dia selalu menyakitkan hati aku,sabar jela dengan kerenah Si Debab sorang ini.


Dialah jantung hati mak dan nenek aku. Dialah orang yang selalu gaduh dengan adik perempuan aku. Dialah yang paling degil. Dialah paling kuat makan. Dasat ! Orang selalu cakap dia tu COMEL. Peh-liss laa..aku akak dia tak nak cakap COMEL? *oke,dengki !



In add,dia memang rapat dengan akak aku niw. So sweet kan? Aku je dia tak nak rapat maybe aku garang sangat kot? HAHA !

Janji bagi hadiah kat kau,debab tak de hal ! Selagi aku ada duit,aku happykan kau. Aku tahu kau suka lagu 'the time' by Black Eyes Peace ! HAHA!


nota jiwa : hati gembira bila melihat orang bahagia.

Monday, March 28, 2011

Perasaan sahaja.

Aku geram betul bila orang tanya result aku then bila aku tanye dia,dia tak terus off. Macam ini !!! Bengang giler aku. Oke,fine kalau tak nak orang tahu result kau,tak payah result orang lain. Kan senang !




Oke,patutnya malam ini kawan aku ajak teman dia keluar. Tapi tak dapat sebab nenek aku mengamuk sakan ! Nenek saya AWESOME ! Abaikan. Aku ini malas betul nak keluar malam sebab aku rasa penat. Sorry yer kawan. Kalau siang takpe,malam tak boleh.


Hari tu aku lepak dengan kawan aku. senang cerita kawan baik der. Tapi bukan kami melepak tapi buat latihan motor der. Kalau aku lepak dengan dia nanti ada yang jeles pula? Nak pulak dia tu lelaki. Dan masa kat tempat tu,ada ler kawan perempuan aku DUA orang. Dorang sakat aku.

Qita : ehh..mira pakwee keww..??
Aku : Mana ada ler. *senyum je..
Qita : eleh,malu2 pula..
Aku : *senyum lagi.

Aku malas nak cakap banyak,kalau dah itu dorang fikir. Lantak lah,tak ada kuasa aku nak komen lagi. Sebab itu kali pertama dorang tengok aku dengan SEORANG LELAKI. Al maklum laa,aku ini kureng sikit dengan lelaki. Tetiba hari tu aku tunggu berdua je dengan lelaki. Mesti dorang fikir itu PAKWE AKU. Oh,peh-liss laa.. Dialah member lelaki aku yang aku baik sekarang.



Nota jiwa : boleh aku main bowling,pergi mcd macam hari tu takk??? rindu pula kat abe dan mamat tu. HAHA ! *oke,perasaan je.

Sunday, March 27, 2011

Roller coaster bebeh !


dia memang comel ! aku jeles giler.


Macam biasa setiap kali on9 blog,aku akan BW. Aku on9 ler FB,tetiba entah macam mana tah aku terjumpa blog ini. . Aku baca kisah AKU DAN KAWAN BAIK 1. 1stly,aku memang pemalas nak baca entry orang panjang2 kadang2 macam merepek. tu sebab aku malas. Tapi Sis Marina ni tidak sama sekali ! Aku baca kisah dia tu, AKU DAN KAWAN BAIK 1.


Habis je baca,aku rasa kagum dengan dia. Sumpah ! Tapi teringat pulak kisah aku. Lebih kurang sama la. Aku rasa jauh sangat dengan kawan baik aku sorang tu. Entah apa ler silap aku. Oke,aku berdiamkan diri jela.


sekarang ini aku tengah menyemakkan diri dengan hal aku. Yerla,lepas keluar result macam2 benda nak aku uruskan. Aku kena fikir KOS ape aku nak ambil. Aku cakap dengan Angah,aku tak nak ambil kos yang aku tak suka. Jangan paksa aku. Aku tak suka bawa benda yang aku tak de minat. Angah sangat memahami. Dia tahu peel aku cane kalau dapat benda aku tak suka.


nota jiwa : aku rasa aku macam dah tak de perasaan je. Tak pelah,aku kawan jelah dengan semua orang. HAHA.

dan

peh-lisss laaa jangan kata aku comel ke putih? Aku tahu ada orang lagi comel dan putih dari aku. Iyekan dok? Aku bersyukur kerana aku dikurniakan dengan sempurna.


