Monday, September 30, 2013

Monday.

Assalammualaikum.

Hari ni sepi+boring+stress bila takde kerja nak buat. Setiap hari aku akan hadapi hari-hari bosan camgini kalau takde TASK. Sob sob. Hari demi hari, report demi report aku biarkan tergendala. Aku benci nak update sebab aku akan stuck nak kelentong apa lagi. Bila praktikal, aku rasa tiada apa yg aku belajar. Belajar menjadi budak suruhan org.

Ku buka instageram, nothing.
Ku buka whatapp, nothing.
Ku pandang skrin handset, nothing.
Ku buka email, nothing.

Apa lagi aku mampu buka,aku buka CUMA Facebook saja aku tak boleh nak buka. Kesian!

Sedihnya aku duduk di sini, tanpa elaun aku melopong setiap bulan. Aku jadi serba daif, di mana boleh aku cari duit utk isi minyak kereta. Allahuakbar sedihnya.

Pagi tadi,aku terlanggar batu penghadang jalan. Aku kelam kabut sebab dah lambat nak sampai ofis. Kebetulan pagi ni, tiada kereta yg parking di tepi jalan itu. Selalunya,dah penuh. Habis kemek rim tayar. Rasa sayu tengok akibat kecuaian aku sendiri. Subhanaallah.

Ya Allah, permudahkan perjalanan ku setiap hari. 

Friday, September 27, 2013

My Friday


Assalammualaikum.

Seriusly, hari ni aku bosan teramat sangat sebab takde kerja. Aku ni pula takut kalau nampak BOS mcm trauma sikit. Yela, sebab BOS ni muka dia ada lain sikit. Kalau tengok je terus jadi takut. Haha. Power kan?

Kadang-kadang aku cuba jadi cool dengan orang yg lebih tua dengan aku. Hmm...ada yg okay lah dan ada yg tak okay. Kalau yg okay tu, aku selesa nak tegur. Kalau yg tak tu, aku kurang sikit.

Bila tengah praktikal ni, aku rasa macam hmmm "kan best dapat company yg best-best? Bos sporting? Ada elaun? " Kenapa nasib aku begini?

When people asked me "how's your intern?" , "How much your allowance?" 

Aku rasa malas nak jawab sebab NEGATIVE !
No allowance. Rasa menyesal pula minta company camgini ! Kalaulah aku tahu, dari awal aku tak ingin datang sini. Masa mencari tempat praktikal dulu, memang susah sebab masa tu aku tengah study kt Pahang. So peluang nak balik Melaka, amatlah tipis. Mengharap search kat Google je. Tu pun nasib-nasib je dapat cari.

Nak minta tolong orang lain, malas sebab tak susahkan sape-sape. 
Dulu aku pos resume, ada dalam 10 tempat. Hanya 1 tempat je yg reply. Sedihkan?

Akak-akak kat ofis ni kesiankan kat aku sebab bosan takde kerja. Maybe sebab aku takde elaun, dorg kisah dengan tak kisah nak bagi kerja kot? Dorg nasihatkan aku supaya SABAR jela. Pengalaman praktikal. Hmm.

p/s : lambatnya tunggu pukul 5pm. hmm

Wednesday, September 25, 2013

Pengalaman buat kerja.

Assalammualaikum..

Bila perut sudah kenyang,mari menulis di sini. Hari ni aku bawa bekal je, bekal nasi goreng nenek masak. Dari zaman sekolah, aku dah biasa bawa bekal cuma tak selalu jela. Depends pada nenek buat sarapan pagi, kalau dia masak lebih boleh buat bekal.

Tapi pagi tadi, nenek awal-awal dah siap bekalkan untuk aku. Selalu aku buat sendiri,tiba pagi ni nenek masukkan dalam bekas. Aku pun ambil jela, sebab aku malas nak beli makan kt luar. Kalau makan kt luar, harga mahal. Nak menangis aku keluarkan duit nak bayar. Hahaha.

Mahal bukan apa? Order nasi goreng tom yam RM 7.00. Bagi aku mahal sebab aku praktikal takde elaun. Tumpang duit abah & mak utk belanja.

Eh dah lari topik ni?? Aku nak cerita pasal dua hari lepas. Aku parking kereta depan office, letak kupon parking utk SEJAM saja. Dah kotak parking tu tulis besaq-besaq " SILA LETAK KUPON". Aku ingatkan nak parking kejap,memandangkan datang office org kan? Org minta tolong buat kerja je.

