Tuesday, June 18, 2013

Alhamdulillah ya Allah

Assalammualaikum..

Alhamdulillah jatuh pada 18.6.2013 aku habis final exam utk last semester. Rasa nak menangis terharu semua adalah ! sebabnya aku tak sangka aku habis Diploma dah ni. Macam pelik je kan? tapi percayalah aku dah habis Diploma babeh !!


Macam mana the starting point masa awal-awal aku datang UMP, hari ni berakhir segala penderitaan, kegembiraan dan macam-macam. Rasa bersyukur kepada Allah swt kerana memberi aku kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik. Segala usaha aku adalah untuk masa depan aku kelak.


So lepas ni,aku praktikal pula. So far,dah banyak tempat aku usha. Ada yang dapat ada yang mengecewakan. Bila aku dah dapat, tak sesuai pula dengan bidang aku. Sedih. Semalam last minute,cari tempat praktikal. Risau aku dibuatnya sebab takut tak sempat. Rabu dah nak balik Melaka. Kena settlekan cepat.


Bila dah dapat ni, tempat tu agak jauh dari rumah aku. Tapi nak buat macam mana? Aku kena berkorban demi praktikal utk melengkapkan segulung Diploma aku. Harap-harap tempat tu best dan aku boleh selesakan diri bersama senior-senior. Aku ni beginner je baru. Haha



Ni roommate kesayangan cuma sorg lagi takde. 



p/s : semoga hari esok lebih baik dari hari ni.

Thursday, June 13, 2013

Final year student.


Assalammualaikum...

Minggu ni dan minggu depan sampai hari Rabu, aku last kat kampus. Lepas tu,aku habis diploma. Alhamdulillah, seronok rasa bila dah nak habis belajar tapi sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang masih belajar. 


Minggu depan, aku ada dua kertas lagi. Macam malas je nak belajar sebab lambat lagi. Hahaha. Tapi aku akan rasa menyesal kalau tak dapat jawab. Manusialah kan? Tak sedar diri memang macam tu.


Sepanjang dua tahun, aku belajar di sini. Aku ada ramai kawan. Kawan kt kelas, kawan kt bilik, kawan borak, kawan study dan macam-macam. Bila dikenangkan banyak masa aku habiskan bersama mereka, tapi hari ni aku rasa macam masa tu cepat sangat berlalu. Pilu hati hamba nak tinggalkan mereka. 


Sepanjang minggu study week, aku jaga hubungan dengan kawan-kawan. Sebab aku tahu minggu tu adalah minggu terakhir aku bersama mereka. Kalau kat dewan exam, mana sempat nak jumpa. Masing-masing sibuk dengan persiapan mereka. Aku pula sibuk dengan muhasabah diri sebelum masuk dewan. 


Kawan paling rapat dengan aku masa belajar ialah roommates. Yela, susah senang sama-sama. Bagi aku bila dah balik rumah, mesti aku rindu saat-saat bersama roommates. Sangat !. Ya Allah, kau berkatilah hidup mereka..permudahkan urusan mereka. Sesungguhnya aku sayangkan kawan-kawanku. 


Link ini khas utk siapa-siapa yg sedang mood nak exam, sangat berguna utk menambah ilmu or memantapkan diri. Have a enjoy reading !
http://dailyinfographic.com/cramming-for-your-exam-infographic/final-exam


p/s: mood nak study tapi kejap lagi kot.

Saturday, June 8, 2013

Dua minggu lagi bhai !


Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Macam pembaca berita dah aku ni. Well, mood study aku kurang stabil sikit. Akibat stress tengok coding kot. Ahaks! So mari kita update blog !!

This week dah start study week BUT aku rasa aku lebih focus pada paper mengira berbanding menghafal. Tang menghafal tu, memang ke laut aku rasa la. Sebab aku tak minat sangat. Hurmm. 

Semester ni aku ada 4 paper saja. Minggu pertama ,aku jawab dua paper dan minggu keduanya, dua paper lagi. Lepas tu merdeka sudah, boleh kemas barang laju-laju. Semester ni aku last duduk Pahang. InsyaAllah dengan izin Allah aku lulus semua subjek, maka secara rasminya aku habis DIPLOMA. Allahu rabbi, tak sabarnya rasanya.

Bila dah last sem ni kan, aku rasa macam mood nk study ni kejap datang kejap pergi? Biasalah diri tak sabar nk gulung tikar kat sini. Hahaha. apa-apa pun banyak perkara dan kenangan yang aku akan tinggalkan kat sini. Macam kawan-kawan, environment kt sini, tandas, katil, locker aku dan macam-macam. 

Setiap perkara yg aku lakukan masa membujang kat sini aku akan rindu. Allahhuakbar. Semoga Allah memudahkan urusan aku disini sehingga habis final. 




Ini salah satu program yang aku sempat join awal Mei hari tu. Bersama akak-akak senior. Aku je diploma. Carilah aku kalau dapat ! 


p/s: wish me Luck. 
with Love by Mira.