Saturday, March 26, 2011

Fikiran jadi KOSONG.

Aku malas nak fikir mana aku nak pergi.
Aku rasa macam tak ada mood nak fikir.
Aku tak tahu kenapa?
Mak suruh aku tengok kolej ini la dan macam2.
Tapi dalam kepala hotak aku, KOSONG !
Masa belum nak ambil SPM,dalam kepala nak ambil kos ini la nanti.
Last2 lepas SPM,hampeh. Semuanya hilang !


nota jiwa : kalau jumpa kawan2 lama or orang tersayang aku hanya mampu pandang je. Nak tegur macam kekok dah. Sorry !!

Thursday, March 24, 2011

Sibuk betol !


*ado aku kesah?


Heboh betul kan kalau dah habis sekolah jadi makin gemuk or besar. Standed ler laa orang cuti tak de benda nak buat,melepak kat rumah. Makan tidur makan tidur. Heboh betul kawan aku,mentang2 la aku dah gemuk kau tegur. Masa dedulu zaman sekolah tak nak pula kau puji aku kurus ke ape? *err..kuruskah aku? Yerla,kau dah kurus masuk PLKN. Aku tak dapat plkn. Aku tengok mostly yang masuk PLKN dah kurus. Ye kot?


Dan aku nie jenis malas la nak cakap orang. Aku tak heran korang nak cakap aku makin gemuk ke ape? Suka hati badan aku laa. Aku kerja kat kedai makan,standed r. Macam kau tu kurus seumur hidup. Eh,dah la. Kadang2 kita tak baik mengata orang. Macam kawan aku sendiri dia dulu suka kata aku 'GEMUK' last2 dia jadi gemuk sikit. Sejak dari tu,dia tak nak ejek aku. Aku dah bilang tak baik mengata orang nanti kena batang hidung sendiri.


Memang aku mengaku,sejak aku darjah 6 berat aku 40kg. Itu pown masa zaman tu aku rasa berat giler !! Tapi sekarang,puihhh...lagi berat der. Orang kata masa remaja memang la,nanti diet la balik. So sekarang aku nak kembali normal. Kalau orang yang semangat giler nk kurus memang nak ke GIM tapi aku. Maleh la,buang masa aku je. Lagi satu,baik aku manfaatkan ape benda yang abah ada macam tali skipping. HAHA !


Pendek kata la,masa kawen kau dapat suami kurus ada 6pax semua. Bila dah beranak pinak,suami kau jadi gemuk,perut buncit. Berdasarkan pengalaman aku dengar cakap orang tua dari BUSU BEDAH. HAHA. Kelakar sebab dia cakap dulu husben dia KURUS MACAM ANAK DIA yang sulung tp sekarang kalau berjalan perut lebih dulu dari kaki.


Serius,mood aku sekarang berubah2. Kejap nak marah kejap cool. Haish,pape jela. Sorry !

Nota jiwa : aku mesti kuat !!!!!


Wednesday, March 23, 2011

Result SPM bukan tanda noktah bagi aku.

Yeah,tahniah la kepada yg dapat cemerlang. Yang kureng tu,jangan risau. Org selalu bagi nasihat kat aku,"its not the end of the world". Pape jela. Banyak bende lagi aku kena fikirkn. Patutlah aku tengok akak aku sibuk2 check email,update hitu hini masa dedulu. Sekarang aku pula. Aku rasa yang terbaik is aku berdoa kepada Allah mudah2an diberi petunjuk. Aku tak mampu nak fikir pape.


Lepas dapat result tadi,aku terus bla. Aku tak nak tunggu. Aku redha. Aku bersyukur dengan kebolehan aku. Percayalah,aku tak kuat sebena
rnya tadi tapi mak ada teman aku. Aku makin tabah.