Sekali aku buat kerja sampai lewat petang. Masa aku nak solat zuhur, aku pergi ofis lagi satu sebab nk pinjam telekung kakak kat ofis tu. Dalam pkul 3.00 lebih aku solat sebab sibuk buat kerja. Terpaksa solat bergilir-gilir dengan kawan aku sorg.

Selesai solat,aku keluar ofis nak g naik ofis atas. Tetiba !!!!

Aku nampak pakcik memakai pakaian seragam naik motor. Dalam hati aku cakap "kenapa ada Polis kat sini??". Lepas tu,aku terus pandang arah kereta aku parking sebab aku tahu kenapa ada pakcik tu. Depan kereta aku, ada lagi ABANG handsome berpakaian seragam tengah keluarkan SAMAN. 

Aku dengan pantas, berlari pergi naik ofis atas nak ambil kunci kereta nak alihkan kereta. Semput aku lari dahlah kena naik tangga sikit. Huh!

Dapat je kunci,terus aku meluru ke kereta. ABANG handsome berkaca mata coklet tu, tunjuk jari ke arah kereta aku. Aku dengan selamba jawab " Aah, saya nak alihkan !!" sambil senyum sebab ABANG tu handsome. Bangga sebab dapat menumpaskan ABANG tu dari SAMAN aku. Haha.

Kalau kena SAMAN, kena bayar RM 30.00 woii ! Mana aku nak cekau duit. Tak naklah sebab kecuaian aku,nak minta abah duit bayarkan.

Aku ingatkan orang berpakaian seragam aka Majlis Perbandaran Melaka takde lalu tempat tu. Hahaha. Rupanya ada ! Belah petang sikit, dorg lalu. Memang aku tak pernah perasan masa tu, sebab selalu juga datang sini baru hari tu 1st time nampak muka dorang.

Nasib baik ABANG handsome yg hampir-hampir nak menyaman aku. Kalau tak, puas aku nak tackle usha jgn bagi SAMAN. Kalau dapat yg tua, confirmlah tak layan belas kasihan org perempuan. Kehkehkeh !

So the moral of my story, jangan ambil mudah dengan benda remeh-temeh macam kupon parking. Padahal aku paling malas nak pergi tambah kupon parking lagi sejam ke apa? Hihihi. Jangan sangka ABANG handsome tu tak lalu tempat macam tu, dorg lalu mungkin waktu kita tak nampak? Manalah tahukan? Dorg pun nak cari rezeki.


Okay this is my task for today. Kena update database, eh baru tulis data dalam Excel. Belum proceed into database. Hahaha.


P/s : Meja sebelah aku ni pangkat makcik, pakai TAB kau. Yela,makciks zaman sekarang dah pandai guna TAB ni. Aku je tak lagi. Insyallah one fine day,ber-TAB lah kita ! HAHAHA.

Saturday, September 21, 2013

Powerbank PINENG dari The Faiz Ibrahim

Assalammualaikum.

Hari ni penat sikit sebab aku kena kerja. Tapi takpe demi praktikal, kena dengar cakap bos. Hahaha. Eh, lari topik pula. Aku nak cerita sikit pasal POWERBANK yg nak dekat sebulan aku guna,baru nak update sini. Hahaha.

Aku dah lama usha powerbank yg best dan puas le hati nak pakai. Masa awal-awal perkembangan mengenai POWERBANK ni,aku macam blur apa itu POWERBANK? Bila orang duduk cakap pasal PB,aku rasa macam "eh benda macam kotak tu untuk apa?" , "macam ipongg baru je?". Orang kuno macam aku yg ketinggalan gajet terkini, memang selalu mcm tu.

Bila dah lama-lama, aku kaji selidik apa tu PB. Bila dah kaji, aku fikir berguna juga kalau aku ada PB ni kan? tapi harga dia "mak eihh mahai yee!!". 

Sehinggalah terjumpa The Faiz Ibrahim . Aku saja usha-usha baca dulu, nak beli tu masa tu memang takde bajet. 

Bila dah pakai smartphones cikai ni, hp aku cepat battery low kalau on Wifi. Takkan aku nak bawa plug charger pula kan? So kalau pagi tergesa-gesa nak pergi kerja, sampai dalam kereta battery dah low. Alahai hp ni, time aku perlu kau lah buat hal. 

Bila aku tengok instagram macam artis, blogger terkenal dll dorg dah update pasal PB dari The Faiz Ibrahim ni. Aku macam eh? Bila aku usha lagi sekali, nampak produk PB dia mmg superb ASLI. Tengok testimoni customer dia, mmg berbaloi kalau aku beli. Hahaha. Tak rugi la maksud aku.

