Tuesday, January 8, 2013

1 more left

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, hari ni selesai paper Data Structure and Algorithm. Paper tu sangat awesome. Aku study soalan final sem dulu-dulu takde pun nak sebijik yang sama. Sedih je. Nak nangis je hadap soalan susah-susah. Tapi nak buat macam mana. Kenalah jawab juga.

Dalam banyak-banyak paper, paper kali ini aku keluar awal. Awal setengah jam je pun. Hahaha. Aku dah tak larat nak tunggu sampai habis masa. Perut sudah lapar dan mengantuk. Apa soalan yang aku harapkan keluar, tadi tak keluar. Lecturer pula tak bagi hint, macam tak bagi student lulus je. 

Tapi apa-apa pun aku bersyukur pada Allah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan. Sabtu ni aku akan balik Melaka. Mak dan Abah datang jemput. Sangat gembira bila abah boleh datang jemput. Lagipun exam aku habis Jumaat,so boleh suruh dorang ambil. Hahaha. Jimat masa aku kalau duduk dalam bas, so bored. Dahlah sorang-sorang, tidur jela kerja aku.

Bila last paper ni,aku rasa malas gila nak STUDY. Nafsu malas dah datang dah !. Tapi mak pesan study untuk exam. Hihi. Tak sabar nak tunggu mak abah datang Sabtu ni. :')

p/s: terima kasih ya Allah.

Friday, January 4, 2013

Data is loading.


Assalammualaikum..

Alhamdulillah aku dah selamat jawab 3paper. Rasa nak gelak je jawab paper tadi. Beriya la menghafal bagai nak gila. Sekali yang keluar lain. Rasa nak jerit je. Tapi alhamdulillah dapat jawab dengan baik. Ada juga part yang aku kurang yakin tapi aku cuba jawab jela. Mana tahu rezeki ada kat situ.

Bila habis exam tadi, aku layan movie kejap sampai petang. Aku rasa macam ada tersirat dalam hati aku. Macam ada perasaan tak puas hati. Sekurang-kurangnya tengok movie, aku lupakan kejap. Fikiran aku rasa kosong sekarang termasuklah perut. Perut aku menandakan lapar. Aku tahan.

Aku pandang laptop dengan muka ketat. Aku tak puas hati. Ya Allah kenapa? Aku tahu aku manusia yang lemah. Aku hanya mampu bersabar. Sayu je hati ini. Hmm..sabar mira. Aku tahu ini semua dugaan dari Allah.. Bukan senang nak berjaya, kalau kita tak lipat gandakan usaha kita. Tak semudah itu Allah nak bagi kejayaan kat kita. Kita harus terus bersabar. 

P/s : bila susah barulah kita ingat kat pencipta kita. Manusia oh manusia.