Ye,aku dah check kos ape yang sesuai. Aku pilih UiTM. setakat ini aku suka UiTM. Sebab akak aku ada. HAHA. Entahlah,U lain aku tak tahu ler.
Bukan aku memilih. Dan aku dah mohon KPLSPM,Kursus Penguruan Lepasan SPM. Nak kata confem dapat tu,den tak tahu ler. den tahu mohon je. Selebihnya,aku serah pada Allah swt.

sila kelik kasi debab !


nota jiwa : aku tak sedih tapi aku kecewa 'kawan'. Aku sayangkan kawan2 aku. oke,diam !

Monday, March 21, 2011

Melepak itu kerja mengisi masa lopong.

semalam pergi meronggeng Melaka. Sumpah,aku rasa macam malas je nak pergi sebab aku memang xde fulus. Tapi dah janji dengan Joyah,kena ler tepati ikotkan macam malas. Mula2 pergi tunggu satu tempat tunggu Izzah *best friend masa tuisyen.



Seriusly,bende ini memang tidak dirancang. Aku ingatkan jumpa Izzah sekejap tapi lepak sama. Lepas tunggu Izzah pergi Mcd kakak Joyah lapar.
Terpaksa le aku ikut.

*nisa + kak Ain.


Masa kat Mcd aku nampak kawan sekelas form5 aku. Tapi aku tak tegur hanya pandang macam tak kenal je. Biasalah,aku kan sombong sikit. Masa tengah elok2 lepak makan dengan akk joyah. Ada perkara yang tidak ku duga berlaku. Pendek kata,aku di USHA ! Itu je,oke aku tak nak kecoh2 la. Aku dah cermin muka aku dah. Dun't worry !! Tapi aku tak layan sebab aku tak tahu nak balas apa nanti. HAHAHA !

Lepas makan,pergi main bowling. MIBC. Omaiiigoo
dd !!


Aku memang buduh sikit bab bowling ini. Sumpah
tak reti main der. Tapi ada Abe sebelah lorong kami."perghh.kenapa kau handsome bang tapi macam suami orang ler pulek?"


Tapi aku main bedal je main bowling tu. Apa aku t
ahu aku baling je ! Jangan cakap laa,memang ada MASUK LONGKANG punya la. Kan aku dah cakap 'aku tak reti main !'. Aku jadi perasan kejap bila abe sebelah puji aku ! Kuang2. Nisa cakap dengan aku pagi tadi. Aku tak bangga r tapi riak sikit.


*malas nak bebel lagi,tengok jela gambar.

iklan gigi.



Aku TAK HOT la,aku kerek lebih.



Meng-gedik ! Biasalah tu.


nota jiwa : aku suka orang nak kenal dengan aku tapi aku memang tawar hati nak kenal dengan kau der. Takpe,nanti aku datang lagi ! HAHA. *menggila jap!

Saturday, March 19, 2011

fever lol !


Aku dah mula bersin !
tanda2 nak deman balik !
yeay,aku gatal minum ais blended tadi sedapp laa..
Aku tak dapat kawal nafsu ! HAHA !!

Friday, March 18, 2011

Tak de mood.


Ye..sekarang aku demam. Tak tahu ler sebab kena hujan balik tadi. Tapi memang aku tak sedap tekak,hidung rasa sakit2. Memang menyakitkan. Dan hati juga sakit. Sakit sebab apa? Entah la. Sekarang aku sangat nervous sebab 23hb ini confem ! result keluar. Aduh..bertambah sakit perut aku ha. Doakan aku yang terbaik. Aku sangat takut !!!


Oke,tadi aku dah beli number pin untuk apply jadi guru. Aku ingatkan tak ler ramai orang yang berkenan jadi guru tapi ramai juga. Aku ingatkan aku. Huh,ramai sunggoh !


Dan tadi juga FIRST TIME aku pergi kedai motor sebab nak betulkan motor abah. Aku ini agak pemalu + penakut. Tapi disebabkan aku kamcing dengan abg minyak *abg kt kedai motor tu. Aku gagahkan diri pergi. Nanti tak pasal2 tak dapat bawa motor lagi. Bila aku sampai je kedai tu. Aku agak malu2 nk cakap,tapi aku berani selamba cakap dengan abe tu. HAHA!