Aku pun puas hati niat nak membeli makin membara. Waktu aku usha lagi sekali tu, The Faiz Ibrahim dah ada official laman web okay ??!! Iaitu TFI



Masa nak beli PB tu, memang susah sikit dan memerlukan kesabaran yg tinggi sebab stok dia cepat giler habis !! Aku kena alert kt facebook TFi juga,sambil-sambil nak order. Nasib tak menyebelahi aku masa tu, 2kali aku miss nak order sebab dah habis. Sob sob sob.

Kali ke berapa entah aku view TFI laman web, dah daftar jadi member dulu..terus aku booked order PB satu !. Happy gile sebab aku dapat akhirnya order. Hahaha. Masa tu, redha je kalau dapat lambat. Sebab aku order dalam hari Khamis. Proses email hari Jumaat baru direply, sebab aku bank in duit Jumaat pagi. Hari Selasa minggu depan tu,baru sampai PB kat rumah. Yeayyy !

Tapi serius gua cakap, servis dengan TFi ni bagus. Even macam kes aku,lambat bank in duit dorg still booked utk aku. Sebab ada sesetengah bisnes online ni, dorg tak kasi nak booked lama-lama. aku risau la,takut terlepas PB aku order tu. Bila ber-reply email dengan TFI, dorg friendly sangat. Even lambat, tapi puas hati dengan email dorg balas. Kata-kata yang menyakinkan customer. Ceewwahh !! Syabas TFi.



Inilah PB aku warna GOLD 11,200 mah. Sticker nama tu,aku punya sendiri okay. Dah guna cas hp 6 kali. Ni tengah cas PB sebab dah tinggal 1% je. Berbaloikan? 

Ada PB yang boleh tahan sekali je cas hp,then dah low battery PB dorg. Guna PB Pineng ni puas hati SANGAT sebab produk berkualiti dan asli. 

So kepada anda yg mencari PB yg bagus, bolehlah usha TFi yer. Ada banyak jenis PB kt TFi,pilihlah yg mana korg suka. Confirm puas hati.


Tuesday, September 17, 2013

Mission accomplished.

Assalammualaikum.

Hari ni masuk kerja,rasa macam dah cuti lama sangat rasa malas tu ada. Penyakit malas nak masuk kerja je. masa punch card tadi,aku tak perasan dah 17hb. Sepatutnya guna kad kaler oren tu. Just terbalikkan je kad tu. Aku punya sebel tak terbalikkan. Bila kawan sampai, tanya kenapa susah nak masuk punch ni? Rupanya dia detect kaler oren je. Aku kad takde print waktu masuk. Sia-sia gua datang awal.


sumber : Google je pun. 

 Misi Pertama: Hari ni, abah pesan suruh cari dan beli terus casing handphone baru dia. Baru sehari beli, dah suruh cari casing. Aku pun terima jela sebab ada bagi duit belanja. Kalau tak bagi duit belanja, aku dah nak protes. Hahaha. 

Aku ni tak pandai nak cari casing lawo-lawo memandangkan aku pakai handphone cikai je. Usha punya usha satu per satu kedai, aku berkenan dengan kedai ni. Servis dia okaylah. Puas hati. Apa aku tanya ,dia jawab. Tokey tu Cina. Aku minta nak tengok casing Samsung Galaxy S4. Dia letak semua jenis casing tunjuk kat aku. Macam sindir aku ke apa ni? Haha.

Aku pilih yang nipis. Jenis flipped cover casing. (Betul ke aku tulis?). Sebab abah pesan nak yg nipis senang masuk poket. Aku pun iyee kan aje. 

Bila dah jumpa casing berkenan, warna pun TERANG. Abah nak warna camtu. Aku ikut jela. Bila aku pegang casing yg cun ni,tengok harga mahal gila woii ! Lari bajet abah. Bila cakap tak boleh kurang ke? Tokey tu bagi murah sikit aaa.. 

Harga kat kotak Rm89 tak silap aku,dapat kurang Rm60. Okaylah tu. Entah-entah casing tu dah berzaman tahun tak laku,tu sebab dia bagi murah. (Andaian gua je). Aku pun bukan pandai nego barang. 

Siap pasang screen protector semua harga RM75. Aku ingat nak minta kurang,tp kira dah murah masa tu. Takut tokey tu cakap melampau aku ni. Hahaha.

Settle handphone abah !!