Aku : Bang,mana abg M???? Dia,dia,dia..????mana??
Abg India : ttuuuuu . *tengah repair motor,aku tak nampak kepala dia. HAHA.
Abg M : haa..kenapa??
Aku :bang ! kau handsome laa hari ini?? *senyum sinis.
Abg M : HAHAHA..
Aku : Alah..tolong ler. Rantai motor kendur ler.. *sambil turun dari motor.
Abg M : ohh.. Ko tolong betulkan motor dia. *mengarah abg India tu.



Aku sekarang dah pandai membodek orang. HAHA. Macam abah pagi tadi,minta duit nak topup. Yerla,poket aku kering. Terpaksa usha abah demi kepentingan aku. Tak boleh buat selalu nanti susah nak bodek lagi.



nota jiwa : hampa + kecewa. Oke,diam !

Thursday, March 17, 2011

Loading.

memang betul ler,FACEBOOK nak kena maki dengan aku. Lambat giler loading..!


Aku nak tukar picture baru tapi tak boleh ! Server lambat GILER loading. Aku dengar orang kata 'facebook bulan 3 nak tutup?' Betul ek? entah laa..tak ada pula dalam surat khabar. Kesian nanti dak MARK ZUCKERBERG. HAHA.


Aku nak ucapkan TERIMA KASIH laa sape yg followe
rs aku. Aku rasa makin bertambah laa sekarang berbanding dulu. Aku suka blogwalking sekarang. Sebab aku rasa sayang kat mereka yang jadi followers aku.


Oke,ini je sempat aku ambil. Ada tu aku dah lama aku follower dia,bila aku tinggalkan jejak baru dia follower. Its okey. Aku tak kisah. Dan hari tu,ada sorang tu siap post pasal aku. Makk aaiii,malu aku bila baca. Tapi aku lupa siapa dia? SORRY DEAR. Kadang2 kita follower blog tu,dia tak follower. Maybe tak perasan kot? Tak pelah. Halal je.


Aku ini nak kata pro dalam blog,tidak laa cuma aku sedang belajar cara berblog dengan baik. Dan aku suka baca blog yang feymes2 dan professional. Dulu blog aku paling sengal macam blog kanak2,tapi bila baca blog otai2..aku rasa banyak kurang dalam blog aku. So belajar dari kesilapan.


Ini je aku mampu make upkan blog aku. Aku suka simple2 je. Kalau nak over2 ini tunggulah aku ramai kawan lagi. HAHA!

Sepupu baru.

Aku sangat penat balik dari Selangor tadi melawat sepupu baru aku. Huish,walaupun bukan aku yg drive tapi aku terasa penatnya seharian berjalan. Huh,nasib baik aku cuti kerja.


Nur Dhiya Fahima. *kalau tak salah ler ejaan aku.

Dan hari ini dalam sejarah,tak pernah2 aku makan IKAN PATIN. Aku dapat rasa juga masakan nenek saudara aku. Gulai tempoyak Ikan Patin. Bolehh laaa tahan !



Sebelum aku sekeluarga bergerak,sempat lagi aku ambil gambar dengan si kecik ini. Nasib baik mak dia sporting giler. Aku layann jela.


okelah,aku memang suka semakkan muka aku dengan gambar entah hape2. So ini gambar sengal yg aku buat. Aku tak suka upload gambar sengal2 aku. HAHA. Actually,masa pergi aku pakai SHAWL dan balik aku pakai TUDUNG SAJI ! eh..salah..TUDUNG SARUNG laa.. Senang mudah dan cepat aku nak sarung. HAHA.
*silalah abaikan gambar sengal aku tu,kalau tak SUKA.


Nota jiwa : aku busan hidup dalam kesepian. Mungkin takdir hidup aku. Aku pasrah.

Wednesday, March 16, 2011

New ?


Esok aku cuti kerja sebab nak pergi KL. Untuk melihat makcik aku punya baby girl dia. Bukan yg atas ini,itu bukan baby dah. Picture tu di ambil masa 2009,hari perkahwinan kawan aku punya akak. Bukan aku yg kahwin. Budak perempuan tu comel,mempunyai mata bulat,bulu mata lentik ! Jeles beb !



Nota jiwa : jiwa aku kacau ! Dem !!

Tuesday, March 15, 2011

alhamdulillah.


Kawan aku kata aku dah "gemuk". So ada aku kisah? Biarlah orang nak kata apa,asalkan aku tak kacau hidup mereka. Allah telah ciptakan aku jadi begini. Aku redha. Aku tak pernah menyesal jadi begini,lagi aku bersyukur sebab aku sihat. AMI
N.


Sekarang aku dalam dilema sebab menantikan keputusan SPM keluar. Macam2 tarikh aku dengar tapi semua tak kena. Hanya TV je aku percaya,kalau tersiar lah nanti. Aku jadi nervous since aku dapat mimpi pasal result hari tu. Nak menangi
s aku dapat mimpi tu. Tapi mimpi itu mainan tidur je.


Hari tu aku view page kau. Aku tak rasa pape dah sebab aku dah tak ada perasaan pape kat kau. Kau telah menghilang since nak SPM chemistry. Aku ingat lagi hari tu,last 'KITA' jumpa. Mungkin kau bukan jodoh aku,sorrylah. Aku nak lup
akan kau. Aku dah ada pengganti kau 'kot'. Jangan pernah datang dalam hidup aku. Aku dah HALAU kau. MAAF !




*klik kasik besar.


Erk? Birthday dia esok.Cepat dia tua ek? Tak sangka. Btw,dia adalah kawan baik aku. Susah nak cakap tapi dia memang kawan aku yang positif ? im not sure. HAHA. Kadang2 dia sengal sikit,perangai lebih kureng sama dengan aku. Sorrylah kalau ada siapa2 jeles,sebab setahu aku dia single. Dan aku setia aw kat dia sebab dia bestfriend aku. HAHA. FULLSTOP !


nota jiwa : belajar hidup dalam kesepian.

Sunday, March 13, 2011

Boros.


Duit gaji bulan 2 habis shopping tadi. Giler ta
k giler? Wa beli jam jenama POLO CLUB tapi sales time tu. Kalau harga sebenar memang MAHAL nak mampus tapi lepas diskuan. HAHA. Wa berani beli lar. *sorry,no picture. Aku malas nak ambil gambar sebab aku kena pakai camera,buang masa aku je nak pindahkan gambar dalam lappy. Tapi abah telah membuat aku curiga sebab abah suruh bawa jam tu pergi kedai tengok dalam dia ORI ke tak? *aku dah start risau kalau tak ORI.


Pape pown,aku puas hati shopping pakai duit aku 100%. Mak hanya teman aku je. Baru aku tahu betapa BOROSnya kalau shooping pakai duit bapak aku dedulu. Kesian abah,dulu masa aku tak kerja,ajak pergi shopping beli macam2 tak kisah ada duit ke tak? sebab abahkan ada. Tapi bila dah kerja,belanje pape pakai duit sendiri baru
ingat nak berjimat.



Kau bajet kau bagus r? Aku sabar jela dengan peel kau.


Nota jiwa : aku agak kesunyian tapi aku mendiamkan diri. sabar jela,Allah itu maha adil.

Saturday, March 12, 2011

Terlepas?Terkasar?Tersasau?


Aku garang tapi aku tak kuat nak lawan perasaan aku.


Sebenarnya aku tetiba rasa sedih bila nanti aku nak berhenti kerja. Bila nak berhenti,tak tahu lagi. Nak katakan orang kat kedai tu,macam family aku je. Rasa macam sayang sangat nak berpisah dengan orang baru kita nak rapat. Rasa sedih pown ada. Aku rasa aku bakal merindui kedai makan itu. Then,orang yang datang order makan macam Abg Minyak ! Oucchh,mesti aku rindu nak usik dia.


Macam2 orang aku telah kenal. Semuanya baik dengan aku. Walaupun mula2 aku kerja,aku pendiam tapi sekarang aku bukan lagi pendiam. Aku dah berubah. Biasalah tu. Aku selalu gurau kasar dengan nisa. *kawan baik aku. Sampaikan aku dah pandai cakap nogori dan kelate. Itu pown sikit je. Kelate itu aku main taram je cakap. HAHA!