Misi Kedua ; Adik aku dari semalam cakap "Nak asam!". Aku punyalah malas gila nak belikan sebab asam tak elok makan selalu. Dia pula sekolah lagi, berbadan besar. Takut nanti dah belikan,dah habis minta lagi. Oh pengsan !!

Since aku kerja kat area berdekatan dengan Mydin. Makin rajinlah family aku mengirim beli barang kt situ. So nak tak nak balik kerja aku kena singgah. Kalau tak dulu, datang Mydin berapa tahun sekali je. Hahaha.

So pagi tadi masa nak salam mak, 
mak pun cakap:"kalau beli utk ikram,belikan utk mak sekali eh? *sambil senyum ke telinga". 
Aku balas :" eh eh mak ni,same je macam Ikram. Yela nanti mira belikan".
Pandai mak aku mengakal aku beli lebih asam tu. Asam tu memang sedap makan,harga pun sedap. Sekali timbang entah berapa. Sob sob.

Kalau hari ni,aku tak beli mau adik aku mengamuk sambil bebel-bebel tak belikan. biasalah budak,apa tahu. Tahu order nak je,mana duit datang nak beli pun dia tak fikir. Adik bongsu la katakan,manja terlampau. huh!


p/s: dah aku kena sambung buat kerja.


Monday, September 16, 2013

Esok kerja.

Assalammualaikum.

Mata dah mengantuk,jam menunjukkan waktu tidur aku. Tapi gundah gulana memikirkan kerja yg aku postpone hampir seminggu. Aku begitu liat sekali utk sambung kerja tu. Mungkin sebab aku tak minat dengan kerja tu. Aku suka menangguhkan dahulu biarkan sambung esok.

Lagipun aku takde idea nak buat macam mana seperti mengikut kehendak bos. Baru aku sedari,kerja bawah arahan orang memang perit apabila bos tak berkenan dengan hasil kerja kita. Bukanlah aku buat tak semenggah tapi tak ikut kriteria dia. Orang macam aku baru 2tahun diploma, apalah hebat sangat dalam buat kerja ni. 

Memang menguji kesabaran ikut kehendak bos. Sampai aku bengang nak menghadap selalu. Bila sesuatu kerja tu bukan minat aku, aku mulalah menyalahkan sikap malas aku ni. Aku suka tangguhkan kerja. Kita dah cuba sedikit, tapi tak mampu nak teruskan sebab tak hebat dalam sesuatu bidang tu.

Alasan untuk malam ni online,adalah saja nak update blog. bukan nak update kerja yg ter-postpone tu. Inilah aku yg malas selalu. Masa buat Final Year Project pun suka melambat-lambatkan kerja hingga aku yg menyesal dipenghujungnya. 



Makan piza dengan Angah. Ihiks! Bukan selalu makan pizza ni. Sekali sekala dpt merasa alhamdulillah. 


p/s : semoga hari esok lebih baik dari hari ni.

Tuesday, September 10, 2013

Lagu feveret abah.

Assalammualaikum.

Bos tak masuk lagi,so dikesempatan ni aku curi masa kejap. Haha. Malas nak stress tengok kerja tu. 

2 hari lepas, entah macam mana abah terdengar satu lagu ni dari handphone makcik, dia suruh transfer kat handphone dia. Aku mula-mula dengar lagu tu,macam pernah dengar. Rupa-rupanya lagu ni.



Tegar- Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Puas aku dengar masa awal-awal abah suka lagu ni. Abah suka gila lagu ni sebab lirik lagu dia menceritakan kisah dia susah dulu dan sekarang dah senang. Aku dengar lirik dia mula-mula macam nak gelak je sebab sebutan dia macam kelakar. Tapi disebalik lirik ni ada maksud tersirat. Abah hayati gila bila dengar lagu.

Sampaikan masa makan, abah suruh aku mainkan lagu ni dari handphone dia lepas dah siap transfer dari handphone aku. Sambil abah makan, abah macam nak berjoget pun ada. Punyalah eksaited dengar lagu ni. 

Bila dah habis makan, abah berjalan pun berjoget weh !. Punya suka dia dengan lagu ni. Aku rasa abah ni dah kena penangan lagu Indon. Hahaha. Btw, lagu budak ni sedap la juga sebab budak ni baru je umur 11tahun. Suara dia boleh tahan. 

So bolehlah dengar lagi lagu ni sampai lebam. Aku pun dah terpengaruh dengan abah dengar lagu ni. Seronok jugalah. Hahahaha. 


pesanan : bos dah masuk. okay bye!