Best tau kerja kat kedai makan. Sebab dapat makan free,minum free. Kalau ada makan lebih,boleh bawa balik. Untung giler !! Nak pulak,bos kenal aku. Lagi aku suka. Ramai orang cakap kerja kat kedai makan senang,tak payah pakai duit nak beli makanan kat tempat lain. Then,nanti dapat lah ilmu memasak. Aku sekarang tahu buat chicken chop je. Kalau masak benda bergoreng macam nasi goreng,aku rasa macam senang tapi aku malas nak belajar.


Kadang2 orang cakap makanan kat hotel sedap2. Ada orang cakap dorang pakai wain,kalau kat kedai aku kerja dorang pakai sos sotong dengan minyak bijan dan AJINOMOTO. Aku tak suka makan AJINOMOTO tapi apakan daya,makanan yang diperbuat dari benda itu sedap2 belaka! Itu berdasarkan pengalaman seorang tukang masak. Jangan nak salahkan aku? menuduh ke ape? Aku sekadar kongsi. Harap maklum.


nota jiwa : aku sangat malu insiden pagi tadi. Aduh ! menyesal tak sudah. HAHA!

Friday, March 11, 2011

busy lah sangat;

Macam tak percaya je dah nak cuti. Kalau dulu time sekolah,aku paling tak suka cuti sebab nak pulak form 5 banyak kelas tambahan der. Sampaikan aku kena skip tuisyen la ape la. Tapi sekarang bila dah kerja,cuti dah TAK ADA makna sebab cuti is cuti,kerja tetap kerja. Tapi lagi lesen P motor aku tak buat lagi. Aku malas betul nak ambil cuti sebab nanti potong gaji. Baru nak dapat gaji masyuk2 kena ambil cuti. HAiyaahhh!


Tetiba malam tadi aku terdetik 'kalau aku jadi cikgu oke tak?'. Actually,aku risau kalau nanti aku pilih kos then bila nak kerja tak ada. Aku risau itu je. Kelebihan jadi cikgu ini best,senang nak cuti. Kalau hujung tahun boleh relax2. Macam parents aku. Mak suruh aku try tapi hati aku entah ke mana? Aku bukan tak nak tapi aku sendiri tak tahu masa depan aku macam mana. Aku risau pasal result aku ha? Ada kata 23hb laa,24hb laa.. Pening2.


Kadang2 aku tak faham dengan orang. Kenapa mesti nak tunjuk pasal pakwe kau? Saja nak suruh aku jeles ke? tapi bila lama2 dia buat post mengenai pakwe,busan la orang baca. Dan aku kalau buka page orang ada pula lagu? Alahai lemah betul aku,kadang2 lambat loading. Mulalah aku bengang malas nk tunggu lama2. Sorry ! Blog aku dah berubah sejak aku dapat ilham dari sorang blogger ini. HAHA. Belajar dari kesilapan. Itu je mampu aku cakap.


Nota jiwa : aku tak ada mood nak update lawo2. Sebab aku tengah tonton tv3.



Wednesday, March 9, 2011

Broom,broom...

"Lajunya pakcik bawa motor ! Saya bawak 60km/j je !"
Nenek dah pesan, "jangan
bawak laju2 !"
Aku akur perintah nenek. HAHA.
Mentang2 la aku baru dapat lesen L,nenek tak kasi aku bawak motor. Aku bengang tapi aku degil nak bawak juga. Abah o
ke je,mak pown same.
Bila tengok orang bawak laju,aku rasa nak je ikut tapi ingat pesan nenek. I tak berani !


he is my superb crazy sedara ! HAHA !
itu point nak kenakn aku,biasalah.

Tuesday, March 8, 2011

Ohhhmaaaiiidearrr !


macam tak percaya ada orang sudi simpan gambar buruk aku ni. HAHA. Masa form 3 aku rasa. Yeah,sangat tak hensem aku time tu. *apehal lak tak hensem? Aku agak terkejut sebab dah lama tak menatap muka sendiri masa tahun lepas2.


Aku sebenar tak ada mood nak on9 tapi bosan. Membuta time magrib sampai2 je bangun makan. Ini pown ngantuk lagi,akibat tak cukup tidur. Mood aku sungguh mencabar hari ini. Apalah nasib aku ??


Aku tengokkan abang ini dah kahwin tapi umur baru 24tahun. Tapi perangai tak macam orang dah kahwin tapi anak dah 3 orang. Kenapa mesti dia nak mesej dengan perempuan lain? Bini dia tak marah kew? Kesian bini dia,dia asyik syok perempuan lain. dah ada bini nak pancing anak dara orang. *ish2.


nota jiwa : -aku remove kau ! *sorry
-aku tahu kau on9,tapi aku tak nak tegur dah. Biarlah aku rasa sakit hati,malas
nak kawan dengan kau lagi.
-bengang dengan sorang mamat.

Monday, March 7, 2011

Malu gila !

Aku malu giler bila call kawan aku yang bernama lelaki. Selama ini aku JUST mesej je dengan dia,tak pernah main call2. Tapi tadi aku call pown ada sebab nak tolong dia. Dia boleh pula cakap suka dengar suara aku. Pergghh,aku malu bila teringat apa aku cakap dengan dia. HAHA. Tapi kenapa aku nak malu dengan dia pula?


nota jiwa : aku TAK tahu kenapa kawan aku sorang ini obses giler dengan lagu korea? Aku cuba nak mendengar lagu korea tapi aku tak kan paham. HAHA!

Sunday, March 6, 2011

Lelaki idaman perempuan.

Kalau sebut pasal lelaki semua fikir nak lelaki macam mana la? Pakwe aku ansem ke? Tapi aku malas nak cakap pasal lelaki macam mana aku suka sebab kadang2 apa yang kita dambakan tak semestinya dapat. Malas nak bebel panjang.

  • perempuan suka lelaki ada 6pax? *err..aku ada kawan yang sangat obses lelaki begini?
  • Perempuan suka lelaki yang pakai baju putih. Puihh,suci muka kau nanti. HAHA.
  • Perempuan suka lelaki yang sederhana. Macam aku la,tak suka lelaki yang kaya tapi budi bahasa hampeh.
  • Perempuan suka lelaki yang rambut pendek. Tapi kalau yang rambut panjang tu biarlah kemas tak nampak serabai sangat.
  • Perempuan tak suka lelaki yang ego. sebab kalau gaduh payah nak berdamai.
  • Perempuan suka lelaki yang dukung baby. Nampak sweet der,macam bapa muda ada anak. HAHA!

Walau apa pun dia lelaki,biarlah hati dia baik. Jangan pandang pada rupa paras,harta,pangkat dan else TAPI hati itu lagi penting.

dia baik,tapi aku bukan kakak yang untuk dia. MAAFKAN AKU.

Berdikari.

  • Dah dapat Lesen L motor. Entah bila boleh bawa motor round the world. Abah tak kasi selagi tak tampal L kt motor dia.Dem!
  • esok aku kerja ! dem,paling tak suka dah !
  • Tadi dah bank in gaji aku.Moga2 selamat gaji tu di sana. HAHA!
  • Tadi dapat makan lauk ikan pari walaupun permintaan aku melampau,mak tetap masak yang baru untuk aku. *senyum lebar.
  • Hari ini dah banyak kali aku dengar lagu 'tak ku sangka,tak ku duga' by Apit. Aku suka dengar sampai lebam. Biarlah aku ketinggalan zaman berzaman.
  • Sumpah,aku takut result spm dah menyeru2 aku. Aku masih begini,aku ketakutan. Apa nak buat,dah nak keluar bulan 3 ha. Berdoa pada Ilahi.


2010.

Saturday, March 5, 2011

Aku tak faham kau.



Aku tak tahu apa masalah kau suka sindir aku. Aku ingatkan kau ini baik dan sopan. Tapi hampeh. Kau dasat ! Aku tak faham kenapa kau suka sindir aku. Nak katakan apa aku makan dan minum dengan mok,kau tiru kami. Aku tak suka ! Kadang2 aku tak tahan dengan cara kau,tapi aku mendiamkan diri.


Kadang2 kau gelak terbahak2. Ye,aku tahu kau lelaki. Apalah sangat kalau lelaki gelak macam itu gaya? Tapi tolonglah aku dah mula meluat dengan kau. Mula nak runtuh gunung kesabaran aku. Aku sakit hati bila kau sindir aku ,perli aku macam2. Aku tahu aku hanya boleh bersabar. Oke,aku diam.


sedih aku bila nanti tak dapat pergi KL nak tengok makcik aku punya baby. Ciss..ini gara2 kerja akak aku saja dengki tak nak bagi aku pergi. Oke,sekarang aku busan sebab tak tahu nak buat apa. Terlalu busan sampai tak nak tidur walaupun penat.

Thursday, March 3, 2011

Bahagia hanya sementara.

  • Dah dapat lesen L motor je. Bangga sikit. HAHA! Tapi tak tahu bila nak pergi ambil,rasa malas. Berita ini aku share dengan kawan aku,dia ucapkan tahniah. Aku rasa terharu sikit. Sebabnya,ada la.
  • Aku nampak Abdul Qayyum tadi. Tapi aku pandang dari jauh. Aku dah tak tahu nak fikir apa. Kami lost contact,sampai bila? Mungkin selama2nya.
  • Tolonglah jangan buat aku meluat dengan kau. Aku call kau cuma aku share masalah aku dengan kau. Kau nak sangat tahu,aku cakap lah.
  • Bila aku nak berhenti kerja erk? Mybe bulan 3. Nenek kata "bersabar jela mira". Tuhan saja yang tahu apa aku rasa.

nota jiwa : aku penat + malas nak letak gambar. Entry merapu2 je weyyy...



Wednesday, March 2, 2011

Nenek aku AWEK MUDA?



Aku dapat idea sebab petang tadi aku melepak dan tersepak dengan mak + nenek. Ini sebab kecantikan kot. Alah,pendek kata aku nak cakap pasal orang berkata yang nenek aku ini AWEK MUDA nyaahhh..!! Aku agak tercekik bila dengar orang sebut begitu. Bukan apa laa,aku pelik. Dorang ini buta ke apa? Nenek aku dah 60an !! Bukan mudo lagi der.


So,aku dapat satu petua dari mak punya kawan dia
cakap. Masa zaman dia muda2 dulu,kalau duduk rumah dia akan pakai bedak,gincu dan celak. Bagi korang mesti ini giler an? Ada ke kat rumah nak lelawa,kalau dengan suami takpelah juga. Yes,aku pown fikir camtu. Tapi nenek aku pown cakap,dia pown pakai bedak bila duduk rumah sejak muda dulu.


Kebiasaannya,terutama the ladies laa..make up bila
time nak keluar jalan2. Same ler dengan aku. Tapi sekarang aku tak layan make up,sebab aku tak suka dan tak reti. Cuma pakai sun block je. Patutlah nenek aku kalau lepas mandi,dia pakai bedak walaupun duduk rumah. Hasilnya,bila dia berumur macam sekarang she looks like pretty women? Yaww..bangga aku jadi cucu dia. HAHA! Kalau korang rasa logik,korang try lah dari sekarang.


Mungkin ada yang tak percaya,tapi kenyataannya ram
ai orang kata nenek aku muda lagi. Alhamdulillah,nenek aku sekarang sihat cuma sakit kaki. Mungkin sukar nak percaya tapi percayalah semua ciptaan Allah itu indah2 belaka.


*adakah aku pewaris macam nenek? HAHA! **JOKE!

Tuesday, March 1, 2011

Fikir,buat dan hayati.



  • Ada orang cari pasal dengan aku hari tu. Tapi aku abaikan. Malas nak fikirkan sangat. Sebab aku bukan kawan dia lagi.
  • Aku penat sangat hari ini. Kenapa aku diduga sedemikian ? Aku hanya mampu buat mereka tergelak dengan gelagat aku tapi bila aku dah berhenti,jangan rindu aku nanti. :(
  • Kawan aku menyebut nama dia. Aku hanya membalas "pergi lantak sama dia ! ". Aku speechless,tolong jangan ingatkan aku pada dia lagi.
  • Aku lebih suka bersendirian,berjalan sorang diri bukan ler mcm orang giler tapi aku suka buat begitu ! Biarpun kadang2 aku penakut tapi aku memberanikan diri !
  • Aku mahu ketenangan.


nota jiwa : rindu orang yang aku sayang.